31 July 2012

kenangan yang terindah :')


assalamualaikum.


Di sebuah kampung yang permai lagi indah ada sebuah sekolah dan di sekolah sebuah kelas  yang menempatkan hanya 40 orang murid kesemuanya.berkawan,bermain,bergaduh,bertumbuk,berdiri,berlari,dan belajau bersama-sama walau dalam keadaan susah dan senang.itu kami.kami adik beradik riang ria selalu.

waktu itu kami bergaduh sehingga kakak,abang,ibu bapa dan keluarga datang ke sekolah,ada yang ibu bapa tunggu hingga waktu abis sekolah kerana anak mereka menangis,ponteng kelas secara berjemaah,membuat bising,merosakkan barang di bilik sains,dimana kebanyakan aktiviti yang kami jalankan banyak secara berjemaah.cakap adik beradik :)

waktu di mana kami bermain rounders sampai conquer satu padang di tiap kali kelas jasmani.bermain bola sepak bersama,bermain ragbi bersama atas ihsan bola yang kawan bawak ke sekolah agama,main gasing sesama,main entah pape kad entah,main getah,main seremban,pokoknya sume kami main bersama.kena marah pun sesama.walaupun kena panggil dengan ustazah bedah,kami tetap riang ria selagi kami ada sesama kami.

waktu di mana setiap hari senin kami akan berdiri untuk perhimpunan dengan rela hati + keterpaksaan berdiri hingga lengguh kaki untuk dengan guru berucap serta menyanyikan lagu sekolah,lagu negeri selangor,dan lagu negaraku.melihat pengawas berdiri membuntuti guru kerna ingin menaikkan bendera.kami pengawas library membuat persediaan menyusun kerusi untuk guru-guru duduk.baik kan kami :)

tyme ibu bapa datang tandatangan repord card kami mengpasang-pasangkan rakan sekelas kami.gelak tawa,senda gurau tidak pernah kering di antara kami.ada sahaja bahan yang bole di kenakan kepada orang lain.cubit peha kiri,peha kanan yang terasa.

bakat-bakat kreatif kengkawan sampai ada yang buad komik dan bagi kawan yang lain baca.ada kawan lelaki yang takut kucing,kawan yang pandai bantu yang lemah.kawan yang lemah,tidak ketinggalan kawan yang paling nakal suka menyakat orang tak kira tempat dan waktu.wohaa,bestkan kami !

waktu di mana kami di marah sehingga ada guru menyatakan kami yang bakal memburukkan nama sekola bila upsr menjelang tapi kami tetap tidak ambil pusing,kami tetapa dengan cara kami.kedegilan dan kegilaan kami tiada tandingan.itulah kami.kami yang awesome :)

kami still melepak di belakang bangunan sekola tyme kelas kajian tempatan yang diajar oleh cikgu rosli,kami berbual bersama,bermain besikal bersama,mengumpat bersama sehingga abis waktu kelas kajian tempatan baru kami bergerak masuk semula ke kelas.nampak kan betapa tenangnye kami.berani buad,berani tanggung.

masih terbayang aktiviti sukan tahunan sekola di mana kami membawa bendera sekola.membuat perarakan,tidak dinafikan kami jadi senior yang comel lagi baik untuk adik-adik.hewhew~

aktiviti last kami adalah hari kecermelangan di mana,tahun itu batch kami adalah antara yang terbaik di mana 3 orang dapat 5A.7 orang 4A dan 3 orang 3A.tidak ku lupa saat itu betapa kami dapat mematahkan kata-kata guru yang menyatakan kami adalah batch paling teruk upsr.

itu kami.
murid-murid sekolah kebangsaan bukit belimbing
(1999-2004)

waktu berganjak pantas hingga tidak sedar waktu itu berlalu sekencang mungkin.kini tahun 2012 menunjukkan betapa kami yang dulunya comot dan selekeh menjadi salah seorang yang suda bole berdiri dengan riang tawanya.memasing suda punya kerja sendiri.mempunyai life sendiri.

