Showing posts with label habit. Show all posts
Showing posts with label habit. Show all posts

03 May 2013

attention yaww--


Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah

Salam semuaaaaaaa !

Akaun muka buku telah selamat di kuburkan dengan jayanya ! Yeay ! Untuk kengkawan yang tidak tahu *bajet ramai kawan yang baca belog.hikhik*untuk memansuhkan akaun muka buku hanya memerlukan masa  selama 2 minggu,cepat,okay ! Tahniah ke MARK ZUKERBERG kerana buat kerja dengan pantas dan cekap.gituu --

Jadiknya maryam azis atau khairul fatehah tiada akaun muka buku lagi. sedih ? tidak . aku masih dalam keadaan menyesuaikan diri. masa ambil masa . aku suka kerana itu pilihan paling tepat untuk masa ke diri sendiri. Aku sedang membina ruang ke diri sendiri.

Yup ! aku ada dua akaun muka buku *aku bukan retis okay* semua membahan aku retis sebab ada dua akaun muka buku.ceyh ! Kalau ada nama dua itu bukan aku punya.harap maklum.Fake akaun ? hanya untuk orang femes.jadi tak perlu kot aku ada . HAHAHAHA *tetibe*

Kenapa perlu di kuburkan akaun itu ? kenapa,kenapa oh kenapa ? soklan yang tiada jawapan untuk semua.cukup hanya aku nyatakan ianya untuk ‘improving’ hidup aku.nak cakap aku poyo latew.haha.tape.aku rasa tak perlu canang ke semua apa aku sedang lakukan.eberibadi ada hidup tersendiri dan tak perlu menyemak ke hidup orang lain *tarik diri ke belakang perlahan-lahan*

Memang entri merepek ini untuk luahan hati tentang ‘social’ life aku . ya ! entry ini bosan. Sila berhenti sekarang kalau tak nak menyesal menghabiskan perkara tak berpaedah di belog beta pacal yang hina *sadis okay*

Jadi tak perlu mengerah diri memasing cari aku di muka buku tauuuu,sayang-sayang sekalian.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXxxxxxxxxx

Mari bercerita tentang akaun burung biru pula . mari,mari,mari..
Ehem,ehem,ehem…..(test suara 1 2 3)

Akaun twitter maryanne_azis selamat di kuburkan jua dengan penat payahnye.eh,payahnyeeee…hahahahaha (tak lawak okay tapi aku nak gelak jugak.izinkan.sila sila) akaun burung biru memerlukan masa 30 hari untuk di ‘delete’ lama okay ! tangan aku dah la gatal asyik nak bukak je -.-

Akaun kedua khairul_fatehah sedang dalam proses gitu juga.yup ! *again* aku ada dua akaun twitter *senyum kambing lelebar*sekali lagi jawapan aku untuk soklan mereka yang bertanya kenapa ? sukati aku lahh ( buat muka ) hewhew.sebenarnya,jawapan ke kamu tiada sayangku sekalian.akaun ni aku still “open close” ikut mood men-gedik aku yang nyata tidak seimbang.maafkan saudaramu yang kureng perhatian ke diri sendirik ini . hehe…

Ha ! dah rasa buang masa belum ? masih ada kesempatan untuk berhenti atau dalam kata jawanya ‘stop’ baca entri ini.kuikuikui…

Nak tahu kenapa aku tutup kesemua akaun tuuuuu ? nak ? mai duk dekat sikit. Mana bole cite ke orang . bak telinga ang…

Aku rasa penat.
Sangat penat.

Aku seorang ‘stalker’.
Dulu.
Harapan cukup hanya dulu.

Perati  hidup orang
nampak kepincangan hidup sendirik.
Sadis.
Aku tahu.

Mula persoal.
Padahal..
Tak layak.
Aku tahu.

Aku tak mampu buat ke apa-apa.
Masih rutin yang sama.

Tiap kali bukak akaun ‘social’
lepas tu menyesal ke diri sendiri.
Buat kerja sia-sia.
Nangis
hati itu rapuh.
Air itu deras turun.
Dalam hati berbisik.
perlahan.

..sakit..

Kembali ke DIA.
hanya DIA tahu.
aku tahu.

Ada masa aku rasa hidup di alam sosial terlalu di kaburi dengan kebaikan dari segi status + tweet terutamanya.menulis sesuatu yang baik tak salah.pahala dapat cuma aku kurang suka perspektif mereka terhadap status dan tweet aku.setakat tulis,amal kan tak ? *tanya ke diri sendiri* sirius,aku tak suka + tak selesa. Aku manusia biasa bukan aku tapi kau malah kita semua manusia.kesedaran kita beza.waktu ketika tidak di ketahui.

kekadang aku rasa hipokrit.

Status + tweet habis baik untuk apa ?

puji ?

like ?

retweet ?

kena sedas ke aku di situ !

terlupa sehingga ke dunia luar atau dunia realiti.lama tak berpijak di bumi yang nyata.aku tak tahu tapi dari dulu sampai sekarang aku sangat suka ‘handphone’ bercerita atau meluahkan paling ‘perfect’ bagi aku . selesa . selamat . sebab aku tak suka semua orang tahu apa yang aku bualkan.apa yang aku mahu kongsi dan pelbagai rasa yang aku tak suka.itu nyatanya !

atleast , kalau diorang tak nampak aku dekat muka buku atau burung biru ada yang perasan dan cari aku . terharu hoi ! *itu namanya mimpi di siang hari* tade punn kawan aku carik.hahahahaha.kau bajet retis ke hape sekarang ni ? *gelakkan sila ikut suka rasa*

cukup tak entri tak berpaedah kau baca ni ? ada rasa menyesal tak ? kehkehkeh..

owh,aku baru ‘re-open’ semula belog *kalau perasan tak perasan sudah* cerita pasal belog ni pun ada jugak sedihnyeee.heee.aku rasa macam nak tutup sepenuhnya belog ni tapi sayang aku ke khairul fatehah yang sorang ni kuat kau jadiknya aku ambil masa fikir nak tutup ke terus bukak untuk orang baca.belog aku bukan belog ilmiah.belog aku tempat aku curahkan perasaan yang bergalau-galau *kekonon*

aku masih harap ada satu dua entri aku bagi aku pahala dekat sana nanti.aku sedang mengkaji semula diri dan mencari kepincangan serta cuba sedaya boleh membaiki diri dan kongsi ke mereka yang sudi.

Achik *kazen* marah sebab aku suka “open close” muka buku atau burung biru.kesian ke yang keje ‘maintanance’ katenyee.kata aku..sape suruh keje ‘maintanance’ bwahahahahahahaha --

Sekian sahaja repek-kan yang mampu aku tulis ke semua.benda baik datang dari DIA yang buruk dari aku *tunjuk ke diri sendirik* kepada semua yang berjaya baca entri tak berpaedah tapi yang pentingnya  untuk aku explain ke semuanya . tahniah *tepuk tangan ke diri sendirik*

Have a blessed day,lovely people !

Sekarang,aku sedang mem-bz-kan diri di instagram.

Sila carik kalau sudi.

Maryanne_azis

‘Promote’ diri ?

*sesuka hatilah belog aku*

miahahahahaha

Chio --



P/s : Bedeway,header baru aku lawo idak ? *perasan kekelip mata bentar*

*tulisan merah
– ayat aku reka cipta.
 Jangan ikut kalau kau nak lulus ‘paper’ bahasa melayu,okay ?! *senyum lebar*

terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

08 April 2013

spilt out #3




Kau tanya aku.. 
Kenapa makin jauh ?

 Aku jawab.. 
Itu permintaan dulu.
 Hormat ke kau mungkin.

 Kita janji siapa jumpa dia punya suka.
 Satu lagi kena terima terbuka.

 Aku nak tunggu kau cakap 
Tapi tak tau bila.

 Apa yang aku nampak 
Apa yang aku rasa 
Aku telan dalam-dalam 
Akan di kisar nanti-nanti Kalau ingat.

 Isu itu banyak nak bangkitkan.
 Itu pun kalau nak la.

Tapi kau pilih diam.
 Aku ? 
Aku ikut rentak kau.

 Dulu mungkin aku peluah 
Paling tegar ke kau.
 Dulu lah aku cakap tadi. 

Kini aku jumpa yang lagi better.
 Tempat yang tak pernah gagal dengar apa aku luah--

 Sejadah. 
Bunyik macam poyo bukan ? 
Tape.
 Itulah serba sedikit aku yang baru. 

Aku mahu curang. 
Kenapa ? 

Sebab aku bosan. 
Jadinya aku pilih untuk curang. 

Kenapa mesti curang ?
 Kenapa tak setia ?
 Sebab aku dah tak nak jadi tolol. 

Sejujurnya,
 Aku penat.
 Realiti masih panjang 

Tapinya aku
 Macam masih berada di awangan.

 Aku nak berjalan di atas realiti 
Bukan berlari di atas awanan. 

Jadinya aku pilih untuk cari curang lebih dari setia untuk meminimumkan sakit sebab kebodohan diri. 

Kenangan aku tak marah kau Cumanya jika kau menyinggah hanya kerana luka semalam.

 Sila jangan di hampiri tuan punya diri ini.



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

05 April 2013

la tahzan~

بسم الله الرحمن الرحيم


Bunga setaman
Letaknya di hati.

Terus di sepahkan ke semua.
Kot la ada yang sudi ambil.

Bole di buat kawan.
Mendapat pahala juga.

Yang indah itu semua mahu.
Tapi menjaga indah tak semua mampu.

Bukan cakap..
Kau atau aku baik.

Sepatutnya,
Mari menjadi baik-baik bersama.
Baru ada percaya.

Walau bukan sepenuhnya,
Paling tidak ada harapan.

Kenyataannya harapan itu..
Di jumpai nanti-nanti
Bila waktunya tiba.

Bukan maksud tunggu sampai lebam.
Usaha usaha usaha.

Doa jangan lupa
Tawakal seterusnya.

Berjaya tidak kerja DIA
DIA lihat semua.

Perlu di persoal apa tentang hidup ?
Layak apa kau punya ?

Orang islam itu punya senjata.
Doa.

Aku percaya tentang..
Ampuhnya doa seorang ibu
Keatas anaknya.

Aku percaya bahawa...
Baca al-mathurat bole lindungi diri
Dari pg ke petang dan dari petang ke pagi.

Aku percaya yang..
Baca surah al-mulk bisa menyelamatkan
Diri dari seksaan kubur.

Aku percaya..
Baca surah al-kahfi bisa terlindung
Dari fitnah ad-dajjal.

Aku juga percaya..
Solat malam itu bisa memberi ketenangan
Kepada diri.

Pokoknya,percaya dan mahu lakukan.
Tak perlu banyak tapi tak di amalkan.

Biar sikit-sikit,
Janji ada istiqamah.

Di setiap kesusahan ada kemudahan
.surah al-insyirah.

Pesan beliau..
Mahu di mudahkan urusan
Perlu kerapkan diri baca surah al-insyirah.

Mahu di murahkan rezeki
Banyakkan solat dhuha.
Banyakkan baca surah al-waqi'ah.

Hidup tak selalu indah.
Mana mungkin kau dapat apa yang kau suka hari-hari
Mana mungkin.

Kenapa...
Perlunya luka.
Perlunya kecewa.
Perlunya jatuh bangun.

Agar di ketahui hidup punya had.
Bukan sepanjang masa di atas.
Makanya di suruh intai mereka yang di bawah.

Siap siaga perlu ada.
Di setiap langkah mendatang.
Kerna tak taunya kita apa dia berlaku esok.

*mari.
mari kita sama-sama berpimpinan tangan menuju ke syurgaNYA :) 
#insyallah



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

31 January 2013

spontenuos thursday #32 | my way





anda berasa sangat keciwa ketika ada yang mempersoalkan langkah anda,just think and try this...




*kenapa perlu bersangka buruk sedangkan kita bole memilih untuk bersangka baik.



*pendapat kita beza sebab kita bukan orang yang sama dan jalan yang di lalui itu juga tidak sama.


*hikmah tu ada di setiap jalan cerita DIA cuma bezanya kamu celik atau tidak untuk lihat.


*mereka ada hak untuk bersuara tapi kita juga punya hak untuk tentukan hidup kita.



be strong ! ^^,






terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

14 December 2012

asbab ?


Kenapa kita add mereka dekat facebook ?

Kenapa kita follow mereka dekat tuweter @ burung biru ?

Kenapa kita jadi follower mereka dekat belog ?

Persoalannya bermula dengan kenapa ?

Untuk melakukan sesuatu kita memerlukan sebab.

Sebab nak mereka follow kita balik ?

Sebab sesaja nak jadi kawan walaupun tak kenal ?

Atau sebab lain.

Apa yang aku ingin sampaikan di sini

jangan kawan dengan aku kerana simpati.aku tak suka.kau akan disakiti mungkin oleh aku
-khairul fatehah-

Sebab itu semestinya membantu kita untuk ingin tahu.

lebih tentang mereka.

Segala-galanya tentang mereka.

Meng-stalker dalam kata lainnya.

The point is,

Perlu ke buat semua itu ?

Untuk mencari sesuatu yang berunsurkan kebaikan.

Ianya tidak salah langsung.

Daripada ibnu mas’ud r.a., “janganlah ada perasaan iri hati melainkan kepada dua keadaan.; (pertama) keadaan orang yang dikurniakan ALLAH harta benda,serta menjadikannya menguasai dirinya menghabiskan hartanya itu pada perkara kabajikan yang sebenar-benarnya; dan (kedua) keadaan orang yang dikurniakan ALLAH ilmu pengetahuan agama, lalu ia beramal dengannya dan menyebarkannya.
- riwayat bukhari,muslim dan tarmizi-

Tetapi  kalau ianya sekadar untuk menghabiskan masa sia-sia.
Baik hentikan

I don’t need a fake people to be my friends.if you don’t like me,don’t come near me.
just go away silently
-khairul fatehah-

Kenal pasti punca

Dan cari langkah pencegahan dengan segera.

Jenis yang sedar itu tidak mengapa

Tapi jenis yang sebailknya.

Jangan jadi mereka yang tidak punya life di alam realiti.

Bahana terlalu sibuk mecari mereka yang di gelar  ‘kawan’

Kononya di alam sosial.

Perlu jauhi mereka yang tidak di kenali

Bukan secara semberono

Tapi secera baik

Setelah di ketahui.

Berjaga-jaga dalam sesuatu silaturahim

Itu nyatanya tidak salah.

Memang langkah itu perlu ada sejak mula

Diri itu sudah terjebak.

Jangan terlalu mempromosikan diri

Kelak mahu undur diri tidak mampu.

Tapi tetap kena atur langkah walaupun terlambat.

Sentiasa kena beri harapan pada diri sendiri.

Jalan untuk kembali pulang itu masih ada.

Cuma kemahuan yang mengatasi segalanya.

