30 October 2012

belajar.

seringkal bertanya pada diri.
mengapa aku masih di sini.
tidak seinci pun aku bergerak.
cuba cari kelemahan diri.
sedikit-sedikit
aku mula sedar.
kenapa aku tidak berganjak
aku masih tidak memaafkan diri sendiri
tentang masa lalu.
bagaimana aku mahu memaafkan mereka
jika aku tak mampu untuk maafkan diri.
sadis sungguh jadi aku.
aku masih melakukan perkara yang sama.
perkara yang tak mendatangkan faedah pun.
kena cari dan tau cara nak atasi.
setakat tau tapi tidak atasi pun tidak bole jugak !
perkataan 'move on' itu
memang tidak bole diguna pakai
kalau tidak memaafkan diri tentang masa lalu
itu pengalaman dan pengajaran
untuk diri perbaiki masa depan.
memaafkan tu bukan mudah sifatnya.
tapi besar ganjaranya DIA bagi.
kena belajar cara memaafkan dari hati
bukan mulut semata-mata.
hati itu bukan bole di tipu.
hati punyai pengaruh yang besar dalam hidup.
bersihkan sebersihnya.
jangan biar ianya alpa
seterusya rosak.
jaga ianya sebaik menjaga diri.
senangnye nanti diri kamu.
banyak perkara yang kena terima dengan fikiran terbuka.
sabar itu perlu dilekatkan dalam diri.
biarkan ia sentiasa ada di situ sampai bila-bila.
semoga segalanya dipermudahkan oleh ALLAH.

kalau mahu menghargai hidup sekarang,maafkanlah diri sendiri tentang masa lalu.
-khairul fatehah 2012-


terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

26 October 2012

. . . . . La Tahzan~ . . . . .

بسم الله الرحمن الرحيم

reflect diri.
alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah.
masih di beri kesempatan untuk menghirup udara segar pada pagi ini.
hari yang penuh barakah.
cuti mid sem baru bermula.
tiba masanya kembali kepada  keluarga terchinta.
banyak perkara yang aku kesan
ada yang aku gumbira.
ada yang duka.
tapi banyak lagi duka dari gembira.
itulah manusia.
selalu nampak yang buruk dari yang baik.

*pause

kesabaran aku bersama keluarga
sangat tinggi berbanding bersama kawan.
ada perkara aku tegur tapi tak dapat 'feedback' yang baik.
mereka berkata aku bajet sempurna.
aku diam.
kaku.
tak mampu membalas.
rasa sakit.

*sigh

ALLAH turunkan ujian.
untuk menguji bagaimana tingginya semangat kita
untuk berjihad di jalanNYA.
berdakwah tanpa ujian
ibarat kopi tanpa gula.
pahit.
kelat.
ada masa kita akan tersasar.
kesan daripada tertarik hati dengan sesuatu.
nafsu itu sukar di bendung.
kena cari cara untuk banteras.
terus cari hingga tiada daya.
cuba sehabis kesanggupan

*senyum

banyak perkara mahupun benda yang aku perlu ubah.
kena selalu muhasabah diri.
ALLAH turunkan ujian suruh kita berfikir.
ambil masa sejenak cuma.
pilih dan tentukan mana yang bole di buad kenyataan.
dunia realiti dan alam maya itu beza.
harus menjauhi alam maya jika tidak kuat.
pengaruh lagha tahap dewa di situ.
untuk cari diri yang hilang muncul
perlu nawaitu yang suci
usaha yang gemilang
baru hasilnya cemerlang.
istiqamahnya terus terbilang.

untuk memilih yang terbaik kita kena korbankan sesuatu yang lain.
macam kos lepas dalam ekonomi tu.ada faham ?
-khairul fatehah-


happy eid mubarak,semua ! :)



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

19 October 2012

. . . . . la tahzan~ . . . . .


Sem baru bermula bermakna hidup baru sahaja bermula untuk diri sendiri.setelah kehilangan emak pada akhir sem lepas.diri itu rasa hilang sebentar.masih tercari-cari diri yang kelam dikelilingi mereka yang lain.

Itu emak.orang penting dalam hidup telah di jemput ilahi.sentiasa cuba redha dan pasrah atas ketentuan DIA.perancangan kita dan perancangan DIA tidak setanding.kena selalu didik hati,mengingatkan otak bahawasanya barang pinjaman perlu di pulang semula.teringat perenggan yang di baca beberapa hari lalu:

Ketika seorang anak kehilangan ibunya (sebab kematian),sesungguhnya ALLAH telah mengambil hambaNYA dan DIA lebih berhak atasnya.jika seorang anak berkata : “emakku”

ALLAH yang Maha Pencipta berfirman : “hambaku ! Aku lebih berhak atasnya daripada yang selain Aku .ibumu adalah pinjaman.tiada lain harta dan keluarga itu hanyalah amanah belaka dan sesuatu waktu amanah itu pasti harus dikembalikan (kepada si empunya)

pembelajaran semakin susah.hidup itu misteri.perlu persediaan untuk menerokainya.semakin hari pelbagai perkara baru,orang dan ragam yang bakal di jumpa dan diri sendiri tak tahu mahuk buat persediaan yang bagaimana.hanya tempuh sehabis daya upaya.

Tiap kali naik bas untuk ke kampung halaman, ke kampus mahupun ke kolej,hati itu sayu apabila kenangan berlayar di tubir mata.air itu mengalir  turun.itu air mata rindu,peluk,cium yang hanya mampu di zahirkan melalui air mata kerana tiada jasad yang bole di peluk dan di cium macam dahulu.cukup melalu cara itu buad hati itu rasa lega dan bersemangat.

Bila bersendirian,ingatan itu akan terus sampai pada masa lalu.masa yang wujud cukup untuk hidup di dalamnya dalam tawa dan tangis.babak ketawa yang banyak sedikit terlupus tapi bahagian tangis itu kerap kali di ulang oleh minda.impian yang pernah di cipta bersama.tersingkapnya banyak rahsia dari bahagian itu.istighfar untuk cari semula sedikit kekuatan.

Diam,pendam dan simpan sekemas yang mampu.bercerita tak bermakna tiada rahsia yang tinggal untuk diri kita.kena ada sikit rahsia untuk diri sendiri.bercerita lebih kepada perkongsian untuk yang lain.jalan hidup ini berbeza tapi pengakhiran kita semua tetap sama di mana akhirnya akan di jemput kembali oleh DIA Cuma bagaimana keadaanya itu berbeza.

“dunia dicipta oleh DIA untuk manusia manakala manusia di cipta untuk menyembah DIA”

Hikmah itu akan Nampak selepas ujian.ujian itu buad diri rasa lebih kuat.tiada ujian maka tiada hikmah.bukan hanya tahu erti senang tapi ianya juga kena tahu erti susah.sakit,derita itu teguran dari kelalaian yang telah di lakukan.suka,gembira perlu juga ingat pada DIA agar waktu hati itu sakit DIA sentiasa ada.alhamdulillah.jangan berharap pada manusia kelak akan rasa kecewa dan sakit.

Minta pada DIA.DIA pasti akan beri.doa itu perlu ada disertai dengan usaha semampu diri.kena paksa diri untuk gapai apa yang di fikirkan bukan hanya jadikan ia sebagai impian yang tak kesampaian.DIA Maha Mendengar dan memakbulkan segala permintaan,kena sentiasa percaya pada DIA.

Cinta itu fitrah.semua manusia punya hati dan rasa cinta itu di hembuskan di situ.kena cari cara bagaimana mahu di zahirkan.perlu sentiasa dijaga kesuciannya.takdir itu sudah tertulis.jangan sesekali takut.DIA sudah beri satu untuk setiap makhluk Cuma masanya itu akan menentukan .DIA tahu bila masanya diri itu tahu erti tanggungjawab dan benar-benar bersedia.

