31 August 2012

. . . . . la tahzan~ . . . . .

بسم الله الرحمن الرحيم

untungnye dia..
dapat keluarga baik.

untungnye dia..
dapat suami yang soleh.

untungnye dia..
bole memakai purdah.

untungnye dia..
kerana merupakan pelajar yang pintar.

untungnye dia..
cantik di mata semua.

untungnye dia..
muka tade jerawat.

untungnye dia..
dapat berkongsi ilmu dengan yang lain.

untungnye dia..
disegani dan di hormati ramai.

untungnye dia..
kuat walau apa pun ujian yang ALLAH kurniakan.

untungnye dia..
mempunyai akhlak yang terpuji.

untungnye dia..
dapat menjaga ikhtilat.

untungnye dia..
tak pernah jatuh cinta dengan mana-mana lelaki.

untungnye dia..
dapat semua yang dia perlukan.

untungnye dia..
hensem dan di minati ramai

untungnye dia..
dapat keluarga kaya-raya.

untungnye dia..
sebab rajin dalam segala hal.

untungnye dia..
sebab selalu istiqamah dalam melakukan kebaikan.

untungnye dia..
sebab dapat hafal al-quran.

untungnye dia..
dapat berkongsi ilmu dengan yang lain.

untungnye dia..
dapat belajau di uni yang hebat.

untungnye dia..
dapat seorang yang boleh bimbing dia.

untungnye dia..
dapat kawen di usia yang muda.

untungnye dia..
disenangi,dikasihi dan dihormati ramai.

untungnye dia..
dapat kawan yang memahami

untungnye dia..
masih mempunyai ibu untuk berkongsi kisah.

untungnye dia..
mempunyai adik beradik yang akrab.

untungnye dia..
dapat memakai pakaian yang sopan.

untungnye dia..
jadi blogger femes

untungnye dia..
jadi artis dikenali

untungnye dia
jadi vlogger yang di cari

untungnye dia..
ramai follower

untung,untung dan untung

manusia itu seringkali mempersoalkan takdir yang berlaku di sekeliling mereka.

kenapa kita sendiri tak mencari apa yang kita impikan dengan usaha yang kita ada ?

setiap sesuatu dan perkara itu mempunya definisi yang tersendiri.

cukup hanya kamu tahu setiap definisi yang kamu mahu.

belajar bersyukur tauu.

jika kamu mahu cari erti syukur.

lihatlah mereka yang berada di bawahmu.

saudara-saudara seislam kita yang sedang berjuang di jalan ALLAH

setiap hari kita perlu diingatkan dengan kisah orang lain.

ianya akan buat kita bangkit dan jadi lebih kuat.

mereka boleh,kenapa aku tidak ?

ingat,

setiap ujian itu teguran dari ALLAH.

cuma tinggal sedar tak sedar.

jika sedar.

ucaplah alhamdulillah.

jika tidak,

banyakkan solat sunat taubat.

menangis itu tidak menunjukkan kita lemah

tapi ianya menunjukkan kau masih mempunya hati.

hati itu sedang sakit.

beri ianya penawar.

solat sudah tentu.

harus juga di hiasi dengan zikir.

pahala ALLAH itu unlimited.

setiap pergerakan.

setiap percakapan.

setiap penulisan.

setiap pemakaian.

ianya bole mendatangkan pahala jika niat itu betul.

buatlah seikhlas kamu.

ALLAH itu Maha Mengetahui,

biar dia adili semua.

jangan pernah lelah untuk membuat kebaikan.

bila lelah nanti banyak merungut.

ALLAH dah rancang sesuatu untuk kita.

percaya pada DIA.

untuk menjadi mereka yang kita impikan.

kekuatan itu perlu ada.

bila setiap langkah di perhati.

setiap kesalahan akan terlihat.

semoga ALLAH sentiasa menjaga hati mereka

agar hati itu tau erti kuat dan istiqamah.

untuk mencari redha-NYA

tidak semestinya kita akan gembira bila kita sudah dapat itu

manusia tidak pernah puas.

beliau selalu pesan..

bila kita mahu sesuatu tapi tak dapat

maknanya ALLAH belum izinkan :)

kena selalu muhasabah diri.

untuk peringatan diri sendiri (=


hati itu perlu dijaga.perlu di didik agar ianya sentiasa redha dan syukur dengan setiap ketentuan yang telah di tetapkan jalan cerita oleh DIA :)
-khairul fatehah 2012-



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

30 August 2012

spontaneous thursday #25 | tanya~


bila melihat dari cara pemakaian aku,
ramai yang tanya..

mak kau ustazah ke ?
family kau memang sumenya pakai tudung labuh ek ?
abah kau keje apa ?

aku selalu gelak bila orang tanya macam tu.
adakah pemakaian melambangkan latar belakang keluarga ?

'iman itu tak bole diwarisi'

islam itu indah,
menyeluruh.
cari.
pasti akan bersyukur akhirnya.

berkat beliau.
banyak yang beliau tinggalkan sebelum pergi.
islam dan ilmu.
tinggal nak cari dan praktikkan.
terima kasih.
.alhamdulillah.
terima kasih ALLAH kerana meminjamkan dia untukku.
walaupun sementara :')



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

28 August 2012

ada batasan.


melihat dunia kini.
sedikit terkeciwa.
kenapa mesti memilih untuk itu.
walaupun tau itu salah dan dosa.
sila faham.
cinta itu tade had.
tapi cinta itu ada peraturan.
banyak cara yang bole kita zahirkan.
janji ikut syariat yang telah ditetapkan.
jangan sesakali kau lupa pada pencipta kau.
cinta DIA dahulu.
baru diirngi cinta yang lain.
kamon.
jangan buang masa dengan sesuatu yang tidak pasti.
sakit.
lelah itu pastinya.
dosa itu suda ada.
jangan di tambah dengan benda yang kau bole kurangkan.
menyesali masa yang telah di buang dengan sia-sia.
jika di beri pilihan untuk berpatah.
cinta itu aku tidak akan usik maupu tegur.
walaupun ianya menyapa.
kenangan itu bukan mudah dibuang.
kalau ianya satu 'click'
delete.
mudah.
tapi ianya tidak sesenang itu.
ianya akan hidup sepanjang hidup.
kenangan itu sebenarnya pengajaran.
untuk melangkah ke hadapan.
pilih untuk diri yang mana di terima di hati
mulanya ianya indah ibarat taman bunga
di mana akhirnya sakit itu ALLAH yang tau.
bagi mereka yang menjadi halal akhirnya.
cinta itu akan sentiasa mekar mewangi.
tahniah buat kamu.
bagi mereka yang sakit di akhirnya.
kuat dan tabah itu tau ?
kalau tidak ada,
sila pegi cari.
letak ubat sikit luka itu.
biar sembuh walaupun berparut.
sentiasa ingat.
itu ujian.
sebagai tanda ingatan DIA kepada hambanya.
bersyukur itu perlu sentiasa ada.
bergantung pada yang bersedia dan sudi.
membawa kita mencari redhaNYA.
barakah ALLAH sentiasa mengiringi.
selalu ingat DIA.
pasti DIA jugak akan ingat kita.
mahu syurga ALLAH ?
jom sesama muhasabah diri.
mencari setiap inci keberkatan yang ada.
pasti.
yakin pada diri.
jodoh itu rahsia ALLAH.
letakkan hati pada DIA.
usaha sikit.
doa dan tawakal di pengakhiran.
insyaALLAH.
segalanya dilindungi dan diberkati.
.amin.

mengapa kita perlu habiskan masa dengan sesuatu yang belum tentu kita punya di akhirnya sedangkan sudah ada yang telah ditetapkan untuk kita,yang lebih berakah pastinya :)
(khairul fatehah july 2012)


terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

26 August 2012

it's limit


sesetengah..
mereka tidak mahu menjadi sebahagian dari kau
tapi kau sering memaksa mereka
untuk berada di sisi kau.
dengan keterpaksaan yang ada
mereka sentiasa ada untuk kau.
diam.
kaku.
hanya bercakap bila perlu.
sentiasa menyokong tindak tanduk kau.
membantah secara senyap dalam masa yang sama.
ianya di bawah kesedaran kau sebagai manusia biasa.
kau lupa.
mereka juga manusia.
punya masalah sendiri.
punya jalan hidup yang perlu di jalani.
punya mereka yang perlu di perhati.
umpama matahari mereka jadi untuk kau.
seringkali melihat kejengkelan yang lain.
dari segi apa pun tidak diketahui.
sakit hati pastinya.
mereka juga punya ruang dalam hidup kau.
cuma bezanya adalah kebenaran dari kau.
buka mata hati sikit.
*mengeluh.
acapkali aku mengingatkan diri.
mereka punya cerita mereka.
baru mula membina satu garisan.
maaf.
suda tiba masanya.
perlu aku kecikkan ruang.
yang aku bina untuk mereka.
aku perlu faham diri aku.
selesaikan masalah itu sendiri.
bukan tidak perlukan pertolongan.
tapi jiwa aku sakit.
sesak.
sensitif.
manusia perlu sentiasa sedar diri.
aku tidak kuat rupanya.
masih mencuba ke tahap maksima aku.
mencari erti kehidupan tanpa mereka.
memulakan sesuatu semampu aku.
tanpa ada campur tangan orang lain.
aku bahagia.
bahagia dalam definisi aku.
ruang baru hanya untuk aku.
cukup untuk aku sahaja.
untuk mereka
yang aku pernah "kongsi" kisah.
hebat kau.
diam membisu di sisi aku.
sudah sampai masanya.
kau dan aku jalani kehidupan berbeza.
pastinya ucapan tulus dan kudus itu
di sulami senyuman terima kasih.

I don't need a fake people to my friend.If you don't like me.Don't come near me.Just go away silently
-khairul fatehah 2012-


terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

22 August 2012

kelainan itu ada.

بسم الله الرحمن الرحيم

kerap kali di di tanya dan di sebut.
aku lelah.
penat.
sudah semestinya
raya tahun ini
berbeda dengan yang lepas.
kehilangan beliau masih terasa.
orang penting dalam hidup kau hilang.
rasanya speechless.
sakit sampai sekarang.
tak pernah hilang walaupun sedetik
melihat yang lain masih bersama dalam keadaan gumbira.
rindu kenangan lalu.
alhamdulillah.
hanya bole rindu.
itu suda memadai.
tipu kalau cakap tak jeles.
tapi apa pilihan lain yang ada ?
sabar.istighfar.
sabar itu semua orang bole sebut.
makna sabar itu tau apa ?
kalau belum tau
sila kaji semula definisi sabar
apabila kau berada di tempat aku.
kau belum ada di tempat aku
jadi definisi sabar itu banyak bezanya.
jangan ulangi ucapan sabar itu depan aku.
lelah tau ?
sakit.
bila memori itu datang.
istighfar itu kerap di ulang
kerana hati ini masih belum pasrah sepenuhnya.
astaghfirullah.
sesungguhnya perancangan kau adalah yang terbaik Ya Allah :')
aku hanya mahu doa kalian.
sedikit cuma.
jangan tunjuk lemah di hadapan aku.
aku bukan orang yang lemah.
kalau kau kawan aku
sila kuat di hadapan aku.
berpura-pura pun tak ape.
aku ta kisah.
aku manusia.
memori itu bukan tidak bole di sentuh
cuma ada masanya.
jangan katakan tentang itu
selagi aku tidak memulakannya,bole ?
janji tau.
sampai masanya abis sudah di 'charge' kekuatan aku
masa itu kau di benarkan buad apa sahaja.
bila masanya ?
maaf,aku sendiri tidak tahu.
mungkin lama.
mungkin juga sekejap
yang pasti akan sampai masanya.
terima kasih atas doa yang tidak pernah putus
untuk kami sekeluarga.

tahun ini raya yang 'biasa' namun masih bersyukur.
maaf,tiada pic family untuk tahun ini kerana tidak cukup ahli :')


terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

cermin.

بسم الله الرحمن الرحيم

nak lihat diri sendiri.
betulkah tutur kata.
betulkah tingkah laku.
mesti ada cacat celanya.
mesti di ingat satu hal.
manusia tidak sempurna.
lihat sekeliling.
apa mereka buat.
apa mereka lakukan.
mesti ada yang betul.
yang salah juga tidak ketinggalan bukan.
nak menegur takut tersalah.
sampai bila harus begitu.
teguran bukan beerti riak
kalau kena pada tempatnya.
niat itu penting.
teguran itu sebenarnya mengingatkan diri di masa yang sama.
kesedaran itu muncul bila kita lihat pada mereka di sekeliling kita.
apa yang mereka buat.
kita juga buat tanpa sedar.
pesan beliau..
kalau tak suka orang buat.
jangan sesekali buat dekat orag tauuuu ;)

Bila ada orang MENASIHATI KITA »»» BUKAN bermaksud DIA LEBIH BAIK, 
✿ Bila ada orang MENASIHATI KITA »»» BUKAN bermakna DIA LEBIH 'ALIM',
 ✿ Bila ada orang MENASIHATI KITA »»» BUKAN bererti DIA MENUNJUK PANDAI, 
✿ TETAPI semata² kerana DIA MENYAYANGIMU & 
✿ DIA MENGINGINKAN yang TERBAIK buat diri KITA & Dirinya jua ! :)



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

19 August 2012

hari kemenangan :)


بسم الله الرحمن الرحيم

alhamdulillah.
abis sudah waktu untuk umat islam berpuasa.
esok hari raya *baca sambil jerit.
hewhew~

tahun yang agak hebat buad kami sekeluarga.
pertama kali raya tanpa beliau.
rasa macham blur tak tau esok macham mana.
di harap air mata tidak gugur macham air terjun besok.
.amin.

.insyaALLAH.
ALLAH sentiasa beri kekuatan kepada keluarga kami.
untuk mengharung ujian ini.
.alhamdulillah.
atas ujianMU ini.
kami sekeluarga menjadi semakin tabah.
terima kasih ALLAH.
terima kasih kepada kamu semua
yang sering mendoakan kesejahteraan keluarga kami.

kepada keluarga jauh dekat,sahabat handai,dan semua yang mengenali diri kami.
eid mubarak.
semoga semua amalan kita di terima oleh ALLAH.
تقبل الله  منا ومنكم
.amin.
.insyaALLAH.

kepada yang senantiasa ada untuk kami..

terima kasih.
kerana sentiasa ada untuk kami.
mendoakan kekuatan kami.
berkongsi kekuatan dengan kami.
sudi mendengar luahan kami.
sudi menghulur bantuan kepada kami.

maaf.
untuk kata yang menyakitkan.
untuk perbuatan yang melampau.
termengumpat,
tersepuk atau terpukul.
sama ada yang sengaja atau tidak.

halalkan makan minum kami.

terima kasih sudi menjadi kawan kami (=


Eid Mubarak !!
maaf zahir dan batin.
semoga sentiasa berbahagia di samping keluarga terchenta.
hargai mereka sebelum terlambat :) 



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

17 August 2012

la tahzan.


بسم الله الرحمن الرحيم

alhamdulillah.
hari jumaat yang terakhir di bulan ramadhan.

hati aku semakin rindu beliau.maaf YA ALLAH.hati aku belum cukup kuat.masih menangisi pemergian beliau hingga saat ini.bukan aku tidak redha pemergian beliau cuma aku masih perlukan waktu.yang lama pastinya.

ketika aku menjaga beliau sakit dihospital.masih terhengat bagaimana aku menemani beliau mandi.berbual dengan beliau.aku rindu untuk bercerita dgn beliau.beliau tempat aku meluahkan perasaan.kini aku tidak tahu kepada siapa harus aku bercerita.aku manusia.aku lupa.ALLAH kan ada.

setiap kali aku mengambilkan beliau wuduk dan memakaikan telekung untuk beliau.ALLAH.rindunya saat itu.saat di mana beliau meminta aku untuk solat berjemaah.beliau yang banyak memberi galakan untuk aku mendirikan solat jemaah.alhamdulillah.terima kasih ALLAH kerana memberi kesempatan untuk aku menunaikan solat bersama beliau.

di saat beliau datang ke hospital untuk melakukan pembedahan ianya tidak berlaku kerana penyakit kuning beliau terlalu tinggi.pembedahan terpaksa di tangguhkan.risaunya kami tidak terkata.perasaan di mana kau lihat seluruh badan orang yang kau sayang itu kuning sehingga mata beliau pun kuning.sakitnya aku ketika tidak dapat menandingi ketenagan beliau.kekuatan yang hanya beliau punya bukan kami yang melihatnya.

pertama kali doc menyatakan akan membuat pembedahan ke atas beliau.muka beliau riang,beliau rasa teruja kerana sudah lama bersedia tapi pembedahan itu tidak jadi akhirnya kerana tiada ruang kosong.aku tahu ianya bakal terjadi kerana itu bukan kali pertama doc membuat janji.aku marah tapi aku diam.beliau terima keputusan itu kenapa aku tidak.

sehat sedikit doc menyarankan beliau pulang bersama sebuah beg yang di jijing ke sana ke mari.beliau ditebuk di perut untuk mengurangkan kuning kata doc.aku tak tahu nak buad apa.aku diam.beliau masih bole senyum dan berbual dengan riang.aku bersyukur.


