Showing posts with label kekuatan dlm hidupku. Show all posts
Showing posts with label kekuatan dlm hidupku. Show all posts

15 February 2018

Another lost.

salam everyone.

lepas dua tahun tak update anything here, saya kembali ! wehuuuu--

datang sini sebab rindu dan rasa, aku patut tulis tentang abah juga dekat sini.

setelah 5 tahun emak kembali bertemu kekasih abadi. 19/02 akan genap 6 bulan abah pula kembali pada illahi dan hidup masih terus berdiri bersama derap langkah kaki yang berat sekali. hala tuju yang masih tidak di ketahui. masih menanggung sarat kata-kata nasihat dari keliling yang mereka tak tahu guna saat mereka tiba nanti.

setelah 5 tahun jaga diri sendiri. makan ubat sendiri lepas emak pergi. 5 tahun berjuang dengan sakit jantung 35% dan kencing manis. lepas abah heart attack  9 tahun lepas. emak pesan jangan buat abah risau atau terkejut sebab jantung abah lemah. kuatnya seorang abah menggalas tanggunjawab yang emak kendali sepenuhnya satu ketika dulu.

terima kasih abah untuk tak kahwin lain dan buktikan cinta abah masih milik bonda sepenuhnya. tenaga sehabis daya yang abah pancarkan untuk kami tidak terperi kesyukuran kami panjatkan pada illahi. tidak tergambar rasa bersyukur dan terharu atas pinjaman yang allah titipkan keduanya emak abah pada kami. terima kasih tuhan untuk keduanya.

abah pergi dengan tenang walau aku tahu betapa gundah hati abah untuk tinggalkan kami dengan anak yang masih tiada pekerjaan. risau dengan tangan-tangan yang akan mara ke hadapan bersama tanggungjawab dan untuk ambil kesempatan.

hilang mak dulu rusuh hati tuhan tahu tapi masih cuba kuat kembali dengan abah di sisi. takut juga sebab terlalu merindui emak sehingga melupa abah.

tak banyak rasa ralat masa hilang abah sebab aku rasa aku dah cuba yang terbaik untuk ada semampua aku, tiap kali rasa marah ke abah aku pujuk diri; inilah satunya abah yang usaha habis daya setelah mak tiada. usaha habis kudrat untuk memahami walau jarang jumpa titik persefahaman antara kami. muka, suara, pipi ini yang akan aku rindu saat tiada nanti. bayangan sayu yang aku peluk untuk tiap persefahaman yang gagal aku kendali.

aku sayu sebab tak dapat cari kerja untuk buat abah rasa lega untuk lepas tanggungjawab. pasti abah rasa sebu dengan tingkah laku aku. takut untuk jauh dari abah. takut untuk kalau apa-apa jadi aku tiada di sisi.

bila bersuara bersama nasihat kita jarang nak dengar apa yang mereka lalui, kita cuma mahu mereka mendengar tanpa kita mendengar kembali. walhal mereka begini paling perlu telinga dari mulut berapi.

aku hilang abah 4 hari lepas hari jadi. hari jadi paling sunyi tapi masih gembira saat sambutan abah ada sekali makan kek dan berbual sekali.

masa terakhir banyak  menunggu di hospital, perbualan terakhir dalam kereta masa perjalan pulang dari hospital, masa mandikan abah masa abah tak larat nak pergi toilet. masa duduk dalam bilik doktor bagi penerangan tentang sakit abah. inilah satu-satunya rakaman suara perbualan abah yang aku simpan. hari paling sayu masa doc cakap abah pekak dan doc pun tak tahu kenapa sebab nampak dalam telingan semua normal. masa tunggu ubat nangis. masa balik bagi tau along nangis. nangis sebab takut dengan bayang yang abah akan pergi.

abah memang pergi hari kemudiannya. dalam pelukan angah abah longlai. dalam pelukan angah abah tak balas sahutan angah. abah cuma diam. angah panggil banyak kali tapi abah tetap diam. masa sampai hospital sebelum medik letak abah dalam strecher. angah cium abah sambil cakap; jangan pergi lagi abah. angah sayang abah.

setengah jam lepas tu doc panggil  bagi tau abah dah tiada. angah blank. angah nak buat apa lepas ni ? siapa nak protect kami adik beradik ? pada siapa kami nak minta tolong, minta pendapat ?

masa ni kawan angah bisik; allah ambil abah pada masa yang tepat dan angah cuma perlu percaya itu.

masa ni mula ajar diri kena percaya diri dan percaya perjalan tuhan itu cantik sekali. telah Dia rancang rapi dan angah cuma perlu jalan dengan hati-hati. perlu gandakan usaha dan doa semahunya. berpaut erat sesama along, alang dan adik.

mula belajar untuk pertahan diri dari segala sisi. mereka yang kekal terbang menjauh lagi. yang dekat juga tidak mara rapat. tiap kedatangan perlu di tentang sebelum di tanya kenapa datang ? persediaan kena sentiasa ada.

doakanlah kami sentiasa di lindungi dari mereka datang hanya cuma untuk menyakitkan hati. di murahkan rezeki untuk cari prkrjaan yang dapat mendekatkan diri pada illahi, membantu mereka yang memerlukan. jumpa pasangan yang memahami kondisi diri serta dapat menjadi pelindung kepada golongan-golongan yang lemah seperti kami.

moga tiap doa yang di titip kembali kepada tiap empunya diri dan di berkati hidup berkali ganda di dunia atau di akhirat sana. amin.

take care !
terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

04 April 2013

spontenous thursday #34 | kenangan






Setahun lepas.
Hari ni beliau masuk wad.

Jangka 6 april operate.
Tapi tak.

Aku jauh.
Mahu terbang ke sana.
Tiada kudrat.

Hanya doa.
Dan air mata mengiringi.
Moga semua baik-baik saja.

Aku buat habis kental
Depan semua.

Biar.
Mereka tak tahu rasa ketika itu.
Mereka tak rasa.

Rasa mau berlarinya aku.
Mahu lari dari semua.

Masalah.
Mereka.
Semua tiada beza.

Sakit itu tetap sama.
Tiada beza.
Sikit pun tak.

Jangan kesian ke aku.
Jangan.
Aku tak perlu.

Doakan yang terbaik.
Cukup itu.
Itu yang aku mahu.

Sampainya doa kau ke aku.
Begitulah doa itu jugak sampai ke kau.

Jangan halang aku.
Luahkan semua memori itu.
Jangan.
Ini cara aku.
Ingat kembali tentang semua.

Banyak aku belajau dari situ.
Memori semalam..

Mereka tanya.
Sampai bila ?

Jawapan yang aku sendirik tak punya.
Senyum.
Itu jawapan paling mudah.
Cerita sikit pada yang mahu tahu.

Aku mahu ke situ.
Mereka tanya kenapa ?

Jawapan mudah aku.
Kau tak-kan faham.

Suatu ketika dulu.
Itu rumah kedua keluarga aku.

Tak pernah miss walau sehari
Abah datang lawat beliau.

Tak pernah miss seminggu.
Kami  tak balik jenguk beliau.

Alhamdulilah.
Tak pernah.

Belajarnya aku..

Cara sabar.
Cara hargai.
Cara kuat.
Cara nangis tanpa air mata.
Cara senyum palsu.

Hebatnya ukhuwah keluarga.
Kenal siapa kawan.
Siapa lawan.

Tak dendam.
Itu bukan cara aku.
Beliau tak ajar pun.

Sejak peristiwa itu.
Banyak yang berubah.
Sikit-sikit yang banyak.
Positif negatif ada.

Pilihan yang ada.
Hadapi dengan abis terima.

Persoal tak layak.
Sedar.
Satu.

"DIA Maha Mengetahui apa yang aku tak ketahui"

Ayat yang aku pegang sampai sekarang.
Ketika tiap kali ujian menjengah.
Ayat ini paling powernyeee
Untuk ubat hati aku.

Hey ! Life must go on
Aku tau itu.






terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

07 February 2013

spilt out #1






hari ni terasa beliau ada.ketika nenek memegang tangan aku dapat aku rasakan tangan beliau sedang memegangku.kejap.satu ketika dulu.tak banyak yang angah nak cakap...angah rindu.sangat.






terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

12 January 2013

biar~



mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti



Untuk abah,lelaki pertama yang angah cinta.lelaki paling sempurna dalam dunia.lelaki yang tidak pernah memecahkan hati perempuan ini malah mempeliharanya sehingga mati.jangan tinggalkan angah.sampai bila-bila
-biar by fynn jamal-


*abah.terima kasih untuk segalanya.
angah perlukan abah sebagaimana angah perlukan emak.
tolong setia di sisi angah.
selamanya.




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

06 October 2012

selalu rasa.

بسم الله الرحمن الرحيم

pemerhatian itu adakalanya bagus.
buad diri jadi lebih bersyukur.
kenangan masa lalu sering menyapa.
walaupun sekilas.
hati itu tetap terusik.
air menjadi peneman mata.
payah untuk berhenti.
pujuk diri.
jangan sesekali lemah.
hidup dalam kenangan adalah indah.
alhamdulillah.
masih di beri kesempatan.
peristiwa yang suka gembira
atau duka tangis.
tetap air mata itu mengalir.
itu air mata rindu.
katup mata.
jangan benar ia jatuh.
masih degil.
lap dengan tangan setangkas mampu.
muka dan hati mulai tenang.
melihat kembali.
perkara yang sama berulang.
sepanjang perjalanan.
cerita dulu itu bagai hidup di depan mata.
apa yang pernah di rancang bersama.
apa yang pernah dilakukan bersama.
apa yang pernah dibualkan bersama.
setiap garis masa itu muncul seketika.
hati diam menghayati.

*istighfar*

dalam setiap perjalanan pulang.
mata itu sering bocor
sukar di tampal.
senyum bagi mata bersinar.
biarkan ianya bersinar kerana senyuman di bibir
bukan bersinar kerana air mata bergenang.
muhasabah rindu kerap menjengah.
syukurnya YA ALLAH atas kurniaMU yang satu itu.
gagalnya aku menjaganya dengan sempurna.
maaf itu kerap di ulang.
kerana itu sahaja yang mulut dan hati mampu sebut.
rasa itu yang selalu menemani aku
pulang ke kampung halaman tanpa rasa jemu.
tangisan itu buad aku suka.
kerana hati itu masih ingat kenangan lalu.
kenangan yang tuan punya badan tidak mahu cipta.
dengan sesiapa pun
kerana takut terluka parah.
sebenarnya,ianya tidak lah seteruk yang disangka.
kenangan itu penting
kerana ia perlu hidup sebagai panduan di masa akan datang.

pesanan untuk air mata
terima kasih sudi teman aku dan
 tidak merungut setiap kali aku perlukan kau.
hati,otak dan semua kami sayang kau.
jangan pernah kering.
kerana takut yang lain jugak akan kering nanti.
nauzubillah.



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

01 October 2012

bulatan kegembiraan dalam hidup aku


Resah gelisah selalu menyapa.
Aku diam.
Pendam dalam tangisan
Biar hanya aku yang tahu
Apa yang aku fikir
Apa yang aku lalui.
Sakit itu jangan dikongsi.
Tiada orang mahu dengar
Benda yang tiada kena mengena dalam hidup mereka
Mereka tak akan pernah faham
Sebab jalan kita semua berbeza.
Harus cari bagaimana harus atasi
Aku sudah jumpa ubatnya.
Walau bagaimana jauhnya
Tidak kira masa dan ketika.
Akan aku cari mereka.
ALLAH itu tahu.
Aku tahu kenapa aku berada di sini sekarang
Hikmah itu banyak yang aku lihat.
Kita merancang dan DIA juga merancang
Perancangan DIA yang terbaik.no doubt !
Aku suda penat cari diri aku di sini.
Tiada satu pun yang aku jumpa dapat membantu.
Aku kena cari mereka.
Aku Nampak diri aku dalam diri mereka.
Sikit-sikit aku nampak banyak perubahan.
Aku suka perubahan itu.
Kini aku sedang belajar memendam
Dan tidak cerita
Benda dan perkara yang bole aku simpan semampu aku.
mereka yang banyak cakap
 sebenarnya lagi banyak pendam dari yang lain.
Aku jumpa terlalu banyak mereka yang begitu.
Aku suka berada dalam kalangan aku.
Hati aku yang sakit akan terubat.
Solat,mengaji dan zikir itu sudah tentu ada.
Itu secara zahiriah
Resmi manusia susah baru cari pencipta.
Cuma aku cuba cari tempat yang bole aku lepasakan secara fizikal
Mereka selalu ada untuk aku perlukan mereka.
Keluarga.
mereka yang aku sayang.
Mereka yang aku hormati.
Mereka yang banyak berkongsi suka dan duka.
Mereka yang memahami.
Mereka yang banyak mendokang dan membangkang.
Walaupun beliau suda tiada tapi aku masih ada yang lain.
.alhamdulillah.
Terima kasih ALLAH
Kerana mengurniakan ahli keluarga seperti mereka semua.
.astaghfirullah.
Maaf ALLAH
Atas segala persoalan dan tidak kesyukuran yang aku luahkan.
Maafkan hambaMU ini baru sedar.
Rasa syukur itu.
Aku perlukan KAU dan mereka senantiasa.
Jangan benar aku menjauhiMU.
Aku mahu dekat denganMU
Bersama mereka.
Bersama-sama menuju jannahMU.
.insyaALLAH.
Amin.


the best moment ever when you can gather with all your family members at home.
(Khairul fatehah 2012)





terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

22 August 2012

kelainan itu ada.

بسم الله الرحمن الرحيم

kerap kali di di tanya dan di sebut.
aku lelah.
penat.
sudah semestinya
raya tahun ini
berbeda dengan yang lepas.
kehilangan beliau masih terasa.
orang penting dalam hidup kau hilang.
rasanya speechless.
sakit sampai sekarang.
tak pernah hilang walaupun sedetik
melihat yang lain masih bersama dalam keadaan gumbira.
rindu kenangan lalu.
alhamdulillah.
hanya bole rindu.
itu suda memadai.
tipu kalau cakap tak jeles.
tapi apa pilihan lain yang ada ?
sabar.istighfar.
sabar itu semua orang bole sebut.
makna sabar itu tau apa ?
kalau belum tau
sila kaji semula definisi sabar
apabila kau berada di tempat aku.
kau belum ada di tempat aku
jadi definisi sabar itu banyak bezanya.
jangan ulangi ucapan sabar itu depan aku.
lelah tau ?
sakit.
bila memori itu datang.
istighfar itu kerap di ulang
kerana hati ini masih belum pasrah sepenuhnya.
astaghfirullah.
sesungguhnya perancangan kau adalah yang terbaik Ya Allah :')
aku hanya mahu doa kalian.
sedikit cuma.
jangan tunjuk lemah di hadapan aku.
aku bukan orang yang lemah.
kalau kau kawan aku
sila kuat di hadapan aku.
berpura-pura pun tak ape.
aku ta kisah.
aku manusia.
memori itu bukan tidak bole di sentuh
cuma ada masanya.
jangan katakan tentang itu
selagi aku tidak memulakannya,bole ?
janji tau.
sampai masanya abis sudah di 'charge' kekuatan aku
masa itu kau di benarkan buad apa sahaja.
bila masanya ?
maaf,aku sendiri tidak tahu.
mungkin lama.
mungkin juga sekejap
yang pasti akan sampai masanya.
terima kasih atas doa yang tidak pernah putus
untuk kami sekeluarga.

tahun ini raya yang 'biasa' namun masih bersyukur.
maaf,tiada pic family untuk tahun ini kerana tidak cukup ahli :')


terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

17 August 2012

la tahzan.


بسم الله الرحمن الرحيم

alhamdulillah.
hari jumaat yang terakhir di bulan ramadhan.

hati aku semakin rindu beliau.maaf YA ALLAH.hati aku belum cukup kuat.masih menangisi pemergian beliau hingga saat ini.bukan aku tidak redha pemergian beliau cuma aku masih perlukan waktu.yang lama pastinya.

ketika aku menjaga beliau sakit dihospital.masih terhengat bagaimana aku menemani beliau mandi.berbual dengan beliau.aku rindu untuk bercerita dgn beliau.beliau tempat aku meluahkan perasaan.kini aku tidak tahu kepada siapa harus aku bercerita.aku manusia.aku lupa.ALLAH kan ada.

setiap kali aku mengambilkan beliau wuduk dan memakaikan telekung untuk beliau.ALLAH.rindunya saat itu.saat di mana beliau meminta aku untuk solat berjemaah.beliau yang banyak memberi galakan untuk aku mendirikan solat jemaah.alhamdulillah.terima kasih ALLAH kerana memberi kesempatan untuk aku menunaikan solat bersama beliau.

di saat beliau datang ke hospital untuk melakukan pembedahan ianya tidak berlaku kerana penyakit kuning beliau terlalu tinggi.pembedahan terpaksa di tangguhkan.risaunya kami tidak terkata.perasaan di mana kau lihat seluruh badan orang yang kau sayang itu kuning sehingga mata beliau pun kuning.sakitnya aku ketika tidak dapat menandingi ketenagan beliau.kekuatan yang hanya beliau punya bukan kami yang melihatnya.

pertama kali doc menyatakan akan membuat pembedahan ke atas beliau.muka beliau riang,beliau rasa teruja kerana sudah lama bersedia tapi pembedahan itu tidak jadi akhirnya kerana tiada ruang kosong.aku tahu ianya bakal terjadi kerana itu bukan kali pertama doc membuat janji.aku marah tapi aku diam.beliau terima keputusan itu kenapa aku tidak.

sehat sedikit doc menyarankan beliau pulang bersama sebuah beg yang di jijing ke sana ke mari.beliau ditebuk di perut untuk mengurangkan kuning kata doc.aku tak tahu nak buad apa.aku diam.beliau masih bole senyum dan berbual dengan riang.aku bersyukur.


di saat beliau kembali semula ke hospital untuk melakukan pembedahan,sekali lagi ianya di tangguhkan,atas alasan yang sama.aku marah dan mereka doc,aku bukan jadi aku diam.beliau terlalu percaya dengan mereka.siapa aku nak meghalang.orang punya badan bole terima kenapa aku tidak.

pembedahan bakal di lakukan,aku eksaited nak pulang untuk melihat keadaan beliau.belum pun aku bergerak pulang,aku dapat mesej dari adik yang beliau tak jadi operate kerana kuning masih tinggi.aku ? marah ? sangat marah.aku sedih.kenapa mereka menangguhkan lagi sedangkan mereka menjangkakan yang beliau ada  kemungkinan untuk mendapat kanser.aku menangis dengan baiknya.YA ALLAH,ujian ini terlalu berat untuk aku menerimanya.ketika itu aku fikir betapa jahatnya kami sehingga ALLAH menguji beliau sedemikian.adakah atuk mahu menjemput beliau dari kami ? adakah atuk terlalu merindukan beliau ? aku tersedu sedan di tengah org ramai.aku pasrah.

lepas naik cuti sem aku amik cuti seminggu jaga beliau di hospital.ketika itu,kami banyak berkongsi cerita.beliau nangis memikirkan keadaan nenek yang bakal di tinggalkan.di saat aku bercerita tentang kawan aku,air mata beliau gugur lagi.aku ? tipu kalau cakap aku tak sedih.di saat aku perlukan kawan ketika itu,mereka tiada.aku tahu memasing mempunyai life tersendiri.maaf atas kekhilafan aku terhadap mereka.aku ajak beliau tengok cerita di lappy.kami solat bersama,mengaji bersama.alhamdulillah.

suatu petang,selepas asar.doc datang cakap nak buat ct scan kalau bole meraka akan operate kalau tidak,meraka akan suruh beliau pulang.aku rasa nak maki hamun sahaja mereka tapi kau diam sebab mak aku    bole terima keadaan itu dan kenapa aku tidak ? aku perlu tunjuk kuat di hadapan beliau.kata-kata doc itu bagai batu menghempap kepala aku dan aku teringin untuk melemparkan semula batu itu kepada doc yang berada di situ.

nk buat ct scan kena puasa dari pagi.the problem is doc ta janji yang mak akan buat ct scan hari itu atau tidak.beliau ada gastrik tapi beliau tidak mengadu kelaparan walaupun aku bertanya.beliau tidur untuk mengilangkan rasa lapar.akhamdulillah pukul 3 nama beliau baru di panggil.aku ikut beliau turun.aku teman beliau minum sambil tunggu giliran.kami berbual dan bergurau senda.rindunya saat itu.

petang selepas asar mereka datang dan menyatakan operate dijangkakan bole di buat cume perlu tunggu orang atasan yang membuat keputusan.esoknya,hanya seorang doc yang datang menjengah beliau dan doc menyatakan esok mahu menjalankan pembedahan.mak punya gembira tidak terluah.kesyukuran ke atas yang Esa dipanjatkan.aku ? sedih melebihi gembira keran itu bukan kali pertama doc membuat janji.tidak lama kemudian mereka panggil mak untuk pergi x-tray.aku tak ikut.petang itu juga jururawat amik tekanan nadi beliau.di mata aku,itulah seorang sahaja jururawat yang benar-benar ingin bekerja kerana hanya beliau sahaja yang melayan beliau dengan baik.doc bius panggil beliau,aku sekali lagi berada di sisi beliau mendengar penerangan doc.

petang itu aku pulang kerana alang mengambil alih tugas aku.hari itu juga seluruh keluarga sakinah kami berkumpul.sebelum pulang kami bermaafan.beliau dan abah sudah menangis.aku ? perasaan ketika itu sehingga sekarang aku rasa sayunya.beliau banyak memberi pesan kepada kami.terlau banyak.

seawal pagi kami adik beradik datang di temani abah dan di bawa oleh satu-satunya abang sedara yang sanggup membawa kami melawat emak di hospital saban hari.aku sampai mak da masuk dewan pembedahan.mak masuk pukul 6.30 pagi kata alang.doc cakap 5 jam.tapi mak keluar dari bilik itu tepat pukul 5 dan dibawa terus ke wad high density ward (HDW) kami di benarkan masuk tapi hanya 2 orang sekali masuk.aku takut nk masuk.aku tak kuat tapi aku rindu mak.aku kuatkan hati dan aku masuk.beliau mamai kesan dari ubat bius.keadaan beliau cukup buad aku sayu.air mata ? mana pernah berhenti mengalir since beliau masuk bilik bedah.

beliau merupakan pesakit yang paling lama tinggal di wad HDW tu.seminggu lebih.ketika itu aku suda balik nilai tapi selalu jugak aku telefon adik bertanya khabar beliau.adik adalah orang yang paling lama duduk di sisi beliau selepas operation adik ambil cuti untuk jaga beliau.budimu tidak terbalas,dik.bila sudah hampir seminggu beliau tidak masuk wad biasa.air mata aku tidak dapat di bendung.aku takut.aku punya fikiran terhengat pelbagai kenangan lalu dengan beliau.beliau banyak sangat luahan yang aku sendiri tak sedar sehingga bila di fikirkan saat ini.baru aku tahu kenapa beliau berkata sedemikian.

seterusnya....




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

15 August 2012

suweet 20 ♥


بسم الله الرحمن الرحيم


.alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah.
masih diberi kesempatan untuk melihat dunia pada hari ini.
terima kasih ALLAH.

begitu cepat masa berlalu.
ari ni umur aku genap 20 tahun.
alhamdulillah.

terlalu banyak aku jumpa,
terlalu banyak aku belaja,
banyak perkara yang telah aku tempuhi.
pahit manis.
itulah kehidupan.

terima kasih ALLAH,
atas segala yang telah Engkau kurniakan dalam hidup aku.
atas segala yang telah Engkau pinjamkan kepada aku.
atas segala ujian yang telah Engkau berikan kepada aku.
atas segala kekuatan yang telah Engkau pinjamkan kepada aku.
atas segala petunjuk dan hidayah yang telah Engkau berikan kepada aku.

ampunkan aku YA ALLAH,
di setiap tutur kata,
di setiap tingkah laku.
sesungguhnya aku adalah hambaMU yang selalu berbuad dosa.

abah dan emak,
terima kasih sebab sudi jaga dan besarkan angah.
anda berdua adalah anugerah yang terbaik angah pernah ada.
maaf atas segala ketelanjuran kata dan tingkah laku.
angah sayang anda berdua lebih dari nyawa angah.
hanya ALLAH yang dapat membalas segala-galanya.
moga keluarga kita sentiasa berada di dalam lindunganNYA.
.insyaALLAH.
.amin.

kawan-kawan,
terima kasih sebab engat dan wish.
terima kasih sudi berkawan dengan aku.
terima kasih selalu ada untuk aku.
hanya ALLAH yang dapat membalas segala-galanya.



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

07 August 2012

baru semalam.


بسم الله الرحمن الرحيم

rasa kehilangan.
orang yang paling penting dalam hidup kau.
tempat kau minta nasihat.
tempat kau bermanja.
tempat di mana kau di beri ajaran agama.
tempat di mana kau ditegur apabila lakukan kesalahan.
ianya hilang.
secepat angin.
ianya sakit.
aku tau.
aku dalam mencari kekuatan.
beliau pergi.
rasa macham baru semalam ianya berlaku.
masih terhengat waktu aku menjaganya bergilir-gilir dengan yang lain.
menyuap beliau makan.
mengelap badan dan sapu lotion untuk beliau.
benda yang kau suda ta bole lihat senyumannya.
benda yang kau suda tak bole pegang dan sentuh.
benda yang kau suda ta bole peluk dan cium
macham kau buat selalu.
perit.
yang kau mampu cuma adalah doa.
moga beliau sentiasa diberkati dan ditempatkan di tempat orang yang beriman.
moga diberi pinjaman kekuatan olehNYA.
moga kau bole senyum dan teruskan perjalanan seperti sedia kala.
ianya susah tapi tak mustahil.
jangan risau,aku bagi kau masa.
kau tabah.
aku tau.

" dan apabila tertutupnya mata ibu kamu maka hilanglah satu keberkatan di sisi ALLAH iaitu
Doa seorang ibu :') "



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

21 July 2012

she's the best gift I ever had :')


بسم الله الرحمن الرحيم

semua orang mempunyai ibu abah tentunya.aku pun tidak terkecuali :)

bila dapat duduk sesama ramai-ramai mesti seronok bukan ? 
meluahkan dan berbincang apa yang perlu.
mendengar dan menerima nasihat dari yang tua.

kitaran hidup ini telah ditentukan sejak azali lagi di mana akan ada satu masa di mana semua manusia akan menjadi tua dan meninggal dunia.it's fact !

masih terngiang bebelan emak tentang perangai kami adik beradik.bila menjadi semakin dewasa kegoaan itu semakin menjadi-jadi  bajet macham bole berdiri atas kaki sendiri padahal duit pun masih lagi emak dan abah yang bagi.hmm..

masih terasa pukulan emak ketika kami buad salah semasa kami kecil.cubitan yang paling kami tidak akan lupa sakitnya tapi bila nak buad kesalahan tak engat,bila da buad baru terhengat sakitnya.awww~

masih terdengar rungutan emak tentang kelakuan kami adik beradik yang tak pernah berubah walaupun suda ditegur dan dimarah beberapa kali.degil benau hati kami.maaf mak ! :(

masih terbayang barang-barang yang emak belikan untuk kami,barang-barang yang kami adik-beradik sangat susah untuk makan padahal bukan susah pun sebenarnya.barang mana ada orang suka makan benda baik  kan ? aku makan cuma tak selalu.adik-beradik yang lain ada yang tinggal dekat umah dan sorokkan tak nak bagi mak tau dan bising.

masih terngiang pesanan yang dititpkan kepada diri kami.solat fardu jangn tinggal.kalau ada masa buad solat sunat.banyakkan membaca al-quran.banyakkan buad perkara-perkara sunnah.kalau gelisah baca surah ini . . terlalu banyak pesanan yang emak tinggalkan untuk kami.terlalu banyak :')

ketika beliau sakit,beliau masih mahu solat.masih mahu mengaji,masih mahu solat sunat,masih mahu membaca al-ma'thurat,masih lagi mahu bezikir,masih lagi mahu mendoakan kebahagiann keluarganya,suami dan anak-anaknya,masih memikirkan tentang ibunya yang tak berapa sehat dan beliau mempunyai semangat yang sangat tinggi untuk hidup.

mungkin sepanjang mak sakit kami adik beradik ada menyakiti mak tanpa kami sedar maupun sedar.kami minta ampun dan maaf sebanyak-banyaknya :')

mak terlalu tabah.kami pun tak setabah emak.kami yang  melihat emak hari-hari pun tak sanggup melihat emak di cucuk dan di tebuk tapi emak masih bole sabar.YA ALLAH betapa kuatnya hambuMU yang seorang ini.aku kagum melihatnya.kami kuat sebab lihat emak kuat.kekuatan yang ALLAH pinjamkan untuk keluarga kami sehingga ke saat ini.terima kasih YA ALLAH :)
.alhamdulillah.

ada beberapa perkara yang mak mahu tapi tak dapat ditunaikan.emm,aku punya kesal tak terungkap.kekesalan sahaja yang mampu aku luahkan.aku terlalu banyak membuang waktu dengan melakukan perkara sia-sia.terlalu ;(

angah bukan anak yang baik untuk emak tapi angah rasa sebelum emak pegi,apa yang angah lakukan itulah yang paling terbaik angah bole lakukan ketika dan saat itu.maafkan di atas segala kekurangan dan ketelanjuran yang angah telah lakukan.angah bukan anak yang baik mak,maafkan angah ye . angah suka melawan cakap mak,tak buad apa yang mak suruh.abaikan segala yang emak pesan.emm,maafkanlah angah mak.terlalu banyak dosa angah pada emak.angah gagal jadi anak,adik dan kakak yang baek untuk mereka.segala yang emak telah beri dan lakukan tidak terbalas.angah gagal dalam membuat segala-galanya.keberkatan itu tiada untuk angah.tiada apapun yang angah lakukan dapat tebus balik  apa yang emak telah korbankan untuk angah.emak..angah perlukan emak sangat.sangat perlukan emak..angah akan cuba ikut segala ajaran yang emak telah ajar dekat angah.dari segi agama,pakaian,tutur kata...emm,angah akan cuba semampu angah.angah akan cuba sehabis daya untuk jadi anak yang baik untuk abah dan cucu yang baik untuk nenek.emak jangan risau,angah akan jaga diri,abah,nenek dan keluarga kita semampu angah.walaupun emak suda tiada tapi angah tau yang doa emak selalu ada untuk kami.angah sangat sayang emak.sangat sayang,kau berkatilah roh emakku YA ALLAH dan kau tempatkanlah beliau ditempat orang yang beriman.
.amin.


emak kami meninggal dunia pada 27 jun 2012 setelah hampir 3 bulan bertarung nyawa.ditebuk sana sini,dicucuk dan pelbagai lagi.dugaan untuknya terlalu hebat.di mata aku tiada orang yang sehebat beliau.beliau merupakan anugerah yang paling hebat yang telah ALLAH kurniakan dalam hidupku.

pertama kali menyambut ramadhan tanpanya aku rasakan satu kehilangan yang akan aku engat sampai ke akhir hayatku.perasaan di mana orang yang senantiasa ada untuk kau tak kira waktu,tempat dan ketika sudah tiada.bila kau pandang sebelah kau ianya kosong.kosong.tempat di mana ada seseorang yang akan support segala apa yang kau buad,dengar setiap apa yang akan kau luahkan,memberi nasihat kini sudah tiada.zapp ! ianya hilang begitu sahaja.secepat itu.bayangkan bagaimana rasanya.astaghfirullah Al-Azim YA ALLAH.aku terlalu merindui beliau.bila kau sudah tidak mampu  nak pegang dan cium beliau macham yang kau selalu buad.ianya sakit.sangat sakit.YA ALLAH,kuatkan hati aku agar aku mampu untuk terus melangkah.apabila di putar kembali waktu ketika emak di saat akhir,aku rasa terkilan bila terfikir tiada satu pun kejayaan yang aku telah lakukan di mana bole membuatkan beliau bangga.

terlalu banyak kenangan yang telah kami lalui bersama.bila hati resah aku akan telefon dan minta nasihat,dapat kau bayangkan bagaimana rasanya bila teman kau berbual dengan ibu mereka melalu telefon di mana itulah yang aku sering lakukan dahulu.aku selalu telefon mak ble aku susah dan senang,aku akan tanya khabar emak,abah dan nenek tapi itu semua dulu ianya tidak akan berulang kembali.aku tau itu.

bukan aku tidak redha cuma aku belum cukup kuat untuk adapt semua ini dalam masa terdekat.tipu kalau aku cakap yang aku tak cuba untuk cekalkan hati aku dan cuba teruskan melangkah menghadapi hari mendatang tapi aku belum mampu untuk lakukan semua itu.aku perlukan masa.masa yang banyak pastinya.cukup untuk aku berdiri,senyum dan teruskan melangkah segagah aku.

"ALLAH menguji kita tanda DIA sayang kita".

emak kami pergi dengan perasaan yang terkilan terhadap kami adik beradik.maaf emak :')

kami juga tidak sempat memohon kemaafan kepada beliau.hmm..

"tiada yang kekal di dalam dunia ini.mereka akan pergi cuma bezanya cepat atau lambat.bila tiba masanya,aku harap aku kuat"

kepada yang masih mempunyai ibu,emak,mama hargailah mereka kerana akan ada satu masa beliau akan pergi cuma waktu,ketika dan saatnya kita tidak tahu bila.bersedialah dengan segala kemungkinan.mohon dipinjamkan kekuatan dariNYA agar segalanya dipermudahkan.

kedua ibu bapa adalah anugerah yang paling berharga yang telah ALLAH kurniakan buad kita.hargainya.jangan bila mereka suda tiada baru nak menangis bagai.engatlah dengan tangisan kaum tidak akan mengubah apa-apa.sedekahkan al-fatihah selalu.bacakan surah yaasin bila rindu.YA ALLAH,kau sampaikanlah titipan rindu ini kepada mereka yang telah pergi terlebih dahulu meninggalkan kami.

segala-gala urusan pemergian mak dari emak meninggal sehingga dikebumikan .alhamdulillah ianya dipermudahkan segalanya oleh ALLAH. kehadiran keluarga,sahabat handai,pelajar-pelajar dapat membayangkan betapa mereka sayangkan emak kami.terima kasih atas kehadiran dan doa kalian yang tidak pernah putus-putus untuk emak kami.moga segalanya diber ganjaran oleh ALLAH kelak.
.amin.
insyaALLAH.

mohon jasa baik kalian sedekahkan . . .
.al-fatihah. 
sabiah binti sulong
12 jun 1964 - 27 jun 2012


kenangan itu tidak akan lupus,ianya tetap ada di dalam hati kita.selamanya :)


.wassalam.



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

20 May 2012

happy anniversary,sayang ♥




بسم الله الرحمن الرحيم

entry ini untuk merka yang paling aku sayang dalam dunia ini.mereka yang banyak memberi dan mencurahkan segala usaha untuk aku dan adik beradik yang lain.

aku terlalu menyayangi mereka berdua dan aku juga tahu yang kesemua adik beradik aku menyayangi mereka kerana tanpa mereka kami berempat tidak akan ada di dunia ini.

kesabaran mereka dalam menjaga dan mendidik kami tidak akan dapat terbalas walau apapunn yang kami cuba lakukan.

kekuatan mereka dalam mencari rezeki sehingga kami tidak dapat merasa erti kekurangan seperti keluarga lain

segala nikmat yang mereka berdua berikan kepada kami adik beradik tiada bandingan.

mungkin kami selalu mempertikai tapi memang manusia tidak pernah puas atau dalam bahasa kasarnya,manusia memang tidak pernah tau erti syukur.

adat manusia juga akan menghargai sesuatu bila kita sudah hampir untuk kehilangannya atau kita memang sudah kehilangannya.

aku la salah seorang manusia yang tidak lari dari realiti sebegitu.

maaf diatas segala ketelanjuran yang telah dilakukan oleh kami sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.maaf sebanyak-banyaknya di atas segala kata-kata orang sekeliling terhadap kami yang bole menguris hati mak dan abah.

terima kasih yang tidak terhingga diatas segala kasih sayang,kata-kata perangsang,pukulan,teguran,usaha,penat lelah dan segala-gala yang telah abah dan emak curahkan kepada along,angah,alang dan adik.


selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-22 untuk emak dan abah.semoga kasih sayang yang ALLAH kurniakan kepada abah dan emak sentiasa diberkati olehNYA.semoga seluruh keluarga kita sentiasa berada di dalam lindunganNYA.

walaupun abah dan emak berkahwin bukan dasar cinta pada mulanya tapi alhamdulillah mak dan abah masih ada bersama berdua di dalam menempuh segala pahit manis,dugaan dan cabaran yang ALLAH berikan kepada keluarga kita.

kekuatan yang kami punya sekarang adalah dari emak dan abah tunjukkan hasil dari pinjaman ALLAH.

" ALLAH menguji kita kerana DIA sayang kita "

itulah tanda mahabbah DIA terhadap hamba-hambanya :)

kami tahu emak kami kuat.

kami akan selal0o ada untuk emak sama seperti emak sentiasa ada untuk kami bila kami perlukan emak.

 be strong,mak !

innallah ha ma'ana ^^,



your lovely daughter,
  angah   


kalau kau bole cakap kau sayang dekat pakwe kau,nape kau tak bole chakap yang kau sayang mak dan abah kau,ye idak ;p




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

13 May 2012

because of her :')




بسم الله الرحمن الرحيم


Dia insan yang paling penting dalam hidup seseorang,jatuh bangun seseorang.dia sentiasa ada disekeliling kauu sama ada kamu sedar atau tidak.sentiasa ada.

ketika orang di sekeliling mengecil-ngecilkan kamu dia yang akan ada untuk meniup kembali semangant kepada kamu.

ketika kamu mahu ke sekolah dia yang membuad persediaan untuk kamu.menyediakan pakaian,menyediakan makanan sarapan dan bekal.

ketika kamu belajar,dia yang selalu ada untuk membantu kamu untuk lebih faham.sebenarnya kehadirannya tanpa memberi apa-apa sudah mencukupi :)

memberi kamu kasih sayang dengan sebanyak-banyaknya tanpa kamu merasa erti kekurangan dalam kasih sayang

seorang wanita adalah amat tinggi darjatnya.ya ! itulah ibu.mereka yang melahirkan kamu dengan susah payahnya.dengan seluruh tenaga dan kekuatannya.

selamat hari ibu !

