Showing posts with label ramadhan kareem. Show all posts
Showing posts with label ramadhan kareem. Show all posts

03 August 2012

. . . . . la tahzan~ . . . . .


بسم الله الرحمن الرحيم

.alhamdulillah.
masih diberi kesempatan untuk bernafas pada hari jumaat yang mulia ini.
.sayyidul ayyam.

.bulan ramadhan al-mubarak.
pahala digandakan dari 10 kali hingga ke 700 kali ganda.
jom upgrade iman.
top up pahala

engat lima perkara sebelum lima perkara ?

.muda sebelum tua.
jika kamu malas solat,kamu lihat bagaiman mereka yang suda tua solat,
tanya diri,orang tua semangat nak solat kenapa aku tak ?
insyaALLAH kamu akan jadi lebih meghargai waktu muda kamu.

.sihat sebelum sakit.
jika malas tadarus,kamu lihat dan fikirkan mereka yang terlantar di atas katil,
tanya diri,adakah aku mahu jadi sedemikian baru aku menyesal ?
insyaALLAH kamu akan jadi lebih menghargai waktu sihat kamu.

.lapang sebelum sempit.
 jika kamu tidak mempunyai waktu untuk melakukan perkara sunat.
tanya diri,sudah cukup amalan kamu untuk di bawa bertemu denganNYA?
insyaALLAH kamu akan lebih menghargai waktu lapang kamu.

.kaya sebelum miskin.
jika kamu tidak mampu bersedekah
tanya diri,masihkah kamu tidak bersyukur dengan apa yang kamu ada ?
insyaALLAH kamu akan lebih mudah memberi.

.hidup sebelum mati.
jika tiada masa untuk bermuhasabah diri.
tanya diri,berapa lamakah waktu yang kamu tinggal di muka bumi ini ?
insyaALLAH kamu akan lebih menghargai hidup yang kamu nikmati


setiap ujian yang menimpa adalah tanda ingatan kasih ALLAH terhadap hambanya.
ALLAH nak ampunkan dosa kita.

mohon dipinjaman kekuatan dariNYA.
jangan sesekali berputus asa kepada DIA 

"hanya kepada Engkaulah kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan"
(surah al-fatihah : 5)

semoga hati-hati kamu terus tabah.
senyum seikhlas hati selagi mampu.
senyuman itu memberi kekuatan kepada yang lain.
indeed :D

"sekiranya ditimpa sesuatu musibah,kaji balik apa ertinya syukur"

.insyaALLAH.
kamu akan diberi kemudahan dalam menerima segala
qada dan qadar yang telah tertulis buad kamu.

innallah hama'na (=



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

18 July 2012

wordless wednesday~


اهلا وسهلا يا رمضان



this ramadhan . .




.insyaALLAH.

jangan kamu merasa penat untuk berubah kearah yang lebih baik kerana berubah untuk menjadi yang lebih baik itu bukan mudah.,sampai bila ? sehingga kamu sudah tidak bernyawa lagi.itulah waktu berhenti dan berehat untuk kamu :)

be strong always !



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

27 August 2011

ramadan dan tadarus AL-QURAN.




assalamualaikum.

okeyh,pecah rekod.
aku update 3 entry skali harung.
phewphew~

saja nk hengatkan,
sesapa yg tadarus al-quran pd bln nie.
hehe
korng daa khatam?
klu blom,sila la pulun baca al-quran tu ea.
daa nk akhir ramadham nie.

ececeh..
kau hngatkan org,kau daa ke?
aku daa ari jumaat ari tue.
kol 4 pg aku khatam.

kau qiamullail ke?
tak.

daa tue nape kau khatam kol 4 pg?
aku on9 dlu br tadarus.

bgus ek,kau!
erk,sbnrnya..aku nk tadarus awal.pastu
mak mntk tlng key-in markah ank murid dy..hehe

alasan ah!kau mmg ske m'lmbt2kan perkara yg baek.
emmm...tp aku khatam gak an!

kau baca al-quran dr mula ke?
tak.
aku smbng yg lps punya.

nmpak tak?
nmpak ape?

yang kau tak guna?
nape lak?

org tadarus dr awal,kau main sambung je!huh
aku.. tak sempat la.

alasan!

nk bejaya kne cipta bnyak usaha
tp 
nk gagal kne cipta bnyak alasan


nabi Muhammad bersabda :
aku tinggalkan engkau dgn dua benda.
kau tidak akan sesat selagi kau berpegang pdnya.
dua benda itu adalah..
AL-QURAN  dan  AL-SUNNAH


jom baca al-quran! :D
renung2kanlah,ye sahabat ^^,




wassalam




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

24 August 2011

ramadan terakhir.



assalamualaikum..

kali nie nk ceghite tntg ramadan terakhir.
ala,yg men kt tv3 skang.
yg abis mggu ni tue.
yg start kol 10.30 mlm tue.
ha,mst tau an,bnyk tue aku bg klu..haha

cite dy best uh.
lagu dy lak mmg superb ah!
kt fb daa kecoh kot lgu dy..hehe

cite dy pasal 1 kluarga yg agak liar.
liar di cnie m'bawa maksd terlalu b'sosial
tp bkn larh whole family dy cm tue.
just mama,papa and abg .
adik dy tak brp kot.

start2 ceghite papa dy daa insaf sb kne HIV positive.
mama and abg dy kaki botol,
blek umah lambt dan dlm keadaan mabuk.
tyme bulan ramadan tak puasa.
setiap pg ramadan kne buad sarapan.
tak patot an?smpai org gaji dy b'henti keje tau.
adik dy d'besarkan oleh org gaji yg dipanggil mak.
bole kate adik-brdik nie tak dpt kasih syg parents dyorg la.
cian kot.tue yg buad aku b'syukur dpt abah dan mak aku skang..hehe

since papa(en.hashim)dy kne HIV positive,
papa dy mula kembali kpd penciptaNYA.
it's normal for everbody,right?
kte akan mula kmbali kpd ALLAH stelah kte d'timpa musibah.
sila jgn nafikan.
papa dy mula cbe utk mencari jln agar whole family dy b'ubah.
bkn sng nk buad 1 perubhn an?.kne sentiasa kuat!
mula2 abg(danial) dy b'ubah tue puunn lps dy tgk org gaji(sakinah)
membayar nazar utk adiknya(anna) yg xcidnt dan koma.
dr ctu,abg dy b'ubah ckt2.

daniel tnya en.hashim,
"napa br skang,papa nk b'ubah?"
en,hashim just ckp
"daa smpai masanya"
masa tue jgk,daniel pose utk kali pertama.
en.hashim tnya daniel,
"nape puasa?"
daniel jwb.
"klu kina,org gaji kte b'nazar utk anna.nie an pula daniel abg anna."
daniel jge sempat b'pesan pd en.hashim.
"papa nk b'ubah tue bgus tp papa kne engat yg mama tak akan sng2 bg papa b'ubah"
en.hashim trus t'diam.

en,hashim sememangnya m'dpt tentgn yg hebat dr isterinya.
tp en.hashim amat la penyabar orgnya.
segala kemarahan dan jeritan yg isterinya buad kt dy
dy sentiasa diam dan mengalah.
klu korg tgk perangai isterinya mst korng akan ckp.
"tak penat ke asyk jerit je?huh!
tension kot dok dlm umah tue..zzz...haha.

and now anna puunn daa b'ubah.
m'jadi semakin baek tak de larh asyk nk m'jerit mcm mak dy.
especially,pas anna sdr dr koma dan kuar dr hospital.

dan skang,ceghite nie daa smpai fasa last.
pas org gaji dy b'henti dlu,
de sorg dtg nk gantikan.
tue la sakinah.
and u know what?
kina tue anak isterinya yg sebenar.
mle2 hngtkan anak papa dy,
upe2nye anak mak dy.
and she had leukimia part last.
ALLAH sentiasa m'atur yg terbaek utk hambanya.


tak sabau nk tgk last ceghite nie..hehe
sesapa yg nk tgk.ada 2 lg episod.
mlm nie dan mlm esk.
tgk tau! :)

p/s:kecelaruan bahasa di atas amat larh disesali.
hehe. :D


thanx 4 reading,kawan! :)


wassalam





terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

17 August 2011

Jom amalkan.



assalamualikum..



kelebihan berselawat



Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda 
 (HR Muslim.)

# Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

 #Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

# Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

# Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

# Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

# Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

# Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

 #Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.

# Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

# Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

 #Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

# Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

#Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

# Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

# Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

# Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

# Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

#membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

# Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

# Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

# Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

# Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

# Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

 # Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

# Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

# Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
# Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

 Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya 
 HR Abu Naim.

 Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat 
 HR Thabrani


mari kte memperbanyakkan berselawat di dalam bulan ramadhan yg mulia ini.
sedangkan tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan dimika bumi ini tak berhenti-henti berselawat inikan pula kte manusia yg diciptakan sebagai sebaik-baik kejadian oleh ALLAH.
fikir-fikirkanah... 


foto : DZIKIR CINTA





thanx 4 readings! :)


wassalam



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

12 August 2011

. . . . . la tahzan~ . . . . .




assalamualaikum...



‎.:|:. Bagi yang enggan membaca al-Quran kerana takut salah sebutan dan tajwid, jangan takut..~ .:|:.



Sabda Nabi s.a.w


"Yang membaca al-Quran sedangkan dia mahir dengannya akan bersama-sama dengan para malaikat. Yang membaca al-Quran dan tergagap-gagap dan al-Quran amat payah ke atasnya maka baginya DUA PAHALA"


-Riwayat al-Bukhari-



✿ Maksud mendapat dua kali pahala, iaitu (1) pahala membaca dan (2) pahala susah payah menghafalnya..



✿ Baca al-Quran tanpa faham maksud apa faedahnya ?? ✿



Suatu pagi di hujung minggu, seorang budak bernama Mikail terdengar atuknya membaca Al-Quran. Sebaik sahaja atuknya selesai mengaji, dia terus menerpa ke atuknya lalu bertanya,
“Tuk, Mikail nak tanya ni. Tuk faham tak ape yang atuk baca tadi?”.

Dengan tenang atunya menjawab, “Mestilah faham cu. Dulu atuk pernah belajar bahasa arab dengan arwah bapa atuk. Kenapa cu?”

Mikail kemudian menyatakan pendapatnya tentang membaca Al-Quran. Dia memberitahu bahawa beruntunglah atuknya itu sebab tahu membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran sedangkan dia hanya tahu membaca tapi tak faham langsung. Jadi tak ada faedah bagi dia membaca sebab tak faham. Serupalah jugak kalau kita membaca surat khabar bahasa jerman ke atau bahasa perancis. Baca boleh tapi apa pun tak faham.

Kemudian atuknya membawa Mikail ke luar rumah. Sampai sahaja di tasik berdekatan dengan rumahnya itu, disuruhnya Mikail untuk mengambil air dari tasik itu untuk diisi ke dalam baldi di hadapan rumahnya dengan menggunakan bakul sampah.

Mikail kehairanan memikirkan apa yang disuruh oleh atuknya itu. Namun tanpa berfikir panjang, dia lakukan juga. Selepas beberapa kali cuba, dia tidak dapat mengisi air ke dalam baldi tersebut. Mikail akhirnya berputus asa. Lalu dia pun berkata kepada atuknya,

“Atuk, dah banyak kali saya cuba tapi tak boleh jugak sebab air keluar daripada bakul ni. Macam mana?”

Kemudian atuknya memberitahu,

“Begitulah juga kalau kamu membaca Al-Quran tetapi tidak dapat menghayati isi kandungannya sebab tak faham. Meskipun baldi tersebut tidak dapat diisi, tapi bakul sampah tu tadi yang kotor sekarang sudah bersih. Begitu lah juga dengan hati kamu. Selagi kamu membaca Al-Quran, selagi itulah hati kamu akan sentiasa bersih.”


❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•​*¨❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤¸¸.•*¨*•❤







❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•​*¨❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤¸¸.•*¨*•❤


thanx 4 readings! :)



wassalam






terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

05 August 2011

. . . . . la tahzan~ . . . . .



assalamualaikum...



★ Jika Allah memakbulkan doamu dengan segera itu bermakna ALLAH SAYANG PADAMU..*~

★ Jika Allah lambat memakbulkan doamu maka ALLAH MENGUJIMU..*~

★ Jika Allah tidak memakbulkan doamu itu bermakna Allah TELAH MENENTUKAN SESUATU YANG LEBIH BAIK UNTUK DIRIMU..*~



> Percayalah & yakin padaNya..DIA akn memberikan yg terbaek utk hamba2Nya <



p/s : banyakkan berdOa di bulan Ramadhan sahabat2..n_n'



thanx 4 reading! :)



wassalam..









terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

04 August 2011

sp0ntaneous thursday #3 | sahur~




waktu : sahur
lokasi : rumah je
terlibat : emak n angah


emak : angah bgn!!
angah : br kol 5 la mak,nk wtpe....?? subuh puunnn lom msk...
*sambil tgk jam
mak : angah...!!!!
*lg kuat dr td
angah :owh,bgn sahur rpenye... :)
*bgn sambil b'fikr


p/s : sila jgn tido lmbt,okay! :P











terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

01 August 2011

Ahlan wasahlan Ya ramadhan kareem~




assalamualikum...


Menjelang bulan suci Ramadhan.. Let's delete dosa, upload pahala, download kesabaran, upgrade keimanan, browsing kebaikan, update amalan, shutdown permusuhan, restart persaudaraan,,selalu onlinekan hati kita di jalan kebaikan, awas virus setan, supaya software hati dan jiwa kita menJadi tenang dan free kemaksiatan. 
SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA DAN PENGISIANNYA..



 :: tyme kecik ::
aku mle p0se tyme aku 5 ta0n...tp ari first p0se t'lpe daa~...aku n akak aku p men masak2 n TERminum air...daa la tyme tue abah bwk blek mknan kgemaran ktorg *tembikai je puunn...haha...bg aku tue daa ckup teruja kot..muahaha...tue la pngalamn p0se tyme kecik yg aku hengat :)


:: tyme sek0lah ::
sek rndah xde cite yg mnarik puunn...sb aku x hengat sbnrnya,hakhak 
sek men....bnyk cite daa sb tyme uh ak daa dok hostel...cdeh gak ah,yo0orla dok hostel xdpt sahur n bukak p0se ngn family an?...tp alhamdulillah dpt gak w/pon x ah smpi sbln...an3?...haha...tyme sahur kt hostel rse cm nk menangis sb nk mkn kne p DM...kne la trun daa la aku dok kt tngkt atas skali...gayat kot *ayat ngedik...
aku slalo0 sahur nk ujung2 sb t bole mandi n solat jemaah kt surau skali..hehe....tyme bukak p0e yg xleh bla...DM ktorg kecik.so,trpksa la mkn kt kelas tp ikut jadual n form la...tyme f5,team aku bwk dulang n mtk mak cik tikar...pastue ktowg dok tgh2 DM smbil mkn sesama...suweet an? :)  siyes,miss that's m0ment...


:: tyme matrik ::
daa besau puunn...so,jum p bazaar kt dpn msjid tue ha *still dlm matrik kot,act je lbh....kdg2 p gak bazaar kt kuala pilah...slh ah,tiap2 ari jumaat aku p cne!..hakhak...tyme nie solat terawih kt surau besau...ktorg ske men teka2 spe jd imam?...best lak...pantang s0re sdp t ktorg crik..haha *nrml an,pompuan..zzzz...solat terawih 8 rakaat je tp itue suda memadai...alhamdulillah,seingat aku...aku xprnh x p solat terawih kt KMNS tnpa sbb yg mustahak.. :)


:: nak masuk U ::
tyme nie mksdnya,aku tgh dok umah bina lemak...5 bln lak,bnyk la lemak yg aku da bina..an3?...haha...dok umah ea?...bosan kot...tgk budak2 p sek buat aku rndu zaman sek aku...hmm...aku org yg x reti sahur,klu p0se sunat aku niat n minum air je..daa bese kot..tp bln ramadhan yg barakah nie...aku kuatkan semangat utk bngn sahur dgn kluarga t'chentaa...y00orla...ta0n nie sbln aku p0se ngn family...back to0 children tyme where i miss so0 much that's m0ment.....s0.kne la hargai an...aku daa lme x p terawih kt msjd kg...tp tue x b'makna aku x p solat terawih tau,aku wt kt umah nenek...mak n nenek daa x larat nk jalan ja0h2...so,buat kt umah je la an....alhamdulillah,aku dpt buat lg solat terawih ngn family lagi :)
~ aku b'syukur Ya ALLAH d'atas semua kurniaan-MU ~



♥ salam ramadhan ♥
~ doa jibril menjelang ramadhan~
.....Ya ALLAH, abaikan puasa umat muhammad,apabila sebelum masuk ramadhan dia tidak melakukan 3 hal ini.....
1)x mntk maaf pd kedua org tua(jika mash ada)
2)x b'maafan antara suam isteri3)x b'maafan dgn org2 sekitarnya....
Rasullulah m'aminkan 3 kali doa tersebut..




p/s: sya ingin memohon maaf atas segala silap yg dilakukan...:)










wassalam





terima kasih sudi singgah dan baca ^^,