di saat beliau kembali semula ke hospital untuk melakukan pembedahan,sekali lagi ianya di tangguhkan,atas alasan yang sama.aku marah dan mereka doc,aku bukan jadi aku diam.beliau terlalu percaya dengan mereka.siapa aku nak meghalang.orang punya badan bole terima kenapa aku tidak.

pembedahan bakal di lakukan,aku eksaited nak pulang untuk melihat keadaan beliau.belum pun aku bergerak pulang,aku dapat mesej dari adik yang beliau tak jadi operate kerana kuning masih tinggi.aku ? marah ? sangat marah.aku sedih.kenapa mereka menangguhkan lagi sedangkan mereka menjangkakan yang beliau ada  kemungkinan untuk mendapat kanser.aku menangis dengan baiknya.YA ALLAH,ujian ini terlalu berat untuk aku menerimanya.ketika itu aku fikir betapa jahatnya kami sehingga ALLAH menguji beliau sedemikian.adakah atuk mahu menjemput beliau dari kami ? adakah atuk terlalu merindukan beliau ? aku tersedu sedan di tengah org ramai.aku pasrah.

lepas naik cuti sem aku amik cuti seminggu jaga beliau di hospital.ketika itu,kami banyak berkongsi cerita.beliau nangis memikirkan keadaan nenek yang bakal di tinggalkan.di saat aku bercerita tentang kawan aku,air mata beliau gugur lagi.aku ? tipu kalau cakap aku tak sedih.di saat aku perlukan kawan ketika itu,mereka tiada.aku tahu memasing mempunyai life tersendiri.maaf atas kekhilafan aku terhadap mereka.aku ajak beliau tengok cerita di lappy.kami solat bersama,mengaji bersama.alhamdulillah.

suatu petang,selepas asar.doc datang cakap nak buat ct scan kalau bole meraka akan operate kalau tidak,meraka akan suruh beliau pulang.aku rasa nak maki hamun sahaja mereka tapi kau diam sebab mak aku    bole terima keadaan itu dan kenapa aku tidak ? aku perlu tunjuk kuat di hadapan beliau.kata-kata doc itu bagai batu menghempap kepala aku dan aku teringin untuk melemparkan semula batu itu kepada doc yang berada di situ.

nk buat ct scan kena puasa dari pagi.the problem is doc ta janji yang mak akan buat ct scan hari itu atau tidak.beliau ada gastrik tapi beliau tidak mengadu kelaparan walaupun aku bertanya.beliau tidur untuk mengilangkan rasa lapar.akhamdulillah pukul 3 nama beliau baru di panggil.aku ikut beliau turun.aku teman beliau minum sambil tunggu giliran.kami berbual dan bergurau senda.rindunya saat itu.

petang selepas asar mereka datang dan menyatakan operate dijangkakan bole di buat cume perlu tunggu orang atasan yang membuat keputusan.esoknya,hanya seorang doc yang datang menjengah beliau dan doc menyatakan esok mahu menjalankan pembedahan.mak punya gembira tidak terluah.kesyukuran ke atas yang Esa dipanjatkan.aku ? sedih melebihi gembira keran itu bukan kali pertama doc membuat janji.tidak lama kemudian mereka panggil mak untuk pergi x-tray.aku tak ikut.petang itu juga jururawat amik tekanan nadi beliau.di mata aku,itulah seorang sahaja jururawat yang benar-benar ingin bekerja kerana hanya beliau sahaja yang melayan beliau dengan baik.doc bius panggil beliau,aku sekali lagi berada di sisi beliau mendengar penerangan doc.

petang itu aku pulang kerana alang mengambil alih tugas aku.hari itu juga seluruh keluarga sakinah kami berkumpul.sebelum pulang kami bermaafan.beliau dan abah sudah menangis.aku ? perasaan ketika itu sehingga sekarang aku rasa sayunya.beliau banyak memberi pesan kepada kami.terlau banyak.

seawal pagi kami adik beradik datang di temani abah dan di bawa oleh satu-satunya abang sedara yang sanggup membawa kami melawat emak di hospital saban hari.aku sampai mak da masuk dewan pembedahan.mak masuk pukul 6.30 pagi kata alang.doc cakap 5 jam.tapi mak keluar dari bilik itu tepat pukul 5 dan dibawa terus ke wad high density ward (HDW) kami di benarkan masuk tapi hanya 2 orang sekali masuk.aku takut nk masuk.aku tak kuat tapi aku rindu mak.aku kuatkan hati dan aku masuk.beliau mamai kesan dari ubat bius.keadaan beliau cukup buad aku sayu.air mata ? mana pernah berhenti mengalir since beliau masuk bilik bedah.

