27 December 2012

matter about love ♥

this post will make you hate me :)

“cinta bole lenyap bersama lenyapnya sebab”
-ibnu qayyim al-jauziyah-
buku : raudhatul muhibbin wanuzhatul mustaqin.

cinta itu apa sebenarnya ? nafsu or cemburu ? pilih ! takkk la cinta itu fitrah.fitrah yang telah di tetapkan DIA yang ada pada setiap manusia.ya,SETIAP manusia.ada manusia yang tidak mempunyai rasa cinta ? hebatnyee kamu.jadi kamu tidak cinta pada ALLAH,rasul,kedua ibubapamu dan dirimu ?


cinta itu ada dalam konteks yang luas.setiap mereka mempunya konteks cinta yang berbeza,cukup hanya diri tau mana satu takrif cinta yang sesuai untuk mereka.


semua mereka yang punya cinta itu harus memilih cara untuk mereka zahirkan cinta mereka kepada manusia terutamanya.kepada ALLAH cukup hanya diri yang tahu tidak perlu dicanangkan pada semua.nanti keikhlasan itu bole terhakis sedikit demi sedikit.


mereka yang bersekolah agama,alim dan bertudung labuh tidak layak bercinta.kenapakah ? mereka bukan manusia ? hailaa,manusia itu punya fitrah.jangan terlalu cepat menghukum.mugkin cara mereka salah tapi kenapa tidak di tegur dengan cara berhikmah.hey,pastinya cara itu yang kamu mahukan pabila mereka yang lain menasihati kamu bukan :)

mereka yang tersalah itu perlukan bimbingan dan sokongan bukan cacian dan makian.tolong mereka.tidak mustahil akan sampai waktunya kamu merasa seperti apa yang mereka rasa.waktu itu tak mustahil kamu akan rasa betapa hebatnya kuasa DIA dan betapa sakitnya kamu.ini bukan doa cuma a little peringatan for you my darlings.

Karma is Hindu. We Muslim's believes Qada' Qadar."

siapa cakap mereka yang baru putus hubungan itu tidak bole hidup dengan jayanya ? *gelak* hey,mereka bole lah.siapa kamu untuk mengatakan sedemikian.pernah rasa bagaimana hati itu di lukai ? pernah rasa di khianati ? pernah rasa di tinggalkan ? pernah rasa terlalu banyak dosa telah dilakukan bersama mereka yang bukan hak kita ? mereka yang bukan halal untuk kita ? pernah rasa tersilap langkah ? pernah rasa mereka di sekeliling memperlekehkan kita ? tak pernah ? kau masih belum rasa hidup sedemikian jadinya dari kau berkata perkara yang menyakitkan hati mereka baik kau duduk diam tanpa berkata apa-apa.itu selayaknya.

Katakanlah : wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap daripada mereka sendiri,janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH,kerana Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani
-az-zumar 39:53-

siapa cakap bila kita sudah tiada hubungan dengan 'buayaferen' dan 'geliferen' kita ta bole hidup ? sila la sedarkan diri anda dengan istighfar.sila sila.cuba fikir sejenak..tiada dia di sisi kau masih bole hidup dengan nafas yang DIA beri.kau masih bole makan dengan rezeki yang DIA bagi.kau masih punya mereka yang di namakan keluarga dan sahabat yang menyangi dan DIA yang berdampingan denganmu saban waktu.siapa lagi yang kau lebih perlukan,dia atau DIA ? kau pilih.bergantung pada manusia itu akan sakit pada akhirnya tapi tidak pada DIA.believe HIM.


kenapa aku emosi sebegini ? haha *gelak lagi* sebab aku pernah rasa sakitnya.bagaimana di tinggalkan oleh cinta pada manusia,tersalah langkah,bangkit kembali dan pandangan mereka kepada aku.ramai yang cakap

"kau ni bodoh"
 "semua perempuan bodoh sebab mudah percaya pada lelaki"

 kamu,kamu dan kamu..heyp,jangan berkata demikian kamu juga akan berkahwin dengan lelaki satu hari nanti.nampak macam aku sensitif kan ? aku sememangnya sensitif dengan perkara ini.sangat sensitif  =)

Tiga hal yang seriusnya dianggap benar-benar serius dan bergurauanya dianggap serius: nikah,cerai dan rujuk
-diriwayatkan oleh al arba’ah kecuali an-nasa’i.dihasankan oleh al-albani dalam al-shahihah-

dan semestinya setiap mereka yang bercinta itu mahu pasangan mereka akan menjadi yang halal buat dirinya dan mendai yang terakhir dalam hidup.jadinya mereka perlu jaga pasangan mereka sebaiknya dan dengan cara yang betul.cara yang mulia di sisi agama.

sekiranya adam mahu memiliki hawa maka haruslah mereka mengambil mereka dengan cara yang terhormat.bagaimana caranya ? jumpa walinya.sampaikan niatnya.sekiranya adam tidak melakukan perkara itu...wahai hawa,tinggalkan mereka.mereka sedang mempermainkan hatimu.jangan sesekali kau berani bermain dengan api kerana sakitnya nanti hanya kau dan DIA yang tahu

Perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki  yang baik,dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik
-an-nur 24 :26 –

entry ini bukan suruh kamu bercinta bagai nak rak.entry ini ingin menyatakan bahawasanya..

sekiranya telah ditetapkan dia untukmu maka akan jadilah dia untukmu tetapi sekirannya bukan dia untukmu maka bukan DIA.


usaha la sekuat mana,jika dia bukan untukmu maka berhentilah pada waktu itu juga kerana jangan kamu menambah dosa dan luka yang sememangnya ada dan bole di kurangkan.bukan maknanya mengangkat bendera putih cuma jangan buang masa dan menzalimi dirimu dan bakal pendampingmu kelak.

apa yang perlu kamu lakukan ?

muhasabah diri 

banyakkan solat sunat taubat terutamanya.dekatkan diri pada DIA.sudah sampai masanya kamu persiapkan diri untuk bertemu dia yang telah menunggu kamu menjemputnya.anugerah yang telah diberikan oleh ALLAH untukmu menjaga sebaik kamu.


.insyaALLAH.
akan tiba masanya bila kamu bersedia.
DIA lebih Mengetahui.
percaya pada DIA


p/s : untuk mereka yang dalam suasana kapel.jika pasanga kamu itu baik maka eloklah di fikirkan hala tujunya mahu kemana.perkara yang mudah tak perlu di susah-susahkan dalam islam.cakap memang senang ? dah tu nak kapel tu senang jugak kan ? *senyum* i'm not ask you to clash but i ask you to think what will be going after this ? if he/she will be your exactly spouse in the end of your story and it will be happy ending ? you can do it ^.-

the truth is....

3 perkataan bermakna yang ditunggu oleh setiap wanita. Bukan "I love you" tetapi "Aku terima nikahnya" 
-Muslim Malik Musadali-



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

25 December 2012

perkongsian tentang hidup.

بسم الله الرحمن الحيم



cuti study week baru bemula dan aku anggap ianya sebagai honeymoon leave dan masanya untuk bersenang lenang di kampung halaman di samping sayang-sayang yang telah ALLAH amanahkan untuk aku menjaga mereka semampu aku.

sekarang aku kerap baca balik apa yang aku tulis dekat sini.ini salah satu bekalan yang aku akan bawak jumpa DIA nanti.pastinya aku mahu yang terbaik.hati aku tak berapa nak tenteram.aku rasa banyak sangat penulisan aku menjurus kepada kawan dan cinta kepada manusia.sedih.sadis sungguh jadi aku.terlalu alpa dengan dunia sehingga terleka.astaghfirullah.aku mula sedar sikit-sikit tapi tak berapa lama aku akan tersasar semula.apa la nak jadi dengan aku akhirnya aih.


nampak sangat jelas yang tumbesaran aku sangat berkait rapat dengan masalah kawan dan cinta.hei ! malunyee pada diri sendiri.em,aku sedang lihat dan kaji what i should do now ? seriously.sooo sad to be me.astagfirullah.tidak bersyukur itu berdosa tau.manusia tak nampak kurniaan DIA yang sedikit sebab terlalu mencari kurniaan DIA yang lebih besar.astaghfirullah.



Dan ingatlah ketika tuhanmu memberikan penyataan “jika kamu bersyukur pasti Aku tambahkan nikmatku kepadamu ; sebaliknya jika kamu mengingkari nikmatku,tentu siksaan-KU lebih dahsyat
- ibrahim 14 :7 -

as a human we must always be prepared for our future.the time we meet HIM.we can't know what will happen and we just sit and relax and not had prepare much ? not so much.the little is also good for you.

kita kena sentiasa menghargai apa yang kta ada dalam hidup.dalam konteks kita kena lebih menghargai diri sendirk dengan memaafkan diri sendiri tentang masa lalu.kenapa selalu sangat aku ulang ? sebab aku sangat susah untuk maafkan diri sendirik bila lihat mereka yang lebih baik dari aku.see,sadis tak ? sangat.okay ! tiap kali aku rasa sakit hati dengan mereka aku rasa ini mesti sebab aku punya hati banyak kotor sebab asyik nampak salah mereka salah diri sendiri ? diam buat buta dan tuli.adakah aku sememangnya telah bersedia untuk bertemu DIA ? sangat jelas jawapannya tidak.tidak.

nampak sangat hari-hari aku sudah dihabiskan pada perkara yang tidak sepatutnya.zalim pada diri sendirik.aku bukan mahu mendabik dada cumanya aku rasa aku memang tidak bole dijadikan contoh walaupun aku bertudung labuh.seringkali aku rasa sangat tidak layak untuk dipandang seperti ustazah dan yang sewaktu dengannya.aku tau itu doa mereka untuk aku.aku tau.jadinya usaha aku adalah untuk jadi lebih baik dari sehari ke sehari.aku pernah tanya dengan saudara-saudara aku di ukhuwah wa mawaddah dan pandangan kami sama :

aku : kamu semua rasa antara dua ini mana yang lebih susah ?
        mereka jahat ---> jadi baik 
              atau
                     mereka baik --> jadi jahat --> jadi baik semula

hafiza : baik---> jahat ---> baik semula.

hasni : baik --> jahat-- > baik semula.

syuhada : baik --> jahat --> baik semula.

aku : konklusinya,itu realiti yang ALLAH mahu tunjukkan kepada kita yang bukan mudah untuk berubah.perlukan kekuatan fizikal dan mental yang sangat tinggi dan niat yang betul.


manusia itu seringkali cenderung kepada pandangan negatif.tau tak ? kita akan jadi apa yang kita fikirkan bukan apa yang kita impikan.tau kenapa ? sebab impian adalah sangat susah untuk dijadikan realiti tapi apa yang kita fikirkan semestinya tidak mustahil untuk dijadikan realiti.itulah fakta hidup yang aku selalu fikir saban hari.setiap hari aku cuba menjadi se-positif yang aku mampu.sungguh aku cuba.cuba untuk hidup dalam apa yang aku punya sekarang.



siapa yang tidak pernah jatuh cinta adalah tipuuuunyee punnn sebab punya perasaan cinta itu fitrah manusia.anda manusia ? jadi pastinya perasaan itu pasti ada walaupun sekecil hama.cara untuk atasi itu kena carik. aku ? pastinya punya cerita tersendiri.cerita yang cukup untuk aku ceritakan pada mereka yang aku percaya.sejujurnya aku rasa bersalah kerana terlalu peramah dengan mereka kerana saham aku bertambah dari situ.em,maafkan aku sekiranya nama kamu sering aku perdagangkan pada mereka.kalau nak mintak maaf memang tidak mampu sebab ramai sangat nama yang aku suka sebut.terlalu ramai.jadinya siapa yang baca enteri ini maafkanlah hamba ALLAH merangkap saudara seislam kau ini.bukan hanya aku tapi setiap manusia yang ada di atas muka bumi ALLAH yang sangat luas ini melakukan perkara yang sama dengan aku cuma bezanya sedar atau tidak.


kawan semua orang punya.kamu tiada ? tipu lagi.semua ada.sekurang-kurangnya seorang.kawan yang aku punya adalah sangat ramai cuma bezanya aku nak anggap mereka baik atau jahat.terkadang aku tak nak kawan mereka bukan sebab aku benci tapi aku takut.dalam memilih berkawan kita punya dua kata.satu,sama ada kita ikut perangai mereka atau mereka akan ikut perangai kita.kenapakah jadi begitu ? kerana kawan yang berdampingan dengan kita itu adalah cermin kita pada masa sekarang dan masa depan.sungguh.jadinya tidak salah untuk berhati-hati dakam memilih kawan.mereka cakap kamu paranoid atau tunjuk bagus ? tak mengapa bila mereka penat mereka akan diam :)


pasangan hidup dan keluarga yang bahagia semua mahu.aku juga mahu.kamu juga pastinya.jangan nafikan.sila jangan.ramai yang beranggapan sekiranya kita bercinta sebelum kawen atau dalam kata lainnya berkawan-kawan sebelum kawen dapat menjamin masa depan dalam perjalanan ke gerbang perkahwinan.apakah ? aku jugak pernah fikir sedemikian dahulu.sekarang aku bersyukur kerana fikiran sedemikian telah berjaya aku hakis dan aku campak sejauhnya.kalau aku cakap kamu yang bercinta ini sebenarnya telah menzalimi bakal suami kamu.sungguh.aku bajet bagus ? mestilah.walaupun aku pernah jadi macam kamu dahulu tapi sekarang aku sudah mula sedar dan cuba berubah sikit-sikit.susah ? siapa yang cakap senang ? DIA kan ada.mintak la pada DIA.mereka dan aku sudah berjaya kenapa kamu tidak ?



berlagaknye kau ? tak . aku bukan berlagak tapi aku nak kongsi dengan semua yang sebanyak mana pun dosa yang kita telah lakuakan di atas muka bumi ini pegampunan yang DIA janjikan lebih besar.jadinya..sebanyak mana pun dosa yang kamu telah lakukan masa untuk bertaubat itu tidak pernah tidak ada untuk kamu sehingga sampai waktunya kamu diam kaku.ingat itu.

ALLAH tidah mengampunkan dosa syirik,dan DIA mengampunkan dosa selain itu bagi sesiapa yang DIA kehendaki

- an-nisa’ : 116 –




dugaan dalam hidup itu tandanya apa ? DIA tidak sayang kamu ? see,selalu sangat fikir negatif.kalau kamu fikir negatif apa yang kamu akan dapat ? sakit hati.itu je la yang kamu dapat.pastu tak puas hati sibuk canagkan dekat mereka yang lain.owh,dapat jugak saham dosa maksudnnya.seronok dapat saham dosa ? semua orang tak nak saham dosa kan ? kalau saham pahala tape jugak,betul tak ? untuk mendapat saham dosa tidak sesusah untuk dapat saham pahala.siapa cakap dapat saham pahala itu susah ? tidak susah bagi mereka yang sentiasa beristiqamah di atas jalanNYA DIA.kamu tidak ? cuba lah.semua orang berhak di beri peluang,bagi peluang itu untuk diri kamu rasa.pastinya akan bersyukur akhirnya.


tahun 2012 adalah tahun antara yang paling mencabar.aku hilang beliau yang semua orang muliakan termasuklah DIA.itulah ibu.emak yang telah melahirkan,menyusukan dan membesarkan aku telah dijemput pulang oleh DIA.rasanya astaghfirullah.biar hanya DIA yang tahu,sudah telalu banyak yang aku ceritakan tentang beliau di sini.perlu ada sempadan.sikit-sikit boleh la.bersederhana itu kan lebih baik.belum pun genap 20 tahun aku sudah kehilangan beliau.sentiasa cuba aku pulihkan hati ini "beliau sudah penat,sudah tiba masanya beliau berehat dari semua tanggungjawab" seringkali ayat itu aku ulang tiap kali teringat dekat beliau.rindu itu aku adukan pada DIA.tidak pernah aku lupa.tiap kali aku sedih,aku toleh dan lihat mereka di belakang aku.mereka yang punya ujian yang lebih berat dari aku.tiap kali aku dengar berita tentang kembalinya anak adam bertemu yang abadi.pastinya air di tubir mata itu gugur.sekilas peristiwa 27 jun itu berlayar.banjir sudah mata hati itu.istighfar itu di ulang sekerapnya.ujian dari ALLAH tanda rindu.

“sungguh ajaib perihal orang mukmin,sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan.dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja.sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur,maka jadilah kurniaan itu baik untuknya.manakala apabila ditimpa musibah,dia bersabar.maka jadilah musibah itu baik untuknya

-riwayat muslim-

seringkali mereka suruh aku kuat dan sabar.kuat itu semua orang punya cumanya msa itu yang menentukan caranya,sabar itu semua orang boleh sebut makna sabar itu tau apa ? kalau belum tau sila kaji semula definisi sabar apabila kau berada di tempat aku.kau belum ada di tempat aku jadi definisi sabar kita banyak bezanya :)


sedikit perkongsian untuk mereka yang ingin berubah.perubahan itu tidak perlu yang terlalu drastik.biar sedikit asalkan ada istiqamah.kerapkan diri istighfar,berzikir dan mentadbur al-quran.niat itu luruskan.insyaALLAH dipermudahkan DIA.jangan lelah berdoa kalau lelah nanti banyak merungut.

Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah.ketahuilah ! dengan zikrullah itu,tenang tenteramlah hati manusia

-ar-ra’d 13:28-


Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapati di dalam lembarannya (amalannya) bahawa amal istighfar (nya) begitu banyak.

-riwayat ibnu majah-

surah feveret yang ingin dikongsikan maknanya  :)

Sesungguhnya,bangun malam (bersolat,beribadat) itu lebih kuat (mengisi jiwa ; dan membaca al-quran pada waktu itu) lebih berkesan

- al-muzammil 73 : 6 –


Dan bersabarlah (wahai muhammad) terhadap apa yang mereka katakan dan jauhkanlah dirimu daripada mereka dengan cara yang baik

-al-muzammil 73 : 10-


Maka bacalah apa yang mudah (bagimu) daripada al-quran dan laksanakanlah solat,tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada ALLAH pinjaman yang baik.apa sahaja kebaikan yang kamu lakukan untuk dirimu,nescaya kamu memperoleh balasan(nya) disisi ALLAH sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya.dan mohonlah keampunan kepada ALLAH.sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

- al-muzammil 73 : 20 –


seperti yang aku canangkan di entry aku mahu pulang bukan sebab aku penat cuma aku mahu pulang dalam keadaan husnul khatimah bertemu DIA.siapa yang tidak mahu ? mari kita muhasabah diri,memperelok dan mempersiapkan apa yang patut.moga dipermudahkan segalannya.insyaALLAH.

Orang-orang yang beriman berhijrah dan berjihad di jalan ALLAH,dengan harta dan jiwa mereka adalah yang lebih tinggi darjatnya di sisi ALLAH.mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan

- at-taubah 9: 20 –

p/s : kerapkan diri diberi kekuatan bukan dipermudahkan urusan
sudah baca majalah solusi dan majalah Gen-Q ?
 buku "aku terima nikahnya" karya ustz.hasrizal ?
buku "cinta high class" karya ustzah fatimah syarha ?
erti hidup banyak dikongsikan di situ.
selamat membaca :)



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

14 December 2012

asbab ?


Kenapa kita add mereka dekat facebook ?

Kenapa kita follow mereka dekat tuweter @ burung biru ?

Kenapa kita jadi follower mereka dekat belog ?

Persoalannya bermula dengan kenapa ?

Untuk melakukan sesuatu kita memerlukan sebab.

Sebab nak mereka follow kita balik ?

Sebab sesaja nak jadi kawan walaupun tak kenal ?

Atau sebab lain.

Apa yang aku ingin sampaikan di sini

jangan kawan dengan aku kerana simpati.aku tak suka.kau akan disakiti mungkin oleh aku
-khairul fatehah-

Sebab itu semestinya membantu kita untuk ingin tahu.

lebih tentang mereka.

Segala-galanya tentang mereka.

Meng-stalker dalam kata lainnya.

The point is,

Perlu ke buat semua itu ?

Untuk mencari sesuatu yang berunsurkan kebaikan.

Ianya tidak salah langsung.