Di sini aku nyatakan

Bukan aku tak mahu

add semula

follow semula

tapi aku perlu berjaga-jaga

kalau setakat nak ramaikan follower

atau kawan di facebook

tapi tak kenal

dan

 tak pernah bertegur sapa.

Maknanya apa ?

Mahu di tunjukkan apa ?

Motif itu sentiasa kena ada.

Dalam hidup setiap manusia.

Aku juga tidak ketinggalan.

di setiap langkah hidup yang aku ambil

mereka yang di pilih itu bakal menjadi cermin kita.

Bakal memimpin tangan kita ke syurganya DIA

Jadinya kena cari mereka yang benar ikhlas

bagaimana mahu nampak ikhlas.

Mereka yang ingin menghubungkan silaturahim ?

Mereka yang ingin menjadikan kita sebahgian dari hidup mereka ?

Mereka yang mahu berkongsi cerita dan pendapat ?

mereka yang mahu di ikut tiap langkah ?

Tidak perlu di jeritkan di sini

Kerana mereka tahu definisinya

Walaupun tiap mereka punya definisi yang berbeda

Konklusinya,

Aku dan kau sememangnya manusia biasa.

Sedikit pesanan buat mereka :

I always repeat it again and again,not easy to stay beside me.take note buddy !
-khairul fatehah-

Mood : final sem menjengah.
bittaufiq wannajah untuk semua yang berada sama dalam situasi aku.
moga ketenangan & kejayaan sentiasa bersama kita
.amin.
insyaALLAH




p/s : Di sini aku ingin memberitahu bahawasanya facebook memula atas nama khairul fatehah telah selamat di kuburkan selamanya.account tuweter aku bakal menyusul setelah 30 hari d’deactive.facebook baru dan belog ini juga bakal mendapat nasib yang sama.anti sosial ? aku perlu lakukan itu kerana aku gagal mengawal diri di alam sosial ini dan aku rasa reality life aku semakin hilang  jauh.sejauh mereka yang meninggalkan aku seorang demi seorang.jadinya,aku perlu bangun dan cari semula diri aku yang mula ikut hilang.doakan aku jika kau kawan aku.aku tak perlukan kutukan mahupun cacian dari kalian,aku perlukan doa.doa dari mereka yang bergelar saudara seislam kerana doa kalian akan dapat jugak pada kalian.itu janji DIA .



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

11 December 2012

jangan sesekali.


“i’m here if you need anything”
I’m know you lied.just don’t say it infront of me.


People aren’t always going to be ther for you,that’s why you learn to handle things on your own
- wiz khalifa -


Diri itu perlu di ingatkan selalu.jangan terlalu bergantung pada manusia.jangan sesekali kau lakukan itu.kelak yang sakit diri kamu.diri ini tidak mahu disakiti dan menyakiti.tidak pernah mahu.

Sejak pemergiaan beliau,aku cuba berdiri sendiri.pergi ke mana-mana sendiri di sekitar kawasan kampus terutamanya.kalau keluar rumah biasanya ada yang menemani.mahram tidak pernah mengizinkan kami adik beradik keluar sendirian.

Bukan mudah menjadi seorang wanita.mata-mata itu sentiasa melihat pergerakan.keberanian yang ada bukan jaminan tapi sekadar pelindung yang nyata.lindungi diri semampunya kerana melihat yang tertutup itu indah sekali.

Hati itu sering rapuh.sentiasa mahukan perhatian dari yang lain.jangan sesekali lemah walau itu sebenarnya memang sifat wanita,kena cuba kentalkan hati.jangan di layan mereka yang datang hanya sekadar untuk menyinggah.

kenapa kamu biarkan mereka yang sementara itu menetap lama di situ sedangkan sudah ada yang telah di tetapkan oleh kamu tentunya Cuma masanya tiba bila mana kamu benar-benar telah bersedia.DIA Maha Mengetahui.DIA tahu mana yang terbaik untuk kita.


Peluang kedua itu semua orang boleh dapat tapi beri ia kepada mereka yang benar-benar berhak.


 Kamu,jangan dipermain hati ini.hati ini belum bersedia untuk di siat-siat.hati ini masih dalam pembinaan untuk yang benar-benar berhak suatu hari nanti.bukan tidak pernah ia rosak Cuma untuk memperbaiki hati yang telah rosak itu bukan semudah menjaganya.jangan sesekali kau benarkan ianya rosak.

Bukan aku terlalu percaya mereka yang baru di kenali cuma mereka yang kita kenal tidak sampai suku hidup itu yang kadangkala sentiasa ada di sisi ketika diri ini memerlukan seorang teman untuk berkongsi pendapat dan masalah.

Mereka yang tidak di ketahui sikap kadangkala lebih mudah untuk berkongsi.dalam hidup pandangan kali pertama adalah sanagat penting.bila mana tiada respon yang baik ketika pertemuan kali pertama jangan kamu harap pertemuan yang akan datang itu seperti yang mula.pilihan di tangan kamu.

Menunaikan janji itu tidak semudah menabur janji.sesungguhnya,ia berat.tiap kali  sebelum kamu melafazkan yang kamu akan membuat itu dan ini dan melakukan itu dan ini,kamu harus pertimbangkan kemampuan diri kamu.

