31 January 2013

spontenuos thursday #32 | my way





anda berasa sangat keciwa ketika ada yang mempersoalkan langkah anda,just think and try this...




*kenapa perlu bersangka buruk sedangkan kita bole memilih untuk bersangka baik.



*pendapat kita beza sebab kita bukan orang yang sama dan jalan yang di lalui itu juga tidak sama.


*hikmah tu ada di setiap jalan cerita DIA cuma bezanya kamu celik atau tidak untuk lihat.


*mereka ada hak untuk bersuara tapi kita juga punya hak untuk tentukan hidup kita.



be strong ! ^^,






terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

25 January 2013

sensitif .


ada masa ketika kita berusaha untuk menutup kesalahan tapi kita tidak sedar yang tiap langah kita diperhati DIA .

bukan berkata bajet aku sempurna cumanya ada masa bila fikiran aku di pengaruhi dengan keinsafan akan ku lihat kesalahan lalu milik aku yang di lakukan oleh orang lain . bunyik macam pelik bukan ? dalam hidup kesalahan diri sendiri adalah paling susah untuk di temui tetapi kesalahan orang lain seringkali di lihat tanpa sedar kita sebenarnya melakukan kesalahan yang sama kerana itulah kita di suruh melihat diri kita sebelum kita melihat diri orang lain .

kenapa kita perlu mengaku apa yang telah kita lakukan atau dalam erti kata lain jujur . tiada penipuan yang bole di tutup lama . cepat atau lambat pastinya kebenaran itu bakal muncul juga . baik di beritahu supaya ada sedikit persediaan bukan kejutan yang di nantikan .

jangan sesekali di kusutkan perkara yang bole di leraikan
-khairul fatehah january 2013-

aku bukan terlalu jujur orangnya tapi ada masa aku cuba untuk berkata benar . aku takut bila ada mereka berkata tidak jujur dengan aku . rasanya sakit . aku tak mahu rasa sakit .

emak said ..
kalau tak nak orang buat dekat kita,kita jangan buat dekat orang perkara yang kita tak suka

mungkin sebab aku pernah berkata bohong atau dalam kata lain putar belit fakta supaya kesalahan aku tidak terlihat . rasanya macam bersalahnyee T.T

aku tak rasa jadi jujur itu beban sebab berkata jujur itu buad kita jadi lapang .hati la maksudnyee . tade nak rasa bersalah atau takut rahsia terbongkar . jeng jeng jeng . bila rahsia terbongkar . sakitkan hati orang lain . terus tak suka orang tu . manusia itu punya lumrah yang sama cuma cara tangani kita berbeza .

sejak pemergian beliau, aku cuba untuk berfikir se-positif yang aku mampu . ada kala aku rasa hidup aku tidak panjang di atas bumi ini . adakah aku sudah bersedia untuk berjumpa dengan DIA ?

maafkan kekhilafan yang telah aku lakukan terhadapmu wahai saudara seislamku sama ada yang sedar atau tidak . aku cuma manusia biasa yang tidak lari dar melakukan dosa.

aku rasa ramai mereka yang pernah terasa dengan aku . 
maafkan aku , saudaraku .

aku sedang cuba menjadi matang dalam menangani masalah . aku sedang berada di dalam dilema . dilema yang aku ciptakan .

aku mula mempersoalkan , apa yang aku mahu sebenarnya dalam hidup ?

aku sedang terasa dengan mereka tapi apa hak yang aku punya untuk terasa dengan mereka ? jawapannya tiada . aku tak layak . sedikit pun tidak . aku perlu lari sebentar dari semua untuk tenangkan diri .

aku sering lihat kembali diri aku dan fikir . apakah aku kuat untuk menempuh ujian ini . hati aku sedang sakit dan aku perlu merawatnya secermat mampu kerana hati itu sedang rapuh takut nanti ianya jatuh dan berkecai . penyesalan yang tidak berbaloi di akhirnya mungkin .

kini aku sedang melihat apa yang aku perlu lakukan . langkah mana yang perlu aku ambil . aku perlu pergi untuk mencari kekuatan sampai masa nanti aku akan kembali untuk berkongsi kekuatan dengan kamu semua .


doakan aku wahai saudaraku ^^,




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

23 January 2013

wordless wednesday~












-februari 2013-

.insyaALLAH. 

*mohon dipermudahkan segalanya :)





terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

20 January 2013

asked and answer :)


بسم الله الرحمن الرحيم


Asked : kenapa pakai sweater tu tiap kali nak solat ?
answer : pakai lengan pendek kena lahh cover aurat

Hujahnya : kain berwarna putih sememangnya jarang  dan telekung yang di pakai kita kaum hawa itu sebenarnya jarang.

* pernah bertanya bagaimana definisi jarang ? nampak warna kulit.pendapat aku memang akan nampak warna kulit kalau kita pakai kain warna putih jadinya daripada was-was bukankah lebih baik kita tidak mengambil risiko.tak susah pun nak sarung lengan dengan baju yang bole menutup aurat.kita solat pun bukannya lama.


Asked : kenapa pakai kain batik bersih sebelum pakai telekung ?
answer : tadi ada masuk toilet tak ? mesti ada kan ?

Hujahnya : percikan air itu mungkin ada terkena seluar  jadinya  seluar itu perlu di tanggal dan digantikan dengan kain batik atau kain lain sebelum memaki kain telekung

*kain telekung adalah jarang nanti nampak ‘tiang’ ibarat memakai baju kurung tanpa kain dalam.bukankah tak berapa nak cantik pemandanganya dekat situ jadinya ambil yang kau rasa mampu.


Asked : kenapa solat pakai tudung dalam ?
answer : telekung warna putih kan ?

Hujahnya : leher itu aurat.rambut lagilah aurat.bagaimana kalau memakai telekung tanpa anak tudung.bukankah nampak rambut dan batang leher.

*lebih gemar memakai tudung dalam tetapi memadai jika memakai anak tudung.atleast ada yang berjaya di tutup bukan dua-dua terbuka.


dalam erti kata lain . kalau kita bole berhias ketika hendak keluar rumah,kenapa kita tak berhias bila mahu menemui ALLAH . ramai yang cakap aku selekeh tapi mereka sebenar tak tahu definisi sebenar itu apa ? aku selekeh sebab cara aku pakai tudung macam pelik . pelik di mata orang . tapi okay di mata aku . it's still okay . masih mengikut piawaian wajib bertudung . aku tak kisah apa yang orang nak cakap . biar kita dipandang jengkel di mata manusia tapi di mata ALLAH hanya DIA yang Maha Mengetahui . 

banyak sangat perkara dalam hidup ini kita bole top up untuk pahala . jadinya jangan mudah rasa terbeban . dalam hidup dan persekitaran sekarang aku mula merasa sedikit kejengkelan di mana orang yang ingin berubah menjadi lebih baik itu diperlekehkan . memang tidak di nafikan bahawasanya kita akan menyoal kembali "kenapa dia berubah sedemikain rupa " adakalanya untuk berubah kita tidak memerlukan sebab kerana apa ? kerana kita memang sepatutnya sudah sedar dari dulu lagi cuma kita lambat untuk berfikir dan bertindak .

hidayah ALLAH itu kita kena cari mana bole tunggu .jodoh nak pulak kamu carik tapi hidayah ? mahu di tunggu ? bila mau ketemu agaknya ? *think*

ada ustaz cakap kalau seseorang itu sudah menutup aurat tapi dia still mahu memakai telekung maknanya dia ada masalah . bagi aku ..em , kita tak tahu apa yang kita pijak . memang lah kita pijak tanah tapi yang selain itu tanpa kita sedar pastinya .

islam itu mudah tapi jangan ambil mudah . masalahnya sekarang ramai sangat mereka yang sedang cuba menyukarkan keadaan menyebabkan mereka takut untuk menjadi lebih baik . jangan takut untuk berubah , sahabatku . di setiap jalan hijrah ke arah kebaikan itu sentiasa di iringi oleh DIA . jangan sesekali gentar !

ini hanya pendapat aku.
maaf sekiranya tersalah bahasa
 *peace*


akhir kata 
buad perkara semampu kamu :)



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

19 January 2013

bear in mind .


mereka itu mahu berkawan.jangan di salah anggap dia.perangai dia memang bole di salah ertikan tapi sudah di beritahu kamu tentang yang lain jadinya jangan sesekali kau tersalah anggapan nanti yang sakitnya diri kamu.

dear maryam azis sayang,
yang kental jiwanya
yang bukan mudah di perkotak-katikkan
yang lurus niatnya
yang sentiasa ada bersama yang lain
yang sentiasa mencuba semaksima mampu
yang tidak pernah tahu erti putus asa.
dia bukan bagus
mahupun hebat
tapi dia sedang cuba memperbaiki dirinya semampu dia.
Bukan mudah untuk menjadi baik.
Kemustahilan itu tiada.
DIA lagi Maha Mengetahui mana yang lagi baik untukmu.
Jangan di berhentikan pergantungan pada DIA.
Jangan berharap pada manusia
Manusia yang alpa
lumrah dunia
Itu tiada jaminan apa-apa
Bukan sekali kau jatuh
Terduduk,tertiarap,terguling
semuanya sudah
Cumanya kesedaran itu belum ke tahap maksima.
Hati itu tidak mahu mengalah.
masih degil mahu mengikut kehendaknya
tidak penat barangkali
masih terus ingin mencuba
walaupun sakit itu sudah beberapa kali menjengah
Sedangkan akal sudah menghulurkan persahabatan
Untuk kekal bersama
Tapi tetap di tolak
Tidak serik benar ia
Bila terngadah baru di cari
Di mana akal ?
Mahu di luahkan pada siapa sakit ini.
tidak diketahui hujungnya bagaimana.
kerana pertengahannya selalu di kecewakan.
ianya sedang di kawal dengan sehabis daya.
percaya pada DIA
sentiasa ingat ..

'magic words'

DIA Maha Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui
bukan tanda berserah
cuma usaha itu ada limit.

take note,ya sadiqqi :)


terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

13 January 2013

perihal hawa :)


بسم الله الرحمن الرحيم


Khaizaran adalah seorang hamba wanita yang di beli oleh Khalifah Al-Mahadi  dari suku kaum nukhas.lalu khalifah memerdekakan,menikahi,memuliakannya dan memperkenalkan untuk kedua orang tuanya dengan gelaran terhormat.namun ketika dia marah,dia berkata kepada khalifah : 
“aku tidak pernah menyaksikan kebaikan sedikitpun daripadamu”.

Memang merupakan tabiat wanita kecuali sebahagian kecil dari mereka-melupakan segala kebaikan,ketika suami atau orang lain melakukan kelalaian dan kesalahan kepadanya.Dalam hadis rasulullah s.a.w menyebutkan :

“wahai kaum wanita,bersedekahlah kamu,kerana sesungguhnya aku melihat kamu adalah majoriti penghuni neraka.” Mereka bertanya:”mengapa demikian,wahai Rasullulah ? “Rasulullah s.a.w menjawab:”kerana kamu cepat mengutuk,banyak mencela dan selalu mengingkari kebaikan suami”


Cerita ini menyedarkan aku bahawasanya aku sangatlah tidak bersyukur apabila ALLAH telah mengurniakan mereka di sekeliling aku.aku cepat sangat terasa.mereka buat kesalahan hanya sedikit sudah benci itu ada sekelumit,jika di pelihara benci itu mampu membiak dengan baiknya dalam masa yang singkat.


Dari dulu setelah sekian lama aku merasakan semakin dewasa masalah yang berat untuk di kawal bagi aku adalah perasaan dan kawan.aku gagal dalam dua perkara itu.aku kecewa dengan mereka dan salahnya aku sepatutnya  meletakkan kecewa itu pada diri sendiri.


Sejak aku bertemu dengan cerita di atas,aku sedar yang aku mereka yang aku terasa itu pernah buad aku tersenyum dan sentiasa ada si sisi bila aku perlukan suatu ketika dahulu cuma ada ketika masanya mereka tiada dan aku terluka dengan janji yang mereka taburkan pada aku dahulu.maaf untuk itu wahai saudaraku,itu khilaf aku.


Buat masa ini cukup untuk aku khabarkan yang  aku sedang belajar dan akan terus belajar untuk hargai mereka yang ada di sekeliling aku.bukan hanya mereka yang jauh tapi mereka yang sentiasa ada di depan mata.


Di sini aku ingin kongsikan yang kamu tidak bole jangka mereka yang jauh itu sentiasa ada dengan kamu bukan tidak percaya mereka cuma harapan itu perlu di kecikkan semampu kamu.hargai mereka yang ada di depan mata.mereka yang ada di depan mata itu bole kamu percaya pada ketika dan saat itu.sungguh,itu yang berlaku pada aku sekarang.aku sedar dan mula belajar menghargai mereka.


bukan aku tidak menghargai mereka sebaiknya cuma hati yang sensitif ini jadi lebih teruk apabila keadaan itu berlaku.aku manusia biasa.manusia yang paling takut rasa kehilangan atau di pinggir oleh mereka.aku sayang mereka sehingga aku lupa untuk berfikir secara matang.


sepositif yang mampu aku fikir adalah :
Sensitif dengan mereka yang pernah jadi yang paling rapat adalah tak patut.ianya ada kerana 'gap' di antara itu tiada dan hilangannya dari sisi ketika mereka di perlukan kita itulah menghasilkan sensitif yang ta berpenghujung dan merosakkan persahabatan di akhirnya


kehadapan mereka yang di sayangi :
maafkanlah kekhilafan diri aku dan mereka yang bergelar wanita.bukan permintaan ianya lebih kepada penghormatan yang ALLAH telah kurniakan kepada kami kaum hawa.bukan mudah untuk mengawal jadinya perlukan kamu mereka yang lain untuk memahami dan menanganinya :)





terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

12 January 2013

biar~



mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti



Untuk abah,lelaki pertama yang angah cinta.lelaki paling sempurna dalam dunia.lelaki yang tidak pernah memecahkan hati perempuan ini malah mempeliharanya sehingga mati.jangan tinggalkan angah.sampai bila-bila
-biar by fynn jamal-


*abah.terima kasih untuk segalanya.
angah perlukan abah sebagaimana angah perlukan emak.
tolong setia di sisi angah.
selamanya.




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

lebih baik :)


بسم الله الرحمن الرحيم


cerita dulu tidak akan sama dengan sekarang.biar ianya berlalu.ikhlaskan.selagi tak lepaskan hidup tidak akan tenang.


semalam tidak akan sama dengan hari ini
hari ini tidak akan sama seperti semalam.
dan begitulah seterusnya.
setahun sudah berlalu
.alhamdulillah.
syukur di panjatkan kepada yang ESA
atas segala kurniaan dan ujianNYA.
tahun 2012 terlalu banyak mengajar tentang hidup
menyedarkan aku tentang banyak perkara.


They always ask me if I okay or not ? 
My answer always be the same.I'm okay.always be.Don'y worry to much on me :)


hidup ini singkat,saudaraku,
jangan lelah untuk buad sesuatu yang mendatagkan kebaikan kepadamu
jangan bertangguh untuk melakukan perkara yang akan kau akhiri kelak
sekiranya perkara itu baik untukmu,
lakukan sekarang atau tidak akan dapat kau peluang sama sekali


moga kita sentiasa sentiasa berada di dalam lindunganNYA DIA
niat itu sentiasa lillahita'ala

sentiasa kena ingat . .


DIA Maha Mengetahui apa yang kamu tidak ketahui


hanya padaMU kami menyembah,dan hanya padaMU kami meminta pertolongan 




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,