Daripada ibnu mas’ud r.a., “janganlah ada perasaan iri hati melainkan kepada dua keadaan.; (pertama) keadaan orang yang dikurniakan ALLAH harta benda,serta menjadikannya menguasai dirinya menghabiskan hartanya itu pada perkara kabajikan yang sebenar-benarnya; dan (kedua) keadaan orang yang dikurniakan ALLAH ilmu pengetahuan agama, lalu ia beramal dengannya dan menyebarkannya.
- riwayat bukhari,muslim dan tarmizi-

Tetapi  kalau ianya sekadar untuk menghabiskan masa sia-sia.
Baik hentikan

I don’t need a fake people to be my friends.if you don’t like me,don’t come near me.
just go away silently
-khairul fatehah-

Kenal pasti punca

Dan cari langkah pencegahan dengan segera.

Jenis yang sedar itu tidak mengapa

Tapi jenis yang sebailknya.

Jangan jadi mereka yang tidak punya life di alam realiti.

Bahana terlalu sibuk mecari mereka yang di gelar  ‘kawan’

Kononya di alam sosial.

Perlu jauhi mereka yang tidak di kenali

Bukan secara semberono

Tapi secera baik

Setelah di ketahui.

Berjaga-jaga dalam sesuatu silaturahim

Itu nyatanya tidak salah.

Memang langkah itu perlu ada sejak mula

Diri itu sudah terjebak.

Jangan terlalu mempromosikan diri

Kelak mahu undur diri tidak mampu.

Tapi tetap kena atur langkah walaupun terlambat.

Sentiasa kena beri harapan pada diri sendiri.

Jalan untuk kembali pulang itu masih ada.

Cuma kemahuan yang mengatasi segalanya.

Di sini aku nyatakan

Bukan aku tak mahu

add semula

follow semula

tapi aku perlu berjaga-jaga

kalau setakat nak ramaikan follower

atau kawan di facebook

tapi tak kenal

dan

 tak pernah bertegur sapa.

Maknanya apa ?

Mahu di tunjukkan apa ?

Motif itu sentiasa kena ada.

Dalam hidup setiap manusia.

Aku juga tidak ketinggalan.

di setiap langkah hidup yang aku ambil

mereka yang di pilih itu bakal menjadi cermin kita.

Bakal memimpin tangan kita ke syurganya DIA

Jadinya kena cari mereka yang benar ikhlas

bagaimana mahu nampak ikhlas.

Mereka yang ingin menghubungkan silaturahim ?

Mereka yang ingin menjadikan kita sebahgian dari hidup mereka ?

Mereka yang mahu berkongsi cerita dan pendapat ?

mereka yang mahu di ikut tiap langkah ?

Tidak perlu di jeritkan di sini

Kerana mereka tahu definisinya

Walaupun tiap mereka punya definisi yang berbeda

Konklusinya,

Aku dan kau sememangnya manusia biasa.

Sedikit pesanan buat mereka :

I always repeat it again and again,not easy to stay beside me.take note buddy !
-khairul fatehah-

Mood : final sem menjengah.
bittaufiq wannajah untuk semua yang berada sama dalam situasi aku.
moga ketenangan & kejayaan sentiasa bersama kita
.amin.
insyaALLAH




p/s : Di sini aku ingin memberitahu bahawasanya facebook memula atas nama khairul fatehah telah selamat di kuburkan selamanya.account tuweter aku bakal menyusul setelah 30 hari d’deactive.facebook baru dan belog ini juga bakal mendapat nasib yang sama.anti sosial ? aku perlu lakukan itu kerana aku gagal mengawal diri di alam sosial ini dan aku rasa reality life aku semakin hilang  jauh.sejauh mereka yang meninggalkan aku seorang demi seorang.jadinya,aku perlu bangun dan cari semula diri aku yang mula ikut hilang.doakan aku jika kau kawan aku.aku tak perlukan kutukan mahupun cacian dari kalian,aku perlukan doa.doa dari mereka yang bergelar saudara seislam kerana doa kalian akan dapat jugak pada kalian.itu janji DIA .



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

11 December 2012

jangan sesekali.


“i’m here if you need anything”
I’m know you lied.just don’t say it infront of me.


People aren’t always going to be ther for you,that’s why you learn to handle things on your own
- wiz khalifa -


Diri itu perlu di ingatkan selalu.jangan terlalu bergantung pada manusia.jangan sesekali kau lakukan itu.kelak yang sakit diri kamu.diri ini tidak mahu disakiti dan menyakiti.tidak pernah mahu.

Sejak pemergiaan beliau,aku cuba berdiri sendiri.pergi ke mana-mana sendiri di sekitar kawasan kampus terutamanya.kalau keluar rumah biasanya ada yang menemani.mahram tidak pernah mengizinkan kami adik beradik keluar sendirian.

Bukan mudah menjadi seorang wanita.mata-mata itu sentiasa melihat pergerakan.keberanian yang ada bukan jaminan tapi sekadar pelindung yang nyata.lindungi diri semampunya kerana melihat yang tertutup itu indah sekali.

Hati itu sering rapuh.sentiasa mahukan perhatian dari yang lain.jangan sesekali lemah walau itu sebenarnya memang sifat wanita,kena cuba kentalkan hati.jangan di layan mereka yang datang hanya sekadar untuk menyinggah.

kenapa kamu biarkan mereka yang sementara itu menetap lama di situ sedangkan sudah ada yang telah di tetapkan oleh kamu tentunya Cuma masanya tiba bila mana kamu benar-benar telah bersedia.DIA Maha Mengetahui.DIA tahu mana yang terbaik untuk kita.


Peluang kedua itu semua orang boleh dapat tapi beri ia kepada mereka yang benar-benar berhak.


 Kamu,jangan dipermain hati ini.hati ini belum bersedia untuk di siat-siat.hati ini masih dalam pembinaan untuk yang benar-benar berhak suatu hari nanti.bukan tidak pernah ia rosak Cuma untuk memperbaiki hati yang telah rosak itu bukan semudah menjaganya.jangan sesekali kau benarkan ianya rosak.

Bukan aku terlalu percaya mereka yang baru di kenali cuma mereka yang kita kenal tidak sampai suku hidup itu yang kadangkala sentiasa ada di sisi ketika diri ini memerlukan seorang teman untuk berkongsi pendapat dan masalah.

Mereka yang tidak di ketahui sikap kadangkala lebih mudah untuk berkongsi.dalam hidup pandangan kali pertama adalah sanagat penting.bila mana tiada respon yang baik ketika pertemuan kali pertama jangan kamu harap pertemuan yang akan datang itu seperti yang mula.pilihan di tangan kamu.

Menunaikan janji itu tidak semudah menabur janji.sesungguhnya,ia berat.tiap kali  sebelum kamu melafazkan yang kamu akan membuat itu dan ini dan melakukan itu dan ini,kamu harus pertimbangkan kemampuan diri kamu.

Aku tahu janji kamu itu yang melaksanakan ALLAH tapi kamu yang melafazkan jadi kamu harus bertanggungjawab.jangan berjanji sekiranya kamu akan mungkiri takut nanti kamu tergolong dalam golongan mereka yang munafik.nauzubillah.

Tidak salah untuk berjanji tapi jangan kau sesekali memberi terlalu banyak harapan kepada manusia lain.kamu tidak akan ketahui bagaimana rasanya sakit hati kamu nanti.

DIA beri apa yang telah kamu lakukan dahulu.jangan sesekali kamu persoalkan setiap kejadian DIA kerana itu memang telah ditetapkan  untuk kamu selayaknya.

perubahan itu perlu ada pada setiap diri manusia saban hari.jangan pernah kamu lelah menghitung diri.jangan sesekali,kerana takut alpa itu melebihi segala.

Last but not least . . .


Untuk pergi sekelip mata meninggalkan dunia itu sememangnya tapi untuk pergi meningglkan perkara keduniaan itu memerlukan kekuatan dan istqamah sepenuhnya



Keep struggling to be a better muslimah everyday and never give up.okay bidadari syurga sekalian



  Always bear in mind :
Manusia itu sifatnya berubah.


In the end...
back to HIM
kepada ALLAH segala pergantungan.



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

08 December 2012

alarm to self.


draft pukul 2.03 pagi.
26 november 2012

Aku baru sedar yang memory dalam phone aku hilang ckit demi ckit.aku pun tak tau kenapa ? engat hilang lagu je.bole la terima.aku baru belek-belek phone aku dan picture dlm tu semua hilang.gambar mak dan abah pun hilang.sedihnya YA ALLAH.

Gambar tu pengubat rindu aku.kenapa ianya hilang.lappy aku tengah berehat dengan tenang di rumah keran ianya bakal di format tak lama lagi.picture dlm tu semua akan di buang.ada satu gambar yang aku ambil dalam van ketika kali terakhir dengan mak juga burn macam tu je.feel upset with myself.

Adakah aku terlalu sibuk layan perasaan yang tak menentu hingga lupa tanggungjawab ? maaf YA ALLAH,ujian ini sungguh tak ku sangka.air itu mengali deras di tubir mata.kamu lalai maryam.kamu juga gagal.

Jangan kau beri ingatan ini pada bukan tempatnya YA ALLAH.sungguh dia tidak layak untuk ingatan dan rindu ini.aku tidak mahu berlaku zalim kepada diri sendirik.

aku sudah tidak mampu untuk mengubat semua luka yang sedang berdarah kembali.ianya semakin teruk jika melibatkan perasaan.aku gagal.gagal yang memalukan.ampunkan YA ALLAH.luputkanlah tentang yang tdak sepatutnya.

Gambar yang tak bole diambil kembali kerana orangnya sudah tiada.apakan daya ? ALLAH lebih mengetahui.sabar wahai hatiku.redha.pujuk hati.ujian itu tak akan di beri sehingga aku tidak mampu.
Rasa yang tidak dapat di tafsirkan sama seperti hari kejadian itu berlaku.lost.upset.down.i’m tired.istighfar.kesudahan yang mengecewakan diri  sendirk.

Satu-satu kenangan itu hilang.maksudnya apa ? mahu di tunjuk dan bukti apanya ?perlu di lupakan beliau ? tidak.tidak sekal-kali.adakah aku terlebih mencintai hambaMU yang satu itu sehingga kau uji aku sedemkian rupa.

Tiada penyesalan.tiada rungutan.kerana aku tak layak.ampunkan aku YA ALLAH.
Rindu YA ALLAH.janganlah kau luputkan ingatan aku pada beliau.tiap kali aku mengingati beliau.hati ini akan rindu padaMU.beliau membawa ingatan ini pulang kepada pencipta yang maha agung.

Aku manusia dan aku alpa.aku tdak mahu di beri kesenangan sedemkian rupa sehingga aku lupa padaMU.jangan YA ALLAH.jangan sesekali kau benarkan.

Aku sedang mencari jalan pulang YA ALLAH.jalan pulang untuk bertemuMU dalam keadaan husnul khatimah.membawa bekalan yang ada.kuatkan dan permudahkanlah perjalanan hambaMU yang seorang ini.

Kesedaran itu muncul bila kita hilang sesuatu dan tiada siapa tempat untuk kta mengadu melainkan DIA yang maha mendengar.

Ampunkan aku  YA ALLAH kerana terlalu alpa denag kemewahan dunia.hati ni kurang didikan dari diri sendirk.mereka tidak pernah gagal dalam mendidik aku Cuma aku yang gagal mengamalkan ajaran mereka.ampunkan aku YA ALLAH.

Jangan kau luputkan kenangan aku dengan mereka.kenangan itu banyak mengajar aku menjadi manusia berguna bukan sempurna.aku tak naka jadi manusia sempurna tapi hidup itu tidak senang.

Aku rela hidup dalam kesusahan dan kesempitan jika tu yang bole membawa aku pulang ke jalanMU YA ALLAH.berkatilah hidup aku dan keluargaku di dunia ini dan selamatkan keluargaku dari api neraka.jauhilah kami dari sifat mazmumah.lindunglah kami dari segala malapetaka yang membolehkan kami jauh dariMU.amin

Merindu mereka yang jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati.sentiasa dekat dan selalu dekat.jagakan mereka untukku kerana aku tak mampu YA ALLAH.

Kehilangan itu rasanya sakit tidak kira dalam bentuk apa sekalipun
-khairul fatehah 2012-

*pagi esok ada test ekonomi tapi aku baca ala kadar.masih berusaha di saat-saat akhir.moga ada sedikit berkat yang tinggal.sebulan sebelum ke medan terakhir untuk sem ini.perlu melakuakan perubahan dengan segera.jauhkan dari  fikir perkara yang tidak penting.buang semua.delete mana yang mampu,permudahkanlah urusan aku esok.amin *surah al-insyirah mula di alun…

2.38 pagi
26 november 2012



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,