14 December 2012

asbab ?


Kenapa kita add mereka dekat facebook ?

Kenapa kita follow mereka dekat tuweter @ burung biru ?

Kenapa kita jadi follower mereka dekat belog ?

Persoalannya bermula dengan kenapa ?

Untuk melakukan sesuatu kita memerlukan sebab.

Sebab nak mereka follow kita balik ?

Sebab sesaja nak jadi kawan walaupun tak kenal ?

Atau sebab lain.

Apa yang aku ingin sampaikan di sini

jangan kawan dengan aku kerana simpati.aku tak suka.kau akan disakiti mungkin oleh aku
-khairul fatehah-

Sebab itu semestinya membantu kita untuk ingin tahu.

lebih tentang mereka.

Segala-galanya tentang mereka.

Meng-stalker dalam kata lainnya.

The point is,

Perlu ke buat semua itu ?

Untuk mencari sesuatu yang berunsurkan kebaikan.

Ianya tidak salah langsung.

Daripada ibnu mas’ud r.a., “janganlah ada perasaan iri hati melainkan kepada dua keadaan.; (pertama) keadaan orang yang dikurniakan ALLAH harta benda,serta menjadikannya menguasai dirinya menghabiskan hartanya itu pada perkara kabajikan yang sebenar-benarnya; dan (kedua) keadaan orang yang dikurniakan ALLAH ilmu pengetahuan agama, lalu ia beramal dengannya dan menyebarkannya.
- riwayat bukhari,muslim dan tarmizi-

Tetapi  kalau ianya sekadar untuk menghabiskan masa sia-sia.
Baik hentikan

I don’t need a fake people to be my friends.if you don’t like me,don’t come near me.
just go away silently
-khairul fatehah-

Kenal pasti punca

Dan cari langkah pencegahan dengan segera.

Jenis yang sedar itu tidak mengapa

Tapi jenis yang sebailknya.

Jangan jadi mereka yang tidak punya life di alam realiti.

Bahana terlalu sibuk mecari mereka yang di gelar  ‘kawan’

Kononya di alam sosial.

Perlu jauhi mereka yang tidak di kenali

Bukan secara semberono

Tapi secera baik

Setelah di ketahui.

Berjaga-jaga dalam sesuatu silaturahim

Itu nyatanya tidak salah.

Memang langkah itu perlu ada sejak mula

Diri itu sudah terjebak.

Jangan terlalu mempromosikan diri

Kelak mahu undur diri tidak mampu.

Tapi tetap kena atur langkah walaupun terlambat.

Sentiasa kena beri harapan pada diri sendiri.

Jalan untuk kembali pulang itu masih ada.

Cuma kemahuan yang mengatasi segalanya.

Di sini aku nyatakan

Bukan aku tak mahu

add semula

follow semula

tapi aku perlu berjaga-jaga

kalau setakat nak ramaikan follower

atau kawan di facebook

tapi tak kenal

dan

 tak pernah bertegur sapa.

Maknanya apa ?

Mahu di tunjukkan apa ?

Motif itu sentiasa kena ada.

Dalam hidup setiap manusia.

Aku juga tidak ketinggalan.

di setiap langkah hidup yang aku ambil

mereka yang di pilih itu bakal menjadi cermin kita.

Bakal memimpin tangan kita ke syurganya DIA

Jadinya kena cari mereka yang benar ikhlas

bagaimana mahu nampak ikhlas.

Mereka yang ingin menghubungkan silaturahim ?

Mereka yang ingin menjadikan kita sebahgian dari hidup mereka ?

Mereka yang mahu berkongsi cerita dan pendapat ?

mereka yang mahu di ikut tiap langkah ?

Tidak perlu di jeritkan di sini

Kerana mereka tahu definisinya

Walaupun tiap mereka punya definisi yang berbeda

Konklusinya,

Aku dan kau sememangnya manusia biasa.

Sedikit pesanan buat mereka :

I always repeat it again and again,not easy to stay beside me.take note buddy !
-khairul fatehah-

Mood : final sem menjengah.
bittaufiq wannajah untuk semua yang berada sama dalam situasi aku.
moga ketenangan & kejayaan sentiasa bersama kita
.amin.
insyaALLAH




p/s : Di sini aku ingin memberitahu bahawasanya facebook memula atas nama khairul fatehah telah selamat di kuburkan selamanya.account tuweter aku bakal menyusul setelah 30 hari d’deactive.facebook baru dan belog ini juga bakal mendapat nasib yang sama.anti sosial ? aku perlu lakukan itu kerana aku gagal mengawal diri di alam sosial ini dan aku rasa reality life aku semakin hilang  jauh.sejauh mereka yang meninggalkan aku seorang demi seorang.jadinya,aku perlu bangun dan cari semula diri aku yang mula ikut hilang.doakan aku jika kau kawan aku.aku tak perlukan kutukan mahupun cacian dari kalian,aku perlukan doa.doa dari mereka yang bergelar saudara seislam kerana doa kalian akan dapat jugak pada kalian.itu janji DIA .



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

No comments: