30 October 2012

belajar.

seringkal bertanya pada diri.
mengapa aku masih di sini.
tidak seinci pun aku bergerak.
cuba cari kelemahan diri.
sedikit-sedikit
aku mula sedar.
kenapa aku tidak berganjak
aku masih tidak memaafkan diri sendiri
tentang masa lalu.
bagaimana aku mahu memaafkan mereka
jika aku tak mampu untuk maafkan diri.
sadis sungguh jadi aku.
aku masih melakukan perkara yang sama.
perkara yang tak mendatangkan faedah pun.
kena cari dan tau cara nak atasi.
setakat tau tapi tidak atasi pun tidak bole jugak !
perkataan 'move on' itu
memang tidak bole diguna pakai
kalau tidak memaafkan diri tentang masa lalu
itu pengalaman dan pengajaran
untuk diri perbaiki masa depan.
memaafkan tu bukan mudah sifatnya.
tapi besar ganjaranya DIA bagi.
kena belajar cara memaafkan dari hati
bukan mulut semata-mata.
hati itu bukan bole di tipu.
hati punyai pengaruh yang besar dalam hidup.
bersihkan sebersihnya.
jangan biar ianya alpa
seterusya rosak.
jaga ianya sebaik menjaga diri.
senangnye nanti diri kamu.
banyak perkara yang kena terima dengan fikiran terbuka.
sabar itu perlu dilekatkan dalam diri.
biarkan ia sentiasa ada di situ sampai bila-bila.
semoga segalanya dipermudahkan oleh ALLAH.

kalau mahu menghargai hidup sekarang,maafkanlah diri sendiri tentang masa lalu.
-khairul fatehah 2012-


terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

No comments: