11 December 2012

jangan sesekali.


“i’m here if you need anything”
I’m know you lied.just don’t say it infront of me.


People aren’t always going to be ther for you,that’s why you learn to handle things on your own
- wiz khalifa -


Diri itu perlu di ingatkan selalu.jangan terlalu bergantung pada manusia.jangan sesekali kau lakukan itu.kelak yang sakit diri kamu.diri ini tidak mahu disakiti dan menyakiti.tidak pernah mahu.

Sejak pemergiaan beliau,aku cuba berdiri sendiri.pergi ke mana-mana sendiri di sekitar kawasan kampus terutamanya.kalau keluar rumah biasanya ada yang menemani.mahram tidak pernah mengizinkan kami adik beradik keluar sendirian.

Bukan mudah menjadi seorang wanita.mata-mata itu sentiasa melihat pergerakan.keberanian yang ada bukan jaminan tapi sekadar pelindung yang nyata.lindungi diri semampunya kerana melihat yang tertutup itu indah sekali.

Hati itu sering rapuh.sentiasa mahukan perhatian dari yang lain.jangan sesekali lemah walau itu sebenarnya memang sifat wanita,kena cuba kentalkan hati.jangan di layan mereka yang datang hanya sekadar untuk menyinggah.

kenapa kamu biarkan mereka yang sementara itu menetap lama di situ sedangkan sudah ada yang telah di tetapkan oleh kamu tentunya Cuma masanya tiba bila mana kamu benar-benar telah bersedia.DIA Maha Mengetahui.DIA tahu mana yang terbaik untuk kita.


Peluang kedua itu semua orang boleh dapat tapi beri ia kepada mereka yang benar-benar berhak.


 Kamu,jangan dipermain hati ini.hati ini belum bersedia untuk di siat-siat.hati ini masih dalam pembinaan untuk yang benar-benar berhak suatu hari nanti.bukan tidak pernah ia rosak Cuma untuk memperbaiki hati yang telah rosak itu bukan semudah menjaganya.jangan sesekali kau benarkan ianya rosak.

Bukan aku terlalu percaya mereka yang baru di kenali cuma mereka yang kita kenal tidak sampai suku hidup itu yang kadangkala sentiasa ada di sisi ketika diri ini memerlukan seorang teman untuk berkongsi pendapat dan masalah.

Mereka yang tidak di ketahui sikap kadangkala lebih mudah untuk berkongsi.dalam hidup pandangan kali pertama adalah sanagat penting.bila mana tiada respon yang baik ketika pertemuan kali pertama jangan kamu harap pertemuan yang akan datang itu seperti yang mula.pilihan di tangan kamu.

Menunaikan janji itu tidak semudah menabur janji.sesungguhnya,ia berat.tiap kali  sebelum kamu melafazkan yang kamu akan membuat itu dan ini dan melakukan itu dan ini,kamu harus pertimbangkan kemampuan diri kamu.

Aku tahu janji kamu itu yang melaksanakan ALLAH tapi kamu yang melafazkan jadi kamu harus bertanggungjawab.jangan berjanji sekiranya kamu akan mungkiri takut nanti kamu tergolong dalam golongan mereka yang munafik.nauzubillah.

Tidak salah untuk berjanji tapi jangan kau sesekali memberi terlalu banyak harapan kepada manusia lain.kamu tidak akan ketahui bagaimana rasanya sakit hati kamu nanti.

DIA beri apa yang telah kamu lakukan dahulu.jangan sesekali kamu persoalkan setiap kejadian DIA kerana itu memang telah ditetapkan  untuk kamu selayaknya.

perubahan itu perlu ada pada setiap diri manusia saban hari.jangan pernah kamu lelah menghitung diri.jangan sesekali,kerana takut alpa itu melebihi segala.

Last but not least . . .


Untuk pergi sekelip mata meninggalkan dunia itu sememangnya tapi untuk pergi meningglkan perkara keduniaan itu memerlukan kekuatan dan istqamah sepenuhnya



Keep struggling to be a better muslimah everyday and never give up.okay bidadari syurga sekalian



  Always bear in mind :
Manusia itu sifatnya berubah.


In the end...
back to HIM
kepada ALLAH segala pergantungan.



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

No comments: