04 April 2013

spontenous thursday #34 | kenangan






Setahun lepas.
Hari ni beliau masuk wad.

Jangka 6 april operate.
Tapi tak.

Aku jauh.
Mahu terbang ke sana.
Tiada kudrat.

Hanya doa.
Dan air mata mengiringi.
Moga semua baik-baik saja.

Aku buat habis kental
Depan semua.

Biar.
Mereka tak tahu rasa ketika itu.
Mereka tak rasa.

Rasa mau berlarinya aku.
Mahu lari dari semua.

Masalah.
Mereka.
Semua tiada beza.

Sakit itu tetap sama.
Tiada beza.
Sikit pun tak.

Jangan kesian ke aku.
Jangan.
Aku tak perlu.

Doakan yang terbaik.
Cukup itu.
Itu yang aku mahu.

Sampainya doa kau ke aku.
Begitulah doa itu jugak sampai ke kau.

Jangan halang aku.
Luahkan semua memori itu.
Jangan.
Ini cara aku.
Ingat kembali tentang semua.

Banyak aku belajau dari situ.
Memori semalam..

Mereka tanya.
Sampai bila ?

Jawapan yang aku sendirik tak punya.
Senyum.
Itu jawapan paling mudah.
Cerita sikit pada yang mahu tahu.

Aku mahu ke situ.
Mereka tanya kenapa ?

Jawapan mudah aku.
Kau tak-kan faham.

Suatu ketika dulu.
Itu rumah kedua keluarga aku.

Tak pernah miss walau sehari
Abah datang lawat beliau.

Tak pernah miss seminggu.
Kami  tak balik jenguk beliau.

Alhamdulilah.
Tak pernah.

Belajarnya aku..

Cara sabar.
Cara hargai.
Cara kuat.
Cara nangis tanpa air mata.
Cara senyum palsu.

Hebatnya ukhuwah keluarga.
Kenal siapa kawan.
Siapa lawan.

Tak dendam.
Itu bukan cara aku.
Beliau tak ajar pun.

Sejak peristiwa itu.
Banyak yang berubah.
Sikit-sikit yang banyak.
Positif negatif ada.

Pilihan yang ada.
Hadapi dengan abis terima.

Persoal tak layak.
Sedar.
Satu.

"DIA Maha Mengetahui apa yang aku tak ketahui"

Ayat yang aku pegang sampai sekarang.
Ketika tiap kali ujian menjengah.
Ayat ini paling powernyeee
Untuk ubat hati aku.

Hey ! Life must go on
Aku tau itu.






terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

No comments: