06 October 2012

selalu rasa.

بسم الله الرحمن الرحيم

pemerhatian itu adakalanya bagus.
buad diri jadi lebih bersyukur.
kenangan masa lalu sering menyapa.
walaupun sekilas.
hati itu tetap terusik.
air menjadi peneman mata.
payah untuk berhenti.
pujuk diri.
jangan sesekali lemah.
hidup dalam kenangan adalah indah.
alhamdulillah.
masih di beri kesempatan.
peristiwa yang suka gembira
atau duka tangis.
tetap air mata itu mengalir.
itu air mata rindu.
katup mata.
jangan benar ia jatuh.
masih degil.
lap dengan tangan setangkas mampu.
muka dan hati mulai tenang.
melihat kembali.
perkara yang sama berulang.
sepanjang perjalanan.
cerita dulu itu bagai hidup di depan mata.
apa yang pernah di rancang bersama.
apa yang pernah dilakukan bersama.
apa yang pernah dibualkan bersama.
setiap garis masa itu muncul seketika.
hati diam menghayati.

*istighfar*

dalam setiap perjalanan pulang.
mata itu sering bocor
sukar di tampal.
senyum bagi mata bersinar.
biarkan ianya bersinar kerana senyuman di bibir
bukan bersinar kerana air mata bergenang.
muhasabah rindu kerap menjengah.
syukurnya YA ALLAH atas kurniaMU yang satu itu.
gagalnya aku menjaganya dengan sempurna.
maaf itu kerap di ulang.
kerana itu sahaja yang mulut dan hati mampu sebut.
rasa itu yang selalu menemani aku
pulang ke kampung halaman tanpa rasa jemu.
tangisan itu buad aku suka.
kerana hati itu masih ingat kenangan lalu.
kenangan yang tuan punya badan tidak mahu cipta.
dengan sesiapa pun
kerana takut terluka parah.
sebenarnya,ianya tidak lah seteruk yang disangka.
kenangan itu penting
kerana ia perlu hidup sebagai panduan di masa akan datang.

pesanan untuk air mata
terima kasih sudi teman aku dan
 tidak merungut setiap kali aku perlukan kau.
hati,otak dan semua kami sayang kau.
jangan pernah kering.
kerana takut yang lain jugak akan kering nanti.
nauzubillah.



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

No comments: