hari ni terasa beliau ada.ketika nenek memegang tangan aku dapat aku rasakan tangan beliau sedang memegangku.kejap.satu ketika dulu.tak banyak yang angah nak cakap...angah rindu.sangat.
Showing posts with label rindu. Show all posts
Showing posts with label rindu. Show all posts
07 February 2013
17 November 2012
honour.
to my ex rumate,my rumate and my becoming rumate...
mereka bukan keluarga
tapi mereka seperti saudara sendrik.
aku sayang mereka
seperti mana mereka sayang aku.
aku tak punya banyak teman.
gaduh dan suka
tapi yang ada cukup buad aku rasa syukur.
lapang dan tenang.
terima kasih.
kerana sudi dengar semua cerita.
sudi memberi pendapat.
sudi untuk meluangkan masa bersama.
sudi tidak berkira antara kita.
sudi bersabar tak kira masa
sudi layan rajuk
sudi layan angin tak tentu hala.
sudi menyimpan rahsia.
sudi meminjam bahu ketika empangan air itu pecah.
sudi meminjam telinga ketika mulut ini penuh dengan cerita.
sudi berkongsi makan dan pakai.
sudi setia bersama
walaupun aku pelik orangnya.
bukan tak pernah terasa
cumanya cara kita terima itu bagaimana.
tak semuanya betul
dalam setiap langkah kita.
kena ada mereka untuk tegur dan ajar.
bukan tunjuk pandai.
untuk berpimpinan tangan bersama menuju Jannahnya.
sila jangan jemu untuk kawan dengan aku.
kamu semua adalah anugerah
yang ALLAH telah hantar kepada aku.
DIA tahu aku orangnya bagaimana.
pastinya DA menghantar mereka yang terbaik.
terima kasih kerana masih sudi berkongsi bilik
wahai semua roomate ku !
sayang kalian.
terima kasih atas segala kenangan yang tercipta bersama.
semoga kita sentiasa berada di dalam lindunganNYA
tak kira di mana kita berada.
moga ketemu nanti semua !
rindu ♥
take care then
salam sayang dari,
budak tak sedar diri.
rumate adalah pasangan yang kau perlu percaya tanpa perlu sebab.sebentar atau lama kau dah jadi sebahagian dari hidup mereka.yup ! sampai bebila :)
label :
best,
feel,
indah kurnian-MU,
kawan,
kenangan kita,
life,
miss a lot,
rindu,
sweet memory
15 November 2012
sp0ntenous thursday #30 | wish
harapan aku sejak masuk asrama..
tiap kali sambut tahun baru islam,aku nak sambut dengan keluarga.emak,abah,nenek,siblings dan semua ahli keluarga besau aku.setiap tahun aku punya harapan yang sama.tahun ni,alhamdulillah.aku dapat sambut tahun baru islam dengan bulatan gumbira aku.cumanya...kekurangan ahli.141 hari berlalu tanpa seorang yang di panggil emak di sisi.alhamdulillah.masih bersyukur sebab dapat sambut dengan abah,along,alang dan adik :)
p/s : angah tak tahu sama ada pada masa akan datang,adakah angah akan selalu pulang ke kampung.buad masa ini angah rasa angah sangat perlukan semuah ahli bulatan gumbira.angah selalu akan sentiasa pulang ke rumah semampu angah walaupun jauh mana angah merantau.itu janji angah.insyaALLAH.
salam maal hijrah buad semua ! :)
label :
islam,
keluarga sakinah,
life,
rindu
19 October 2012
. . . . . la tahzan~ . . . . .
Sem baru
bermula bermakna hidup baru sahaja bermula untuk diri sendiri.setelah
kehilangan emak pada akhir sem lepas.diri itu rasa hilang sebentar.masih
tercari-cari diri yang kelam dikelilingi mereka yang lain.
Itu emak.orang
penting dalam hidup telah di jemput ilahi.sentiasa cuba redha dan pasrah atas
ketentuan DIA.perancangan kita dan perancangan DIA tidak setanding.kena selalu
didik hati,mengingatkan otak bahawasanya barang pinjaman perlu di pulang
semula.teringat perenggan yang di baca beberapa hari lalu:
Ketika seorang anak kehilangan
ibunya (sebab kematian),sesungguhnya ALLAH telah mengambil hambaNYA dan DIA
lebih berhak atasnya.jika seorang anak berkata : “emakku”
ALLAH yang Maha Pencipta berfirman
: “hambaku ! Aku lebih berhak atasnya daripada yang selain Aku .ibumu adalah
pinjaman.tiada lain harta dan keluarga itu hanyalah amanah belaka dan sesuatu
waktu amanah itu pasti harus dikembalikan (kepada si empunya)
pembelajaran
semakin susah.hidup itu misteri.perlu persediaan untuk menerokainya.semakin
hari pelbagai perkara baru,orang dan ragam yang bakal di jumpa dan diri sendiri
tak tahu mahuk buat persediaan yang bagaimana.hanya tempuh sehabis daya upaya.
Tiap kali
naik bas untuk ke kampung halaman, ke kampus mahupun ke kolej,hati itu sayu apabila
kenangan berlayar di tubir mata.air itu mengalir turun.itu air mata rindu,peluk,cium yang hanya
mampu di zahirkan melalui air mata kerana tiada jasad yang bole di peluk dan di
cium macam dahulu.cukup melalu cara itu buad hati itu rasa lega dan bersemangat.
Bila
bersendirian,ingatan itu akan terus sampai pada masa lalu.masa yang wujud cukup
untuk hidup di dalamnya dalam tawa dan tangis.babak ketawa yang banyak sedikit
terlupus tapi bahagian tangis itu kerap kali di ulang oleh minda.impian yang pernah
di cipta bersama.tersingkapnya banyak rahsia dari bahagian itu.istighfar untuk
cari semula sedikit kekuatan.
Diam,pendam
dan simpan sekemas yang mampu.bercerita tak bermakna tiada rahsia yang tinggal
untuk diri kita.kena ada sikit rahsia untuk diri sendiri.bercerita lebih kepada
perkongsian untuk yang lain.jalan hidup ini berbeza tapi pengakhiran kita semua
tetap sama di mana akhirnya akan di jemput kembali oleh DIA Cuma bagaimana
keadaanya itu berbeza.
“dunia dicipta oleh DIA untuk
manusia manakala manusia di cipta untuk menyembah DIA”
Hikmah itu
akan Nampak selepas ujian.ujian itu buad diri rasa lebih kuat.tiada ujian maka
tiada hikmah.bukan hanya tahu erti senang tapi ianya juga kena tahu erti
susah.sakit,derita itu teguran dari kelalaian yang telah di
lakukan.suka,gembira perlu juga ingat pada DIA agar waktu hati itu sakit DIA
sentiasa ada.alhamdulillah.jangan berharap pada manusia kelak akan rasa kecewa
dan sakit.
Minta pada
DIA.DIA pasti akan beri.doa itu perlu ada disertai dengan usaha semampu
diri.kena paksa diri untuk gapai apa yang di fikirkan bukan hanya jadikan ia
sebagai impian yang tak kesampaian.DIA Maha Mendengar dan memakbulkan segala
permintaan,kena sentiasa percaya pada DIA.
Cinta itu fitrah.semua
manusia punya hati dan rasa cinta itu di hembuskan di situ.kena cari cara
bagaimana mahu di zahirkan.perlu sentiasa dijaga kesuciannya.takdir itu sudah
tertulis.jangan sesekali takut.DIA sudah beri satu untuk setiap makhluk Cuma
masanya itu akan menentukan .DIA tahu bila masanya diri itu tahu erti
tanggungjawab dan benar-benar bersedia.
Kena
sentiasa jaga ikhtilat.ALLAH hantar mereka untuk menguji keutuhan dan keluhuran
hati itu.jangan mudah goyah dan terpedaya.sentiasa cari penyelesaian bagaimana
caranya untuk abaikan perasaan itu kerana ianya bukan pada tempatnya.dosa itu
sudah ada janagn ditambah dengan perkara yang bole dikurangkan dosanya.
Kasih
sayang sesama manusia itu perlu ada dan di zahirkan kepada yang lain tapi ianya
ada batasan.jangan sampai buad hati mereka tersalah tafsir.manusia itu mudah
tertarik dengan mereka yang sentiasa menghulurkan kebaikan tanpa di pinta dan
kepada mereka yang sentiasa ada bila diperlukan.hati itu jangan mudah di tipu
dengan tipu helah mereka.kena arif tentang apa ertinya jarak dan batasan dalam
perhubungan.
Kelemahan
diri itu kena cari cara atasi supaya tekanan dapat di kurangkan.peduli mereka
yang mengeji kerana kelebihan yang mereka ada tidak sama dan selamanya akan
kekal.manusia itu DIA cipta berbeza-beza supaya adanya warna dalam kehidupan
bukan jurang.bukan hanya ada satu warna tapi punya pelbagai ciri dan kesan.cari
mana yang diterima dan sesuai untuk diri.jangan mudah penat dan putus asa
kerana belum masanya untuk berehat.
“waktu berehat yang sebenarnya
adalah ketika mana nadi dan pergerakan diri itu menjadi kaku”
Berfikir
dengan sedalam-dalamnya sebelum mengambil Sesuatu langkah.walaupun mereka gelar
diri itu paranoid.takut akan perkara yang belum berlaku.itu bukan takut tapi
ianya lebih kepada bersiap siaga dengan banyak kemungkinan.kisahkan mereka.yang
ditanggung dan apa yang di lalui itu
jalannya beza.senang susah itu adat tambah perisa supaya senyuman ikhlas yang
di sebar itu dapat di zahirkan oleh mulut tidak di salah tafsir dan terus masuk
dengan mudahnya ke dalam hati mereka.
“Senyuman itu adalah sedekah yang
paling murah”
Duit itu
perlu dalam hidup tapi jangan sampai jadi hamba duit.dahulukan barang-barang
yang penting.untuk tambahan keseronokan hidup itu bataskan.jangan biarkan nafsu
dalam diri itu melampau batas.ramai lagi yang perlu di bantu.salurkan duit itu
pada mereka yang lebih memerlukannya.pahala itu akan mengalirnya sebagaimana
mengalirnya duit itu.
Menjaga
mereka yang disayangi sebaik menjaga diri.yang telah tiada bukan di lupa perlu
sentiasa di ingati agar diri itu sentiasa ingat betapa dekatnya mati.masa itu
akan tiba dalam diri setiap makhluk.bersiap siaga itu perlu ada.yang hidup itu
perlu di jaga sebaik agar tiada penyesalan berlaku kelak.tiada yang dapat
kembali kepada masa lalu.mungkin bila kembali kepada masa lalu tiada apa yang
mampu dilakukan.harus masa yang ada di guna sebaiknya dengan menghargai mereka
yang di sayangi di sekeliling kita.
Kena sering
cari cara untuk sentiasa ‘keep in touch’ dengan DIA.jangan lupa baca surat
cinta DIA tiap hari.menghayati setiap bait ayat-ayat cinta membuatkan hati itu
hilang gundah gulana.kena cari masa untuk berzikir dan bertahmid kepada DIA
tidak kira masa tempat dan ketika.mari amalkan zikir yang ringan di mulut namun
berat di mizan (timbangan) :
سبحان الله
وبحمده,سبحان الله العظيم
bersyukur
perlu ada pada setiap kejadian yang berlaku di dalam kehidupan seharian agar
hati itu tenang dan damai.setiap kejadian yang berlaku itu perlu dikaji
definisi syukur dan perlukan muhasabah diri.cari sedikit masa untuk kita
panjatkan rasa syukur itu,sebentar Cuma.alhamdulillah.
“manusia seringkali mempersoalkan
apa yang berlaku di sekeliling mereka sedangkan nikmat banyak yang di beri
tidak langsung di syukuri”
*Notes ini
untuk tuan empunya diri kerana sifat manusia itu sendiri mudah lupa.diri ini dengan
rendah diri ingin berkongsi dengan yang lain agar kita sentiasa berada di dalam
lindungan DIA selalu.amin.insyaALLAH J
label :
indah kurnian-MU,
islam,
life,
rindu
08 September 2012
melawat beliau :')
hari ni balek nilai. *sigh
semalam lawat beliau.
alhamdulillah.
masih di beri kesempatan untuk lawat.
berbual-bual sekejap.
walaupun tak nampak tubuh beliau.
tapi tau beliau ada di situ.
sem baru mula.
subjct tough.
perlukan beliau untuk beri support :')
doa beliau sentiasa ada.
aku tau.
walaupun jasad beliau tiada
tapi beliau sentiasa ada untuk aku.
kekuatan yang ALLAH pinjamkan pada beliau dulu.
aku dapat rasa sekarang.
hmm..
*pause
selalu nak cakap betapa rindunya angah.
angah rasa banyak sangat perubahan.
kekadang angah tak mampu nak hadapi.
angah takut.
banyak langkah angah dah jadi sumbang.
tade orang nak dengar dan tegur angah.
angah risau.
angah tak kuat.
tapi angah kena kuat untuk abah dan lain-lain.
angah selalu kirim doa dan rindu.
angah harap sampai.
nanti ada masa angah kirim lagi.
angah out dulu.
nak kemas-kemas.
rindu :')
semalam lawat beliau.
alhamdulillah.
masih di beri kesempatan untuk lawat.
berbual-bual sekejap.
walaupun tak nampak tubuh beliau.
tapi tau beliau ada di situ.
sem baru mula.
subjct tough.
perlukan beliau untuk beri support :')
doa beliau sentiasa ada.
aku tau.
walaupun jasad beliau tiada
tapi beliau sentiasa ada untuk aku.
kekuatan yang ALLAH pinjamkan pada beliau dulu.
aku dapat rasa sekarang.
hmm..
*pause
selalu nak cakap betapa rindunya angah.
angah rasa banyak sangat perubahan.
kekadang angah tak mampu nak hadapi.
angah takut.
banyak langkah angah dah jadi sumbang.
tade orang nak dengar dan tegur angah.
angah risau.
angah tak kuat.
tapi angah kena kuat untuk abah dan lain-lain.
angah selalu kirim doa dan rindu.
angah harap sampai.
nanti ada masa angah kirim lagi.
angah out dulu.
nak kemas-kemas.
rindu :')
04 September 2012
jauh.
jauh tak bermakna hilang.
ianya ada.
masih ada di dalam hati.
ruang itu sentiasa ada dari dulu lagi.
cuma dulu dan sekarang banyak bezanya.
perasaan bercampur baur.
rindu itu pasti ada.
itu ujian.
tanda peringatan.
istighfar.
setiap kali terhengat
untuk kebaikan kita bersama.
ku tetap teguhkan jua niat itu.
aku sentiasa bergantung pada DIA
kerana DIA adalah sebaik-baik tempat bergantung.
kita merancang tapi DIA tentukan.
latih hati untuk kuat.
tiada pilihan.
kuat cukup untuk kau.
meminta pada DIA.
DIA beri.
bila masa itu tiba.
walau bagaimana pun kita sayang.
bila ALLAH ambil balik.
kita kena selalu redha.
selalu ingat.
ALLAH selalu ada untuk kita.