Kena sentiasa jaga ikhtilat.ALLAH hantar mereka untuk menguji keutuhan dan keluhuran hati itu.jangan mudah goyah dan terpedaya.sentiasa cari penyelesaian bagaimana caranya untuk abaikan perasaan itu kerana ianya bukan pada tempatnya.dosa itu sudah ada janagn ditambah dengan perkara yang bole dikurangkan dosanya.

Kasih sayang sesama manusia itu perlu ada dan di zahirkan kepada yang lain tapi ianya ada batasan.jangan sampai buad hati mereka tersalah tafsir.manusia itu mudah tertarik dengan mereka yang sentiasa menghulurkan kebaikan tanpa di pinta dan kepada mereka yang sentiasa ada bila diperlukan.hati itu jangan mudah di tipu dengan tipu helah mereka.kena arif tentang apa ertinya jarak dan batasan dalam perhubungan.

Kelemahan diri itu kena cari cara atasi supaya tekanan dapat di kurangkan.peduli mereka yang mengeji kerana kelebihan yang mereka ada tidak sama dan selamanya akan kekal.manusia itu DIA cipta berbeza-beza supaya adanya warna dalam kehidupan bukan jurang.bukan hanya ada satu warna tapi punya pelbagai ciri dan kesan.cari mana yang diterima dan sesuai untuk diri.jangan mudah penat dan putus asa kerana belum masanya untuk berehat.

“waktu berehat yang sebenarnya adalah ketika mana nadi dan pergerakan diri itu menjadi kaku”

Berfikir dengan sedalam-dalamnya sebelum mengambil Sesuatu langkah.walaupun mereka gelar diri itu paranoid.takut akan perkara yang belum berlaku.itu bukan takut tapi ianya lebih kepada bersiap siaga dengan banyak kemungkinan.kisahkan mereka.yang ditanggung dan apa yang di  lalui itu jalannya beza.senang susah itu adat tambah perisa supaya senyuman ikhlas yang di sebar itu dapat di zahirkan oleh mulut tidak di salah tafsir dan terus masuk dengan mudahnya ke dalam hati mereka.

“Senyuman itu adalah sedekah yang paling murah”

Duit itu perlu dalam hidup tapi jangan sampai jadi hamba duit.dahulukan barang-barang yang penting.untuk tambahan keseronokan hidup itu bataskan.jangan biarkan nafsu dalam diri itu melampau batas.ramai lagi yang perlu di bantu.salurkan duit itu pada mereka yang lebih memerlukannya.pahala itu akan mengalirnya sebagaimana mengalirnya duit itu.

Menjaga mereka yang disayangi sebaik menjaga diri.yang telah tiada bukan di lupa perlu sentiasa di ingati agar diri itu sentiasa ingat betapa dekatnya mati.masa itu akan tiba dalam diri setiap makhluk.bersiap siaga itu perlu ada.yang hidup itu perlu di jaga sebaik agar tiada penyesalan berlaku kelak.tiada yang dapat kembali kepada masa lalu.mungkin bila kembali kepada masa lalu tiada apa yang mampu dilakukan.harus masa yang ada di guna sebaiknya dengan menghargai mereka yang di sayangi di sekeliling kita.

Kena sering cari cara untuk sentiasa ‘keep in touch’ dengan DIA.jangan lupa baca surat cinta DIA tiap hari.menghayati setiap bait ayat-ayat cinta membuatkan hati itu hilang gundah gulana.kena cari masa untuk berzikir dan bertahmid kepada DIA tidak kira masa tempat dan ketika.mari amalkan zikir yang ringan di mulut namun berat di mizan (timbangan) :

سبحان الله وبحمده,سبحان الله العظيم

bersyukur perlu ada pada setiap kejadian yang berlaku di dalam kehidupan seharian agar hati itu tenang dan damai.setiap kejadian yang berlaku itu perlu dikaji definisi syukur dan perlukan muhasabah diri.cari sedikit masa untuk kita panjatkan rasa syukur itu,sebentar Cuma.alhamdulillah.