setiap yang bernyawa pasti akan merasa kematian.sedar tidak sedar suda dua orang teman kami pergi meninggalkan kami.meninggalkan memori yang penuh di ingatan.walaupun mereka suda tiada kami tau yang mereka sebenarnya masih ada bersama-sama dengan kami.

sahabat kami azmeer meninggal akibat kemalangan jalan raya setahun lepas dan kini kami baru mendengar berita sahabat kami nazrin merupakan mangsa terakhir dalam nahas kebakaran kapal MISC di labuan baru-baru ini.

disini aku dengan rasa rendah diri ingin meminta agar kalian mendoakan sahabat kami yang telah kembali ke rahmatullah.tidak sampai setahun kami hilang dua sahabat.moga kamu tenang di sana sahabat.kami merinduimu.doa kami sentiasa ada untukmu :')

.al-fatihah.
Azmeer Omar .
Muhammad Nazrin Khamsani .



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

26 July 2012

21 July 2012

she's the best gift I ever had :')


بسم الله الرحمن الرحيم

semua orang mempunyai ibu abah tentunya.aku pun tidak terkecuali :)

bila dapat duduk sesama ramai-ramai mesti seronok bukan ? 
meluahkan dan berbincang apa yang perlu.
mendengar dan menerima nasihat dari yang tua.

kitaran hidup ini telah ditentukan sejak azali lagi di mana akan ada satu masa di mana semua manusia akan menjadi tua dan meninggal dunia.it's fact !

masih terngiang bebelan emak tentang perangai kami adik beradik.bila menjadi semakin dewasa kegoaan itu semakin menjadi-jadi  bajet macham bole berdiri atas kaki sendiri padahal duit pun masih lagi emak dan abah yang bagi.hmm..

masih terasa pukulan emak ketika kami buad salah semasa kami kecil.cubitan yang paling kami tidak akan lupa sakitnya tapi bila nak buad kesalahan tak engat,bila da buad baru terhengat sakitnya.awww~

masih terdengar rungutan emak tentang kelakuan kami adik beradik yang tak pernah berubah walaupun suda ditegur dan dimarah beberapa kali.degil benau hati kami.maaf mak ! :(

masih terbayang barang-barang yang emak belikan untuk kami,barang-barang yang kami adik-beradik sangat susah untuk makan padahal bukan susah pun sebenarnya.barang mana ada orang suka makan benda baik  kan ? aku makan cuma tak selalu.adik-beradik yang lain ada yang tinggal dekat umah dan sorokkan tak nak bagi mak tau dan bising.

masih terngiang pesanan yang dititpkan kepada diri kami.solat fardu jangn tinggal.kalau ada masa buad solat sunat.banyakkan membaca al-quran.banyakkan buad perkara-perkara sunnah.kalau gelisah baca surah ini . . terlalu banyak pesanan yang emak tinggalkan untuk kami.terlalu banyak :')

ketika beliau sakit,beliau masih mahu solat.masih mahu mengaji,masih mahu solat sunat,masih mahu membaca al-ma'thurat,masih lagi mahu bezikir,masih lagi mahu mendoakan kebahagiann keluarganya,suami dan anak-anaknya,masih memikirkan tentang ibunya yang tak berapa sehat dan beliau mempunyai semangat yang sangat tinggi untuk hidup.

mungkin sepanjang mak sakit kami adik beradik ada menyakiti mak tanpa kami sedar maupun sedar.kami minta ampun dan maaf sebanyak-banyaknya :')

mak terlalu tabah.kami pun tak setabah emak.kami yang  melihat emak hari-hari pun tak sanggup melihat emak di cucuk dan di tebuk tapi emak masih bole sabar.YA ALLAH betapa kuatnya hambuMU yang seorang ini.aku kagum melihatnya.kami kuat sebab lihat emak kuat.kekuatan yang ALLAH pinjamkan untuk keluarga kami sehingga ke saat ini.terima kasih YA ALLAH :)
.alhamdulillah.

ada beberapa perkara yang mak mahu tapi tak dapat ditunaikan.emm,aku punya kesal tak terungkap.kekesalan sahaja yang mampu aku luahkan.aku terlalu banyak membuang waktu dengan melakukan perkara sia-sia.terlalu ;(

angah bukan anak yang baik untuk emak tapi angah rasa sebelum emak pegi,apa yang angah lakukan itulah yang paling terbaik angah bole lakukan ketika dan saat itu.maafkan di atas segala kekurangan dan ketelanjuran yang angah telah lakukan.angah bukan anak yang baik mak,maafkan angah ye . angah suka melawan cakap mak,tak buad apa yang mak suruh.abaikan segala yang emak pesan.emm,maafkanlah angah mak.terlalu banyak dosa angah pada emak.angah gagal jadi anak,adik dan kakak yang baek untuk mereka.segala yang emak telah beri dan lakukan tidak terbalas.angah gagal dalam membuat segala-galanya.keberkatan itu tiada untuk angah.tiada apapun yang angah lakukan dapat tebus balik  apa yang emak telah korbankan untuk angah.emak..angah perlukan emak sangat.sangat perlukan emak..angah akan cuba ikut segala ajaran yang emak telah ajar dekat angah.dari segi agama,pakaian,tutur kata...emm,angah akan cuba semampu angah.angah akan cuba sehabis daya untuk jadi anak yang baik untuk abah dan cucu yang baik untuk nenek.emak jangan risau,angah akan jaga diri,abah,nenek dan keluarga kita semampu angah.walaupun emak suda tiada tapi angah tau yang doa emak selalu ada untuk kami.angah sangat sayang emak.sangat sayang,kau berkatilah roh emakku YA ALLAH dan kau tempatkanlah beliau ditempat orang yang beriman.
.amin.


emak kami meninggal dunia pada 27 jun 2012 setelah hampir 3 bulan bertarung nyawa.ditebuk sana sini,dicucuk dan pelbagai lagi.dugaan untuknya terlalu hebat.di mata aku tiada orang yang sehebat beliau.beliau merupakan anugerah yang paling hebat yang telah ALLAH kurniakan dalam hidupku.

pertama kali menyambut ramadhan tanpanya aku rasakan satu kehilangan yang akan aku engat sampai ke akhir hayatku.perasaan di mana orang yang senantiasa ada untuk kau tak kira waktu,tempat dan ketika sudah tiada.bila kau pandang sebelah kau ianya kosong.kosong.tempat di mana ada seseorang yang akan support segala apa yang kau buad,dengar setiap apa yang akan kau luahkan,memberi nasihat kini sudah tiada.zapp ! ianya hilang begitu sahaja.secepat itu.bayangkan bagaimana rasanya.astaghfirullah Al-Azim YA ALLAH.aku terlalu merindui beliau.bila kau sudah tidak mampu  nak pegang dan cium beliau macham yang kau selalu buad.ianya sakit.sangat sakit.YA ALLAH,kuatkan hati aku agar aku mampu untuk terus melangkah.apabila di putar kembali waktu ketika emak di saat akhir,aku rasa terkilan bila terfikir tiada satu pun kejayaan yang aku telah lakukan di mana bole membuatkan beliau bangga.

terlalu banyak kenangan yang telah kami lalui bersama.bila hati resah aku akan telefon dan minta nasihat,dapat kau bayangkan bagaimana rasanya bila teman kau berbual dengan ibu mereka melalu telefon di mana itulah yang aku sering lakukan dahulu.aku selalu telefon mak ble aku susah dan senang,aku akan tanya khabar emak,abah dan nenek tapi itu semua dulu ianya tidak akan berulang kembali.aku tau itu.

bukan aku tidak redha cuma aku belum cukup kuat untuk adapt semua ini dalam masa terdekat.tipu kalau aku cakap yang aku tak cuba untuk cekalkan hati aku dan cuba teruskan melangkah menghadapi hari mendatang tapi aku belum mampu untuk lakukan semua itu.aku perlukan masa.masa yang banyak pastinya.cukup untuk aku berdiri,senyum dan teruskan melangkah segagah aku.

"ALLAH menguji kita tanda DIA sayang kita".

emak kami pergi dengan perasaan yang terkilan terhadap kami adik beradik.maaf emak :')

kami juga tidak sempat memohon kemaafan kepada beliau.hmm..

"tiada yang kekal di dalam dunia ini.mereka akan pergi cuma bezanya cepat atau lambat.bila tiba masanya,aku harap aku kuat"

kepada yang masih mempunyai ibu,emak,mama hargailah mereka kerana akan ada satu masa beliau akan pergi cuma waktu,ketika dan saatnya kita tidak tahu bila.bersedialah dengan segala kemungkinan.mohon dipinjamkan kekuatan dariNYA agar segalanya dipermudahkan.

kedua ibu bapa adalah anugerah yang paling berharga yang telah ALLAH kurniakan buad kita.hargainya.jangan bila mereka suda tiada baru nak menangis bagai.engatlah dengan tangisan kaum tidak akan mengubah apa-apa.sedekahkan al-fatihah selalu.bacakan surah yaasin bila rindu.YA ALLAH,kau sampaikanlah titipan rindu ini kepada mereka yang telah pergi terlebih dahulu meninggalkan kami.

segala-gala urusan pemergian mak dari emak meninggal sehingga dikebumikan .alhamdulillah ianya dipermudahkan segalanya oleh ALLAH. kehadiran keluarga,sahabat handai,pelajar-pelajar dapat membayangkan betapa mereka sayangkan emak kami.terima kasih atas kehadiran dan doa kalian yang tidak pernah putus-putus untuk emak kami.moga segalanya diber ganjaran oleh ALLAH kelak.
.amin.
insyaALLAH.

mohon jasa baik kalian sedekahkan . . .
.al-fatihah. 
sabiah binti sulong
12 jun 1964 - 27 jun 2012


kenangan itu tidak akan lupus,ianya tetap ada di dalam hati kita.selamanya :)


.wassalam.



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

19 July 2012

spontaneous thursday #21 | tafsir~



Tafsir Adh-Dhuha

"Dan tiadalah Tuhanmu meninggalkan kamu, dan tiadalah pula Dia membencimu(sebagaimana orang lain)."

"Dan tidakkah engkau melihat pengakhiran(saat telah dilalui semua ujian) itu lebih baik dari awalnya(ketika baru memulakan perjuangan)?"

"Dahulu engkau yatim(tidak punya sesiapa), Dia memberikan engkau perlindungan(sahabat, isteri)."

"Dahulu engkau kesesatan(tak ada fikrah, tak ada ilmu agama), Dia memberikan engkau petunjuk(ikut usrah, tahu serba sedikit fasal agama)."

"Dahulu engkau miskin, Dia memberikan engkau kekayaan."



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

18 July 2012

wordless wednesday~


اهلا وسهلا يا رمضان



this ramadhan . .




.insyaALLAH.

jangan kamu merasa penat untuk berubah kearah yang lebih baik kerana berubah untuk menjadi yang lebih baik itu bukan mudah.,sampai bila ? sehingga kamu sudah tidak bernyawa lagi.itulah waktu berhenti dan berehat untuk kamu :)

be strong always !



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

08 July 2012

new life (=


بسم الله الرحمن الرحيم

finale .
i choose,
 change my url belog.
that the best decision for me now.

those who never ever come to my belog.
welcome :)

 those who have meet tis belog before.
hye ! we meet again :)

nice to meet you.
barakallahufik~


terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

01 July 2012

warkah terakhir barangkali .



بسم الله الرحمن الرحيم


aku perlu berhenti untuk meluahkan.
cukup sampai di sini.
terima kasih sudi singgah ke belog aku.
membuang masa kamu di sini.
terima kasih sebanyak-banyaknyee~
maaf segala ketelanjuran.

semoga ketemu kamu lagi.
jaga diri kamu baik-baik tauuu ;)



salam sayang dari sahabat untuk sahabat .



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,