30 May 2012

cerita dulu-dulu :)



sepintas lalu...


Belakang bangunan sekolah,afiq,peah dan sebahagian kanak-kanak riang kelas 6 melur sedang melepak sambil bermain besikal.sebenarnya mereka yang berani semua itu sedang ponteng kelas kajian tempatan.

abu dengan muka tak bersalahnya bertanya kepada minah “weyh,minah.asal kau ponteng kelas ? pegi masuk kelas la “

minah dengan nada yang tak nak kalahnya pun menjawab “kau tegur aku ke ? abis kau tu tengah buad pe kt cni ?”

 mungkin si abu lupa yang dekat SK  Pelikat itu hanya ada 1 sahaja kelas tahun 6.tengah dyorang melepak dengan suka gumbiranya,datang la akim,budak yang paling suka kacau budak perempuan kelas 6 melur sambil berkata

“korang semua tengah ponteng kelas cikgu Rosdi tu ek ? aku nak join korang la”.ayat dia macham tak pernah buad jahat kan ?

 “kau tau kenapa ramai orang ponteng kelas kajian tempatan tu ?”kata senah,wartawan kelas 6 melur.

”sebab cikgu tu suka cerita pasal keluarga dia.entah bila la silives kajian tempatan ada cerita pasal family dia.haha”kata senah lagi.

semua budak yang ada di situ mengangguk setuju.

”kau tau dulu aku pernah la cuba buad dia berhenti cakap tapi tak Berjaya sebab dia tahu aku saja je nak buad dia berhenti cakap.haha”kata nurul.

“weyh milah,aku nak jumpa kau kejap”kata fiz,ketua pelajar sekola SK Pelikat.

“ni mesti nak tanya pasal,mira.”kata milah dalam hati.

Bila dyorang duduk berdua,tetibe ada seorang kawan mereka bersuara “weyh,rina.sepupu dengan sepupu 

bole kawen kan ?” kata as kepada rina.

“boleh la” jawab milah dengan nada marah + muka tak puas hati.

Abis kelas kajian tempatan semua budak-budak kelas 6 melur masuk semula ke kelas mereka kerana selepas kelas kajian tempatan,kelas matematik pula akan menyusul.

“gila kau kalau kau berani ponteng kelas cikgu disiplin tu !” kata mereka semua dalam hati.

Itu cerita 8 tahun dulu.sekarang semua pelajar 6 melur suda mempunyai hala tuju memasing.ada yang belajau sampai ke luar negara pun.ada jugak yang suda mendirikan rumah tangga aih.ada jugak yang sudah meninggal dunia.bila engat balik kenangan lalu,automatik akan berfikir “bila la agaknya dapat berjumpa kamu semua.semoga kamu sentiasa berada di dalam lindungan ALLAH selalu.jika ada jodoh INSYALLAH kita akan dapat berkumpul satu hari nanti.” J

Itu cerita aku pada ketika itu cuma ada sedikit sebanyak penambahan cerita di situ.haha.rindu kamu semuaaa ! 


out~




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

24 May 2012

zer0


bila kau dah melalui terlalu jauh perjalanan barulah kau akan tanya,kemana harus aku pergi sebenarnya ? apakah tujuan aku yang sebenar dalam hidup ini ? 

bila sampai satu hentian,aku duduk termenung mengenang kenangan silam yang jelas-jelas tiada apa yang bole diperbetulkan cuma ada peyesalan di setiap babak.kemudian kau akan tanya,kenapa aku lakukan sedemikian ? bila hati mengawal otak,memang akan ada banyak sesalan diakhrnya kelak.

setelah hilang penat lelah dan mahu meneruskan perjalanan,jangan pernah kau ulangi benda atau perkara yang akan buad kau sesali.penyesalan tidak dapat merubah apapun dalm hidup kau sebenarnya tapi ianya bole menjadi panduan untuk kehidupan kau pada masa akan datang.

apabila kau masih gagah,kau lupa mereka dan perkara yang berlaku di sekeliling kau tapi pabila kau kelelahan kau baru sedar yang kau cuma insan biasa.rasa riang ria bila kegembiraan dan punya rasa sakit bila disakiti.jangan pernah kau lupa tentang itu.

