11 November 2011

. . . . . la tahzan~ . . . . .




assalamualaikum..


Allah tidak melihat fizikal kita tetapi melihat KETAQWAAN kita

"Aku hitam! Aku gemuk! Muka aku banyak jerawat rambut aku kusut. Aku lembap dan bodoh. Bau aku busuk. Sape nak kat aku?"

"Muka kau dah cukup cun dah macam pelakon Korea dengan mata ala-ala artis Bollywood lagi. Apa yang tak kena kat kau lagi sampai suami kau main kayu tiga?"

"Mak, Man nak kahwin ni. Mak tolong carikan Man gadis yang putih gebu, tinggi lampai, hidung mancung, lemah lembut, cuet meut, ade lesung pipit dan paling penting pinggang mesti rampaing mak! hahahahaha!"

MANUSIA TAK PERNAH PUAS
Berkata Ibnu Umar r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bukankah apa yang ada padamu itu sudah mencukupi? mengapa masih minta kelebihan yang akan membinasakan engkau? Dengan sedikit, engkau tak pernah puas. Dan dengan banyak pun, engkau tak pernah kenyang! Kalau bangun pagi, sedang engkau sihat afiat, jiwamu tenang dan tenteram, makan minum hari itu pun sudah tersedia, apa lagi mahu dengan dunia? Biarlah ia terlungkup!.” 
(Riwayat Ibnu ‘Adi dan Baihaqi)

Dalam hati manusia, ada satu lubang, lubang tu boleh diisi dengan segala keinginan samaada harta, seks, kecantikan, pangkat, kemuliaan, wanita dan sebagainya. 

Nabi pernah bersabda: 
"..Ingatlah bahwa di dalam tubuh manusia itu adalah segumpal daging. Apabila ia baik, maka baik pula seluruh tubuhnya. Dan apabila ia buruk maka buruk pula seluruh tubuhnya. Ketahuilah, segumpal daging itu adalah hati.” 
[Bukhari no. 52 dan Muslim no. 1599]

“Hati ibarat raja, sedangkan anggota badan adalah pasukannya. Apabila baik rajanya maka baik pula pasukannya, apabila buruk rajanya maka buruk pula pasukannya.”
 - Abu Hurairah RA-

Hati Manusia Adalah Milik Allah Taala. Hati itu berada pada dua celah jari ar-Rahman, Dia membolak-balikkannya mengikut yang Dia kehendaki. Kadangkala bersyukur dengan segala nikmat Allah, kadangkala pula boleh menjadi lupa dan alpa untuk bersyukur. Bila hati sudah jauh daripada Allah syaitan akan mudah mempengaruhi manusia supaya berasa riak, takbur dan menyombong diri.Berpegang teguhlah pada Al-Quran dan Al-Sunnah insyaALLAH kita sentiasa berada dibawah lindunganNYA.
.amin.







p/s : perkongsian dr sahabat utk peringatan kte bersama ^^,




wassalam




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

No comments: