28 September 2012

. . . la tahzan~ . . .


بسم الله الرحمن الرحيم

DIA MAHA MENGETAHUI

apa yang ada di setiap inci hati kamu.
apa yang kamu rancangkan.
percaya pada DIA
merancang itu tidak salah
tapi perancangan
 kita tidak sehabat DIA.

Kenapa DIA ambil beliau terlalu awal ?
kerana DIA sayang beliau.DIA tahu yang kami selalu sering gagal dan senantiasa menyakiti hati beliau dan mungkin kami akan mengabaikan beliau bila beliau tua nanti.DIA tahu yang aku terlalu bergantung pada beliau.DIA mahu aku tahu erti berdikari di mana aku perlu berdiri di atas kaki sendiri.aku tau aku mampu Cuma kau perlukan sedikit masa lagi untuk bangun.

Kenapa aku tak secantik wanita lain ?
Kerana DIA tahu aku akan riak.manusia itu selalu ingin mengetengahkan diri mereka tidak kira cantik atau tidak.bila cantik riak itu mudah datang sedangkan wanita yang tidak cantik juga mahu menonjolkan diri mereka ini kan pula yang cantik.cukup aku cantik hanya pada yang benar-benar berhak satu hari nanti.

Kenapa aku gemuk ?
Kerana DIA tahu apa yang aku akan jadi bila aku kurus.riak itu sudah pastinya.pujian pasti banyak di lemparkan jadi cukup aku kurus di mata mereka yang benar-benar berhak satu hari nanti.kurus membuatkan orang suka kita tidak seikhlas mereka.biar diuji pada awalnya.

Kenapa aku selalu diuii ?
Kerana DIA menyayangi hambaNYA.salah satu dari caranya adalah dengan memberi ujian sebagai tanda mahabbah daripadaNYA.ujian itu teguran tanda ingatan.la tahzah duhai hati yang menangis.semoga kamu tabah.kamu kena tahu erti kuat dan tabah selalu.

Kenapa aku sentiasa menangis ?
Kerana aku tahu bahawa menangis itu tandanya aku masih mempunyai hati hati dan ianya sedang  sakit dan perlukan penawar.tangisan itu menunjukkan hebatnya kita dapat bertahan dan tiba masanya kita lepaskan semua beban itu.DIA lebih mengetahui apa yang ada dalam hati-hati kita.

Kenapa aku tidak bijak seperti mereka ?
Kerana DIA tahu yang riak itu pasti akan menghuni hati ini.hati itu akan mudah untuk dipengaruhi dengan perkara-perkara yang mazmumah.nauzubillah.bukankah lebih baik rasa betapa susahnya mencari sesuatu ilmu itu agar kita tahu betapa syukurnya dan betapa kita menghargai sesuatu itu.

Kenapa aku tak kuat seperti mereka ?
Kerana DIA tahu bila hati itu kuat maka hati itu akan hilang kewarasan.muncullah sifat mazmumah yang lain.mereka yang kuat tidak bermakna mereka hebat.mereka juga masalah cumanya mereka sentiasa cuba menutup masalah itu dengan air muka sebaik mungkin dan aku seringgagal dalam merencanakan muka seperti itu.

Kenapa aku tidak kaya seperti mereka ?
Kerana DIA tahu bila kekayaan itu ada maka membazir itu akan sentiasa menghantui aku.duit itu akan mengalir seperti air.mengalirnya duit itu bukan pada tempatnya.kalau duit itu mengalir pada perkara yang membawa kepada kebaikan dan pahala.alhamdulillah.kalau sebaliknya.nauzubillah.

Kenapa kawan aku tidak setia seperti mereka ?
Kerana DIA tahu aku juga tidak setia.suka memanipulasi itu tidak asing dalam diri aku.meninggal dan ditinggalkan juga sentiasa akan berlaku.itu kehidupan.kawan itu tidak kekal dan mereka punya pelbagai rasa dan ragam.cari yang benar-benar mahu berkawan dengan kamu bukan dengan fizikal yang kamu ada tapi dengan zahiriah yang kamu punya.


Manusia itu sering bertanya kenapa ? kenapa ? dan kenapa ?

seperti hanya mereka sahaja yang hidup dalam kesusahan dan kesempitan.

manusia itu sangat menyukai benda-benda yang cantik.

perkara-perkara yang mendatangkan kesenangan.

biar mereka mengenal kita dengan rasa tidak sempurna.

untuk melihat adakan mereka ikhlas untuk berkawan dengan kita.

itulah ujian pada permulaan.

mereka tidak lihat orang di bawah mereka tapi mereka sentiasa melihat orang yang di atas mereka jadi 

kesyukuran itu tidak akan pernah wujud dalam diri mereka.

melihat mereka mendapat yang terbaik.

aku juga mahu tapi tahukah kita 

apakah pahala kita akan mengalir bila kita mendapatkan sesuatu yang kita inginkan ?

kena selalu tanya diri,apa sebenarnya yang kita mahukan ?

jangan benarkan diri itu terpengaruh dengan benda atau perkara-perkara lagha.aku juga sering begitu

 tapi secepat mungkin aku sedarkan diri di mana aku harus berada.

bersederhana dalam setia perkara itu yang terbaik.dari situ sifat-sifat yang terpuji akan muncul.

itu takdir kita.

DIA dah rancang sesuatu untuk kita.

percaya pada DIA.kena selalu percaya.

aku sering gagal mendidik hati tapi aku tidak pernah putus asa untuk terus mendidik hati aku

agar ianya sentiasa terpelihara dari perkara yang bole mendatangkan dosa.

manusia itu mudah lupa kena selalu diingatkan.

Aku juga manusia sentiasa cuba tahu setiap definisi yang aku perlukan.

aku sering gagal dan jatuh.

sakitnya hanya DIA yang tahu.

bila DIA mengambil beliau aku rasa sangat lost dan down tapi aku tahu ada hikmah.

Aku cuba cari dan percaya pada hikmah itu semampu aku.

Kehidupan setiap orang itu berbeza ianya perlu di ‘explore’

Kerana kehidupan itu penuh dengan misteri dan kejutan

Kena siap siaga selalu.

Yang selalu muncul itu bukan yang kita inginkan biasanya.

Selagi bole lari dari berfikiran negative.

Aku cuba.

Walaupun negative itu lagi banyak dari positif

Tapi aku nak jugak cuba semampu aku 
.
Aku kena selalu ingatkan diri aku

Supaya sentiasa cuba

Kuat,kuat dan terus kuat.

Kerana hidup ini pendek.

Mati itu sentiasa dekat dengan kita.

Jadi kena buad segalanya sebaik dan sesempurna yang aku mampu.

.insyaALLAH.

duhai hati,

jangan sentiasa bersedih.

ingat !

percaya pada DIA.



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

27 September 2012

spontenous thursday #26 | orang kita~


Stigma orang kita
Pantang  berkongsi tentang agama
Sudah di label ustazah.
Pantang  berkongsi tentang cinta
Sudah di label jiwang.
Jangan mudah menghukum.
Perkongsiaan dan pengisiian itu penting
Ilmu itu maknanya luas.
Setiap ilmu itu perlu di kongsi
Untuk mendapat kemanisan bersama.
Pemikiran lain yang berbeza
Tidak berhak mematahkan pemikiran mereka yang lain.
lihat niat mereka.
Jika baik
Ikut itu tidak salah.
Pahala lagi ada.
Jika kurang.
Bantu.
Jika tidak mampu.
Jauhi mereka.
Kelak takut  terpengaruh nanti.
Itu selemah-lemah iman.



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

24 September 2012

amanah.


بسم الله الرحمن الرحيم

Amanah sebagai seorang hamba
Amanah sebagai seorang umat.
Amanah sebagai seorang anak.
Amanah sebagai seorang pelajar.
Amanah sebagai seorang ibu bapa.
Amanah sebagai seorang kakak
Amanah sebagai seorang adik
Amanah sebagai seorang kawan.
Amanah sebagai seorang suami isteri.
Amanah sebagai seorang pekerja.
Amanah sebagai seorang umat islam.

Sedar atau tidak.
Hidup kita penuh dengan amanah.
Benda dan perkara yang berbeza
Tapi ianya masih satu.
.amanah.
Amanah itu berat.
Ianya separa pilihan.
Anda terpilih ?
Untung kerana ada kejujuran.
Ianya penuh dengan kepercayaan.
Ianya penuh dengan kekuatan dan kelemahan
Ianya penuh dengan rasa tanggungjawab.
Ianya penuh dengan kasih sayang.
Ianya penuh dengan penjagaan
Ianya bukan perkongsiaan
Tapi  pada yang benar-benar berhak.
Mawaddah wa rahmah
Itu janji DIA
Pincang satu.
Akan diikuti yang lainnya.
Fikir dan pilih.
Selagi bole jaga.
Buad sehebat bole.
Amanah itu paling berat di dunia
Manis di syurga pastinya.
insyaALLAH.



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

16 September 2012

anda untA ?

unta itu tau ?
pernah tengok camne rupanyee unta itu ?
bonggol unta tu besau tak ?
besau kan kan kan ?
macam mana la unta tu bawak bonggol dia ?
mesti berat aih.
pernah tengok manusia separuh unta ?
lagi sedih T_T
kasihan sebenarnya.
lagi-lagi kalau umur dah sampai akil baligh.
belajau la banyak mana punn kalau tak praktikkan.
ilmu itu hilang macam tu saja tauu T_T
dunia akhir zaman.
terlalu mudah untuk terpengaruh.
nak cakap rambut panjang tidak.
orang yang rambut panjang pun tak buad cmghitu.
apakah motif mereka ?
cantik ?
sangat lah tidak.
menjadi sesuatu yang diperhati bukan kerana benda baik
adalah suatu yang menyedihkan.
insaflah wahai kaum hawa.
perlukah itu semua ?
sebelum keluar bole make up bagai
tapi kenapa tak lihat diri kita depan belakang ?
perlu sedar diri.
sentiasa sedar diri.
manusia itu mempunyai ego yang sangat tinggi.
melenting apabila di tegur.
kalau tak suka jangan buad.
masih ada masa untuk perbaiki diri.
bukan berkata sebab perfect.
cuma mengingatkan diri sendiri dan yang lain.
itu wajib.


*salam muhasabah diri ^^,



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

11 September 2012

hidup baru.sem baru.azam baru.

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

pagi itu bangun dengan rasa kesyukuran.
alhamdulillah.
masih di beri kesempatan untuk melakar sesuatu.
burung-burung berkicauan riang ria.
lidah di basahi dengan zikir.
masih mencari kekuatan sehabis daya.
berkongsi dengan yang benar-benar sudi.
susah payah telan sendiri.
pahit.
diam.
jangan di cerita.
biar hati itu sahaja tau.
agar ianya tau erti kuat dan syukur sentiasa.
boleh di ingati sepanjang hidup.
belajar itu bukan mudah
bukan juga susah
ianya berpandukan niat.
lillahita'ala.
susah itu ada.
ianya manis.
senang itu kena cari.
tapi jangan alpa.
syukur itu kena ada selalu dalam hati.
cerita itu tidak akan dan pernah sama
perjalanan itu masih panjang.
untuk berpatah balik tidak mampu.
hanya bole meneruskan dan cuba tidak mengulangi tegahan DIA
manusia itu mudah lupa.
sering menyakiti dan tersakiti.
setiap ujian itu perlukan muhasabah diri.
itu takdir.
terkadang perkara yang kau rasa.
kau pernah buat.
cuma bezanya sedar atau tidak.
sentias perlukan DIA untuk ingatkan.
tak nak sakit.
jangan terlalu bergantung pada manusia.
jaga tutur kata.
amalan wajib jangan tinggal.
amalan sunat di banyakkan.
perkara baik yang ditinggalkan perlu diperbaharui.
perkara dilarang kurangkan dan hapus
jangan terlalu manjakan diri.
paksa untuk berdikari.
selangkah itu lebih bermakna.
mulakan dengan izin DIA
sentias mencari keberkatan yang berbaki.
lelah itu di abaikan.
kuat,kuat,kuat.
banyak bekalan bole dilakukan.
ikhlas,istiqamah,tawadduk.
banyak azam yang perlu di fikirkan.
harap di beri kemudahan dari DIA.
insyaALLAH.
tiada yang support ?
siapa kata ?
ALLAH kan ada.
selalu ada :)



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

08 September 2012

melawat beliau :')

hari ni balek nilai. *sigh
semalam lawat beliau.
alhamdulillah.
masih di beri kesempatan untuk lawat.
berbual-bual sekejap.
walaupun tak nampak tubuh beliau.
tapi tau beliau ada di situ.
sem baru mula.
subjct tough.
perlukan beliau untuk beri support :')
doa beliau sentiasa ada.
aku tau.
walaupun jasad beliau tiada
tapi beliau sentiasa ada untuk aku.
kekuatan yang ALLAH pinjamkan pada beliau dulu.
aku dapat rasa sekarang.
hmm..

*pause

selalu nak cakap betapa rindunya angah.
angah rasa banyak sangat perubahan.
kekadang angah tak mampu nak hadapi.
angah takut.
banyak langkah angah dah jadi sumbang.
tade orang nak dengar dan tegur angah.
angah risau.
angah tak kuat.
tapi angah kena kuat untuk abah dan lain-lain.
angah selalu kirim doa dan rindu.
angah harap sampai.
nanti ada masa angah kirim lagi.
angah out dulu.
nak kemas-kemas.
rindu :')



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

04 September 2012

jauh.

jauh tak bermakna hilang.
ianya ada.
masih ada di dalam hati.
ruang itu sentiasa ada dari dulu lagi.
cuma dulu dan sekarang banyak bezanya.
perasaan bercampur baur.
rindu itu pasti ada.
itu ujian.
tanda peringatan.
istighfar.
setiap kali terhengat
untuk kebaikan kita bersama.
ku tetap teguhkan jua niat itu.
aku sentiasa bergantung pada DIA
kerana DIA adalah sebaik-baik tempat bergantung.
kita merancang tapi DIA tentukan.
latih hati untuk kuat.
tiada pilihan.
kuat cukup untuk kau.
meminta pada DIA.
DIA beri.
bila masa itu tiba.
walau bagaimana pun kita sayang.
bila ALLAH ambil balik.
kita kena selalu redha.
selalu ingat.
ALLAH selalu ada untuk kita.
DIA dah rancang sesuatu untuk kita.
percaya pada DIA.
dekat tak semestinya ada.
ianya cukup untuk kau lihat.
dia ada.
walaupun jiwa dan raga tak ada sepenuh hati di situ.
mata manusia itu mudah di tipu.
jauh itu lebih berharga.
banyak hati yang kita bole jaga.
banyak dosa yang kita bole kurangkan.
tiada yang jaga ?
ALLAH jaga kita.
sentiasa .

setiap yang kita punya itu pinjaman,tiada yang kekal dalam dunia ini.siap siaga selalu.
-khairul fatehah 2012-


terima kasih sudi singgah dan baca ^^,