“manusia seringkali mempersoalkan apa yang berlaku di sekeliling mereka sedangkan nikmat banyak yang di beri tidak langsung di syukuri”

*Notes ini untuk tuan empunya diri kerana sifat manusia itu sendiri mudah lupa.diri ini dengan rendah diri ingin berkongsi dengan yang lain agar kita sentiasa berada di dalam lindungan DIA selalu.amin.insyaALLAH J



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

18 October 2012

sponten0eus thursday #27 | dear adik~


Dear adik,

Terima kasih jagakan abah bagi pihak along,angah dan alang.dulu,kau jugak yang banyak jaga mak.semoga kau tabah,dik.jaga abah lebih mencabar dari jaga emak.jangan mudah terasa dengan abah tau.kita semua tahu perangai abah memang macam tu.nanti kalau terasa,sakit hati.kena ingat,kita dah tade emak.kita kena jaga emak sebaik kita walaupun kita tak mampu jaga abah sebaik emak.kuat tau,dik.jangan tinggal solat tau.banykkan mengaji nanti angah nak tasmik.jaga diri.sayang kau.rindu kau :)


Your beloved,
Angah.



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

16 October 2012

prove by do and show it.


Seringkali melihat kelakuan mereka.
Ingin ditegur tidak mampu .
Hanya mampu melihat
Berdoa untuk mereka.
Moga diterangkan hati mereka.
Sudah di tunjuk caranya
Tapi buat buta tuli.
Bukan putus asa
Cuma ada batasan.
Kita belajar perkara dan benda yang sama.
Mereka menjaga penampilan
Untuk ke dunia luar
Tapi bila bertemu DIA
Ambil lewa sahaja.
Mungkin definisi kita berbeda
Tapi niat kita sama.
Ingin menjaga apa yang bole di jaga.
Cuma cara bagaimana kita zahirkan itu tak sama.
Mungkin aku tak suka cara kau
Begitu juga kau tak suka cara aku.
Islam itu mudah
Tapi jangan ambil mudah.
Islam itu agama yang mendidik
Bukan menghukum melulu.
Apa yang di ajar kena praktik
Bukan dipendam buat perkasam.
Perlu dikongsi bersama yang lain
Bukan hanya untuk sendiri.
Bagi pahala itu mengalir.
Jangan sesekali ‘limit’ kan pahala itu.
Jangan kedekut.
Berkongsi itu seronok.
Hati itu akan tenang.
Satu amanah terlaksana suda.
Ilmu itu luas.
Terdapat dalam pelbagai bentuk.
Setiap pergerakan.
Setiap percakapan.
Itu bole dikira ilmu kalau kena pada tempatnya.
Bukan terhad kepada pelajar sekola agama sahaja
Ianya tanggugjawab kepada setiap manusia.
Apa yang penting.
Ilmu itu perlu di sebar
Tak kira cara dan ketika
Ilmu belum cukup ?
Bila nak tunggu ianya cukup.
Nyawa kita juga tak bole ditangguh
Untuk diambil bila sampai waktunya.
Belum bersedia ?
Berilah banyak mana masa.
Persediaan itu tak akan pernah ada dan cukup.
ianya perlu di tempuh sehabis cara.
Mencari kesempurnaan yang tak pernah wujud
Itu penat.
Membawa kepada leka.
Terlupa pada niat yang asal.
Sentiasa luruskan niat.
Lillahita’ala.
Kena cari dan ubah.
Berdikit-dikit.
Hati itu bukan senang untuk di ubah rasanya.
Perangai itu bukan mudah di baik pulih fizikalnya.
Tabiat itu bukan mudah di carik gayanya.
Masa itu perlu ada.
Lama mana diperlukan terserah.
Jangan pernah berhenti sehingga kamu sampai
Apa yang kamu rasa perlu ada
Untuk bantu yang lain.
Bersama-sama menuju redhaNYA.
Moga diberkati langkahnya
Dilindungi sentiasa niatnya.
Dipermudah segala keinginanya.
Diberi istiqamah dalam melaksanakanya.
Diusung kekuatan bersamanya.
insyaALLAH.
.amin.