tahun ini adalah paling istimewa dalam hidup aku kerana aku dapat lihat my kesayangan inchik abah wish selamat hari ibu dekat mak dan diikuti oleh along,angah comel,alang dan adik.

mak kami masih berada di high depency ward (HDW).sudah seminggu.mak kami tak bole masuk wad biasa sebab kuning tinggi sangat.hape tis week dah bole discharge dari HDW tu.

time abah wish macham panjang sikit dari kami-kami.kami wiash time nak balek.adik memula rancang nak beli kek tapi mak mne bole makan kek.

sebelum balek macham biasa abah akan suruh mak baca bismillah,al-fatihah dan tiga kul.pastu abah selalu pesan banyakkan buad senaman nanti bole baek cepat nanti senang hati abah.

banyak perubahan abah yang aku dapat lihat.bukan abah je adik-beradik aku pun banyak perubahan.alhamdulillah.

teguran ALLAH pada kali ini banyak hikmahnya :)

semoga hidup keluarga kami dan keluarga kalian dirahmati oleh ALLAH selal0o ! :D

selamat hari ibu kepada nenek,mak cik-mak cik,kengkawan dan sedara mara yang dah pun jadi ibu.tidak lupa juga kepada seluruh ibu yang berada di seluruh dunia.

Happy Mother's Day





terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

06 May 2012

begitulah takdirNYA ♥




بسم الله الرحمن الرحيم


.alhamdulillah.

mak kami telah selamat melakukan operation pagi semalam.

masuk pukul dewan bedah 6.30 pagi

keluar dewan bedah pukul 5 petang.

aku adalah orang yang menemani emak seminggu sebelum operation.

aku jugak ada ketika doktor cakap nak buad operation hari sabtu.

5 MEI 2012

aku cakap dengan emak

"jangan teghuja sangat sebab nie bukan kali pertama doc ckp cmghitu"

-.-

pastu aku tengok mak tandatangan surat kebenaran.

aku tengok doktor robot amik darah mak.

aku tengok mak pegi X-ray.

aku tengok nurse check denyutan nadi mak.

aku tengok nurse masukkan cecair utk cairkan darah dekat mak.

macham jadi dan 

akhirnya operation pun dijalankan.

selama seminggu banyak yang aku lihat.

banyak yang aku pelajari.

banyak yang aku kongsi dengan mak.

banyak yang aku rasa.

"mereka tidak akan rasa bagaimana rasanya sesuatu situasi itu sehingga mereka sendiri merasainya"

.insyaALLAH.

esok aku dah balek nilai balek.

setelah seminggu tidak masuk kelas.

perasaan ?

malasnya !!!!

muahahaha~

terima kasih atas doa kalian.

doa aku untuk kalian. . 

semoga kalian tidak aka pernah rasa bagaiman aku rasa :)

out~




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

21 March 2012

kau tak akan faham



kau tak kan faham selagi kau tak berada di tempat yang aku berada sekarang nieh.risau tu jangan cakap la.hanya ALLAH sahaja yang tau.

aku tak perlukan simpati cukup untuk kau memahamai keadaan aku sekarang tapi aku tak salah kan kau sebab kau tak pernah dalam situasi aku sekarang.

walaupun banyak halangan di hadapan aku,jangan risau aku still akan berdiri seteguh aku mampu.

aku tak nak lagi tunduk pada kemahuan kau kerana aku tak nak berlaku penyesalan dalam diri aku.aku tau diri aku.aku tau kelemahan dan kekuatan aku tahap mana dan aku tak perlukan kau untuk uji tahap itu.

aku manusia yang ada had kesabaran seperti orang lain jugak,jangan sesekali kau uji kesabaran aku itu sebab aku punn tidak tahu bagaimana rupa aku bila kesabaran itu tiada bersama aku nanti.

aku memang bole senyum walaupunn ketika dan saat itu hati aku sangat sedih dan gelisah ianya cukup untuk mengaburi mata kam0o dengan menyatakan bahawa aku okay !

aku tau yang aku perlukan orang sekeliling tapi aku jugak tahu yang kam0o semua ada life yang aku sendiri.jangan risau aku tidak akan kacau kam0o semua.

insyaALLAH selagi aku mampu :)

doakan aku kuat,friends ^^,




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

05 January 2012

semalam dan hari ini ! :)




assalamualaikum







nie entry first aku selepas berlabuhnya tirai 2011 dan menjelmanya tahun 2012.banyak rentetan peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2011.miahahahahah~ hari ni baru aku dapat line kt cnie.mmg terbaek la uni aku an ! sila bersyukur larh cik maryam sygss :) banyak perkara yang dah berlaku sepanjang 2011.kisah sedih,gumbira,terluka dan lain-lain.

ALLAH aturkan antara kita 1 pertemuan..
Dlm 1 pertemuan dgn 2 hati = saya & awak,
Dlm 2 hati Tuhan berikan 3 rasa = sayang,kasih & cinta..
Dlm 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan = berkenalan, berteman, berkawan, bersama,
Dlm 4 tujuan itu tersembunyi 5 perkataan = seorg teman baik selalu disisi,
Dlm 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian = sayang, kekal, setia, mengerti, menghargai, mengingati.
Dlm 6 impian itu tersimpul 7 huruf iaitu SAHABAT...^_^

aku habis belajau dekat matrik pilah pada 20 april . mmg sedih ble hengat blek sebab aku rindu sgt persekitaran ,roomate,kengkawan dan cekgu-cekgu di sana.aku tak pernah lagi jumpa kawan yang nk bwk aku sesama berjaya macham cik bai dan cik mar buad kt aku.susah payah dyorng jadi mak aku kt matrik.terima kasih ye mummy-mummy ku sekalian.cyunk kam0oo.i really need both of you now ! ♥ muah ♥ aku tak pernah jumpa r0omate macham cik mar,kak ika dan cik echa yang sabau ngn perangai aku yang aneh + pelik nie .cekgu-cekgu yang tak marah ngn perangai aku yang suka tido dlm kelas.tengss sebab sabau ngn perangai kite. ble kte dapat berjumpa blek aih ! sekiranya aku bole putarkan blek aku akan hargai semua benda yang ada disekeliling aku pada dan ketika itu.merindui semuanya sesangat.hmm..tp kita kene hengat la kan...

setiap pertemuan pasti ada perpisahan...

aku clash ngan dy pada 20 mei (officially) .perasaan tyme tue keciwa,sedih dan plus plus +____+ benda nie mmg ktorng dah jangka.ALLAH sentiasa ada utk aku.aku tau itu ! susah nk kekalkan satu relationship.aku pun tak nak berharap lagi.maybe aku akan rindu dan terhengat kt dia tp sampai ble meyh ? orang dah sambut taun baru punn tak kan aku nk rindukan orang yang tak halal buad aku kan.apa yang bole aku ckp sekarang ktorng still kawan macham orang laen.berpisah cara baek buad apa nk gadoh kan lagipun ktorng memang susah la sesangat klu nk jumpa.maybe dy pun dah jumpa orang lebih baek dr aku,sape tahu.semoga berbahagia ! :) sebelum aku clash aku dah buad janji ngn dri aku utk make him the last.maksudnya aku dah tak nak kapel-kapel lagi selepas nie.aku pun bukannya chantek mcm girl kt luar cne.aku tak nak boyperend dah,aku nk suami je skang bole ? *gatai kau !


:: Jika mahu membeli cinta , belilah dengan iman , belilah dengan agama , belilah bersama adab , belilah menerusi sunnah , belilah bersama restu keluarga . Bukan membeli cinta dengan harta kekayaan , bukan bersandar rupa paras , bukan bertunjang pangkat dan darjat ::

cemburu aku terhadap seseorang yang naik turun mcm apa nth >.< aku kuat cemburu.erk..tue fakta.maybe bukan aku je ramai lagi kt luar cne dan sekarang aku cuba utk berubah menjadi orang yang takde perasaan cemburu tue langsung <--- tue gebang  -__-cukuplah aku dapat kawal dan tak cemburu pada bende yang remeh-temeh.seriously,i hooopppee ......plesh pray for me yea kawan,teman dan sahabat ! tengs so muchie :)


aku melepak kt umah 5 bulan tanpa membuat apa-apa hanya membina lemak bersama along yang sedang cuti nk masuk tahun 2.nk keje mak tak bg sebab nnt akan susahkan mak nk amik dan hantar ktorng.so,d0k umah temankan mak bawak abah chek up,on9,buad blog utk ceghite kisah-kisah merepek aku,jaga nenek...tiap-tiap malam aku minum kopi ngn nenek tau.rindu rindu rindu ♥ d0k ngn nenek best sebab kau tak kan rasa lapau sebab nenek suka masak dan aku suka makan.nyum nyum nyum :) *aku selalu bayangkan nenek ikut kemana 
sahaja aku pegi dan aku harap nenek tinggal dgn tempat aku belajau sekarang.nenek adalah orang yang selalu back up dan degar semua masalah dan ceghite aku.aku tak dpt bayangkan klu nenek takde 1 ari nanti.hmm..

Family First !

aku dapat duet raya dr abang zaid <--- tue pun nk ceghite ke ? mestilah ! gumbira + eksaited.aku sepupu paling tua + paling banyak yang dapat.tak bole ke aku gumbira ? miahahahahaha~ kau ada ke abang sedara bg duet raya kt korng ? klu ada kita serupa ! klu tak,erm....sila mintak ngn abang sedara anda ! miahahahaha~ dia abang sedara paling aku sygs la.erk...kadang-kadang je la sebab dy suka panggil aku gemok dan aku akan panggil dia gerseng sebagai balasan :) amik kau >.<


aku jejakkan kaki di uni terchenta nieh ! dapat kos yang pelik.aku tak pernah mtk punn kos nie.betul ! uni nie yang baek bagi aku kos tue.kos aku br lagi.so,banyak la peluang pekerjaan.hehe (gelak jahat) serius sampai skang aku tak bole nk adapt sekeliling.still dalam proses.sila doakan aku kuat + tabah ye ! gambatte.



~ Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN
~ Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA
~ Belajarlah TAAT walau BERAT
~ Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI
~ Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN
~ Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA
~ Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI
~ Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH
~ Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH
Percayalah bahawa ALLAH SWT selalu d samping kamu...


2 orang kawan aku pergi.lelaki.eksiden.sedih...tak yah cakap la.walaupun tak rapat tapi kawan kan ? dengan dua-dua aku pernah gaduh + gurau.dyorang baek.siyes,tak tipu ! semoga mereka ditempatkan ditempat orang-orang yang soleh.amin.

¤ Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah doa 
¤ Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah kemaafan 
¤ Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah kejayaan
¤ Hadiah terbaik untuk murid adalah tauladan 
¤ Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah kasih-sayang 
¤ Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah alFatihah

¤ Hadiah terbaik untuk ibubapa adalah kebaktian 
¤Hadiah terbaik untuk seorang isteri adalah penghargaan 
¤ Hadiah terbaik untuk seorang suami adalah kesetiaan
¤Hadiah terbaik untuk anak adalah pendidikan
¤ Hadiah terbaik untuk diri adalah kejujuran
¤Hadiah terbaik untuk Rasullullah adalah selawat
¤Hadiah terbaik untuk Tuhanmu adalah ketaqwaan.

oh,aku tgh final ye sekarang.semalam baru mula paper.arab kau tau.ble arab maknanya kne buad karangan ! dan sekali lagi aku bersyukur sebab dy soh aku buad 70 patah perkataan.sebab memula aku hengat kitorng kene buad 350 patah perkataan.aku punya paper arab tinggi tyme spm pun aku jawab 3 baris je nie nak 350 sekali lagi -.-' walaupun nth apa aku tulis,at least aku tak biarkan paper aku kosong.jgn sesekali bg paper kau kosong ! even kau tak tau ape kebende dy nk.kau tulis je apa yang kau hafal atau apa yang kau paham.engat ! so,sesapa yang sedang dlm mood final seperti aku.gud luck ! gambate ! aja-aja fighting ! bittaufiq wannajah ! :)


''Aku adalah manusia biasa dan aku bukanlah manusia yg terbaik di antara kamu.Apabila kamu melihat perbuatanku benar maka ikutilah aku.. TAPI ..bila kamu melihat perbuatanku salah maka betulkanlah''
(Sayyidina Abu Bakar Assidiq R.A)...


lama aku tak menulis kat cnie.maybe aku akan jarang tulis lepas nie sebab mood utk menulis dah terbang nth kemana + line yang sgt chantek menjadikan aku malas.so,korang mesti epy sebab tak baca ceghite merepek aku kan ? persoalanya...ada ke orang baca blog ni ? >,< perasannn.miahahahahaha~

Jika kau rasa sedih, ingatlah Allah sentiasa bersamamu, tidak pernah Dia tinggalkan dirimu walau sesaat hanya dikau yang menjauhkan diri daripada-Nya, pohonlah agar dikuatkan hatimu menempuh dugaan tanda sayangnya Dia kepadamu


aku nak study.
jom study!




tyme xm nk sticky note cmgheni :(



okbai !




wassalam






terima kasih sudi singgah dan baca ^^,