10 April 2013

Wordless wednesday~








terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

08 April 2013

spilt out #3




Kau tanya aku.. 
Kenapa makin jauh ?

 Aku jawab.. 
Itu permintaan dulu.
 Hormat ke kau mungkin.

 Kita janji siapa jumpa dia punya suka.
 Satu lagi kena terima terbuka.

 Aku nak tunggu kau cakap 
Tapi tak tau bila.

 Apa yang aku nampak 
Apa yang aku rasa 
Aku telan dalam-dalam 
Akan di kisar nanti-nanti Kalau ingat.

 Isu itu banyak nak bangkitkan.
 Itu pun kalau nak la.

Tapi kau pilih diam.
 Aku ? 
Aku ikut rentak kau.

 Dulu mungkin aku peluah 
Paling tegar ke kau.
 Dulu lah aku cakap tadi. 

Kini aku jumpa yang lagi better.
 Tempat yang tak pernah gagal dengar apa aku luah--

 Sejadah. 
Bunyik macam poyo bukan ? 
Tape.
 Itulah serba sedikit aku yang baru. 

Aku mahu curang. 
Kenapa ? 

Sebab aku bosan. 
Jadinya aku pilih untuk curang. 

Kenapa mesti curang ?
 Kenapa tak setia ?
 Sebab aku dah tak nak jadi tolol. 

Sejujurnya,
 Aku penat.
 Realiti masih panjang 

Tapinya aku
 Macam masih berada di awangan.

 Aku nak berjalan di atas realiti 
Bukan berlari di atas awanan. 

Jadinya aku pilih untuk cari curang lebih dari setia untuk meminimumkan sakit sebab kebodohan diri. 

Kenangan aku tak marah kau Cumanya jika kau menyinggah hanya kerana luka semalam.

 Sila jangan di hampiri tuan punya diri ini.



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

05 April 2013

la tahzan~

بسم الله الرحمن الرحيم


Bunga setaman
Letaknya di hati.

Terus di sepahkan ke semua.
Kot la ada yang sudi ambil.

Bole di buat kawan.
Mendapat pahala juga.

Yang indah itu semua mahu.
Tapi menjaga indah tak semua mampu.

Bukan cakap..
Kau atau aku baik.

Sepatutnya,
Mari menjadi baik-baik bersama.
Baru ada percaya.

Walau bukan sepenuhnya,
Paling tidak ada harapan.

Kenyataannya harapan itu..
Di jumpai nanti-nanti
Bila waktunya tiba.

Bukan maksud tunggu sampai lebam.
Usaha usaha usaha.

Doa jangan lupa
Tawakal seterusnya.

Berjaya tidak kerja DIA
DIA lihat semua.

Perlu di persoal apa tentang hidup ?
Layak apa kau punya ?

Orang islam itu punya senjata.
Doa.

Aku percaya tentang..
Ampuhnya doa seorang ibu
Keatas anaknya.

Aku percaya bahawa...
Baca al-mathurat bole lindungi diri
Dari pg ke petang dan dari petang ke pagi.

Aku percaya yang..
Baca surah al-mulk bisa menyelamatkan
Diri dari seksaan kubur.

Aku percaya..
Baca surah al-kahfi bisa terlindung
Dari fitnah ad-dajjal.

Aku juga percaya..
Solat malam itu bisa memberi ketenangan
Kepada diri.

Pokoknya,percaya dan mahu lakukan.
Tak perlu banyak tapi tak di amalkan.

Biar sikit-sikit,
Janji ada istiqamah.

Di setiap kesusahan ada kemudahan
.surah al-insyirah.

Pesan beliau..
Mahu di mudahkan urusan
Perlu kerapkan diri baca surah al-insyirah.

Mahu di murahkan rezeki
Banyakkan solat dhuha.
Banyakkan baca surah al-waqi'ah.

Hidup tak selalu indah.
Mana mungkin kau dapat apa yang kau suka hari-hari
Mana mungkin.

Kenapa...
Perlunya luka.
Perlunya kecewa.
Perlunya jatuh bangun.

Agar di ketahui hidup punya had.
Bukan sepanjang masa di atas.
Makanya di suruh intai mereka yang di bawah.

Siap siaga perlu ada.
Di setiap langkah mendatang.
Kerna tak taunya kita apa dia berlaku esok.

*mari.
mari kita sama-sama berpimpinan tangan menuju ke syurgaNYA :) 
#insyallah



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

04 April 2013

spontenous thursday #34 | kenangan






Setahun lepas.
Hari ni beliau masuk wad.

Jangka 6 april operate.
Tapi tak.

Aku jauh.
Mahu terbang ke sana.
Tiada kudrat.

Hanya doa.
Dan air mata mengiringi.
Moga semua baik-baik saja.

Aku buat habis kental
Depan semua.

Biar.
Mereka tak tahu rasa ketika itu.
Mereka tak rasa.

Rasa mau berlarinya aku.
Mahu lari dari semua.

Masalah.
Mereka.
Semua tiada beza.

Sakit itu tetap sama.
Tiada beza.
Sikit pun tak.

Jangan kesian ke aku.
Jangan.
Aku tak perlu.

Doakan yang terbaik.
Cukup itu.
Itu yang aku mahu.

Sampainya doa kau ke aku.
Begitulah doa itu jugak sampai ke kau.

Jangan halang aku.
Luahkan semua memori itu.
Jangan.
Ini cara aku.
Ingat kembali tentang semua.

Banyak aku belajau dari situ.
Memori semalam..

Mereka tanya.
Sampai bila ?

Jawapan yang aku sendirik tak punya.
Senyum.
Itu jawapan paling mudah.
Cerita sikit pada yang mahu tahu.

Aku mahu ke situ.
Mereka tanya kenapa ?

Jawapan mudah aku.
Kau tak-kan faham.

Suatu ketika dulu.
Itu rumah kedua keluarga aku.

Tak pernah miss walau sehari
Abah datang lawat beliau.

Tak pernah miss seminggu.
Kami  tak balik jenguk beliau.

Alhamdulilah.
Tak pernah.

Belajarnya aku..

Cara sabar.
Cara hargai.
Cara kuat.
Cara nangis tanpa air mata.
Cara senyum palsu.

Hebatnya ukhuwah keluarga.
Kenal siapa kawan.
Siapa lawan.

Tak dendam.
Itu bukan cara aku.
Beliau tak ajar pun.

Sejak peristiwa itu.
Banyak yang berubah.
Sikit-sikit yang banyak.
Positif negatif ada.

Pilihan yang ada.
Hadapi dengan abis terima.

Persoal tak layak.
Sedar.
Satu.

"DIA Maha Mengetahui apa yang aku tak ketahui"

Ayat yang aku pegang sampai sekarang.
Ketika tiap kali ujian menjengah.
Ayat ini paling powernyeee
Untuk ubat hati aku.

Hey ! Life must go on
Aku tau itu.






terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

03 April 2013

Wordless wednesday~




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

01 April 2013

Itu aku.

Cakap.
Luah.
Keluarkan semua.

Mereka tanya aku punya masalah ?
Jawapan femes aku tak.

Rasa mau di rakam dan di ulang cetak.
Biar di tanya ribu-raban atau juta-lemen kali.
Itu tetap jadi jawapan akhir aku.

Senyum lebarnye aku ke semua
Mana mungkin muka sebegitu punya masalah.

Pendam.
Aku masih mencari.

Kau yang boleh di percaya.
Walaupun aku tau mustahil.
Aku masih berharap.
Hingga ke hujung nyawa.

Memang tak semua mahu dengar.
Memang tak semua mahu merasai.
Memang tak semua.

Itu manusia.

Zahirnya mereka ada di situ.
Tapi jika di lihat sebenar-benarnya.
Kau akan tahu nanti.

Pendapat kita berbeda.
Kerana apa ?

Kau tak lalui hidup dia.
Dia juga tak lalui hidup kau.

Mereka berkata aku terlalu jujur.
Aku cakap..
Aku tak nak rasa sakit di tipu.

Mereka gelak.
Aku tak tahu apa yang lawak.

Kalaupun nak tumpahkan sesuatu.
Cari yang punya tempat kau di tumpahkan.
Jadi adil--

Bukan kau tahu cerita dia
Walhal dia tak tahu pun cerita kau.
Change.
Be fair.

Eh,itu paksa.
Bukanlah.
Itu paksa rela gelornyee.

Kau tak suka ?
Jadi aku pun tak suka kau.

Adilkan aku ?
Kbai--


terima kasih sudi singgah dan baca ^^,