rintangan di hadapan kau itu hendaklah kau tempuh dengan segala kekuatan yang berbaki.senyumlah pada mentari yang tidak jemu memberi dorongan dan ucapkanlah terima kasih atak kegelapan yang datang singgah untuk membuat kamu tahu erti rasa bersyukur.

aku mula cuba untuk patah balik dan pulihkan apa yang tidak sempurna semampu aku,sesuatu yang cukup hanya sempurna mengikut kemampuan aku.belajar erti bersyukur dengan apa adanya aku perolehi sekarang.hikmahnya ada cuma aku belum mampu lihat.aku tahu itu.

mungkin dengan adanya mereka banyak perkara yang aku belajar cuma aku susah untuk terima terlalu banyak sangat perubahan tapi jangan risau aku sedang cuba dengan susah payahnya untuk mengikut rentak yang mereka tunjukkan.

aku dapat lihat perubahan yang tidak terlalu agresif  dalam diri cuma aku tidak tahu paras perubahannya takat mana yang aku tahu dan pastinya ianya bukan zer0.

out~



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

22 May 2012

Jangan melihat terlalu tinggi ;p



dear heart,
jangan beri dia ruang terlalu besar.
aku tak janji yang aku akan jadi kuat macham dahulu.
aku suda sediakan dinding seteguh konkrit untuk permulaan ini.
cuma aku tak tahu sejauh mana ianya bole menjadi.

dear heart,
jangan pandang terlalu tinggi kerna pabila jatuh yang sakitnya engkau nanti.
biar pandang jauh kedepan,sekurang-kurangnya bila tersalah arah
kau tak sakit cuma kau perlu kembali ketempat asal semula.
hidup kau ini,kau yang pilih
dan kau juga yang tentukan.

dear heart,
setahun lalu jika kau engat pasti kau tahu
bagaimana rasa sakitnya engkau kerana dia,
tapi kau manusia yang sering teralpa bila diberi kegembiraan yang sama
dimana akan buad kau sakit pada akhirnya,
kau tahu yang itu cuma kau tak pernah serik.

dear heart,
kau perlu kuat kerna banyak perkara yang datang dalam masa terdekat ni.
aku sangat perlukan kekuatan untuk aku meneruskan baki kehidupan yang ada.
aku sentiasa meminta kekuatan itu dariNYA cuma aku tak tahu
sehingga bila dan takat mana ianya mampu bertahan.
aku sentiasa berdoa untuk itu.

dear heart,
kau sebenarnya tak pernah serik dengan kesilapan lalu.
walaupun kau tahu ianya akan buad kau rasa down tahap dewa kelak,
kau tetap lakukan ianya mengikut rentak kau.
kadangkala kau kena bekerjasama dengan akal
agar kau tidak buad perkara yang akan buad kau kesal nanti.

dear heart,
biarlah hati kau dilenyek oleh mereka,
yang tahu hati kau hanyalah kau dan DIA.
kau buad apa yang kau rasa perlu.
biar mereka berkata,sampai masanya mereka akan senyap.
kau kena engat tu.

dear heart,
please be strong !
always :)

kekuatan yang aku ada adalah pinjaman dari DIA.jangan kau permainkan hati aku kerna bila tiba masanya aku takut tidak akan ada tempat langsung untuk kau.mungkin ini kali akhirnya aku beri peluang ini.jadi belajar untuk hargainya atau kau tak akan dapat papepunn dari aku kelak.take note,babe  ;p


esok 1 Rejab.
jom puasa sesama :D

out~



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

20 May 2012

happy anniversary,sayang ♥




بسم الله الرحمن الرحيم

entry ini untuk merka yang paling aku sayang dalam dunia ini.mereka yang banyak memberi dan mencurahkan segala usaha untuk aku dan adik beradik yang lain.

aku terlalu menyayangi mereka berdua dan aku juga tahu yang kesemua adik beradik aku menyayangi mereka kerana tanpa mereka kami berempat tidak akan ada di dunia ini.

