Showing posts with label best. Show all posts
Showing posts with label best. Show all posts

05 April 2013

la tahzan~

بسم الله الرحمن الرحيم


Bunga setaman
Letaknya di hati.

Terus di sepahkan ke semua.
Kot la ada yang sudi ambil.

Bole di buat kawan.
Mendapat pahala juga.

Yang indah itu semua mahu.
Tapi menjaga indah tak semua mampu.

Bukan cakap..
Kau atau aku baik.

Sepatutnya,
Mari menjadi baik-baik bersama.
Baru ada percaya.

Walau bukan sepenuhnya,
Paling tidak ada harapan.

Kenyataannya harapan itu..
Di jumpai nanti-nanti
Bila waktunya tiba.

Bukan maksud tunggu sampai lebam.
Usaha usaha usaha.

Doa jangan lupa
Tawakal seterusnya.

Berjaya tidak kerja DIA
DIA lihat semua.

Perlu di persoal apa tentang hidup ?
Layak apa kau punya ?

Orang islam itu punya senjata.
Doa.

Aku percaya tentang..
Ampuhnya doa seorang ibu
Keatas anaknya.

Aku percaya bahawa...
Baca al-mathurat bole lindungi diri
Dari pg ke petang dan dari petang ke pagi.

Aku percaya yang..
Baca surah al-mulk bisa menyelamatkan
Diri dari seksaan kubur.

Aku percaya..
Baca surah al-kahfi bisa terlindung
Dari fitnah ad-dajjal.

Aku juga percaya..
Solat malam itu bisa memberi ketenangan
Kepada diri.

Pokoknya,percaya dan mahu lakukan.
Tak perlu banyak tapi tak di amalkan.

Biar sikit-sikit,
Janji ada istiqamah.

Di setiap kesusahan ada kemudahan
.surah al-insyirah.

Pesan beliau..
Mahu di mudahkan urusan
Perlu kerapkan diri baca surah al-insyirah.

Mahu di murahkan rezeki
Banyakkan solat dhuha.
Banyakkan baca surah al-waqi'ah.

Hidup tak selalu indah.
Mana mungkin kau dapat apa yang kau suka hari-hari
Mana mungkin.

Kenapa...
Perlunya luka.
Perlunya kecewa.
Perlunya jatuh bangun.

Agar di ketahui hidup punya had.
Bukan sepanjang masa di atas.
Makanya di suruh intai mereka yang di bawah.

Siap siaga perlu ada.
Di setiap langkah mendatang.
Kerna tak taunya kita apa dia berlaku esok.

*mari.
mari kita sama-sama berpimpinan tangan menuju ke syurgaNYA :) 
#insyallah



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

17 November 2012

honour.

to my ex rumate,my rumate and my becoming rumate...


mereka bukan keluarga
tapi mereka seperti saudara sendrik.
aku sayang mereka 
seperti mana mereka sayang aku.
aku tak punya banyak teman.
gaduh dan suka
tapi yang ada cukup buad aku rasa syukur.
lapang dan tenang.
terima kasih.
kerana sudi dengar semua cerita.
sudi memberi pendapat.
sudi untuk meluangkan masa bersama.
sudi tidak berkira antara kita.
sudi bersabar tak kira masa
sudi layan rajuk
sudi layan angin tak tentu hala.
sudi menyimpan rahsia.
sudi meminjam bahu ketika empangan air itu pecah.
sudi meminjam telinga ketika mulut ini penuh dengan cerita.
sudi berkongsi makan dan pakai.
sudi setia bersama
walaupun aku pelik orangnya.
bukan tak pernah terasa
cumanya cara kita terima itu bagaimana.
tak semuanya betul
dalam setiap langkah kita.
kena ada mereka untuk tegur dan ajar.
bukan tunjuk pandai.
untuk berpimpinan tangan bersama menuju Jannahnya.
sila jangan jemu untuk kawan dengan aku.
kamu semua adalah anugerah 
yang ALLAH telah hantar kepada aku.
DIA tahu aku orangnya bagaimana.
pastinya DA menghantar mereka yang terbaik.
terima kasih kerana masih sudi berkongsi bilik
wahai semua roomate ku !
sayang kalian.
terima kasih atas segala kenangan yang tercipta bersama.
semoga kita sentiasa berada di dalam lindunganNYA
tak kira di mana kita berada.
moga ketemu nanti semua ! 
rindu 
take care then

salam sayang dari,
budak tak sedar diri.




rumate adalah pasangan yang kau perlu percaya tanpa perlu sebab.sebentar atau lama kau dah jadi sebahagian dari hidup mereka.yup ! sampai bebila :)



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

06 October 2012

selalu rasa.

بسم الله الرحمن الرحيم

pemerhatian itu adakalanya bagus.
buad diri jadi lebih bersyukur.
kenangan masa lalu sering menyapa.
walaupun sekilas.
hati itu tetap terusik.
air menjadi peneman mata.
payah untuk berhenti.
pujuk diri.
jangan sesekali lemah.
hidup dalam kenangan adalah indah.
alhamdulillah.
masih di beri kesempatan.
peristiwa yang suka gembira
atau duka tangis.
tetap air mata itu mengalir.
itu air mata rindu.
katup mata.
jangan benar ia jatuh.
masih degil.
lap dengan tangan setangkas mampu.
muka dan hati mulai tenang.
melihat kembali.
perkara yang sama berulang.
sepanjang perjalanan.
cerita dulu itu bagai hidup di depan mata.
apa yang pernah di rancang bersama.
apa yang pernah dilakukan bersama.
apa yang pernah dibualkan bersama.
setiap garis masa itu muncul seketika.
hati diam menghayati.

*istighfar*

dalam setiap perjalanan pulang.
mata itu sering bocor
sukar di tampal.
senyum bagi mata bersinar.
biarkan ianya bersinar kerana senyuman di bibir
bukan bersinar kerana air mata bergenang.
muhasabah rindu kerap menjengah.
syukurnya YA ALLAH atas kurniaMU yang satu itu.
gagalnya aku menjaganya dengan sempurna.
maaf itu kerap di ulang.
kerana itu sahaja yang mulut dan hati mampu sebut.
rasa itu yang selalu menemani aku
pulang ke kampung halaman tanpa rasa jemu.
tangisan itu buad aku suka.
kerana hati itu masih ingat kenangan lalu.
kenangan yang tuan punya badan tidak mahu cipta.
dengan sesiapa pun
kerana takut terluka parah.
sebenarnya,ianya tidak lah seteruk yang disangka.
kenangan itu penting
kerana ia perlu hidup sebagai panduan di masa akan datang.

pesanan untuk air mata
terima kasih sudi teman aku dan
 tidak merungut setiap kali aku perlukan kau.
hati,otak dan semua kami sayang kau.
jangan pernah kering.
kerana takut yang lain jugak akan kering nanti.
nauzubillah.



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

31 July 2012

kenangan yang terindah :')


assalamualaikum.


Di sebuah kampung yang permai lagi indah ada sebuah sekolah dan di sekolah sebuah kelas  yang menempatkan hanya 40 orang murid kesemuanya.berkawan,bermain,bergaduh,bertumbuk,berdiri,berlari,dan belajau bersama-sama walau dalam keadaan susah dan senang.itu kami.kami adik beradik riang ria selalu.

waktu itu kami bergaduh sehingga kakak,abang,ibu bapa dan keluarga datang ke sekolah,ada yang ibu bapa tunggu hingga waktu abis sekolah kerana anak mereka menangis,ponteng kelas secara berjemaah,membuat bising,merosakkan barang di bilik sains,dimana kebanyakan aktiviti yang kami jalankan banyak secara berjemaah.cakap adik beradik :)

waktu di mana kami bermain rounders sampai conquer satu padang di tiap kali kelas jasmani.bermain bola sepak bersama,bermain ragbi bersama atas ihsan bola yang kawan bawak ke sekolah agama,main gasing sesama,main entah pape kad entah,main getah,main seremban,pokoknya sume kami main bersama.kena marah pun sesama.walaupun kena panggil dengan ustazah bedah,kami tetap riang ria selagi kami ada sesama kami.

waktu di mana setiap hari senin kami akan berdiri untuk perhimpunan dengan rela hati + keterpaksaan berdiri hingga lengguh kaki untuk dengan guru berucap serta menyanyikan lagu sekolah,lagu negeri selangor,dan lagu negaraku.melihat pengawas berdiri membuntuti guru kerna ingin menaikkan bendera.kami pengawas library membuat persediaan menyusun kerusi untuk guru-guru duduk.baik kan kami :)

tyme ibu bapa datang tandatangan repord card kami mengpasang-pasangkan rakan sekelas kami.gelak tawa,senda gurau tidak pernah kering di antara kami.ada sahaja bahan yang bole di kenakan kepada orang lain.cubit peha kiri,peha kanan yang terasa.

bakat-bakat kreatif kengkawan sampai ada yang buad komik dan bagi kawan yang lain baca.ada kawan lelaki yang takut kucing,kawan yang pandai bantu yang lemah.kawan yang lemah,tidak ketinggalan kawan yang paling nakal suka menyakat orang tak kira tempat dan waktu.wohaa,bestkan kami !

waktu di mana kami di marah sehingga ada guru menyatakan kami yang bakal memburukkan nama sekola bila upsr menjelang tapi kami tetap tidak ambil pusing,kami tetapa dengan cara kami.kedegilan dan kegilaan kami tiada tandingan.itulah kami.kami yang awesome :)

kami still melepak di belakang bangunan sekola tyme kelas kajian tempatan yang diajar oleh cikgu rosli,kami berbual bersama,bermain besikal bersama,mengumpat bersama sehingga abis waktu kelas kajian tempatan baru kami bergerak masuk semula ke kelas.nampak kan betapa tenangnye kami.berani buad,berani tanggung.

masih terbayang aktiviti sukan tahunan sekola di mana kami membawa bendera sekola.membuat perarakan,tidak dinafikan kami jadi senior yang comel lagi baik untuk adik-adik.hewhew~

aktiviti last kami adalah hari kecermelangan di mana,tahun itu batch kami adalah antara yang terbaik di mana 3 orang dapat 5A.7 orang 4A dan 3 orang 3A.tidak ku lupa saat itu betapa kami dapat mematahkan kata-kata guru yang menyatakan kami adalah batch paling teruk upsr.

itu kami.
murid-murid sekolah kebangsaan bukit belimbing
(1999-2004)

waktu berganjak pantas hingga tidak sedar waktu itu berlalu sekencang mungkin.kini tahun 2012 menunjukkan betapa kami yang dulunya comot dan selekeh menjadi salah seorang yang suda bole berdiri dengan riang tawanya.memasing suda punya kerja sendiri.mempunyai life sendiri.

setiap yang bernyawa pasti akan merasa kematian.sedar tidak sedar suda dua orang teman kami pergi meninggalkan kami.meninggalkan memori yang penuh di ingatan.walaupun mereka suda tiada kami tau yang mereka sebenarnya masih ada bersama-sama dengan kami.

sahabat kami azmeer meninggal akibat kemalangan jalan raya setahun lepas dan kini kami baru mendengar berita sahabat kami nazrin merupakan mangsa terakhir dalam nahas kebakaran kapal MISC di labuan baru-baru ini.

disini aku dengan rasa rendah diri ingin meminta agar kalian mendoakan sahabat kami yang telah kembali ke rahmatullah.tidak sampai setahun kami hilang dua sahabat.moga kamu tenang di sana sahabat.kami merinduimu.doa kami sentiasa ada untukmu :')

.al-fatihah.
Azmeer Omar .
Muhammad Nazrin Khamsani .



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

26 June 2012

nota bunuh diri .



Kawan-kawan, aku nak kongsi sesuatu dengan korang boleh? Aku nak kongsi kisah hidup aku. Kisah yang tak pernah aku cerita dekat siapa-siapa pun. Kalau tak sudi, aku harap korang tekan saja butang pangkah tu, senang cerita. 

Baiklah. Ceritanya bermula begini. Dulu aku kenal seorang perempuan. Dia baik. Dan comel. Terus terang aku cakap, kali pertama aku tengok dia aku terus jatuh hati. Tapi aku berlagak gentlemen. Ya, aku sengaja simpan perasaan konon takut kena reject. Such a loser me.

Walaupun aku tak luahkan walau secebis pun perasaan aku dekat dia, tapi aku still approach dia untuk jadikan dia sebagai kawan. Hati berkata, biarlah aku tak dapat. Asalkan dapat mesra dengan dia pun dah cukup indah terasa.

So, our friendship berterusan macam biasa. Such a good time we've ever had. Aku sangat gembira. Tapi hakikat sebenarnya, aku cuma bertopengkan muka yang senyum melebar. Dalam hati aku, perasaan aku terhadap dia masih lagi kukuh seperti dulu. 

Korang tau tak, macam mana rasanya memendam perasaan yang korang sebenarnya nak sangat luahkan? It sucks, you know! Knowing that someone you love is nearer to you, yet you can't tell it to her. Bukannya tak dapat. Tapi salah aku juga, sebab aku lelaki yang tak ada keberanian.

Until one day, she asked me this, "Siapa saya pada awak?" Aku tak tau nak jawab apa. Kalau aku jawab, "Teman istimewa", aku takut dia anggap aku ni perasan ke apa ke. So aku pun jawab la, "You're my friend." Dan dia balas dengan senyuman. Lega hati aku.

Tau apa jadi? Sejak aku jawab soalan tu, dia dah jadi super cold tahap ais batu Antartika dah. Aku tanya khabar, dia tak jawab se-excited selalu. Kadang-kadang, jawapan dia acu tak acu je. Aku masih tak faham apa terjadi.

Sampai la kepada satu peristiwa yang aku tak dapat lupa sampai bila-bila. She scold me. She told me that she hates me. Aku bingung! Dia buat aku tertanya-tanya. Apa aku buat sampai dia jadi begitu? Then, common sense strucked me out. Adakah sebab aku katakan yang dia cuma kawan? Aku tak tau.

And then, meletuslah gunung merapi emosi tahap ketiga. Perempuan yang aku suka tu akhirnya meluahkan apa yang terbuku di hati dia. Rupa-rupanya, selama ni dia juga sukakan aku! Rasa macam nak pengsan masa tu. Tak. Aku rasa macam sedang terbang di taman-taman syurga.

Damn me. Kalaulah dari awal lagi aku dah dapat tangkap tanda-tanda yang dia suka aku, tak ada la aku terpaksa menanggung sakit-perit-pedih-seksa sepanjang masa sambil menahan perasaan bertepuk sebelah tangan. 

Maka bermulalah episod baru antara aku dan dia. Perempuan yang aku cintai sejak pandangan pertama. Teringat pula kata-kata hikmah, cinta kali pertama selalunya adalah cinta yang paling diingat sampai bila-bila. Well, aku dengan penuh yakin akan sentiasa ingat detik itu buat selamanya. Hebat sungguh penangan cinta, kan?

Hari demi hari yang kami berdua lalui, terasa sangat indah. Seolah-olah kisah hubungan kami itu adalah kisah fairytale versi real. And I thought this happiness would be forever. I was wrong. It didn't. Sesuatu telah berlaku, dan ia sangat menyakitkan hati.

Kami bergaduh, atas benda yang kami tak sepakati. Well, she's woman and I'm a man, right? Mesti la benda tak sama. Tapi dia degil sangat. Or, maybe I'm the stone-head? Tak kisahlah. Pokok pangkalnya, aku dan dia memang betul-betul bergaduh.

So, the cold war started between us, and it is worse than the one during dia tak layan aku masa mula-mula dulu. Sebagai lelaki, aku memanglah kena bersabar dengan karenah pasangan sebab dia perempuan dan berhati lembut. Tapi apa pun, aku still manusia. Kesabaran tetap ada batasnya.

Our dissent is getting bigger and bigger every time, and at times she started to irritates me. Dan akhirnya, one good day, mood aku dispoilkan oleh dia bila dia terlalu banyak mempersoalkan segala-galanya tentang aku. Aku jadi tak tahan. Aku balas balik. Dan dia balas balik. Balas balas gaduh balas, last-last dia suruh break dan cari perempuan lain.

Aku ni dah la lelaki, pantang pula dicabar. So apa lagi, aku pun terus minta break dengan dia on the spot. My feelings at that time is like, sangat lega. Tapi in the same time, datang pula satu perasaan baru. Perasaan yang kelat dan pahit. It's the feeling of regret. Perasaan yang tahap sucks nya melebihi ketinggian gunung Everest.

Bila aku dan dia dah lama tak berhubung sesama sendiri, satu perasaan baru muncul lagi dalam hati. Lonely. Yes, I feel alone. It feeds the regrettness inside my heart, injured my soul even more. Semakin lama, semakin banyak perasaan negatif muncul. Sehinggakan aku rasa macam tak nak hidup lagi di dunia.

Memang aku cuba untuk kuatkan diri ini. Tapi entah, hati aku seolah-olah dah rosak teruk. Dah tak dapat nak dibaiki. Mungkin sebab aku gunakan full capacity dalam hati aku masa bercinta dengan perempuan itu dulu. So when it is hurt, the whole system is broken. My heart is extremely broken.

Maka, aku buat satu inisiatif. Aku cuba hubungi dia untuk minta maaf. Sebab minta maaf boleh sihatkan jantung bukan? Tujuan lain juga adalah untuk menyambung kembali hubungan yang terputus. Tapi itulah, time's changed. So do people. Perempuan tu dah betul-betul berubah. Dia bukan saja setakat marahkan aku. Tapi dia benci sangat dekat aku. Benci sebenci-bencinya. And it hurts my heart even more to know that fact.

Harapan untuk memperbaiki keadaan nampaknya dah hilang. Dia dah menutup pintu peluang. She's already changed into a total stranger. Aku rasa, apa aku buat ni benda sia-sia. Aku tak sepatutnya menunggu dia lagi. Tak ada gunanya aku perlu meminta maaf daripada dia lagi. Dan, aku juga rasakan hidup ini langsung dah tak bermakna dah. Hati aku dah tak berguna untuk aku dan siapa-siapa. 

So, here I am, at the top of building, ready to go into a new world of peace. Ini sajalah satu-satunya cara untuk aku akhiri kesengseraan yang aku alami ini buat selama-lamanya. Di kesempatan ini, aku nak pesan sikit dekat korang semua. Please, don't become like me. Jangan layan cintan-cintun kalau belum bersedia. Nanti korang akan end up like me. So, ambillah pengajaran dari kisah aku ni.

Jangan bercinta sebelum berkahwin. Risiko untuk berdepan dengan masalah adalah sangat tinggi. And once you're involved, you might be like me. Trying to find the shortest alternative way to end this madness. Dan yang paling penting, forgiveness is vital to a person's life. Don't look down on it. 

Baiklah. Itu saja dari aku. Andai beberapa saat sejak status ini dipost telah berlalu, itu maksudnya aku dah hancur kat atas tanah. Maaf, oleh kerana aku tak dapat puaskan hati orang lain, biarlah aku puaskan hati aku dengan cara aku sendiri.

Jadilah manusia yang bergembira ya? Bye bye.

------------------------

Orait, drama tamat. Apamacam, ada gaya nota orang bunuh diri ka?


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


this is  not my story i just shared it from burungman fb.
a lot of message and i love it very much 
ahaha :)



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

25 June 2012

meet them :)



BMD 1

pic tyme memuda dulu ;p

pejam celik-pejam celik.tadaa !! setahun suda bersama kamu semua,terlalu banyak perkara yang suda berlaku.ada yang baik dan ada yang buruk.dah macham adik beradik dah pun.gaduh la machamanapunn kte tetap akan duduk 1 kelas sampai abis belajau.so,ta leh gadoh dahsyat sangat bagai.hee~

memula susah nk masuk sebab memasing macham dah ada geng tapi sampai ble nak men puak-puak kan ? akhirnya dah bole masuk dan jadi kawan teman tapi mesra.

jejaka macho BMD 1
*macho sgt -.-

meet dalila,madiha and syara

meet kak liza,adha,fika and rina 

meet hafsah,kak amna and liya

kepada yang len-len dimana pic anda tida d'close up seprti diatas bermakna,pic kamu tade dlm simpanan a'ah la sebab sume pic ni ada dlm simpanan a'ah.terima kasih.haha ;p

aktiviti besau yang kami buad sesama hanyalah lawatan industri ke kilang yakult dan ladang anggur :)


kanak-kanak ribena !

khusyuk bebenau


semangat itu penting tidak kira apa jua keadaan
-,-

awek cunn dgn abg hot setap
meet maryam,nazira,najah,husna,amalina and
sekali lagi fika -.-

muka ada nur.keh3

ta dapat makan,pegang pun jadi la.haha

meet Dr sumaiyah,leha,nazirah,najah and syara
sarapan itu penting :)

kami comell yaww~

bajet retis --,

cik senah and cik peah pulang dr pasau.haha

tu diaa dah mai dah~

motif  ?
kekonon ribut.keh3

bunga merah kau kat tgn diaa !
jambu free~

ni apa ?
ni delima,okay !

produk yakult yang tade kt malaysia.

yakult punya produk yang tade jugak kt m'sia.

peta dimana yakult berada.
nampak tak ?
pemandu pelancong tgh tunjuk tu.hihihi

welcome to yakult,seremban.

satu-satunya kilang yakult dekat malaysia.

belilah yakult !!
*cnfrm tade spe nk mai.huhu

sila datang lagi :)
*penyambut tetamu

punyalah best kami punya lawatan industri sebab dapat pegi jenjalan tapi yang tak bestnyee anggur tu belum punn bole dimakan ketika kami datang tapi kami dapat makan jambu percuma.dekat yakult dapat sebotol yakult percuma.sebotol je ? eh,bersyukurla -.-

dekat yakult terlalu banyak pendedahan menarik tetang yakult diberitahu.nk huraikan semua balik aku da lupa sebab aku pegi sana beberapa bulan lepas.so,nk tau pasal yakult pegi tanya inchik google.hikhikhik.

tahun 2 nanti kami kena anjurkan minngu orentasi bagi kos program kami...Bachelor coprate administriation and relations with honour.hope dapat buad yang terbaik la untuk junio-junior kami.semangat ! *semangatlah sgttt.haha

kita mungkin tak sama pendapat tapi kita tetap satu.kalau orang lain sebut tentang sesama kita mesti kita terasa jugak kan.jangan nafikan la ;p

kita tak perlu bergaduh kalau berselisih pendapat,bincang adalah cara yang terbaik walaupun tade la baik mana tapi tu la yang terbaik buad masa ini tauu.

semoga kita bole jadi adik beradik yang rapat untuk 4 tahun ini.kau dan aku kita satu !
gud luck sumeee.heee~ 



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

06 May 2012

begitulah takdirNYA ♥




بسم الله الرحمن الرحيم


.alhamdulillah.

mak kami telah selamat melakukan operation pagi semalam.

masuk pukul dewan bedah 6.30 pagi

keluar dewan bedah pukul 5 petang.

aku adalah orang yang menemani emak seminggu sebelum operation.

aku jugak ada ketika doktor cakap nak buad operation hari sabtu.

5 MEI 2012

aku cakap dengan emak

"jangan teghuja sangat sebab nie bukan kali pertama doc ckp cmghitu"

-.-

pastu aku tengok mak tandatangan surat kebenaran.

aku tengok doktor robot amik darah mak.

aku tengok mak pegi X-ray.

aku tengok nurse check denyutan nadi mak.

aku tengok nurse masukkan cecair utk cairkan darah dekat mak.

macham jadi dan 

akhirnya operation pun dijalankan.

selama seminggu banyak yang aku lihat.

banyak yang aku pelajari.

banyak yang aku kongsi dengan mak.

banyak yang aku rasa.

"mereka tidak akan rasa bagaimana rasanya sesuatu situasi itu sehingga mereka sendiri merasainya"

.insyaALLAH.

esok aku dah balek nilai balek.

setelah seminggu tidak masuk kelas.

perasaan ?

malasnya !!!!

muahahaha~

terima kasih atas doa kalian.

doa aku untuk kalian. . 

semoga kalian tidak aka pernah rasa bagaiman aku rasa :)

out~




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

17 April 2012

He is my hero !




بسم الله الرحمن الرحيم


Setiap orang akan ada seorang lelaki yang akan menjadi tempat dia berlindung dan bergantung harap dalam hidupnya,aku juga tidak ketinggalan mempunyai seorang seperti itu J

Dia adalah orang yang terharu di saat aku dilahirkan.suara azan dia yang aku dengar ketika aku mula-mula melihat dunia.mak mengalami pendarahan ketika melahirkan aku.aku juga menghidap penyakit kuning yang agak teruk selepas dilahirkan.

Dia orang yang merotan aku ketika aku tidak mendengar kata.dia orang yang selalu belikan air ribena,tembikai dan sayur lobak putih kegemaran aku ketika kecil tanpa jemu.

Dia orang yang sangat garang dan tegas dalam mendidik aku.ketika aku dan along kecil dia adalah orang yang selalu memukul kami sedangkan ketika alang dengan adik,mereka tidak kena seperti mana kami.

Dia adalah orang yang tidak jemu dalam mengenal erti susah dalam mencari rezeki untuk kami sekeluarga.keluar ketika fajar baru mahu menunjukkan cahayanya dan pulang ketika matahari sudah mula terbenam.

Dia akan menghadirkan diri ke sekolahkami ketika tandatangan repord card walaupun result kami tidak la sechantek mana tapi dia tetap akan sedaya upaya hadir.

Dia orang yang membasuhkan kasut sekola aku dan along,dan dia jugak yang mengkapurkan kasut kami.walaupun penat dia tetap akan buad.

Dia yang mengahantar dan mengambil kami semasa sekola rendah.belikan dan ajar kami tunggang besikal.pengalam yang takkan di lupa.

Dia sentiasa mengajar kami untuk menjadi seorang yang berguna di masa hadapan.dia juga yang sentiasa cuba sedaya upaya melindungi keluarga kami tanpa mengeluh walaupun lelah.

Ye ! dia abah kami.

AZIS BIN MD YUNAN

Angah sayang abah infinity <3

Walau apepun orang cakap tentang abah,kami adik beradik akan sentiasa di sisi abah.sentiasa J

Walau abah hanya tahu bawak moto tapi abah tetap cuba yang terbaik untuk hantar dan ambil kami sejak mak sakit.

Terima kasih.

Since mak sakit,angah Nampak abah banyak berubah.kami yang dulunya terlalu bergantung kepada emak terpaksa bergantung harap pada abah pula sekarang dan kami percaya abah mampu melakukannya.

Setiap hari sejak emak duduk dekat hospital,pagi abah pergi kerja,petang abah kena cari orang untuk bawak kami adik beradik jumpa emak dan malam sudah tentu abah penat kan ? kesian abah.maafkan kami kerna selalu sahaja tak buad yang terbaek untuk abah.

Masa angah abah cium mak,angah nangis sebab first time dalam hidup angah dapat tengok abah cium mak.bila angah cakap dengan nenek,nenek cakap abah pun cium mak depan orang ramai time angah lahir.terharu :’)

Maaf atas segala ketelanjuran kata dan perangai yang tak tentu hala.terima kasih yang tidak terhingga untuk segalannya.angah owe abah a lot ! J

Bukan senang nak buad seseorang berubah.terkadang ALLAH beri sesuatu untuk kita sentiasa mengingatiNYA.mungkin ketika itu kita terlalu alpa dengan segala nikmatnya dan terlupa pula kepada ujianNYA yang sentiasa ada menanti kita.

Semoga keluarga kami dan keluarga kamu-kamu sentiasa di dalam lindunga rahmat ALLAH selal0o.

.amin.





terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

25 March 2012

gemuk itu menarik :)



assalamualaikum

okieyh.ari nie takde cite sedih.ari nie aku nak cite pasal gemuk.hehe

kau tau tak yang orang yang gemuk itu menarik ?

itu fakte beb !

kalau kau gemuk semua orang kenal ! e'eleh gelak pulak kau.betol la !

asal aku cakap cmghitu ? phewphew~

orang gemuk nie semua orang nak bahan kan ? kau lempang la muka kau puloh-puloh kali kalau kau cakap tak ! =.='

orang gemuk nie ramai yang tak nak kawan kalau kawan punn ada sebab bagi sesetengah je la..contohnya kalau kau kawan dengan orang gem0k mesti kau nampak kurus sebab kawan kau tu gem0k dari kau.walaupun sebenarnya kau tak la kurus mana punn -.-'

kau tau tak yang orang gemuk tu sebenarnya nak kurus ? tapi kalau kurus nanti ramai pulak dok kejar kau.hot   settap la katakan.so better kau jadi gemuk.

walaupun diejek kau still bole epy dengan life yang kau ada,ye idak ? so better jadi gemuk.orang tgk punn tak nak.maksudnya,sapa berani nak kacau uh ? tarak ! haha

kau jangan risau la kalau kau takde jodoh sebab jodoh tu kan rahsia ALLAH.kau kena percaya tu.daripada kau cari jodoh baek jodoh yang datang dekat kau sebab kalau kau cari jodoh tu takut terjumpa org yang salah.ha ! kan da sakit ati kau tu.

cuma kau jangan la nak membina + menternak lemak banyak sgt nanti banyak pulak penyakit.kau jugak yang susah kan ? kekadang orang sekeliling kau punnn terikut susah sebab kena tolong kau.

hoi !

jangan banyak sgt makan !

jangan banyak makan makanan segera !

jangan banyak sanagt makan coklat !

jangan tido lepas makan !

jangan banyak makan makanan yang berminyak !

"bersederhana itu kan lebih baik :)"

kenapa aku merepek ceghita pasal nieh ? aku da gemuk maksudnya semakin sihat,epy sgt kot sampai naik berat aku dok dekat nilai tu sehingga aku tidak lagi muat memakai seluar kesayangan aku ini ! huarrrrggghhhh~

tu dia seluar kesayanganku !

seluar free bomba bagi tahun 2008 pastu bajet dah takde.so,kena pakai seluar yang itu untuk tahun seterusnya.bajunya suda dihilangkan oleh along dengan cara yang aku puunn tak tau sebenarnya.sapa la yang suka aku smpai nk amik baju kesayangan aku tu aih.

baju dan seluar kalau nk beli dekat kedai memang tak bole bla.nk beli pun macham aneh je kan ? aku pakai pun untuk kawad hos + kawad kaki.pastu tarak ! universiti aku pulak tak join kadet bomba.so,buad kenang-kenangan je la.macam mintak penampar je kalau aku harap ada orang yang nak pulangkan balek baju aku itu.

beg yg Min bg tu chantek sangat kot pasai tu ada orang amik.back to the topic.time aku dapat seluar itu punya la besau sampai kena pakai tali pinggang weiyh.lelagi pas balek kem yang kau kena lari 5 pusingan padang.tu belum campur lompat bintang bagai.huh!

tyme Min nak pinjam seluar aku dia cakap "besau gler selaur kau !" dy cakap cmghitu dan sekarang aku dan bertambah tambah besau sehingga ngam-ngam aku pakai seluar itu.alang dah mula usha seluar aku "best pulak aku pakai seluar kau ngah.besau uh !" memang mintak sepuk la kan ? :P

konklusinya,gemuk itu memang menarik.siyes ! enjoy your life but it has limit !

selamat berhujung minggu !

esok balik nilai suda,heh !

wassalam




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

13 February 2012

Valentina Nervosa :)




assalamualaikum



Nie draft 10 fel,kol 2 pagi :-p
ku baru abis baca novel valentina nervosa semalam…best kot.so,aku nak share la cikit J

Synopsis :
Mariyyah tidak meminta banyak,dia Cuma mahu meluaskan perniagaan dan mengahwini teman lelakinya,Najmudin yang telah bersama dengannya selama 7 tahun.namun apabila mereka berpisah pada har valentine,Mariyyah menyedari banyak yang perlu dia mulakan kembali.sendirian menghadapi fobianya dengan hari memperingati kekasih,dia harus menyelesaikan masalah temannya Faizah yang putus hati,Abg Aziz yang putus tunang,dan amer yang putus harapan.menambahkan pening kepalanyua,dia juga berdepan dengan pengkhianatan kawan baiknya,Soraya dan pekerjanya Razif yang sukar difahami apatah lagi dikawal.dengan semua kegilaan hidupnya,dia tidakpasti sama ada dia putus cinta,jatuh cinta lagi atau hanya mahu bersendirian ?

“abang Tanya saya okay atau tidak ? saya dah berumur 27 tahun,saya masih ‘single’,bekas teman lelaki saya nakkan saya balik tapi saya dah tak ada hati dengan dia,lelaki yang saya suka pulak balik kampong dan tak jawab panggilan sampai sekarang,kawan baik saya khianati say dengan abang lelaki yang saya paling tak suka dan saya ‘syuck’ di sini dengan abang,membuat kerja sia-sia jumpa seorang jutawan yang tak tahu nak kahwin dengan wanita sebaya dengan diri sendiri “-Mariyyah
“well,kalau nak main ‘jigsaw puzzle’,biasanya kita tak akan jumpa piece yang sesuai.kena ‘try’ banyak kepingan untuk ‘piece’ dan sesuaikan dengan yang dah siap,kan ?”
“point being ?”
“hubungan pun macam tu maya.” -Razif

Pendapat aku kenapa cite nie awesome ! maybe sebab aku pun pernah rasa putus cinta.so,aku rasa cite nie banyak bagi aku kekuatan… erk,bole la.kekuatan sesorang tu berbeza.cara orang menangani masalah tu pun berbeza.penerimaan seseorang terhadap sesuatu itu berbeza.meyh aku buad huraian tentang novel nie ckt…aha…

Najmuddin & mariyyah
Mariyyah atau emai atau maya adalah watak utama dalam novel nie,najmuddin pakwe dy yang pertama dan cara dyorang clash pada hari valentine day tu agak melampau =.= aku tak suka najmuddin nie even dy agak suweet (proses luahkan perasaan dy minum sebotol kicap depan maya ) tapi dia macham tak panda nak menghargai orang dan memang patut pun dy tak diterima semula oleh si mayang tue.amik kau ! ><  kapel 7 tahun weyh,7 tahun kalau kau kawen dah bole dapat anak  lebih 5 orang kau tau ? -.- pastu kau bole tinggalkan perempuan tu sebab kau nak something yang laen ? apakah ? annoying ? <-- aku bagi pelempang je lelaki cmnie !

Najmuddin & ayu
Ayu kira macham kekasih baru si din yang tak guna nie la.cunn and free hair tapi still tak bole challenge si maya sebab diakhir relationship dyorang si din tu sesadap hati dy je nk jadikan personality ayu tu jadi maya.apa masalah kau ? =.= Nampak tak betapa tak gunanya si din tu !

Abdul aziz & iryani
Abg aziz nie abag sedara emai dan kak iryani nie tuning dia.dyorang dah tunanag selama 2 tahun (bertunanag utk tempoh 2 thn.yup ! ianya memang lama).abg aziz dan emai bukak kedai buad kad kawen dan laen2 dibantu oleh roopa,kak yani dan razif.cara abg aziz tackle kak yani pun suweett J nk last-last cite dyorng putus tuning jap sebab yani bengang trntang perangai abg aziz tp kejap je la sebab endingnya dyorang kawen jugak ! J

Amer & faizah
Amer kawan emai dan faizah housmate emai.dyorang sekampung dan bertunang.dyorng putus tunag jap tp akhirnya dyorang kawen jugak.fai punya trauma tyme mmg dahsyat sb dy macham berpusing 360 darjah.ame yang kononnya graduan dr unibersiti dari Pakistan merupakan orang yg Nampak macham alim dgn penggunaan bahasa arab beserta makhraj.ame suka emai tp endingnya dia pilih faizah sebab emai lagi kuat dr fai.

Nazaruddin & soraya
Naza abg din dan soraya roommate merangkap kawan baek emai.dy terlalu menjaga hati kawan dr hati sendiri.tyme dia kapel ngan naza dia rahsiakan hubungan dia dr pengetahuan emai.naza romantic w00…I loike…dyorng putus jap lepas emai tahu tentang hubungan dyorng.in the end,dyorng kekal bersama J tak bnyk kawan macham soraya.walaupun bg aku dy agak selfish sebab sembunyikan tentang relationship dy ngn naza.

Razif & mariyyah
Razif ata abg jeb adalah kwn baek abg aziz merangkap suami emai J dy duda.life abg razif ni complicated ckt.aku macham kecian gak la ble dgr tentang life dy.family bankcrupt and his wife leave him.annoying tak pompuan tue ? =.= abg jeb punya fizikal macham gelandangan ckt.dia keje kt kedai abg aziz tanpa membuat ape2 keje.keje dy asyik makan dan membuta.dy sempoi dan agak relax orangnya.maybe dy tak sesuweett din tapi dy ada tarikan tersendiri.”orang yg duda nie bnyk pengalaman” <-- ececeh…haha


Mariyyah dan situasi :-
Kapel since sekolah sampai unibersiti sehingga bekerja.
Suka baud pastry….untung gler pasangan dia J
Clash tyme hari yg gumbira bg sume couple “valentine day” horrible gler dy tyme uh
Jadi sgt paranoid ble hari valentine tiba.
Amik masa 3 thn utk bgn semula.
Stalker fb din selepas clash yg mne akhirnya dy merana…sume orang buad kot  =p
Lost contact ngan din lepas dyorng clash…siyes,tak sume org bole buad.


Aku suka cite nie sebab aku suka apa yang penulis nie tulis.aku suka baca sume novel yang penulis nie tulis J ”klise”…ayat nie sgt bnyk disebutkan dlm novel nie.bnyk benda kita bole belajau dr novel nie lelagi bg sesapa yg mengalami nasib yg sama.bnyk jugak pandangan yg dy utarakan.cth…tak sume orang pakai serban dan jubah tue alim…bla…bla…bla…ada yang aku setuju tp ada jugak yang tak.dia pun bnyk share tips-tips yg bole diterima dek akal.hehe~dlm cite nie jugak ada cite macham mne perkataan “move on” tak releven langsung utk mereka yg suda clash utk menunjukkan yg dyorng okay walaupun sebenarnya tak…langsung tak.sapa ckp org clash tak bole move on ? dyorng bole Cuma dyorng perlukan masa tp tak tau la lama atau ckt.give them support and space,plisssshhh….thank you !


“Wanita akan menjadi matang setelah putus cinta”

♥  Lots of love 


wassalam




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

Pesta buku 1 Malaysia :)





assalamualaikum



Pesta buku 1 malaysia.sape tau pe tu ? haha.okay ! aku pun tak tau nape ntah dy buad pesta buku tu.maybe sebab nk s0h budhak U abiskan baucer dyorng.keh3.aku tak nak bli tapi macham tak cunn pulak jalan jejauh semata-mata nak cuci mata aih.

So,aku beli 3 novel campur Kak Am punya novel jadilah 4.haha.riang gumbira dapat novel setelah 1 thn aku puasa beli novel sebab mak tak bagi.ececeh..baucer aku RM50+RM10 pun dengan riang ria terbang tanpa sayap.maka aku dapatlah…bila YM berbicara (kaka am),valentine nervosa,5 tahun 5 bulan dan rona-rona cinta Damascus 




Aku p pwtc ari tu dgn adik aku yang terchenta.1st tyme adik aku naek ktm dan kecian dy sebab tyme ktowng p esknya thaipusam…ye thaipusam,confirm-confirm la ramai org india nk p batu cave kan ? perghh,padat gler weyh.aku berdiri sepanjang perjalanan dan aku tak nampak pun adik aku kt mana.cian kau dek ! haha tp bila ckp berjaya sampai sana aku dah bole senyum la.

Aku pakai high heels sekali lagi sebab…dak takde kasut kot.sedih wooo T.T aku pakai baju kurung tyme uh dan abah aku macham tak berapa nak suka sebab dy tanya,”kau takde seluar ke ?”..” ada bah,seluar tido”.haha,adik aku ngongon nak pakai baju kurung akhirnya pakai seluar.mak aku tenang je maybe sebab dy tau aku memang suka pakai baju kurung.

Aneh rasanya ble dapat kuar ngn adik bradik sendiri tanpa pengawasan org yang lebih tua.macham tak caya je abah aku bagi aku p jenjalan ngn adik aku.kt key-ell lak tue J ktowg dapat makan aiskim kt Mcd dan burger zinger kt kfc selepas tu ktowg makan kt food court.banyak kan ktowg makan ? haha.abah baek hari tu bagi ktowg duit tambang dan duit makan.sygsss abah…muahhh infinity J

Aku sampai umah dlam kol 7 lebih.owh,aku sebenarnya nk p ngan kawan aku tapi ktowg tak jumpa pun kt cne sampai la tyme balek br jumpa sabarina and the STAM geng kt ktm tapi tak dpt lepak la sebab ktowg jln len tapi dapat la angkat tangan.mun dan madi ajaran jumpa kt kl central.dyorng salah naek ktm.keh3.sepanjang dlm perjalanan aku borak ngn madi,maklumla bukan senang nak jumpa.rindu dan banyak cite.hehe.aku jumpa fiqa merangkap klasmate aku kt uni yang terchenta tu.abah dy bukak booth jual buku kt ctu.

Kesimpulannya,aku sangat gumbira dapat jumpa kawan aku walaupun tak sume yang datang dan dapat kuar dengan adik aku walaupun tetibe kt tgh jalan nk p kt bas tyme kt klang tetibe kaki dy kejang sebab banyak berjalan kot…terkejut ! alhamdulillah, aku dapat pegi dan balek dengan selamat.heee~


wassalam




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,