27 April 2012

tumpah lagi.




بسم الله الرحمن الرحيم

rasa bersalah tersangat kepada hati sebab selal0o abaikan dia.

maaf 

:'(

terlalu banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini tapi macham biasa la muka buad-buad kental walaupun hati aku dah remuk teruk.

penat suda aku latih dan tumbuk hati aku supaya ianya menjadi kuat dan kental tapi gagal.

dalam pada itu,aku still bangun dan buad muka gembira tanpa menunjukkan sakit yang aku rasa.

mereka tidak perlu tahu,biar mereka dengan dunia mereka.aku harap mereka tidak rasa seperti apa yang aku rasa sekarang.

kawan

semakin aku melangkah ke arah remaja semakin aku tidak faham sifat dan perangai kawan-kawan aku.pergaduhan dan membenci suda tidak asing lagi dalam diri ini.anehnya,aku masih bole mengharap pada mereka walaupun aku sendiri tidak pasti tentang mereka.

perkara remeh menjadi sensitif secara drastik dalam diri ini.aku menjadi lebih pendendam dan pemendam dalam suatu masa yang singkat.aku menjadi lebih berhati-hati untuk berchegite tentang apa yang berlaku kebelakangan ini dalam hidup aku kepada kawan-kawan aku.

aku tidak tahu pandangan mereka terhadap aku.benci ? marah ? aku punn tidak tahu bagaimana mahu diluahkan melalui kata.aku cakap pada diri aku "maybe itu fasa untuk menjadi lebih matang barangkali" senyum semampu bole dan angguk sambil menyimpan niat.

cinta

aku penat menjadi hamba kamu.berharap pada yang yang tidak pasti.memikirkan dimana ianya akan berakhir,tidak sabar rasanya menunggu saat itu.bagaimana caranya berakhir ? dan dengan siapa ? aku tidak tahu tentang itu tapi jangan risau...insyaALLAH semuanya telah diaturkan.

melihat mereka yang dicintai oleh pasangan memasing membuadkan aku jeles melihat kebahagiaan mereka dan tidak ketinggalan melihat mereka yang berada di persekitaran aku terseksa.nauzubillah..itu bahagian mereka,bahagian kita..tiada siapa yang tahu.

f0kus pada apa yang aku ada.cuba mengubati dan  melupakan luka lama yang tidak pernah sembuh.manusia sering terlupa yang setiap luka akan meninggalkan parut pada mereka walaupun sekecil kuman ianya tetap akan diingati.jangan kau berani lukakan hati kau lagi dengan mencipta kisah baru sebab aku suda tidak larat.

family

seperti yang diketahui,mak kami sakit dan perlu membuad pembedahan untuk membuang ketumbuhan yang berada didalam hatinya.masuk kali ini suda 2 kali pembedahan itu ditunda atas alasan kuning mak kami terlalu tinggi.ketumbuhan itu mungkin kanser tapi belum dapat dikenal pasti sehingga pembedahan itu dijalankan.kami harap itu bukan kanser.YA ALLAH,kuatkanlah hati-hati kami didalam menerima ujianMU ini.

apa aku patut rasa ?

aku rasa marah sampai bila diberitahu tentang pembatalan operation kali kedua pagi semalam aku jadi bengang.mengapa perlu ditangguhkan lagi ?! "maaf mak atas ketelanjuran owg berkata sedemikian dekat mak " owg tidak terniat nk berkata begitu kepada emak.

kalau kau dapat lihat bagaimana dan berapa kali doktor dan jururawat mencucuk tangan emak,kalau kau dapat lihat bagaimana emak ditebuk dan membawa air yang dikeluarkan dari hati yang terpaksa di usung ke sana kemari,kalau kau dapat lihat muka pucat dan kuning emak,kalau kau dapat lihat bagaimana emak bersusah payah berjalan dan exercise sepanjang masa agar tak di marahi doktor yang tahu cakap sahaja,pasti kau akan tau bagaimana perasaan aku sekarang.

sakit tak sakit,bengang tak bengang la kau agak ? 

:'(


dan dengan tidak semena-mena mata aku pun boc0r dengan baiknya sehingga aku tidak tahu bagaimana caranya untuk aku menutup kembali lubang yang sedia ada.mengingati setiap satu peristiwa yang berlaku dalam hidup aku kebelakangan ini membuadkan aku sedih dan berfikir "kerdilnya aku" 

maka menangis lah aku dengan penuh perasaan.tanpa mempedulikan mereka yang berada disekeliling aku di dalam KTM yang membawa kami ke tempat hala tuju yang berbeza walaupun matlamat yang sama.jangan ditanya tangisan itu untuk apa kerna aku sendiri tidak dapat menafsirkan apa yang berlaku dalam hidup aku sekarang.


semoga berjumpa dengan hati kamu dan apa yang telah kamu hilang dan tinggalkan suatu masa dahulu.

.amin.

.insyaALLAH.



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

26 April 2012

spontaneous thursday # | be my pillow~


i want you to be my pillow
in everytime and everywhere
especially when i'm sad.
i want you to hear what i will saying
i want you to calm me down.
hug me tight,
i want you make me smile again,
big smile ^^,
sincerly from my deep heart
i want you take me away from my sad.
bring me to the another place
which that happiness place.
i want you give me a rest.
i want you give me your strenght.
i want you to always there when i need you.
i wish you were here with me.
sharing all moments.
i really hope that.
even in the end,
i know that just my dream.
beautiful dream i think.
i know that fact
but don't worry,
i'm glad because,
atleast i can have a dream like that.




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

22 April 2012

kepala dan hati


Generasai Y

remaja telalu mudah terpengaruh .

kalau ianya membawa kebaikan tidak mengapa tapi . .

terpengaruh dengan perkara yang bole membawa kepada keburukan .

contoh macham aku sekarang . .

kan elok kalau pegi tido.

ini tidak ! 

dok menghadap lappy macham banyak sangat assignment

=.=

assignment mana pernah habis kan kan kan ?

alasan !

yang sebenarnya nak bukak facebook yang takde faedah tu

sambil jenjalan dekat blog dan

dengan tak semena-mena "TERupdate" blog ini.

HAHAHAHA

hati aku tak berapa nak baek aih.

terlalu banyak sangat perkara yang mendatang perlu difikirkan 

tu belum campur dengan benda yang lain-lain.

kalau benda penting takpe jugak.

ni entah pekebendenye entah yang difikirkannya.

kadang-kadang aku nak rasa hilang ingatan sebab

banyak sangat perkara yang tak patut aku kenang datang menerjah minda.

perkara yang aku nak engat bole pulakk lupa macham tu je uh !

tapi kalau hilang engatan susah jugak !

tak semestinya perkara yang kau nak tu baek untuk kau sebab mungkin bila kau dapat benda tu kau akan meminta benda lain pula.manusia memang tidak pernah puas !

aku bukannya pandai sampai boleh fikir banyak perkara dalam satu masa.

tapi itulah,naik sesak kepala aku aih.

sampai tiada ruang untuk aku bernafas

tapi manusia kan,cakap macham takde banyak masa tapi

satu keje pun tak di usiknya.

hei !

kau engat ada magik bole tolong buad keje kau ke ?

pengaruh cite "harry potter" melampau

kamonla kamon .

setakat berfikir tapi tak gerak habuk pun tarakk

mana ada perkara datang bergolek,heh !

penat tau pura-pura semuanya okay 

padahal hati ini hanya ALLAH yang tahu.

kadang-kadang penat buad muka kental sebab

muka kental tu tak berapa nk menjadi dekat muka aku.

makanya, 

keluarlah muka jujur aku yang bole buad orang rasa nak lempang.

manusia mana bole nak tengok orang lain senang kan ?

bila tengok orang kaya cikit,chantek cikit mula la . .

menyoal dengan nada tak puas hati 

"asal aku tak dapat cmghitu ek ?"

annoying tau !!

=.='

mereka dapat cmghitu sebab

mereka ada usaha,doa dan tawakkal .

kau ?

apa punn tarakk  !

dok la  beceghite tentang tak puas hati kau tu

kan ke lebih baek kau pegi . .

ambil wuduk,solat,mengaji dan berzikir.

cari balik ketenangan yang kau dah cicirkan.

menulis memang bole buad kau rasa sedikit tenang

lelagi bila kau toleh kiri dan kanan ..

takde sesapapun yang nak dengar masalah kau

tapi yang baki kepada ketenangan tu kau kena cari DIA.

sebab DIA je bole pulihkan hati kau :)







*entry untuk tunggu waktu subuh,haila mata aku tak ngantok.konon-konon banyak sangat "keje" kan ?
-.-'




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

20 April 2012

setahun lepas :)



setahun lepas . . .

sekarang,ketika saat ini . .

aku berada dalam dewan peperiksaan.

jawab paper business.

budak sains dah habis kol 10 pg.

budak akaun pulak dok usha budak sains balik

jeles T.T

final exam dekat . .

kolej matrikulasi negeri sembilan :)

dah setahun rupanya aku tinggalkan tempat itu.

banyak benda aku belajau dekat sana.

terlalu banyak.

takde satu pun yang aku lupa.

since aku jejakkan kaki .

10 mei 2010

sehingga

20 april 2011

pensyarah,kengkawan

kuala pilah !

semuanya . .

aku rindu kamu !

sangat rindu ! :)

orentasi week
-ain,mydah,puja,rozy,nad,ema,dan az-

 :: kami menjana nilai dan skor ::

geng pentomim A3 yang hebat !

tis bilik dan penghuninya
-kak ika,cik mar dan cik echah-

miss all of u la classmateee :)

my gang lepak :)

my kawan baik 
-rindu kam0o berdua sangat-

tis kek aiskim yang kau bole dapat dekat kopsa :)

 tyme p men tennis petang-petang :)

tis padang yang aku selalu tengok kapal terbang
dan ketika aku sedih

tis hutan,tempat ktorang riadah :)

merindui kenangan lalu :')

kita memang tak bole patah semula ke masa lalu tapi kita masih bole kenang ia sebagai salah satu peristiwa yang paling berharga dalam hidup kita.

tepat pukul 12 tengah hari setahun lepas..

aku habis jawab paper business dan

dengan rasminya

aku menjadi salah seorang ex-KMNS :)



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

19 April 2012

aku suka cina :)



situasi satu : pagi,dekat cafe 
uncle : kamu tak elok la makan nasi lemak nanti kamu gemuk !
aku : tak bole la uncle,saya sangat suka nasi lemak ma !
*tyme aku p amik ayam goreng
uncle : tengok amik ayam goreng pulak.emm,memang bertambah gemuk la kamu .
jangan makan banyak sangat la nanti kamu gemuk.kalau kurus nanti kamu cantik macham dia
*sambil tunjuk dekat alang,adik aku

-untung la alang pakai tinggi,pakai jubah bole la cover.padahal jubah + high heels tu angah dia yang gemuk ni punya.selamat aku comel.haha.perasan-


situasi dua : malam,pantry
auntie : kamu nak pergi masak air ? 
*tyme ni aku baru otw nak masak air sambil bawak termos warna oren :)
aku : ye,kenapa ?
auntie : air panas belum masak la.
aku : oh,ye ke ? terima kasih.
*otw aku nk patah balik masuk bilik
auntie : mari-mari,nurse nie mau tolong masak air .
*aku seyum sambil follow dyorang.tyme nurse tu tengah tadah air
auntie : lepas masuk air,nak buad apa ?
nurse : pusing sampai 90.
auntie : okay ! terima kasih,kami bole buad.
*jeng jeng jeng.kau tau tak yang tempat masak air tu kotor.tak pasal-pasal auntie yang 2 orng tu bersihkan sikit.mereka siap pesan dekat aku...
auntie : kita tak bole merungut,kene bersyukur ma ada air panas
aku : betul betul betul 
*sambil angguk.lepas air masak aku bagi mereka ambil dulu sebab usaha mereka lagi banyak dari aku.
aku : terima kasih.
mereka : senyum dan angguk

-ada satu malam tu aku selisih mereka lepasa aku balik dari surau,mereka tegur "marilah minum air panas" aku senyum dan angguk-

situasi tiga,bilik mak,pagi dan malam.
dr alan : mak cik apa khabar ari ni ?
mak : baek.
dr alan : ada sakit2 ?
mak : setakat ni takde.semua ok.
dr.alan : kalau sakit bagi tau la.
*sambil tepuk bahu mak aku dan senyum.
:: malam ::
dr.alan : mak cik,maaf ganggu,saya nak ambil darah bole ?
mak : bole.
dr.alan : ini anak mak cik yang ari tu ?
mak : bukan,ni anak no.2,ari tu no 3.
dr.alan : cakap dengan dia saya minta maaf la sebab ganggu dy tido.
mak : takpe dr,anak saya yang tu memang macham tu.

-dr alan selalu tanya apa yang mak aku perlukan,kalau mak aku cakap nk masuk air dekat tangan kanan dia akan buad.pokoknya,dia akan buad yang terbaik untuk pesakitnya-

.aku tak tau kenapa since aku duduk dekat hospital,aku semakin jatuh hati dekat orang cina.haha.baru seminggu duduk hospital aku dah kagum dengan dyorang.mereka baik dan peramah.kalau kamu nak tahu kadang-kadang bangsa lain lagi baik dari bangsa kita sendiri.that's fact ! :)





terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

18 April 2012

kata-katamu . . .





setiap manusia pasti punya pemikiran yang berbeza

tapi janganlah cuba untuk memaksa yang lain jika tidak sekata.

usah taksub tafsiran sendiri.

pandanglah dari sudut lain

mungkin ada benarnya kata mereka.

andainya berfikiran terbuka

renungkanlah bersama.

habibi janganlah membenci.

hentikan daripada menyakiti.

habibi jikalau bersatu.

umahmu akan lebih maju.

temanku bersalamlah selalu.

hormati mereka disekelilingmu

temanku marilah kita bersama menjadi pejuang agama.

tidak perlu meninggikan suara

untuk meluahkan apa yang dirasa

kerana lantang tak bermakna katamu menjadi lebih benar.

renungkanlah bersama ^^,

sebagai manusia sifat tidak puas hati itu selalu singgah di hati kita,bukan ? macham mana nak buang sifat cmghitu ? berfikirlah dengan tenangkan.fikir perkara yang bole membina kamu ke arah yang positif.kata-kata di atas akak liqa bagi dan aku kongsi ianya kamu semua.tyme memula dapat macham sentap sikit tapi itulah kenyataan.nak tak nak kena terima kan kan kan ? 

berubahlah sedikit-sedikit.jangan kamu pandang rendah pada yang sedikit kerna bila dikumpulkan sedikit itu akan menjadi banyak suatu hari nanti :)




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

17 April 2012

He is my hero !




بسم الله الرحمن الرحيم


Setiap orang akan ada seorang lelaki yang akan menjadi tempat dia berlindung dan bergantung harap dalam hidupnya,aku juga tidak ketinggalan mempunyai seorang seperti itu J

Dia adalah orang yang terharu di saat aku dilahirkan.suara azan dia yang aku dengar ketika aku mula-mula melihat dunia.mak mengalami pendarahan ketika melahirkan aku.aku juga menghidap penyakit kuning yang agak teruk selepas dilahirkan.

Dia orang yang merotan aku ketika aku tidak mendengar kata.dia orang yang selalu belikan air ribena,tembikai dan sayur lobak putih kegemaran aku ketika kecil tanpa jemu.

Dia orang yang sangat garang dan tegas dalam mendidik aku.ketika aku dan along kecil dia adalah orang yang selalu memukul kami sedangkan ketika alang dengan adik,mereka tidak kena seperti mana kami.

Dia adalah orang yang tidak jemu dalam mengenal erti susah dalam mencari rezeki untuk kami sekeluarga.keluar ketika fajar baru mahu menunjukkan cahayanya dan pulang ketika matahari sudah mula terbenam.

Dia akan menghadirkan diri ke sekolahkami ketika tandatangan repord card walaupun result kami tidak la sechantek mana tapi dia tetap akan sedaya upaya hadir.

Dia orang yang membasuhkan kasut sekola aku dan along,dan dia jugak yang mengkapurkan kasut kami.walaupun penat dia tetap akan buad.

Dia yang mengahantar dan mengambil kami semasa sekola rendah.belikan dan ajar kami tunggang besikal.pengalam yang takkan di lupa.

Dia sentiasa mengajar kami untuk menjadi seorang yang berguna di masa hadapan.dia juga yang sentiasa cuba sedaya upaya melindungi keluarga kami tanpa mengeluh walaupun lelah.

Ye ! dia abah kami.

AZIS BIN MD YUNAN

Angah sayang abah infinity <3

Walau apepun orang cakap tentang abah,kami adik beradik akan sentiasa di sisi abah.sentiasa J

Walau abah hanya tahu bawak moto tapi abah tetap cuba yang terbaik untuk hantar dan ambil kami sejak mak sakit.

Terima kasih.

Since mak sakit,angah Nampak abah banyak berubah.kami yang dulunya terlalu bergantung kepada emak terpaksa bergantung harap pada abah pula sekarang dan kami percaya abah mampu melakukannya.

Setiap hari sejak emak duduk dekat hospital,pagi abah pergi kerja,petang abah kena cari orang untuk bawak kami adik beradik jumpa emak dan malam sudah tentu abah penat kan ? kesian abah.maafkan kami kerna selalu sahaja tak buad yang terbaek untuk abah.

Masa angah abah cium mak,angah nangis sebab first time dalam hidup angah dapat tengok abah cium mak.bila angah cakap dengan nenek,nenek cakap abah pun cium mak depan orang ramai time angah lahir.terharu :’)

Maaf atas segala ketelanjuran kata dan perangai yang tak tentu hala.terima kasih yang tidak terhingga untuk segalannya.angah owe abah a lot ! J

Bukan senang nak buad seseorang berubah.terkadang ALLAH beri sesuatu untuk kita sentiasa mengingatiNYA.mungkin ketika itu kita terlalu alpa dengan segala nikmatnya dan terlupa pula kepada ujianNYA yang sentiasa ada menanti kita.

Semoga keluarga kami dan keluarga kamu-kamu sentiasa di dalam lindunga rahmat ALLAH selal0o.

.amin.





terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

14 April 2012

baju putih.



Cita-cita terakhir aku adalah untuk menjadi seorang doctor.eh,salah-salah.akauntan la cita-cita terakhir aku tapi bila result pmr aku TERlampau cantek menyebabkan tiada sekolah agama yang ada aliran sains nak amik aku.down bebenau tyme tu,heh !

Sebelum-sebelum tu aku pernah bercita-cita nak jadi jururawat tapi ramai sangat tak bagi antara nasihat yang aku dengar…ada on call bagai,ada jugak yang cakap kalau aku jadi jururawat,pesakit aku aku akan mati cepat.melamapau kan ? -.-‘

Dan sekarang aku bersyukur tak jadi doctor atau jururawat sebab aku rasa dyorang annoying.maaf bukan semua tapi golongan minoriti yang menyebabkan nama semua badan hospital menjadi buruk,heh !

Aku paling bengang dengan jururawat la sebab dah tugas kau jaga orang sakit,yang kau dok melepak tu nape ? penat aku tercongok kat situ,kau bole buad derk je kan ? kam0n la,takkan la aku nak sesaja tercongok dekat situ meyh~

Aku duduk situ ada sebab,mak aku nak pegi toilet jadi aku mintak kau tolong tangggalkan air yang bergantung tu,kau bole cakap “jap ye dik “ padahal tyme tu kau bole duduk berchegite dengan kawan kau macham setahun tak jumpa.kejap kau tu pun besenye lebih 10 minit kau tau.kalau orang nak buang air besau dengan air kecil dan bole terburai dekat situ tau.

orang tak mintak tolong kau kalau orang tau cmne ke gayanya nak bukak dan sambung air tu,kau tau.huh ! fikir la sikit,mak cik oi.kalau tak nak buad kau beghenti je jadi jururawat pastu kau pegi buad dan jual kuih dekat depan umah kau.

Dulu aku tengok kerjaya sebagai seorang doktor nie macham stylo.profesional,smart banyak kearah kagum la sampai aku nak cari laki doktor (perasan cunn siakk) haha..tapi sekarang tengok mereka yang kerja doktor dan jururawat nie pun da bole baud aku rasa annoying.

cekgu business aku cakap doctor adalah orang paling ‘teror’ memutar belitkan keadaan.kau sakit kritikal mana pun dia bole cakap kau okay je.pastu dia bole men jangka-jangka hayat hidup kau.nampak tak annoying tahap dewa kat situ ? -.-‘

tadaaa ! aku memang suka jujur lelagi bila kau buad orang yang aku sakit terasa memang aku pangkah la kau awal-awal.kepada bakal-bakal doktor dan jururawat sila cari hati kamu-kamu yang telanh hilang itu.

Senang ceghita kau layan pesakit kau tu macham kaum kerabat kau yang sakit.kau risau tak kalau kau dok panggil tapi dyorang boo layan je kau.bengang tak bengang tak ? kalau tak kau lempang je muka kau sampai kau cakap ya ! haha

Tak payah nak bermuka-muka sangat la kan ?! tyme ada orang datang melawat kau punya baik mengalahkan malaikat tapi bila aku tinggal sensorang kau buad layan tak layan je kan ?! aku 20 taun la weyh bukan budak sekolah rendah atau budak sekolah menengah yang kau nak pijak.

Aku sampai nak bersalin dengan bidan kampong je kalau pihak hospital cmghini.tak de la sakit hati sangat.dah la nak bersalin dekat hospital kena cucuk bagai,amik darah la,masuk air lah.macham-macham.memang la kau nak kena layan ramai orang tapi tyme orang mintak tolong kau tolong la.cakap kejap macham banyak sangat keje kau nak buad padahal tyme tu kau bole silang tangan bagai.sabau je la.maaf sekiranya anda menjalankan tugas anda dengan baik dan tentunya entry ni bukan untuk anda tapi untuk rakan-rakan anda yang banyak sangat keje kononnya .

*entri ni di taip tyme aku panas bebenau dengan orang yang pakai baju putih dekat hospital nie.kalau ada yang terasa sila tengok balik diri kau.aku yang rasa jadi aku tau la sakitnya cmne.kau tak rasa jadi kau baca supaya bila kau rasa macham mana aku rasa kau bole cakap yang  ‘betul la apa yang budak tu cakap’ .jangan risau akan tiba masanya kau akan rasa apa aku rasa Cuma bezanya masa.cepat atau lambat.aku memang sabau tapi takut bila kesabaran aku hilang memang terbaik la sapa yang kena ! heh ! :P




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

05 April 2012

spontaneous thursday | berubah~






since mak sakit . . .

banyak benda yang berubah . . 

.alhamdulilah.

perubahan yang ke arah positif.

hikmah itu yang aku nampak sekarang

dan . . 

aku suka perubahan itu :)






terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

02 April 2012

bukan benci cuma tak suka


bukan aku benci kamu.aku cuma tak suka perangai kamu.kamu dan aku manusia.aku juga tahu yang manusia itu tak sempurna.

kamu tua dari aku.aku hormat kamu tapi beragak la sikit.bukan apa aku takut bila perasaan hormat itu hilang,aku tak tau apa aku akan jadi nanti.

kamu sudah berkahwin jadi buad cara matang ckit pleish ! aku tak bole nak menerima kamu kalau kamu still dengan rasa tak bersalah itu.ce cover ckit.

aku tak tau la masa tua aku macham mana nanti,mugkin akan jadi macham kamu dan mungkin akan jadi lebih baik dari kamu.

kamu cakap tapi kamu tak buad apa yang kamu kotakan janji itu.aku tak suka itu dan tak mustahil aku akan buad cmgitu satu hari nanti cuma buad masa ini aku tak suka perbuatan kamu yang itu.

kamu mahu perhatian yang lebih.sory,kamu siapa sampai nak perhatian cmghitu aih.ada sedikit annoying di situ.kamu bukan siapa-siapa yang aku perlu beri perhatian yang lebih untuk kamu.

kamu mahu orang di sekeliling kamu hormati kamu jadi sila larh hormati mereka terlebih dahulu tak kira la mereka lagi muda atau tua dari kamu.

aku tak sentuh barang kamu jadi tak perlu rasanya kamu sentuh barang-barang aku.aku tau jaga barang-barang aku itu.terima kasih.

aku hanya perlu tahan tak lebih dua bulan saja menghadap muka kamu.selepas itu kalau kita tak jumpa pun takpe.aku harap itu akan menjadi kenyataan.

hey,kamu ! ye,kamu.nota ini buad kamu yang merasa entry ini untuk kamu.kamu yang sentiasa berada di bawah aku saban hari.



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,