kesabaran mereka dalam menjaga dan mendidik kami tidak akan dapat terbalas walau apapunn yang kami cuba lakukan.

kekuatan mereka dalam mencari rezeki sehingga kami tidak dapat merasa erti kekurangan seperti keluarga lain

segala nikmat yang mereka berdua berikan kepada kami adik beradik tiada bandingan.

mungkin kami selalu mempertikai tapi memang manusia tidak pernah puas atau dalam bahasa kasarnya,manusia memang tidak pernah tau erti syukur.

adat manusia juga akan menghargai sesuatu bila kita sudah hampir untuk kehilangannya atau kita memang sudah kehilangannya.

aku la salah seorang manusia yang tidak lari dari realiti sebegitu.

maaf diatas segala ketelanjuran yang telah dilakukan oleh kami sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.maaf sebanyak-banyaknya di atas segala kata-kata orang sekeliling terhadap kami yang bole menguris hati mak dan abah.

terima kasih yang tidak terhingga diatas segala kasih sayang,kata-kata perangsang,pukulan,teguran,usaha,penat lelah dan segala-gala yang telah abah dan emak curahkan kepada along,angah,alang dan adik.


selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-22 untuk emak dan abah.semoga kasih sayang yang ALLAH kurniakan kepada abah dan emak sentiasa diberkati olehNYA.semoga seluruh keluarga kita sentiasa berada di dalam lindunganNYA.

walaupun abah dan emak berkahwin bukan dasar cinta pada mulanya tapi alhamdulillah mak dan abah masih ada bersama berdua di dalam menempuh segala pahit manis,dugaan dan cabaran yang ALLAH berikan kepada keluarga kita.

kekuatan yang kami punya sekarang adalah dari emak dan abah tunjukkan hasil dari pinjaman ALLAH.

" ALLAH menguji kita kerana DIA sayang kita "

itulah tanda mahabbah DIA terhadap hamba-hambanya :)

kami tahu emak kami kuat.

kami akan selal0o ada untuk emak sama seperti emak sentiasa ada untuk kami bila kami perlukan emak.

 be strong,mak !

innallah ha ma'ana ^^,



your lovely daughter,
  angah   


kalau kau bole cakap kau sayang dekat pakwe kau,nape kau tak bole chakap yang kau sayang mak dan abah kau,ye idak ;p




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

13 May 2012

because of her :')




بسم الله الرحمن الرحيم


Dia insan yang paling penting dalam hidup seseorang,jatuh bangun seseorang.dia sentiasa ada disekeliling kauu sama ada kamu sedar atau tidak.sentiasa ada.

ketika orang di sekeliling mengecil-ngecilkan kamu dia yang akan ada untuk meniup kembali semangant kepada kamu.

ketika kamu mahu ke sekolah dia yang membuad persediaan untuk kamu.menyediakan pakaian,menyediakan makanan sarapan dan bekal.

ketika kamu belajar,dia yang selalu ada untuk membantu kamu untuk lebih faham.sebenarnya kehadirannya tanpa memberi apa-apa sudah mencukupi :)

memberi kamu kasih sayang dengan sebanyak-banyaknya tanpa kamu merasa erti kekurangan dalam kasih sayang

seorang wanita adalah amat tinggi darjatnya.ya ! itulah ibu.mereka yang melahirkan kamu dengan susah payahnya.dengan seluruh tenaga dan kekuatannya.

selamat hari ibu !

tahun ini adalah paling istimewa dalam hidup aku kerana aku dapat lihat my kesayangan inchik abah wish selamat hari ibu dekat mak dan diikuti oleh along,angah comel,alang dan adik.

mak kami masih berada di high depency ward (HDW).sudah seminggu.mak kami tak bole masuk wad biasa sebab kuning tinggi sangat.hape tis week dah bole discharge dari HDW tu.

time abah wish macham panjang sikit dari kami-kami.kami wiash time nak balek.adik memula rancang nak beli kek tapi mak mne bole makan kek.

sebelum balek macham biasa abah akan suruh mak baca bismillah,al-fatihah dan tiga kul.pastu abah selalu pesan banyakkan buad senaman nanti bole baek cepat nanti senang hati abah.

banyak perubahan abah yang aku dapat lihat.bukan abah je adik-beradik aku pun banyak perubahan.alhamdulillah.

teguran ALLAH pada kali ini banyak hikmahnya :)

semoga hidup keluarga kami dan keluarga kalian dirahmati oleh ALLAH selal0o ! :D

selamat hari ibu kepada nenek,mak cik-mak cik,kengkawan dan sedara mara yang dah pun jadi ibu.tidak lupa juga kepada seluruh ibu yang berada di seluruh dunia.

