Showing posts with label feel. Show all posts
Showing posts with label feel. Show all posts

16 August 2015

gagal


salam everyone.

lama tak update sini sebab tak ada benda yang rasa nak di rambling kan.
tapi sekarang aku tengah ada benda nak tulis.
so, hye everyone ! what's up ?
hope all of you in good condition di samping yang tersayang.

since emak pergi aku rasa aku dah hilangkan diri aku. hilang dalam erti aku pun tak tau aku siapa sekarang dan mana diri aku pergi hilang. aku selalu rasa hilang dan tipu kalau aku cakap aku tak cuba cari tapi nak cari sesuatu yang hilang kena ambil masa tambah dengan emosi turun naik dan faktor sekeliling benar-benar mempengaruhi.

 aku jugak suka lepak dan rileks , cepat penat, kuat merungut, banyak berfikir, ego, tak nak dengar benda yang aku tak nak dengar, masih lagi dengan konsep pergi mampus la dengan hidup kau saat aku sentap, buat bodoh, lemah tengok orang yang tersayang bahagia bukan kita di sisi, mengingati setiap orang yang aku sayang tapi diorang tak pernah peduli, layan orang macam sampah dan kadang-kadang aku lah sampah tu orang buat, buat tak nampak, walhal hati aku terus berdarah. aku masih okay.

alhamdulillah . masih di sini .
berdiri semampu anugerah yang di beri.

masih kental cuba neutralkan sekeliling. mungkin jugak sebab aku berfikiran negatif tambahan dengan tiada orang di sisi yang aku percaya sebab semuanya dah bersepai ke tanah. mereka campak lencana yang aku berikan bagai tak guna. jadi aku rasa aku perlu fokus pada diri sambil kecilkan bulatan kesayang yang aku dah bina.

aku tak kisah orang cakap aku gagal sebab aku tahu walau hati aku memberontak nak terima tapi lantaklah kau nak cakap apa. kita manusai memang cakap berdasarkan apa yang kita nampak mula bukan apa yang kita rasa, kita fikir atau kita lalui. jadi aku biarkan mereka muntahkan sebanyak mana kenyataan pada mata yang mengutip bukti tanpa saksi lain.

cuma isu yang aku paling tak suka ialah kenapa perlu salahkan mak abah dalam hal kegagalan diri seseorang. kesalahan bukan berlaku untuk kita tunding siapa salah. kesalahan berlaku untuk kita tengok diri masing-masing bukan kau tengok aku, aku tengok diri kau. itu bukan kesalahn. itu pergaduhan.

pandang diri. kita boleh jumpa salah kita dari diri orang lain. perlu luakan mata bukak hati. mana ada manusia bagus serba serbi. aku selalu rasa pengalaman hidup bukan sahaja boleh dapat dari fasa melalui tapi lebih kepada pemerhatian hari-hari. 

jangan sebab kita ada certificate kita pandang yang tiada certificate rendah. mereka yang dah ada kerja pandang mereka yang menganggur pemalas tiada usaha cari kerja. usaha sesorang memang kita tak nampak sebab kita lebih memilih untuk lihat potensi berjaya lebih dari segala. nasib kau mungkin baik. buat masa ini. masa depan kita tak tau lagi.

kita di beri didikan dari pelbagai sumber manusia,keliling dan banyak lagi. ilmu tu datang dalam kehidupan seharian. kadangkala tak perlu cari orang bagi tapi kalau nak lebih kena gali cari. ilmu sekarang susah nak dapat percuma. semua berbayar. yang percuma semua dah tak nak hargai. orang sekarang bukan nak ilmu sangat. mereka lagi suka nama. nama yang menyebabkan kau hidup di kenali dan di sanjungi.

well, entry ni nampak macam aku seorang yang malas berusaha tapi pandai mengeji penat lelah orang. so what ? ini tempat aku meluah sisi yang aku nampak, rasa dan fikir.

orang yang tengah gagal tak bermakna terus gagal. kalau rasa tak nak bantu mulut kau tu jadikan bisu. orang gagal tak perlu peluru yang keluar dari mulut sebab kami yang gagal memang banyak peluru kami sendiri. kami perlukan sokongan bukan cerca hinaan dari mereka yang sempurna lagi sopan.

apa rasa bagi cercaan ? buat kau nampak lagi hebat sedangkan hidup orang lain terus di tekan. memang salah diri mereka yang gagal sebab mereka tak nak bangun tapi yang kau melebih dah kenapa ? tak nak bantu pergi berambus sana. menempel di sini buat apa ?

pergi sana terus bina empayar dan cari lagi ramai manusia kau bole cerca sebab memang tu modal kau semata. ada masa cercaan memang bole buat mereka bangkit tapi hari-hari kena boleh bingit sampai sakit.

perlu melalui untuk merasai setiap titis perjalanan dan perjuangan.
bukan sedap mulut sembur bagai tiada peganggan.

allah tu kalau nak bagai teguran.
kejap je dia boleh putar kedudukan kita.
dah lupa ke ?

cakap bukan sebab bagus,
sebab aku rasa semua orang ada rencah hidup.
kawal diri sendiri punya dahulu.
tak payah sibuk orang lain punya.

bahagia allah bagi masing-masing punya.
dah tu nak takut apa ?


terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

21 July 2013

re-open

bismillah.

hye.

aku dah bukak balik belog.

sebab ?

aku rasa blog aku macam ada ilmu sikit yang bole di kongsi dengan yang lain.

jadi, kenapa perlu kedekut.

kan ?

Em,selamat kembali !

*senyum lelebar*

tapi, maybe no update.

sebab aku dah ada belog baru.

hee . okbai !

jaga diri,

jaga iman,

semoga kita sentiasa di dalam lindungan ALLAH selaluuuuu-- :)))))



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

01 June 2013

spilt out #5

salam alaik.

Aku ada satu rasa. 

Sejak belajau terima
 Erti hilang. 

Tak mampu gapai kembali.
 Terus hilang 
Terkambus bersama Segalanya.

 Aku benci perkataan...
 Sabar. 
kuat. 
Tabah. 
Redha. 
Dari semua.

Salah ? 
Aku tau 

Cuma ucapan mereka 
Tak kena gaya 

Sekali lagi,

Aku kata... 

Bagi aku kalau,
 Aku tak sabau,
 Aku tak kuat,
 Aku tak tabah,
 Aku tak redha.

 Kau ingat aku bole berdiri macam sekarang ? 

Ada masa aku perlukan hanya 
Telinga untuk dengar 
Bahu untuk tenang 
Pelukan untuk surut. 

Bukan bermakna, 
Terus hilang semua rasa, 
Minimumkan sudah cukup memadai.

Marah ke kau ? 
Tak layak aku.

Kecewa ? 
Mungkin.

 Maaf untuk itu

 manusia biasa.
ituaku.


terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

24 May 2013

spilt out #4

#decision #choose #yours


Before assume.

 Ask.

 Why ? 

Because we need answer. 

An answer need explain.

Why ? 

An explain we find ..

Understanding.

 Believe. 

Or, 

You choose,

Dissapointed.

 Butthurt.

 Before knowing, 

Anything you should.




 Conversation end--




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

23 May 2013

Love in dream.


Bismillahirahmanirahim.

salam semuaaaaaa...




We live in a fairy tale . .
That starts with once upon a time . .
Where  I  vow to help you love life now and after . .
To have the patient to love demands . .
To speak when words are needed . .
And share the silence when  there are not . .
And to live in the  warmth of your heart . .
And always call it home . .
And the tale shall end with happily ever after . .
I  hope . .
Until  jannah insyaallah . .


I am not write this word

but

I admit that I fall in love with that words

Wish + hope

insyaALLAH

when the right times come

the perfect spouse I had

through my eye

the dreams will come true.

Pray,pray and do pray.

Eh, I don’t want to married yet.

I’m still young.

I have a long of journey to face.

The responsible as a daughter + sister in the same time.

After I make them proud of me

I’ll think about me.

Pray for me,lovely people

The pray will come to you also.

Don’t worry

That’s HIS promise

.Believe HIM.

Have a faith in ALLAH.

May all of us in HIS blessed always.

.amin.


draft :
020513/ 23:17


terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

06 May 2013

feel around kesayangan

salam,

050512
a memory day for our family.

.operation.

emak.

pagi subuh bangun semua
abah paling awal
hati dia tak tenang.
along,aku adik.
alang di sana menemani emak
siap-siap
pergi zass ke selayang.

masuk dewan bedah 6 pagi
tak jumpa aku .

abah telefon ke mak
sebelum masuk.
nangis.
risau
takut.
sudah pastinya.

depan aku dan yang lain
tiada mimik muka
abah pamerkan.
tapi aku tahu
risau abah.
kenapa ?
sebab aku rasa.

itu emak.
orang yang ngandungkan kau.
lahirkan kau.
besarkan kau.
ajar kau.
permintaan kau terdahulu.
keinginannya terkebelakang sekali

tak cukup ?
kau nak apa lagi ?
*tanya*

paling banyak aku ulang baca yasin
hari tu lah.

ketika yang lain lelap
aku baca di sertai tangisan
kenangan

aku cari kuat dari situ.
aku mohon.
bersungguh-sungguh
dalam setiap ayat
aku titipkan doa
sejahtera selamat semuanya.

makan lalu
supaya yang lain tak risau.
simpati yang aku tak mahu rempat dari mereka
sukar
aku masih mahu cuba.

senyum

nampak cacat
aku tahu mereka tahu
senyum paksa kami anak beranak

pukul 5 petang keluar
dari bilik bedah
masuk wad HDW

panggil tiap dua orang masuk untuk lawat.
aku ?

dari luar,
takut.
aku bukan kental depan emak.
paling lemahnya aku.
adalah depan emak
ketika mulanya aku hargai
erti hargai rumah.

nangis,
mereka nampak.
aku kaburkan mata mereka.
aku cuba tahan.

masuk wad,
emak masih mamai
kesan ubat bius.

air mata tak bole kompromi.
setitis-setitis jatuh.
syukur mak tak nampak.
anak dia yang 'peleceh' ni teriak.

hari sebelum,
aku di sisi emak.

doktor datang tanya
tentang opertion.
mak teghuja.
aku cakap.
jangan.
ini bukan harapan kali pertama.
kali kedua juga bukan.

petang itu,
ct scan,
jumpa doktor bius,
periksa tekanan nadi,
masuk darah.
aku saksi semua.

hati aku doa.
moga baik-baik segala.

sebelum pulang,
macam raya.
maaf keluar lancar
dari setiap bibir antara kami.
aku masih terkawal
sebelum
lihat antara emak dan abah
bermaafan.
ribut hati aku melanda.
ALLAH tahu.
aku yakin

pertama kali sepanjang
emak 'chek in' selayang hospital
tiada satu antara kami teman.
tidak di benarkan
satu pun.
hari itu lah.
sendiri emak
di temani jururawat.

terkilan.
tapi masih diam.

kami turut.
kami bukan pakar.
kami tahu ALLAH dah atur segala.

aku tak lupa
satu inci kejadian hari itu.
sehingga kini.
masih ada.
kenangan itu.
aku pegang erat.








terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

08 April 2013

spilt out #3




Kau tanya aku.. 
Kenapa makin jauh ?

 Aku jawab.. 
Itu permintaan dulu.
 Hormat ke kau mungkin.

 Kita janji siapa jumpa dia punya suka.
 Satu lagi kena terima terbuka.

 Aku nak tunggu kau cakap 
Tapi tak tau bila.

 Apa yang aku nampak 
Apa yang aku rasa 
Aku telan dalam-dalam 
Akan di kisar nanti-nanti Kalau ingat.

 Isu itu banyak nak bangkitkan.
 Itu pun kalau nak la.

Tapi kau pilih diam.
 Aku ? 
Aku ikut rentak kau.

 Dulu mungkin aku peluah 
Paling tegar ke kau.
 Dulu lah aku cakap tadi. 

Kini aku jumpa yang lagi better.
 Tempat yang tak pernah gagal dengar apa aku luah--

 Sejadah. 
Bunyik macam poyo bukan ? 
Tape.
 Itulah serba sedikit aku yang baru. 

Aku mahu curang. 
Kenapa ? 

Sebab aku bosan. 
Jadinya aku pilih untuk curang. 

Kenapa mesti curang ?
 Kenapa tak setia ?
 Sebab aku dah tak nak jadi tolol. 

Sejujurnya,
 Aku penat.
 Realiti masih panjang 

Tapinya aku
 Macam masih berada di awangan.

 Aku nak berjalan di atas realiti 
Bukan berlari di atas awanan. 

Jadinya aku pilih untuk cari curang lebih dari setia untuk meminimumkan sakit sebab kebodohan diri. 

Kenangan aku tak marah kau Cumanya jika kau menyinggah hanya kerana luka semalam.

 Sila jangan di hampiri tuan punya diri ini.



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

10 February 2013

no title required.






today i choose to leave you after 4 years.i'll find you after couple years.

.insyaALLAH.

take care.

love you so much.

miss you a lot.


- hair -






terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

31 January 2013

spontenuos thursday #32 | my way





anda berasa sangat keciwa ketika ada yang mempersoalkan langkah anda,just think and try this...




*kenapa perlu bersangka buruk sedangkan kita bole memilih untuk bersangka baik.



*pendapat kita beza sebab kita bukan orang yang sama dan jalan yang di lalui itu juga tidak sama.


*hikmah tu ada di setiap jalan cerita DIA cuma bezanya kamu celik atau tidak untuk lihat.


*mereka ada hak untuk bersuara tapi kita juga punya hak untuk tentukan hidup kita.



be strong ! ^^,






terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

27 December 2012

matter about love ♥

this post will make you hate me :)

“cinta bole lenyap bersama lenyapnya sebab”
-ibnu qayyim al-jauziyah-
buku : raudhatul muhibbin wanuzhatul mustaqin.

cinta itu apa sebenarnya ? nafsu or cemburu ? pilih ! takkk la cinta itu fitrah.fitrah yang telah di tetapkan DIA yang ada pada setiap manusia.ya,SETIAP manusia.ada manusia yang tidak mempunyai rasa cinta ? hebatnyee kamu.jadi kamu tidak cinta pada ALLAH,rasul,kedua ibubapamu dan dirimu ?


cinta itu ada dalam konteks yang luas.setiap mereka mempunya konteks cinta yang berbeza,cukup hanya diri tau mana satu takrif cinta yang sesuai untuk mereka.


semua mereka yang punya cinta itu harus memilih cara untuk mereka zahirkan cinta mereka kepada manusia terutamanya.kepada ALLAH cukup hanya diri yang tahu tidak perlu dicanangkan pada semua.nanti keikhlasan itu bole terhakis sedikit demi sedikit.


mereka yang bersekolah agama,alim dan bertudung labuh tidak layak bercinta.kenapakah ? mereka bukan manusia ? hailaa,manusia itu punya fitrah.jangan terlalu cepat menghukum.mugkin cara mereka salah tapi kenapa tidak di tegur dengan cara berhikmah.hey,pastinya cara itu yang kamu mahukan pabila mereka yang lain menasihati kamu bukan :)

mereka yang tersalah itu perlukan bimbingan dan sokongan bukan cacian dan makian.tolong mereka.tidak mustahil akan sampai waktunya kamu merasa seperti apa yang mereka rasa.waktu itu tak mustahil kamu akan rasa betapa hebatnya kuasa DIA dan betapa sakitnya kamu.ini bukan doa cuma a little peringatan for you my darlings.

Karma is Hindu. We Muslim's believes Qada' Qadar."

siapa cakap mereka yang baru putus hubungan itu tidak bole hidup dengan jayanya ? *gelak* hey,mereka bole lah.siapa kamu untuk mengatakan sedemikian.pernah rasa bagaimana hati itu di lukai ? pernah rasa di khianati ? pernah rasa di tinggalkan ? pernah rasa terlalu banyak dosa telah dilakukan bersama mereka yang bukan hak kita ? mereka yang bukan halal untuk kita ? pernah rasa tersilap langkah ? pernah rasa mereka di sekeliling memperlekehkan kita ? tak pernah ? kau masih belum rasa hidup sedemikian jadinya dari kau berkata perkara yang menyakitkan hati mereka baik kau duduk diam tanpa berkata apa-apa.itu selayaknya.

Katakanlah : wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap daripada mereka sendiri,janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH,kerana Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani
-az-zumar 39:53-

siapa cakap bila kita sudah tiada hubungan dengan 'buayaferen' dan 'geliferen' kita ta bole hidup ? sila la sedarkan diri anda dengan istighfar.sila sila.cuba fikir sejenak..tiada dia di sisi kau masih bole hidup dengan nafas yang DIA beri.kau masih bole makan dengan rezeki yang DIA bagi.kau masih punya mereka yang di namakan keluarga dan sahabat yang menyangi dan DIA yang berdampingan denganmu saban waktu.siapa lagi yang kau lebih perlukan,dia atau DIA ? kau pilih.bergantung pada manusia itu akan sakit pada akhirnya tapi tidak pada DIA.believe HIM.


kenapa aku emosi sebegini ? haha *gelak lagi* sebab aku pernah rasa sakitnya.bagaimana di tinggalkan oleh cinta pada manusia,tersalah langkah,bangkit kembali dan pandangan mereka kepada aku.ramai yang cakap

"kau ni bodoh"
 "semua perempuan bodoh sebab mudah percaya pada lelaki"

 kamu,kamu dan kamu..heyp,jangan berkata demikian kamu juga akan berkahwin dengan lelaki satu hari nanti.nampak macam aku sensitif kan ? aku sememangnya sensitif dengan perkara ini.sangat sensitif  =)

Tiga hal yang seriusnya dianggap benar-benar serius dan bergurauanya dianggap serius: nikah,cerai dan rujuk
-diriwayatkan oleh al arba’ah kecuali an-nasa’i.dihasankan oleh al-albani dalam al-shahihah-

dan semestinya setiap mereka yang bercinta itu mahu pasangan mereka akan menjadi yang halal buat dirinya dan mendai yang terakhir dalam hidup.jadinya mereka perlu jaga pasangan mereka sebaiknya dan dengan cara yang betul.cara yang mulia di sisi agama.

sekiranya adam mahu memiliki hawa maka haruslah mereka mengambil mereka dengan cara yang terhormat.bagaimana caranya ? jumpa walinya.sampaikan niatnya.sekiranya adam tidak melakukan perkara itu...wahai hawa,tinggalkan mereka.mereka sedang mempermainkan hatimu.jangan sesekali kau berani bermain dengan api kerana sakitnya nanti hanya kau dan DIA yang tahu

Perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki  yang baik,dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik
-an-nur 24 :26 –

entry ini bukan suruh kamu bercinta bagai nak rak.entry ini ingin menyatakan bahawasanya..

sekiranya telah ditetapkan dia untukmu maka akan jadilah dia untukmu tetapi sekirannya bukan dia untukmu maka bukan DIA.


usaha la sekuat mana,jika dia bukan untukmu maka berhentilah pada waktu itu juga kerana jangan kamu menambah dosa dan luka yang sememangnya ada dan bole di kurangkan.bukan maknanya mengangkat bendera putih cuma jangan buang masa dan menzalimi dirimu dan bakal pendampingmu kelak.

apa yang perlu kamu lakukan ?

muhasabah diri 

banyakkan solat sunat taubat terutamanya.dekatkan diri pada DIA.sudah sampai masanya kamu persiapkan diri untuk bertemu dia yang telah menunggu kamu menjemputnya.anugerah yang telah diberikan oleh ALLAH untukmu menjaga sebaik kamu.


.insyaALLAH.
akan tiba masanya bila kamu bersedia.
DIA lebih Mengetahui.
percaya pada DIA


p/s : untuk mereka yang dalam suasana kapel.jika pasanga kamu itu baik maka eloklah di fikirkan hala tujunya mahu kemana.perkara yang mudah tak perlu di susah-susahkan dalam islam.cakap memang senang ? dah tu nak kapel tu senang jugak kan ? *senyum* i'm not ask you to clash but i ask you to think what will be going after this ? if he/she will be your exactly spouse in the end of your story and it will be happy ending ? you can do it ^.-

the truth is....

3 perkataan bermakna yang ditunggu oleh setiap wanita. Bukan "I love you" tetapi "Aku terima nikahnya" 
-Muslim Malik Musadali-



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

14 December 2012

asbab ?


Kenapa kita add mereka dekat facebook ?

Kenapa kita follow mereka dekat tuweter @ burung biru ?

Kenapa kita jadi follower mereka dekat belog ?

Persoalannya bermula dengan kenapa ?

Untuk melakukan sesuatu kita memerlukan sebab.

Sebab nak mereka follow kita balik ?

Sebab sesaja nak jadi kawan walaupun tak kenal ?

Atau sebab lain.

Apa yang aku ingin sampaikan di sini

jangan kawan dengan aku kerana simpati.aku tak suka.kau akan disakiti mungkin oleh aku
-khairul fatehah-

Sebab itu semestinya membantu kita untuk ingin tahu.

lebih tentang mereka.

Segala-galanya tentang mereka.

Meng-stalker dalam kata lainnya.

The point is,

Perlu ke buat semua itu ?

Untuk mencari sesuatu yang berunsurkan kebaikan.

Ianya tidak salah langsung.

Daripada ibnu mas’ud r.a., “janganlah ada perasaan iri hati melainkan kepada dua keadaan.; (pertama) keadaan orang yang dikurniakan ALLAH harta benda,serta menjadikannya menguasai dirinya menghabiskan hartanya itu pada perkara kabajikan yang sebenar-benarnya; dan (kedua) keadaan orang yang dikurniakan ALLAH ilmu pengetahuan agama, lalu ia beramal dengannya dan menyebarkannya.
- riwayat bukhari,muslim dan tarmizi-

Tetapi  kalau ianya sekadar untuk menghabiskan masa sia-sia.
Baik hentikan

I don’t need a fake people to be my friends.if you don’t like me,don’t come near me.
just go away silently
-khairul fatehah-

Kenal pasti punca

Dan cari langkah pencegahan dengan segera.

Jenis yang sedar itu tidak mengapa

Tapi jenis yang sebailknya.

Jangan jadi mereka yang tidak punya life di alam realiti.

Bahana terlalu sibuk mecari mereka yang di gelar  ‘kawan’

Kononya di alam sosial.

Perlu jauhi mereka yang tidak di kenali

Bukan secara semberono

Tapi secera baik

Setelah di ketahui.

Berjaga-jaga dalam sesuatu silaturahim

Itu nyatanya tidak salah.

Memang langkah itu perlu ada sejak mula

Diri itu sudah terjebak.

Jangan terlalu mempromosikan diri

Kelak mahu undur diri tidak mampu.

Tapi tetap kena atur langkah walaupun terlambat.

Sentiasa kena beri harapan pada diri sendiri.

Jalan untuk kembali pulang itu masih ada.

Cuma kemahuan yang mengatasi segalanya.

Di sini aku nyatakan

Bukan aku tak mahu

add semula

follow semula

tapi aku perlu berjaga-jaga

kalau setakat nak ramaikan follower

atau kawan di facebook

tapi tak kenal

dan

 tak pernah bertegur sapa.

Maknanya apa ?

Mahu di tunjukkan apa ?

Motif itu sentiasa kena ada.

Dalam hidup setiap manusia.

Aku juga tidak ketinggalan.

di setiap langkah hidup yang aku ambil

mereka yang di pilih itu bakal menjadi cermin kita.

Bakal memimpin tangan kita ke syurganya DIA

Jadinya kena cari mereka yang benar ikhlas

bagaimana mahu nampak ikhlas.

Mereka yang ingin menghubungkan silaturahim ?

Mereka yang ingin menjadikan kita sebahgian dari hidup mereka ?

Mereka yang mahu berkongsi cerita dan pendapat ?

mereka yang mahu di ikut tiap langkah ?

Tidak perlu di jeritkan di sini

Kerana mereka tahu definisinya

Walaupun tiap mereka punya definisi yang berbeda

Konklusinya,

Aku dan kau sememangnya manusia biasa.

Sedikit pesanan buat mereka :

I always repeat it again and again,not easy to stay beside me.take note buddy !
-khairul fatehah-

Mood : final sem menjengah.
bittaufiq wannajah untuk semua yang berada sama dalam situasi aku.
moga ketenangan & kejayaan sentiasa bersama kita
.amin.
insyaALLAH




p/s : Di sini aku ingin memberitahu bahawasanya facebook memula atas nama khairul fatehah telah selamat di kuburkan selamanya.account tuweter aku bakal menyusul setelah 30 hari d’deactive.facebook baru dan belog ini juga bakal mendapat nasib yang sama.anti sosial ? aku perlu lakukan itu kerana aku gagal mengawal diri di alam sosial ini dan aku rasa reality life aku semakin hilang  jauh.sejauh mereka yang meninggalkan aku seorang demi seorang.jadinya,aku perlu bangun dan cari semula diri aku yang mula ikut hilang.doakan aku jika kau kawan aku.aku tak perlukan kutukan mahupun cacian dari kalian,aku perlukan doa.doa dari mereka yang bergelar saudara seislam kerana doa kalian akan dapat jugak pada kalian.itu janji DIA .



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

11 December 2012

jangan sesekali.


“i’m here if you need anything”
I’m know you lied.just don’t say it infront of me.


People aren’t always going to be ther for you,that’s why you learn to handle things on your own
- wiz khalifa -


Diri itu perlu di ingatkan selalu.jangan terlalu bergantung pada manusia.jangan sesekali kau lakukan itu.kelak yang sakit diri kamu.diri ini tidak mahu disakiti dan menyakiti.tidak pernah mahu.

Sejak pemergiaan beliau,aku cuba berdiri sendiri.pergi ke mana-mana sendiri di sekitar kawasan kampus terutamanya.kalau keluar rumah biasanya ada yang menemani.mahram tidak pernah mengizinkan kami adik beradik keluar sendirian.

Bukan mudah menjadi seorang wanita.mata-mata itu sentiasa melihat pergerakan.keberanian yang ada bukan jaminan tapi sekadar pelindung yang nyata.lindungi diri semampunya kerana melihat yang tertutup itu indah sekali.

Hati itu sering rapuh.sentiasa mahukan perhatian dari yang lain.jangan sesekali lemah walau itu sebenarnya memang sifat wanita,kena cuba kentalkan hati.jangan di layan mereka yang datang hanya sekadar untuk menyinggah.

kenapa kamu biarkan mereka yang sementara itu menetap lama di situ sedangkan sudah ada yang telah di tetapkan oleh kamu tentunya Cuma masanya tiba bila mana kamu benar-benar telah bersedia.DIA Maha Mengetahui.DIA tahu mana yang terbaik untuk kita.


Peluang kedua itu semua orang boleh dapat tapi beri ia kepada mereka yang benar-benar berhak.


 Kamu,jangan dipermain hati ini.hati ini belum bersedia untuk di siat-siat.hati ini masih dalam pembinaan untuk yang benar-benar berhak suatu hari nanti.bukan tidak pernah ia rosak Cuma untuk memperbaiki hati yang telah rosak itu bukan semudah menjaganya.jangan sesekali kau benarkan ianya rosak.

Bukan aku terlalu percaya mereka yang baru di kenali cuma mereka yang kita kenal tidak sampai suku hidup itu yang kadangkala sentiasa ada di sisi ketika diri ini memerlukan seorang teman untuk berkongsi pendapat dan masalah.

Mereka yang tidak di ketahui sikap kadangkala lebih mudah untuk berkongsi.dalam hidup pandangan kali pertama adalah sanagat penting.bila mana tiada respon yang baik ketika pertemuan kali pertama jangan kamu harap pertemuan yang akan datang itu seperti yang mula.pilihan di tangan kamu.

Menunaikan janji itu tidak semudah menabur janji.sesungguhnya,ia berat.tiap kali  sebelum kamu melafazkan yang kamu akan membuat itu dan ini dan melakukan itu dan ini,kamu harus pertimbangkan kemampuan diri kamu.

Aku tahu janji kamu itu yang melaksanakan ALLAH tapi kamu yang melafazkan jadi kamu harus bertanggungjawab.jangan berjanji sekiranya kamu akan mungkiri takut nanti kamu tergolong dalam golongan mereka yang munafik.nauzubillah.

Tidak salah untuk berjanji tapi jangan kau sesekali memberi terlalu banyak harapan kepada manusia lain.kamu tidak akan ketahui bagaimana rasanya sakit hati kamu nanti.

DIA beri apa yang telah kamu lakukan dahulu.jangan sesekali kamu persoalkan setiap kejadian DIA kerana itu memang telah ditetapkan  untuk kamu selayaknya.

perubahan itu perlu ada pada setiap diri manusia saban hari.jangan pernah kamu lelah menghitung diri.jangan sesekali,kerana takut alpa itu melebihi segala.

Last but not least . . .


Untuk pergi sekelip mata meninggalkan dunia itu sememangnya tapi untuk pergi meningglkan perkara keduniaan itu memerlukan kekuatan dan istqamah sepenuhnya



Keep struggling to be a better muslimah everyday and never give up.okay bidadari syurga sekalian



  Always bear in mind :
Manusia itu sifatnya berubah.


In the end...
back to HIM
kepada ALLAH segala pergantungan.



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,