People prefer to look what are you doing not just what are you said. show them not through your mouth but with your attitude. that exactly in islam.
-khairul fatehah 2012-



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

10 October 2012

tak patut.


Mengambil sesuatu yang bukan milik kita itu zalim.
Mungkin orang lain perlukannya lebih dari kita.
Sedangkan kita masih mampu.
Kekurangan itu jangan di cerita.
Semua orang alami.
Cuma bagaimana kita nak atasi itu kena cari.
Mungkin itu cara kau atasi.
Maaf la Cuma aku tak suka.
Hak aku bersuara itu tiada.
Semua buad tak endah.
Mungkin cara kau betul.
Kekurangan yang masih bole di tutup lompangnya.
Tapi kau tak nak usaha.
Sibuk nak ikut orang.
Pilih cara mudah.
Aku cuba untuk tak terlibat.
Semampu aku.
Aku takut.
Nak cakap aku bajet suci ?
Tape,tak kisah.
Selagi aku mampu bertahan.
Aku baik-baik saja.
YA ALLAH,
Sesungguhnya aku takut jadi seperti mereka.
Aku sudah banyak dosa
Dan aku tak mahu tambah lagi.
Aku berkata.
Mereka berkata.
Aku diam.
Pendam semampu aku.
Aku juga susah.
Tapi aku tak mahu ambil cara mudah.
Mungkin juga aku tak faham kenapa kau lakukan itu.
Maaf.
Aku Cuma manusia biasa.
Sering Nampak kesalahan yang lain.
Sedangkan kesalah sendiri.
Tutup mata.
Buat buta tuli.
Maaf sekali lagi.
Ini pendapat umum berdasarkan
apa yang berlaku di sekeliling aku sekarang.
Jalan itu ada.
Tinggal fikir dan pilih.
Semoga kita sentiasa di dalam lindunganNYA
.amin.


“Dan ALLAH lebih mengetahui tentang musuh-musuhmu.cukuplah ALLAH menjadi pelindung dan cukuplah ALLAH menjadi penolong (bagimu)”
(An-Nisa :45 )


Ada benda kita terpaksa elak dari menghampiri bukan sebab kita benci mereka tapi kita tahu tahap mana iman kita dan betapa senangnya kita terpengaruh :’)
-khairul fatehah 2012-



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

06 October 2012

selalu rasa.

بسم الله الرحمن الرحيم

pemerhatian itu adakalanya bagus.
buad diri jadi lebih bersyukur.
kenangan masa lalu sering menyapa.
walaupun sekilas.
hati itu tetap terusik.
air menjadi peneman mata.
payah untuk berhenti.
pujuk diri.
jangan sesekali lemah.
hidup dalam kenangan adalah indah.
alhamdulillah.
masih di beri kesempatan.
peristiwa yang suka gembira
atau duka tangis.
tetap air mata itu mengalir.
itu air mata rindu.
katup mata.
jangan benar ia jatuh.
masih degil.
lap dengan tangan setangkas mampu.
muka dan hati mulai tenang.
melihat kembali.
perkara yang sama berulang.
sepanjang perjalanan.
cerita dulu itu bagai hidup di depan mata.
apa yang pernah di rancang bersama.
apa yang pernah dilakukan bersama.
apa yang pernah dibualkan bersama.
setiap garis masa itu muncul seketika.
hati diam menghayati.

*istighfar*

dalam setiap perjalanan pulang.
mata itu sering bocor
sukar di tampal.
senyum bagi mata bersinar.
biarkan ianya bersinar kerana senyuman di bibir
bukan bersinar kerana air mata bergenang.
muhasabah rindu kerap menjengah.
syukurnya YA ALLAH atas kurniaMU yang satu itu.
gagalnya aku menjaganya dengan sempurna.
maaf itu kerap di ulang.
kerana itu sahaja yang mulut dan hati mampu sebut.
rasa itu yang selalu menemani aku
pulang ke kampung halaman tanpa rasa jemu.
tangisan itu buad aku suka.
kerana hati itu masih ingat kenangan lalu.
kenangan yang tuan punya badan tidak mahu cipta.
dengan sesiapa pun
kerana takut terluka parah.
sebenarnya,ianya tidak lah seteruk yang disangka.
kenangan itu penting
kerana ia perlu hidup sebagai panduan di masa akan datang.

pesanan untuk air mata
terima kasih sudi teman aku dan
 tidak merungut setiap kali aku perlukan kau.
hati,otak dan semua kami sayang kau.
jangan pernah kering.
kerana takut yang lain jugak akan kering nanti.
nauzubillah.



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

03 October 2012

wordless wednesday~













terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

01 October 2012

bulatan kegembiraan dalam hidup aku


Resah gelisah selalu menyapa.
Aku diam.
Pendam dalam tangisan
Biar hanya aku yang tahu
Apa yang aku fikir
Apa yang aku lalui.
Sakit itu jangan dikongsi.
Tiada orang mahu dengar
Benda yang tiada kena mengena dalam hidup mereka
Mereka tak akan pernah faham
Sebab jalan kita semua berbeza.
Harus cari bagaimana harus atasi
Aku sudah jumpa ubatnya.
Walau bagaimana jauhnya
Tidak kira masa dan ketika.
Akan aku cari mereka.
ALLAH itu tahu.
Aku tahu kenapa aku berada di sini sekarang
Hikmah itu banyak yang aku lihat.
Kita merancang dan DIA juga merancang
Perancangan DIA yang terbaik.no doubt !
Aku suda penat cari diri aku di sini.
Tiada satu pun yang aku jumpa dapat membantu.
Aku kena cari mereka.
Aku Nampak diri aku dalam diri mereka.
Sikit-sikit aku nampak banyak perubahan.
Aku suka perubahan itu.
Kini aku sedang belajar memendam
Dan tidak cerita
Benda dan perkara yang bole aku simpan semampu aku.
mereka yang banyak cakap
 sebenarnya lagi banyak pendam dari yang lain.
Aku jumpa terlalu banyak mereka yang begitu.
Aku suka berada dalam kalangan aku.
Hati aku yang sakit akan terubat.
Solat,mengaji dan zikir itu sudah tentu ada.
Itu secara zahiriah
Resmi manusia susah baru cari pencipta.
Cuma aku cuba cari tempat yang bole aku lepasakan secara fizikal
Mereka selalu ada untuk aku perlukan mereka.
Keluarga.
mereka yang aku sayang.
Mereka yang aku hormati.
Mereka yang banyak berkongsi suka dan duka.
Mereka yang memahami.
Mereka yang banyak mendokang dan membangkang.
Walaupun beliau suda tiada tapi aku masih ada yang lain.
.alhamdulillah.
Terima kasih ALLAH
Kerana mengurniakan ahli keluarga seperti mereka semua.
.astaghfirullah.
Maaf ALLAH
Atas segala persoalan dan tidak kesyukuran yang aku luahkan.
Maafkan hambaMU ini baru sedar.
Rasa syukur itu.
Aku perlukan KAU dan mereka senantiasa.
Jangan benar aku menjauhiMU.
Aku mahu dekat denganMU
Bersama mereka.
Bersama-sama menuju jannahMU.
.insyaALLAH.
Amin.


the best moment ever when you can gather with all your family members at home.
(Khairul fatehah 2012)





terima kasih sudi singgah dan baca ^^,