Happy Mother's Day





terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

12 May 2012

Random talk !



aku tak pernah takut nak berkawan tapi aku paling takut ditinggalkan.aku yakin semua tak suka ditinggalkan oleh sesorang dalam hidupnya.

mereka tidak buad pape kesalahan tapi hati aku still terasa hati dengan mereka.sehingga aku terfikir "mungkin aku tak layak untuk jadi sebahagian dari hidup dia" :')

itu sebab aku sentiasa bina tembok untuk mereka daripada menjadi sebahagian dari hidup aku.

seringkali aku berjaya mengawal otak aku untuk berfikir dan pada masa yang sama aku sering gagal untuk mengawal hati dan perasaan aku.

kawan yang setia aku tak punya.mungkin sebab aku belum jumpa atau aku sememangnya tak layak untuk mendapatkannya.

kawan yang bersama tertawa dengan aku tak sama dengan kawan ketika aku menangis.mengapa ? sering wujud dibenakkau soalan sedemikian.

dalam hidup kita menjangkakan mereka yang ada di sisi kita adalah orang yang terbaek kita pernah ada tapi jangan sesekali kau buad silap.

kerana mereka yang ada disisi kau selalu itulah yang akan membuad hati kau bagai di siat-siat kadangkala.

bukan tak bole mempercayai tapi tidak bole terlalu percaya kerana yang sakitnya hati kau kelak :)

bukan mudah untuk ada disisi aku.

jangan sesekali kau ragut kepercayaan yang aku beri sebab tidak akan ada yang kedua kalinya untuk kau.

ingat itu ! 



"tidak mustahil orang yang buad kau tersenyum hari ini akan buad kau menangis dengan baiknya satu hari nanti dan tak mustahil orang yang buad kau menangis hari ini akan buad kau tersenyum semampu kau satu hari nanti"


itu yang aku nampak dalam kehidupan aku sekarang :')



"bukan dalam percintaan sahaja kau kena bersedia untuk ditinggalkan tapi dalam mencari kawan juga begitu"

out~




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

06 May 2012

begitulah takdirNYA ♥




بسم الله الرحمن الرحيم


.alhamdulillah.

mak kami telah selamat melakukan operation pagi semalam.

masuk pukul dewan bedah 6.30 pagi

keluar dewan bedah pukul 5 petang.

aku adalah orang yang menemani emak seminggu sebelum operation.

aku jugak ada ketika doktor cakap nak buad operation hari sabtu.

5 MEI 2012

aku cakap dengan emak

"jangan teghuja sangat sebab nie bukan kali pertama doc ckp cmghitu"

-.-

pastu aku tengok mak tandatangan surat kebenaran.

aku tengok doktor robot amik darah mak.

aku tengok mak pegi X-ray.

aku tengok nurse check denyutan nadi mak.

aku tengok nurse masukkan cecair utk cairkan darah dekat mak.

macham jadi dan 

akhirnya operation pun dijalankan.

selama seminggu banyak yang aku lihat.

banyak yang aku pelajari.

banyak yang aku kongsi dengan mak.

banyak yang aku rasa.

"mereka tidak akan rasa bagaimana rasanya sesuatu situasi itu sehingga mereka sendiri merasainya"

.insyaALLAH.

esok aku dah balek nilai balek.

setelah seminggu tidak masuk kelas.

perasaan ?

malasnya !!!!

muahahaha~

terima kasih atas doa kalian.

doa aku untuk kalian. . 

semoga kalian tidak aka pernah rasa bagaiman aku rasa :)

out~




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,