بسم الله الرحمن الحيم
sekarang aku kerap baca balik apa yang aku tulis dekat sini.ini salah satu bekalan yang aku akan bawak jumpa DIA nanti.pastinya aku mahu yang terbaik.hati aku tak berapa nak tenteram.aku rasa banyak sangat penulisan aku menjurus kepada kawan dan cinta kepada manusia.sedih.sadis sungguh jadi aku.terlalu alpa dengan dunia sehingga terleka.astaghfirullah.aku mula sedar sikit-sikit tapi tak berapa lama aku akan tersasar semula.apa la nak jadi dengan aku akhirnya aih.
Dan ingatlah ketika tuhanmu memberikan penyataan “jika kamu bersyukur pasti Aku tambahkan nikmatku kepadamu ; sebaliknya jika kamu mengingkari nikmatku,tentu siksaan-KU lebih dahsyat
- ibrahim 14 :7 -
- ibrahim 14 :7 -
as a human we must always be prepared for our future.the time we meet HIM.we can't know what will happen and we just sit and relax and not had prepare much ? not so much.the little is also good for you.
kita kena sentiasa menghargai apa yang kta ada dalam hidup.dalam konteks kita kena lebih menghargai diri sendirk dengan memaafkan diri sendiri tentang masa lalu.kenapa selalu sangat aku ulang ? sebab aku sangat susah untuk maafkan diri sendirik bila lihat mereka yang lebih baik dari aku.see,sadis tak ? sangat.okay ! tiap kali aku rasa sakit hati dengan mereka aku rasa ini mesti sebab aku punya hati banyak kotor sebab asyik nampak salah mereka salah diri sendiri ? diam buat buta dan tuli.adakah aku sememangnya telah bersedia untuk bertemu DIA ? sangat jelas jawapannya tidak.tidak.
nampak sangat hari-hari aku sudah dihabiskan pada perkara yang tidak sepatutnya.zalim pada diri sendirik.aku bukan mahu mendabik dada cumanya aku rasa aku memang tidak bole dijadikan contoh walaupun aku bertudung labuh.seringkali aku rasa sangat tidak layak untuk dipandang seperti ustazah dan yang sewaktu dengannya.aku tau itu doa mereka untuk aku.aku tau.jadinya usaha aku adalah untuk jadi lebih baik dari sehari ke sehari.aku pernah tanya dengan saudara-saudara aku di ukhuwah wa mawaddah dan pandangan kami sama :
aku : kamu semua rasa antara dua ini mana yang lebih susah ?
mereka jahat ---> jadi baik
atau
mereka baik --> jadi jahat --> jadi baik semula
hafiza : baik---> jahat ---> baik semula.
hasni : baik --> jahat-- > baik semula.
syuhada : baik --> jahat --> baik semula.
aku : konklusinya,itu realiti yang ALLAH mahu tunjukkan kepada kita yang bukan mudah untuk berubah.perlukan kekuatan fizikal dan mental yang sangat tinggi dan niat yang betul.
siapa yang tidak pernah jatuh cinta adalah tipuuuunyee punnn sebab punya perasaan cinta itu fitrah manusia.anda manusia ? jadi pastinya perasaan itu pasti ada walaupun sekecil hama.cara untuk atasi itu kena carik. aku ? pastinya punya cerita tersendiri.cerita yang cukup untuk aku ceritakan pada mereka yang aku percaya.sejujurnya aku rasa bersalah kerana terlalu peramah dengan mereka kerana saham aku bertambah dari situ.em,maafkan aku sekiranya nama kamu sering aku perdagangkan pada mereka.kalau nak mintak maaf memang tidak mampu sebab ramai sangat nama yang aku suka sebut.terlalu ramai.jadinya siapa yang baca enteri ini maafkanlah hamba ALLAH merangkap saudara seislam kau ini.bukan hanya aku tapi setiap manusia yang ada di atas muka bumi ALLAH yang sangat luas ini melakukan perkara yang sama dengan aku cuma bezanya sedar atau tidak.
ALLAH tidah mengampunkan dosa syirik,dan DIA mengampunkan
dosa selain itu bagi sesiapa yang DIA kehendaki
- an-nisa’ : 116 –
dugaan dalam hidup itu tandanya apa ? DIA tidak sayang kamu ? see,selalu sangat fikir negatif.kalau kamu fikir negatif apa yang kamu akan dapat ? sakit hati.itu je la yang kamu dapat.pastu tak puas hati sibuk canagkan dekat mereka yang lain.owh,dapat jugak saham dosa maksudnnya.seronok dapat saham dosa ? semua orang tak nak saham dosa kan ? kalau saham pahala tape jugak,betul tak ? untuk mendapat saham dosa tidak sesusah untuk dapat saham pahala.siapa cakap dapat saham pahala itu susah ? tidak susah bagi mereka yang sentiasa beristiqamah di atas jalanNYA DIA.kamu tidak ? cuba lah.semua orang berhak di beri peluang,bagi peluang itu untuk diri kamu rasa.pastinya akan bersyukur akhirnya.
tahun 2012 adalah tahun antara yang paling mencabar.aku hilang beliau yang semua orang muliakan termasuklah DIA.itulah ibu.emak yang telah melahirkan,menyusukan dan membesarkan aku telah dijemput pulang oleh DIA.rasanya astaghfirullah.biar hanya DIA yang tahu,sudah telalu banyak yang aku ceritakan tentang beliau di sini.perlu ada sempadan.sikit-sikit boleh la.bersederhana itu kan lebih baik.belum pun genap 20 tahun aku sudah kehilangan beliau.sentiasa cuba aku pulihkan hati ini "beliau sudah penat,sudah tiba masanya beliau berehat dari semua tanggungjawab" seringkali ayat itu aku ulang tiap kali teringat dekat beliau.rindu itu aku adukan pada DIA.tidak pernah aku lupa.tiap kali aku sedih,aku toleh dan lihat mereka di belakang aku.mereka yang punya ujian yang lebih berat dari aku.tiap kali aku dengar berita tentang kembalinya anak adam bertemu yang abadi.pastinya air di tubir mata itu gugur.sekilas peristiwa 27 jun itu berlayar.banjir sudah mata hati itu.istighfar itu di ulang sekerapnya.ujian dari ALLAH tanda rindu.
“sungguh ajaib perihal orang mukmin,sesungguhnya semua
urusan mereka adalah kebaikan.dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang
yang beriman sahaja.sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur,maka jadilah
kurniaan itu baik untuknya.manakala apabila ditimpa musibah,dia bersabar.maka
jadilah musibah itu baik untuknya
-riwayat muslim-
seringkali mereka suruh aku kuat dan sabar.kuat itu semua orang punya cumanya msa itu yang menentukan caranya,sabar itu semua orang boleh sebut makna sabar itu tau apa ? kalau belum tau sila kaji semula definisi sabar apabila kau berada di tempat aku.kau belum ada di tempat aku jadi definisi sabar kita banyak bezanya :)
sedikit perkongsian untuk mereka yang ingin berubah.perubahan itu tidak perlu yang terlalu drastik.biar sedikit asalkan ada istiqamah.kerapkan diri istighfar,berzikir dan mentadbur al-quran.niat itu luruskan.insyaALLAH dipermudahkan DIA.jangan lelah berdoa kalau lelah nanti banyak merungut.
Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan
zikrullah.ketahuilah ! dengan zikrullah itu,tenang tenteramlah hati manusia
-ar-ra’d 13:28-
Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapati di dalam lembarannya (amalannya) bahawa amal istighfar (nya) begitu banyak.
-riwayat ibnu majah-
surah feveret yang ingin dikongsikan maknanya :)
Sesungguhnya,bangun malam (bersolat,beribadat) itu lebih
kuat (mengisi jiwa ; dan membaca al-quran pada waktu itu) lebih berkesan
- al-muzammil 73 : 6 –
Dan bersabarlah (wahai muhammad) terhadap apa yang mereka
katakan dan jauhkanlah dirimu daripada mereka dengan cara yang baik
-al-muzammil 73 : 10-
Maka bacalah apa yang mudah (bagimu) daripada al-quran dan
laksanakanlah solat,tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada ALLAH
pinjaman yang baik.apa sahaja kebaikan yang kamu lakukan untuk dirimu,nescaya
kamu memperoleh balasan(nya) disisi ALLAH sebagai balasan yang paling baik dan
yang paling besar pahalanya.dan mohonlah keampunan kepada ALLAH.sesungguhnya
ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
- al-muzammil 73 : 20 –
seperti yang aku canangkan di entry aku mahu pulang bukan sebab aku penat cuma aku mahu pulang dalam keadaan husnul khatimah bertemu DIA.siapa yang tidak mahu ? mari kita muhasabah diri,memperelok dan mempersiapkan apa yang patut.moga dipermudahkan segalannya.insyaALLAH.
Orang-orang yang beriman berhijrah dan berjihad di jalan
ALLAH,dengan harta dan jiwa mereka adalah yang lebih tinggi darjatnya di sisi
ALLAH.mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan
- at-taubah 9: 20 –
p/s : kerapkan diri diberi kekuatan bukan dipermudahkan urusan
sudah baca majalah solusi dan majalah Gen-Q ?
buku "aku terima nikahnya" karya ustz.hasrizal ?
buku "cinta high class" karya ustzah fatimah syarha ?
erti hidup banyak dikongsikan di situ.
selamat membaca :)











No comments:
Post a Comment