Aku tahu janji kamu itu yang melaksanakan ALLAH tapi kamu yang melafazkan jadi kamu harus bertanggungjawab.jangan berjanji sekiranya kamu akan mungkiri takut nanti kamu tergolong dalam golongan mereka yang munafik.nauzubillah.

Tidak salah untuk berjanji tapi jangan kau sesekali memberi terlalu banyak harapan kepada manusia lain.kamu tidak akan ketahui bagaimana rasanya sakit hati kamu nanti.

DIA beri apa yang telah kamu lakukan dahulu.jangan sesekali kamu persoalkan setiap kejadian DIA kerana itu memang telah ditetapkan  untuk kamu selayaknya.

perubahan itu perlu ada pada setiap diri manusia saban hari.jangan pernah kamu lelah menghitung diri.jangan sesekali,kerana takut alpa itu melebihi segala.

Last but not least . . .


Untuk pergi sekelip mata meninggalkan dunia itu sememangnya tapi untuk pergi meningglkan perkara keduniaan itu memerlukan kekuatan dan istqamah sepenuhnya



Keep struggling to be a better muslimah everyday and never give up.okay bidadari syurga sekalian



  Always bear in mind :
Manusia itu sifatnya berubah.


In the end...
back to HIM
kepada ALLAH segala pergantungan.



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

16 November 2012

cemburu.

the truth is,
kau yang cari sebenarnya.
perasaan yang semua orang ada pastinya.
aku juga tidak terkecuali.
sakit.
cumanya takat mana cemburu itu
kena ketahui dan cari cara atasi.
cemburu yang bukan pada tempatnya
boleh menzalimi diri sendiri.
yang aku tahu
cemburu aku terlibat pada semua perkara.
teruk ?
kau pun sama.
cumanya tidak di cerita seperti aku.
kawan,pasangan hidup,keluarga.
melihat kebahagian mereka.
melihat kesenangan mereka.
melihat kelebihan mereka.
melihat kekuatan mereka.
 pastinya yang semua aku tak punya.
semua aku sensitif.
jeles hoi !
aku terlupa.
yang mereka juga tidak semestinya punya apa yang aku ada.
kepincanagan yang semua hadapi.
bab jeles dekat mereka yang lebih agamanya itu tidak salah.
ianya buad kau jadi lebih berusaha.
be a better person everyday.
mustahil yang tidak.
kena sentiasa percaya pada diri.
cemburu itu yang tidak perlu.
jangan di sibukkan.
biar.
tengok berapa lama bole tahan.
kalau orang dah tak nak.
buad apa nak tunggu situ lagi.
tak tau la kalau kental sangat.
setiap hari aku meminta pada DIA.
di jauhi sifat yang satu ini sejauhnya.
kawalan yang sangat lah mengecewakan diri sendiri.
sikit-sikit dan kekadang berjaya.
dengan usaha yang tak seberapa.
kau bajet hasilnya apa ?
the best way is,
busy kan your life.
sebusy yang mampu.
buka surat cinta setiap hari.
fahami apa yang cuba di sampaikan.
best.
hati pun tenang dan lapang.
hidup pun jadi senang.
setiap hari aku bangun
aku akan tanya diri aku.

what do you expect for today ?
*senyum

everything will be fine.
believe me.
*tepuk dada.



cemburu itu bole membunuh hati dan keyakinan diri.
awas!

Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah (sama sahaja keadaannya kepada ALLAH ) kerana sesungguhnya, DIA Maha Mengetahui segala isi hati.
- al-mulk : 13 -



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

01 October 2012

bulatan kegembiraan dalam hidup aku


Resah gelisah selalu menyapa.
Aku diam.
Pendam dalam tangisan
Biar hanya aku yang tahu
Apa yang aku fikir
Apa yang aku lalui.
Sakit itu jangan dikongsi.
Tiada orang mahu dengar
Benda yang tiada kena mengena dalam hidup mereka
Mereka tak akan pernah faham
Sebab jalan kita semua berbeza.
Harus cari bagaimana harus atasi
Aku sudah jumpa ubatnya.
Walau bagaimana jauhnya
Tidak kira masa dan ketika.
Akan aku cari mereka.
ALLAH itu tahu.
Aku tahu kenapa aku berada di sini sekarang
Hikmah itu banyak yang aku lihat.
Kita merancang dan DIA juga merancang
Perancangan DIA yang terbaik.no doubt !
Aku suda penat cari diri aku di sini.
Tiada satu pun yang aku jumpa dapat membantu.
Aku kena cari mereka.
Aku Nampak diri aku dalam diri mereka.
Sikit-sikit aku nampak banyak perubahan.
Aku suka perubahan itu.
Kini aku sedang belajar memendam
Dan tidak cerita
Benda dan perkara yang bole aku simpan semampu aku.
mereka yang banyak cakap
 sebenarnya lagi banyak pendam dari yang lain.
Aku jumpa terlalu banyak mereka yang begitu.
Aku suka berada dalam kalangan aku.
Hati aku yang sakit akan terubat.
Solat,mengaji dan zikir itu sudah tentu ada.
Itu secara zahiriah
Resmi manusia susah baru cari pencipta.
Cuma aku cuba cari tempat yang bole aku lepasakan secara fizikal
Mereka selalu ada untuk aku perlukan mereka.
Keluarga.
mereka yang aku sayang.
Mereka yang aku hormati.
Mereka yang banyak berkongsi suka dan duka.
Mereka yang memahami.
Mereka yang banyak mendokang dan membangkang.
Walaupun beliau suda tiada tapi aku masih ada yang lain.
.alhamdulillah.
Terima kasih ALLAH
Kerana mengurniakan ahli keluarga seperti mereka semua.
.astaghfirullah.
Maaf ALLAH
Atas segala persoalan dan tidak kesyukuran yang aku luahkan.
Maafkan hambaMU ini baru sedar.
Rasa syukur itu.
Aku perlukan KAU dan mereka senantiasa.
Jangan benar aku menjauhiMU.
Aku mahu dekat denganMU
Bersama mereka.
Bersama-sama menuju jannahMU.
.insyaALLAH.
Amin.


the best moment ever when you can gather with all your family members at home.
(Khairul fatehah 2012)





terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

10 June 2012

bukan tak cuba cuma belum mampu (=



bukan aku tak cuba untuk move on,lupakan dia dan cari orang lain.stop stalker dan amik tahu segala-galanya tentang dia.set up hidup yang baru.buad perkara macham dia tak pernah wujud di masa lalu.gelak ketawa riang ria tanpa rasa bersalah dan penat.buad apa yang aku suka,buad perkara yang bole buad aku bahagia,ceria bersama mereka,hilangkan stress dengan mudahnya,ringankan kepala tanpa fikirkan sesuatu,pergi mana aku nak pergi,tido ketika aku mahu tak kira di mana jua dan dalam apa jua keadaan,membaca dan menghafal al-quran dengan lancar dan bagusnyee,tak pedulikan orang sekeliling,banyakkan masa lepak dengan keluarga,tak buad benda yang tak elok,istiqamah dalam mencari nurNYA,mencintai keluraga,kengkawan dan suami sepenuh hati,tidak memberikan hati ini kepada orang yang salah dimana endingnya hati aku akan terluka dengan baiknya sehingga tinggalkan parut yang tidak akan aku lupa sepanjang hidup aku.tinggalkan perkara mazmumah dan sia-sia,fokus dekat semua benda,bukan yang aku minat sahaja tapi yang mendatangkan kebaikan untuk aku tapi ....

aku belum mampu untuk lakukan itu semua.mungkin belum tiba waktu itu atau memang aku sengaja abaikan ia pergi walaupun sebenarnya aku menyedari yang aku banyak peluang untuk itu.ALLAH knows the best.i hope i'm strong enough to make all this change.amin. :')



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

12 May 2012

Random talk !



aku tak pernah takut nak berkawan tapi aku paling takut ditinggalkan.aku yakin semua tak suka ditinggalkan oleh sesorang dalam hidupnya.

mereka tidak buad pape kesalahan tapi hati aku still terasa hati dengan mereka.sehingga aku terfikir "mungkin aku tak layak untuk jadi sebahagian dari hidup dia" :')

itu sebab aku sentiasa bina tembok untuk mereka daripada menjadi sebahagian dari hidup aku.

seringkali aku berjaya mengawal otak aku untuk berfikir dan pada masa yang sama aku sering gagal untuk mengawal hati dan perasaan aku.

kawan yang setia aku tak punya.mungkin sebab aku belum jumpa atau aku sememangnya tak layak untuk mendapatkannya.

kawan yang bersama tertawa dengan aku tak sama dengan kawan ketika aku menangis.mengapa ? sering wujud dibenakkau soalan sedemikian.

dalam hidup kita menjangkakan mereka yang ada di sisi kita adalah orang yang terbaek kita pernah ada tapi jangan sesekali kau buad silap.

kerana mereka yang ada disisi kau selalu itulah yang akan membuad hati kau bagai di siat-siat kadangkala.

bukan tak bole mempercayai tapi tidak bole terlalu percaya kerana yang sakitnya hati kau kelak :)

bukan mudah untuk ada disisi aku.

jangan sesekali kau ragut kepercayaan yang aku beri sebab tidak akan ada yang kedua kalinya untuk kau.

ingat itu ! 



"tidak mustahil orang yang buad kau tersenyum hari ini akan buad kau menangis dengan baiknya satu hari nanti dan tak mustahil orang yang buad kau menangis hari ini akan buad kau tersenyum semampu kau satu hari nanti"


itu yang aku nampak dalam kehidupan aku sekarang :')



"bukan dalam percintaan sahaja kau kena bersedia untuk ditinggalkan tapi dalam mencari kawan juga begitu"

out~




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

27 April 2012

tumpah lagi.




بسم الله الرحمن الرحيم

rasa bersalah tersangat kepada hati sebab selal0o abaikan dia.

maaf 

:'(

terlalu banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini tapi macham biasa la muka buad-buad kental walaupun hati aku dah remuk teruk.

penat suda aku latih dan tumbuk hati aku supaya ianya menjadi kuat dan kental tapi gagal.

dalam pada itu,aku still bangun dan buad muka gembira tanpa menunjukkan sakit yang aku rasa.

mereka tidak perlu tahu,biar mereka dengan dunia mereka.aku harap mereka tidak rasa seperti apa yang aku rasa sekarang.

kawan

semakin aku melangkah ke arah remaja semakin aku tidak faham sifat dan perangai kawan-kawan aku.pergaduhan dan membenci suda tidak asing lagi dalam diri ini.anehnya,aku masih bole mengharap pada mereka walaupun aku sendiri tidak pasti tentang mereka.

perkara remeh menjadi sensitif secara drastik dalam diri ini.aku menjadi lebih pendendam dan pemendam dalam suatu masa yang singkat.aku menjadi lebih berhati-hati untuk berchegite tentang apa yang berlaku kebelakangan ini dalam hidup aku kepada kawan-kawan aku.

aku tidak tahu pandangan mereka terhadap aku.benci ? marah ? aku punn tidak tahu bagaimana mahu diluahkan melalui kata.aku cakap pada diri aku "maybe itu fasa untuk menjadi lebih matang barangkali" senyum semampu bole dan angguk sambil menyimpan niat.

cinta

aku penat menjadi hamba kamu.berharap pada yang yang tidak pasti.memikirkan dimana ianya akan berakhir,tidak sabar rasanya menunggu saat itu.bagaimana caranya berakhir ? dan dengan siapa ? aku tidak tahu tentang itu tapi jangan risau...insyaALLAH semuanya telah diaturkan.

melihat mereka yang dicintai oleh pasangan memasing membuadkan aku jeles melihat kebahagiaan mereka dan tidak ketinggalan melihat mereka yang berada di persekitaran aku terseksa.nauzubillah..itu bahagian mereka,bahagian kita..tiada siapa yang tahu.

f0kus pada apa yang aku ada.cuba mengubati dan  melupakan luka lama yang tidak pernah sembuh.manusia sering terlupa yang setiap luka akan meninggalkan parut pada mereka walaupun sekecil kuman ianya tetap akan diingati.jangan kau berani lukakan hati kau lagi dengan mencipta kisah baru sebab aku suda tidak larat.

family

seperti yang diketahui,mak kami sakit dan perlu membuad pembedahan untuk membuang ketumbuhan yang berada didalam hatinya.masuk kali ini suda 2 kali pembedahan itu ditunda atas alasan kuning mak kami terlalu tinggi.ketumbuhan itu mungkin kanser tapi belum dapat dikenal pasti sehingga pembedahan itu dijalankan.kami harap itu bukan kanser.YA ALLAH,kuatkanlah hati-hati kami didalam menerima ujianMU ini.

apa aku patut rasa ?

aku rasa marah sampai bila diberitahu tentang pembatalan operation kali kedua pagi semalam aku jadi bengang.mengapa perlu ditangguhkan lagi ?! "maaf mak atas ketelanjuran owg berkata sedemikian dekat mak " owg tidak terniat nk berkata begitu kepada emak.

kalau kau dapat lihat bagaimana dan berapa kali doktor dan jururawat mencucuk tangan emak,kalau kau dapat lihat bagaimana emak ditebuk dan membawa air yang dikeluarkan dari hati yang terpaksa di usung ke sana kemari,kalau kau dapat lihat muka pucat dan kuning emak,kalau kau dapat lihat bagaimana emak bersusah payah berjalan dan exercise sepanjang masa agar tak di marahi doktor yang tahu cakap sahaja,pasti kau akan tau bagaimana perasaan aku sekarang.

sakit tak sakit,bengang tak bengang la kau agak ? 

:'(


dan dengan tidak semena-mena mata aku pun boc0r dengan baiknya sehingga aku tidak tahu bagaimana caranya untuk aku menutup kembali lubang yang sedia ada.mengingati setiap satu peristiwa yang berlaku dalam hidup aku kebelakangan ini membuadkan aku sedih dan berfikir "kerdilnya aku" 

maka menangis lah aku dengan penuh perasaan.tanpa mempedulikan mereka yang berada disekeliling aku di dalam KTM yang membawa kami ke tempat hala tuju yang berbeza walaupun matlamat yang sama.jangan ditanya tangisan itu untuk apa kerna aku sendiri tidak dapat menafsirkan apa yang berlaku dalam hidup aku sekarang.


semoga berjumpa dengan hati kamu dan apa yang telah kamu hilang dan tinggalkan suatu masa dahulu.

.amin.

.insyaALLAH.



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

03 February 2012

. . . . . la tahzan~ . . . . .




assalamualaikum


salam hari jumaat ! :)


pernah terfikir tak apa yang kam0o suda lakukan sejak kebelakangan ini ?


sejak tak berapa nak menjak nie aku asyik terhengat kenangan lepas je.

dosa yang aku dah buat.

kelalaian yang telah aku lakukan

aku rasa macham banyak yang ALLAH dah bagi kat aku..

tapi apa yang aku lakukan dengan peluang itu ?

aku sia-sia kan dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah.

dan aku tidak bersyukur walau seketika.

tapi bila ALLAH kurniakan ujian..

aku merungut .

tanpa sedar itu adalah teguran berupa peringatan

betapa aku masih di bawah lindunganNYA

walaupun ...

aku hanya mengingatinya ketika susah

dan..

melupakanya ketika senang  :(

.hati mainkan pernan penting.

aku tau itu !

pergilah memana ceramah mesti hati akan diberi penekanan lebih.

yup ! jika hati mati apa pun yang ALLAH kurniakan kita akan nampak...

macham biasa dan tiada keistimewaan.

tapi jika hati kita hidup kita akan nampak...

 banyak yang ALLAH beri dekat kita begitu berharga

walaupun sebesar zarah.

.manusia selalu lupa.

kita diciptakan olehnya

dan

kita diberi kesempatan untuk merasa hidup di dunia.

tapi apa yang kita lakukan utk menunjukkan kesyukuran kepadaNYA ?


‎"Aku mencintai orang-orang soleh meskipun aku belum termasuk di dalam golongan mereka. Namun aku tetap berharap moga suatu hari nanti aku akan berada bersama-sama dengan golongan seperti itu. Dan aku membenci pula orang-orang yang suka berbuat maksiat kepada Allah meskipun aku sebenarnya, juga termasuk di dalam golongan itu."


fikirkanlah~~



wassalam




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

16 December 2011

pandangan atau pengalaman




assalamualaikum


aku dah lama nk nk cite pasal bende nieh !

ngeee~

pandangan adalah pendapat yang semua orang bole berikan.


pengalaman adalah berdasarkan apa yang telah kita alami

erk . .

definise di atas adalah definisi aku

harap maklum :)

pengalaman VS pendapat 

mana lagi yang kita bole terima ?

meyh,aku nak bg situasi : -

. . . kapel . . .

pendapat : tak baek
dalam islam kita tak digalakkan kapel sebab ianya dikatakan bole menghampiri zina.

pengalaman : normal 
remaja suka melakukan sesuatu yang baru lagi-lagi benda yang menarik perhatian mereka
dan selagi kau tak lalui kau hanya akan berkata-kata yang buruk tentangnya je.

. . . kawan . . .

pendapat : sume orang ada kawan cuma
bezanya banyak atau sikit
kawan baek,kawan bese-bese,dan yang sewaktu dengannya

pengalaman : kawan 
tak sume kawan tue sebenarnya kawan kita
mungkin dia orang yang bole dipercayai atau mungkin tidak

 . ..sahabat . . .

pendapat : sahabat sejati.
suweet nye kalau ada sahabat 

pengalaman : susah nak jumpa
 sekarang susah nak jumpa orang yang sudi jatuh bangun sesama
kalau ada hargailah agar tak menyesal di hari kemudian


. . . benci . . .

pendapat : tak baek la sifat tue
kita harus sentiasa bersifat baek sangka dengan orang laen

pengalaman : normal
perasaan tue wujud bukan bole seru-seru
ianya datang secara tetiba.
kau engat best benci orang ?


 . . . suka . . .

pendapat : kau bole suka semua orang 
tak kira la sapepunn,takde orang nak larang
tapi kena ada batas la

pengalaman : tak semestinya
orang yang kau suka tue akan suka kau balek
so,kau tak yah nak over sangat la kan :P


. . . tido dalam kelas . . .

pendapat : tak baek la !
kau engat duit mak abah kau tue senang nak cari
yang kau pergi masuk kelas buat tahi mata

pengalaman : kau engat senang nak tahan
supaya tak tido dalam kelas ?
kau engat dyorang tak cuba tahan ?


. . . banyak cakap . . .

pendapat : orang yang banyak cakap nie banyak dosa.
berhati-hati la ketika menuturkan kata-kata

pengalaman : haila...kau engat seronok 
jadi orang banyak cakap ? penat tau ?
ramai orang tak suka pulak tue.
tapi tue la dia kelebihan sesorang


okay !

cukup la contoh yang aku bagi tue ea .

konklusinya,

 ::pengalaman ::
 kau dah rasa betapa sakit dan seronoknya hidup kau.apa orang laen cakap tak penting sebab kau bole belajau sendiri dari pengalaman yang kau lalui tue.orang tak kan percaya sesuatu cerita sehingga mereka sendiri melaluinya.percayalah !

 :: pendapat ::
semua orang bole bagi pendapat tapi kita tak bole nak terima pendapat dyorang terus sebab tak semua pendapat yang dyorang bagi lebih kepada benda baek dan kadang-kadang dyorang belum lalui punn situasi yang korang mintak pendapat tue.




 orang yang dah lalui pengalaman tue yang kau kena mintak pendapat sebenarnya sebab dyorang dah lalui situasi tue dan kau kene engat setakat bagi pendapat tapi tak lalui kau tak layak untuk menilai sebenarnya.sory !


wassalam




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,