beliau merupakan pesakit yang paling lama tinggal di wad HDW tu.seminggu lebih.ketika itu aku suda balik nilai tapi selalu jugak aku telefon adik bertanya khabar beliau.adik adalah orang yang paling lama duduk di sisi beliau selepas operation adik ambil cuti untuk jaga beliau.budimu tidak terbalas,dik.bila sudah hampir seminggu beliau tidak masuk wad biasa.air mata aku tidak dapat di bendung.aku takut.aku punya fikiran terhengat pelbagai kenangan lalu dengan beliau.beliau banyak sangat luahan yang aku sendiri tak sedar sehingga bila di fikirkan saat ini.baru aku tahu kenapa beliau berkata sedemikian.

seterusnya....




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

16 August 2012

spontaneous thursday #24 | bila rindu~



setiap kali rindu dekat beliau,

jangan hanya menangis kerana ianya tidak membawa papepun,

sedekahkah surah yasin.

jangan di lupa surah al-fatihah di setiap peghabisan solat.

itu rindu yang sebaiknya :')


- along & alang -


terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

15 August 2012

suweet 20 ♥


بسم الله الرحمن الرحيم


.alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah.
masih diberi kesempatan untuk melihat dunia pada hari ini.
terima kasih ALLAH.

begitu cepat masa berlalu.
ari ni umur aku genap 20 tahun.
alhamdulillah.

terlalu banyak aku jumpa,
terlalu banyak aku belaja,
banyak perkara yang telah aku tempuhi.
pahit manis.
itulah kehidupan.

terima kasih ALLAH,
atas segala yang telah Engkau kurniakan dalam hidup aku.
atas segala yang telah Engkau pinjamkan kepada aku.
atas segala ujian yang telah Engkau berikan kepada aku.
atas segala kekuatan yang telah Engkau pinjamkan kepada aku.
atas segala petunjuk dan hidayah yang telah Engkau berikan kepada aku.

ampunkan aku YA ALLAH,
di setiap tutur kata,
di setiap tingkah laku.
sesungguhnya aku adalah hambaMU yang selalu berbuad dosa.

abah dan emak,
terima kasih sebab sudi jaga dan besarkan angah.
anda berdua adalah anugerah yang terbaik angah pernah ada.
maaf atas segala ketelanjuran kata dan tingkah laku.
angah sayang anda berdua lebih dari nyawa angah.
hanya ALLAH yang dapat membalas segala-galanya.
moga keluarga kita sentiasa berada di dalam lindunganNYA.
.insyaALLAH.
.amin.

kawan-kawan,
terima kasih sebab engat dan wish.
terima kasih sudi berkawan dengan aku.
terima kasih selalu ada untuk aku.
hanya ALLAH yang dapat membalas segala-galanya.



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

13 August 2012

tak layak.

mungkin memang aku tidak layak.
untuk jadi sebahgian dari mereka.
dari dulu lagi.
namun,manusia sering lupa.
siapa bole lawan takdir DIA ?
bila di timpa ujian baru nak terngadah bagai -.-
maafkan diri ini kerana sering alpa.
aku perlu buat satu garisan.
di mana hanya ada aku dan DIA.
yang lain tak di benarkan masuk walau seinci.
maaf,aku perlu buat itu.
aku ta nak terluka lagi.
kesakitan kehilangan beliau belum pun surut.
kini ada perkara baru yang buat aku sedar diri.
aku sensitif.
aku manusia.
pasti rasa sakit bila disakiti.
maaf,tiada sesapa pun yang di benarkan melepasi garisan itu.
mungkin itu memang salah aku.
tapi kau kena ada sedikit toleransi.
bukan kau ta pernah ada dalam situasi aku.
tipu kalau cakap ta pernah.
muka kau lupa.
manusia memang begitu.
cerita kita tak akan pernah sama.
sampai bebila tak akan pernah sama.
aku ta layak hukum mereka.
begitu juga mereka.
sebab kita ada pencipta.
biar dia yang adili semua.
aku hormat mereka.
cuma aku perlukan waktu untuk pulihkan sakit ini.
aku tau diri aku tahap mana.
mereka tak faham.
tak mengapa.
bukan mereka yang kena
tapi aku.
aku hanya mampu berdoa.
untuk redha dan pasrah.
acapkali meminta secebis kekuatan tanpa rasa jemu.
kepada beliau,
owg mintak maaf sebab owg gagal untuk jaga kedua-duanya.
mungkin memang owg belum layak.
maaf sebanyak-banyaknyee
rindu :')

there're times when strangers are like family,and family are like strangers :'(




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

11 August 2012

paksa diri.


aku perlu kaji balik pengertian hidup.
aku sering lupa pada DIA.
aku hamba yang hina.
aku takut.
mengapa aku masih di takuk lama ?
tiada pergerakan dalam hidup.
walaupun semakin hari semakin banyak yang aku jumpa.
semakin hari semakin ramai yang meninggalkanku
semakin hari semakin banyak yang aku tempuh.
aku masih gagal.
mendidik hati agar menerima qada dan qadar.
masih mencuba.
sehingga nafas yang terakhir.
hati itu perlu di jaga dan di beri makan.
istighfar dan zikir.
agar ianya tidak lupa pada penciptaNYA.
tanpa meminta apa pun balasan kecuali menyembahNYA.
supaya hati itu tau berterima kasih.
bersyukur pada DIA.
pada semua caturan yang di beri.
tanpa ada rasa tidak puas hati.
Yang menjadikan kehidupan ini sempurna.
untuk menjadikan mereka tau erti meghargai.
untuk menjadikan mereka tau bersyukur sebanyak-banyaknya.
untuk mereka yang ingin pulang ke jalan yang diredhaiNYA.
setelah tersasar bertahun lamnya.
untuk mereka yang sentiasa ingin menjadi lebih baik saban hari.
teruskan perjalanan itu jangan pernah lelah.
untuk mereka yang sentiasa mengingatiNYA.
agar kamu juga sentiasa diingatiNYA.
bukan ketika susah.
ketika senang juga.
DIA ada mendegar.
percaya padaNYA.
azam dan tekad.
itulah pengertian hidup yang aku kena kaji.
masih belum terlambat.
perbetulkan diri terlebih dahulu.
baru mudah kau nak betulkan orang nanti.
pengertian hidup yang penuh keberkatan dariNYA.
insyaALLAH.
moga masih diberi kesempatan dan keizinan dariNYA.

" Byk manusia yg mati hatinya ketika hidup dan dia hanya jaga apabila sudah berada di kubur "
 - Saidina Ali Bin Abi Talib




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

07 August 2012

baru semalam.


بسم الله الرحمن الرحيم

rasa kehilangan.
orang yang paling penting dalam hidup kau.
tempat kau minta nasihat.
tempat kau bermanja.
tempat di mana kau di beri ajaran agama.
tempat di mana kau ditegur apabila lakukan kesalahan.
ianya hilang.
secepat angin.
ianya sakit.
aku tau.
aku dalam mencari kekuatan.
beliau pergi.
rasa macham baru semalam ianya berlaku.
masih terhengat waktu aku menjaganya bergilir-gilir dengan yang lain.
menyuap beliau makan.
mengelap badan dan sapu lotion untuk beliau.
benda yang kau suda ta bole lihat senyumannya.
benda yang kau suda tak bole pegang dan sentuh.
benda yang kau suda ta bole peluk dan cium
macham kau buat selalu.
perit.
yang kau mampu cuma adalah doa.
moga beliau sentiasa diberkati dan ditempatkan di tempat orang yang beriman.
moga diberi pinjaman kekuatan olehNYA.
moga kau bole senyum dan teruskan perjalanan seperti sedia kala.
ianya susah tapi tak mustahil.
jangan risau,aku bagi kau masa.
kau tabah.
aku tau.

" dan apabila tertutupnya mata ibu kamu maka hilanglah satu keberkatan di sisi ALLAH iaitu
Doa seorang ibu :') "



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

04 August 2012

tak semua kawan.


sama ada aku sensitif atau aku patut rasa sedemikian.
kawan...
aku punya ramai tapi kawan hanya pada nama.
tahu macham mana rasanya ?
sakit.
sangat sakit.
dia tempat yang kau akan cari bila diperlukan tapi bila ta diperlukan kau tak di lihat langsung.
selfish itu perlu.
aku tau.
tak bole kau bagi sedikit kesenangan kepada aku.
aku dalam dilema yang aku sendiri ta tau bila akan keluar.
aku penat.
aku diam.
aku cuba cerita kepada kamu tapi aku tak jumpa seorang pun.
aku kembali pada DIA
minta kekuatan untuk dipermudahkan segala.
aku rebah.
aku kuat sebenarnya tapi aku masih tidak mampu.
orang yang pegang tangan aku suda tiada.
aku jatuh tersembam.
aku cuba bangun tapi gagal.
aku cuba merangkak.
bergerak sedikit cuma itupun penat.
mereka campak aku.
mereka buad ta nampak.
mereka teruskan perjalanan.
tade seoang pun yang datang angkat dan pimpin tangan aku.
aku rasa ianya perit.
kelat.
sakit.
aku diam lagi.
aku bukan ta cuba berdiri sendiri cuma kau belum punya kekuatan pada masa ini.
aku perlukan orang sekeliling untuk aku berpaut.
aku silap.
mereka tidak nampak aku terkapai-kapai.
tiba-tiba ada tangan lain yang capai aku.
mereka yang punya life yang lain jugak
tapi mereka tau rasa hidup yang mana orang-orang seperti aku
mahu tumpang berpaut
aku senyum.
terima kasih.



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

03 August 2012

. . . . . la tahzan~ . . . . .


بسم الله الرحمن الرحيم

.alhamdulillah.
masih diberi kesempatan untuk bernafas pada hari jumaat yang mulia ini.
.sayyidul ayyam.

.bulan ramadhan al-mubarak.
pahala digandakan dari 10 kali hingga ke 700 kali ganda.
jom upgrade iman.
top up pahala

engat lima perkara sebelum lima perkara ?

.muda sebelum tua.
jika kamu malas solat,kamu lihat bagaiman mereka yang suda tua solat,
tanya diri,orang tua semangat nak solat kenapa aku tak ?
insyaALLAH kamu akan jadi lebih meghargai waktu muda kamu.

.sihat sebelum sakit.
jika malas tadarus,kamu lihat dan fikirkan mereka yang terlantar di atas katil,
tanya diri,adakah aku mahu jadi sedemikian baru aku menyesal ?
insyaALLAH kamu akan jadi lebih menghargai waktu sihat kamu.

.lapang sebelum sempit.
 jika kamu tidak mempunyai waktu untuk melakukan perkara sunat.
tanya diri,sudah cukup amalan kamu untuk di bawa bertemu denganNYA?
insyaALLAH kamu akan lebih menghargai waktu lapang kamu.

.kaya sebelum miskin.
jika kamu tidak mampu bersedekah
tanya diri,masihkah kamu tidak bersyukur dengan apa yang kamu ada ?
insyaALLAH kamu akan lebih mudah memberi.

.hidup sebelum mati.
jika tiada masa untuk bermuhasabah diri.
tanya diri,berapa lamakah waktu yang kamu tinggal di muka bumi ini ?
insyaALLAH kamu akan lebih menghargai hidup yang kamu nikmati


setiap ujian yang menimpa adalah tanda ingatan kasih ALLAH terhadap hambanya.
ALLAH nak ampunkan dosa kita.

mohon dipinjaman kekuatan dariNYA.
jangan sesekali berputus asa kepada DIA 

"hanya kepada Engkaulah kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan"
(surah al-fatihah : 5)

semoga hati-hati kamu terus tabah.
senyum seikhlas hati selagi mampu.
senyuman itu memberi kekuatan kepada yang lain.
indeed :D

"sekiranya ditimpa sesuatu musibah,kaji balik apa ertinya syukur"

.insyaALLAH.
kamu akan diberi kemudahan dalam menerima segala
qada dan qadar yang telah tertulis buad kamu.

innallah hama'na (=



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

02 August 2012

spontaneous thursday #23 | cerita aku~



beberapa hari lepas ucu cerita perrkara yang aku sendiri tak hengat.


aku : mak bila kita nak ada kereta ?
mak : yam,doa la banyak-banyak.
aku : yam,dah doa da,penat dah orang doa.

*sumber : emak

"wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar." {Al-Baqarah, 153}

budak-budak.
comel tak aku dulu?
aku sendiri punn tak tau entah berapa tahun aku tyme tu.
mak aku beli kerete tyme aku 9 tahun
hewhew~ (=

.

terima kasih sudi singgah dan baca ^^,