DIA dah rancang sesuatu untuk kita.
percaya pada DIA.
dekat tak semestinya ada.
ianya cukup untuk kau lihat.
dia ada.
walaupun jiwa dan raga tak ada sepenuh hati di situ.
mata manusia itu mudah di tipu.
jauh itu lebih berharga.
banyak hati yang kita bole jaga.
banyak dosa yang kita bole kurangkan.
tiada yang jaga ?
ALLAH jaga kita.
sentiasa .
ianya ada.
masih ada di dalam hati.
ruang itu sentiasa ada dari dulu lagi.
cuma dulu dan sekarang banyak bezanya.
perasaan bercampur baur.
rindu itu pasti ada.
itu ujian.
tanda peringatan.
istighfar.
setiap kali terhengat
untuk kebaikan kita bersama.
ku tetap teguhkan jua niat itu.
aku sentiasa bergantung pada DIA
kerana DIA adalah sebaik-baik tempat bergantung.
kita merancang tapi DIA tentukan.
latih hati untuk kuat.
tiada pilihan.
kuat cukup untuk kau.
meminta pada DIA.
DIA beri.
bila masa itu tiba.
walau bagaimana pun kita sayang.
bila ALLAH ambil balik.
kita kena selalu redha.
selalu ingat.
ALLAH selalu ada untuk kita.
DIA dah rancang sesuatu untuk kita.
percaya pada DIA.
dekat tak semestinya ada.
ianya cukup untuk kau lihat.
dia ada.
walaupun jiwa dan raga tak ada sepenuh hati di situ.
mata manusia itu mudah di tipu.
jauh itu lebih berharga.
banyak hati yang kita bole jaga.
banyak dosa yang kita bole kurangkan.
tiada yang jaga ?
ALLAH jaga kita.
sentiasa .
setiap yang kita punya itu pinjaman,tiada yang kekal dalam dunia ini.siap siaga selalu.
-khairul fatehah 2012-
label :
indah kurnian-MU,
life,
rindu,
sweet memory
22 August 2012
kelainan itu ada.
بسم الله الرحمن الرحيم
kerap kali di di tanya dan di sebut.
aku lelah.
penat.
sudah semestinya
raya tahun ini
berbeda dengan yang lepas.
kehilangan beliau masih terasa.
orang penting dalam hidup kau hilang.
rasanya speechless.
sakit sampai sekarang.
tak pernah hilang walaupun sedetik
melihat yang lain masih bersama dalam keadaan gumbira.
rindu kenangan lalu.
alhamdulillah.
hanya bole rindu.
itu suda memadai.
tipu kalau cakap tak jeles.
tapi apa pilihan lain yang ada ?
sabar.istighfar.
sabar itu semua orang bole sebut.
makna sabar itu tau apa ?
kalau belum tau
sila kaji semula definisi sabar
apabila kau berada di tempat aku.
kau belum ada di tempat aku
jadi definisi sabar itu banyak bezanya.
jangan ulangi ucapan sabar itu depan aku.
lelah tau ?
sakit.
bila memori itu datang.
istighfar itu kerap di ulang
kerana hati ini masih belum pasrah sepenuhnya.
astaghfirullah.
sesungguhnya perancangan kau adalah yang terbaik Ya Allah :')
aku hanya mahu doa kalian.
sedikit cuma.
jangan tunjuk lemah di hadapan aku.
aku bukan orang yang lemah.
kalau kau kawan aku
sila kuat di hadapan aku.
berpura-pura pun tak ape.
aku ta kisah.
aku manusia.
memori itu bukan tidak bole di sentuh
cuma ada masanya.
jangan katakan tentang itu
selagi aku tidak memulakannya,bole ?
janji tau.
sampai masanya abis sudah di 'charge' kekuatan aku
masa itu kau di benarkan buad apa sahaja.
bila masanya ?
maaf,aku sendiri tidak tahu.
mungkin lama.
mungkin juga sekejap
yang pasti akan sampai masanya.
terima kasih atas doa yang tidak pernah putus
untuk kami sekeluarga.
tahun ini raya yang 'biasa' namun masih bersyukur.
maaf,tiada pic family untuk tahun ini kerana tidak cukup ahli :')
label :
kekuatan dlm hidupku,
keluarga sakinah,
raya,
rindu
17 August 2012
la tahzan.
بسم الله الرحمن الرحيم
alhamdulillah.
hari jumaat yang terakhir di bulan ramadhan.
hati aku semakin rindu beliau.maaf YA ALLAH.hati aku belum cukup kuat.masih menangisi pemergian beliau hingga saat ini.bukan aku tidak redha pemergian beliau cuma aku masih perlukan waktu.yang lama pastinya.
ketika aku menjaga beliau sakit dihospital.masih terhengat bagaimana aku menemani beliau mandi.berbual dengan beliau.aku rindu untuk bercerita dgn beliau.beliau tempat aku meluahkan perasaan.kini aku tidak tahu kepada siapa harus aku bercerita.aku manusia.aku lupa.ALLAH kan ada.
setiap kali aku mengambilkan beliau wuduk dan memakaikan telekung untuk beliau.ALLAH.rindunya saat itu.saat di mana beliau meminta aku untuk solat berjemaah.beliau yang banyak memberi galakan untuk aku mendirikan solat jemaah.alhamdulillah.terima kasih ALLAH kerana memberi kesempatan untuk aku menunaikan solat bersama beliau.
di saat beliau datang ke hospital untuk melakukan pembedahan ianya tidak berlaku kerana penyakit kuning beliau terlalu tinggi.pembedahan terpaksa di tangguhkan.risaunya kami tidak terkata.perasaan di mana kau lihat seluruh badan orang yang kau sayang itu kuning sehingga mata beliau pun kuning.sakitnya aku ketika tidak dapat menandingi ketenagan beliau.kekuatan yang hanya beliau punya bukan kami yang melihatnya.
pertama kali doc menyatakan akan membuat pembedahan ke atas beliau.muka beliau riang,beliau rasa teruja kerana sudah lama bersedia tapi pembedahan itu tidak jadi akhirnya kerana tiada ruang kosong.aku tahu ianya bakal terjadi kerana itu bukan kali pertama doc membuat janji.aku marah tapi aku diam.beliau terima keputusan itu kenapa aku tidak.
sehat sedikit doc menyarankan beliau pulang bersama sebuah beg yang di jijing ke sana ke mari.beliau ditebuk di perut untuk mengurangkan kuning kata doc.aku tak tahu nak buad apa.aku diam.beliau masih bole senyum dan berbual dengan riang.aku bersyukur.
di saat beliau kembali semula ke hospital untuk melakukan pembedahan,sekali lagi ianya di tangguhkan,atas alasan yang sama.aku marah dan mereka doc,aku bukan jadi aku diam.beliau terlalu percaya dengan mereka.siapa aku nak meghalang.orang punya badan bole terima kenapa aku tidak.
pembedahan bakal di lakukan,aku eksaited nak pulang untuk melihat keadaan beliau.belum pun aku bergerak pulang,aku dapat mesej dari adik yang beliau tak jadi operate kerana kuning masih tinggi.aku ? marah ? sangat marah.aku sedih.kenapa mereka menangguhkan lagi sedangkan mereka menjangkakan yang beliau ada kemungkinan untuk mendapat kanser.aku menangis dengan baiknya.YA ALLAH,ujian ini terlalu berat untuk aku menerimanya.ketika itu aku fikir betapa jahatnya kami sehingga ALLAH menguji beliau sedemikian.adakah atuk mahu menjemput beliau dari kami ? adakah atuk terlalu merindukan beliau ? aku tersedu sedan di tengah org ramai.aku pasrah.
lepas naik cuti sem aku amik cuti seminggu jaga beliau di hospital.ketika itu,kami banyak berkongsi cerita.beliau nangis memikirkan keadaan nenek yang bakal di tinggalkan.di saat aku bercerita tentang kawan aku,air mata beliau gugur lagi.aku ? tipu kalau cakap aku tak sedih.di saat aku perlukan kawan ketika itu,mereka tiada.aku tahu memasing mempunyai life tersendiri.maaf atas kekhilafan aku terhadap mereka.aku ajak beliau tengok cerita di lappy.kami solat bersama,mengaji bersama.alhamdulillah.
suatu petang,selepas asar.doc datang cakap nak buat ct scan kalau bole meraka akan operate kalau tidak,meraka akan suruh beliau pulang.aku rasa nak maki hamun sahaja mereka tapi kau diam sebab mak aku bole terima keadaan itu dan kenapa aku tidak ? aku perlu tunjuk kuat di hadapan beliau.kata-kata doc itu bagai batu menghempap kepala aku dan aku teringin untuk melemparkan semula batu itu kepada doc yang berada di situ.
nk buat ct scan kena puasa dari pagi.the problem is doc ta janji yang mak akan buat ct scan hari itu atau tidak.beliau ada gastrik tapi beliau tidak mengadu kelaparan walaupun aku bertanya.beliau tidur untuk mengilangkan rasa lapar.akhamdulillah pukul 3 nama beliau baru di panggil.aku ikut beliau turun.aku teman beliau minum sambil tunggu giliran.kami berbual dan bergurau senda.rindunya saat itu.
petang selepas asar mereka datang dan menyatakan operate dijangkakan bole di buat cume perlu tunggu orang atasan yang membuat keputusan.esoknya,hanya seorang doc yang datang menjengah beliau dan doc menyatakan esok mahu menjalankan pembedahan.mak punya gembira tidak terluah.kesyukuran ke atas yang Esa dipanjatkan.aku ? sedih melebihi gembira keran itu bukan kali pertama doc membuat janji.tidak lama kemudian mereka panggil mak untuk pergi x-tray.aku tak ikut.petang itu juga jururawat amik tekanan nadi beliau.di mata aku,itulah seorang sahaja jururawat yang benar-benar ingin bekerja kerana hanya beliau sahaja yang melayan beliau dengan baik.doc bius panggil beliau,aku sekali lagi berada di sisi beliau mendengar penerangan doc.
petang itu aku pulang kerana alang mengambil alih tugas aku.hari itu juga seluruh keluarga sakinah kami berkumpul.sebelum pulang kami bermaafan.beliau dan abah sudah menangis.aku ? perasaan ketika itu sehingga sekarang aku rasa sayunya.beliau banyak memberi pesan kepada kami.terlau banyak.
seawal pagi kami adik beradik datang di temani abah dan di bawa oleh satu-satunya abang sedara yang sanggup membawa kami melawat emak di hospital saban hari.aku sampai mak da masuk dewan pembedahan.mak masuk pukul 6.30 pagi kata alang.doc cakap 5 jam.tapi mak keluar dari bilik itu tepat pukul 5 dan dibawa terus ke wad high density ward (HDW) kami di benarkan masuk tapi hanya 2 orang sekali masuk.aku takut nk masuk.aku tak kuat tapi aku rindu mak.aku kuatkan hati dan aku masuk.beliau mamai kesan dari ubat bius.keadaan beliau cukup buad aku sayu.air mata ? mana pernah berhenti mengalir since beliau masuk bilik bedah.
beliau merupakan pesakit yang paling lama tinggal di wad HDW tu.seminggu lebih.ketika itu aku suda balik nilai tapi selalu jugak aku telefon adik bertanya khabar beliau.adik adalah orang yang paling lama duduk di sisi beliau selepas operation adik ambil cuti untuk jaga beliau.budimu tidak terbalas,dik.bila sudah hampir seminggu beliau tidak masuk wad biasa.air mata aku tidak dapat di bendung.aku takut.aku punya fikiran terhengat pelbagai kenangan lalu dengan beliau.beliau banyak sangat luahan yang aku sendiri tak sedar sehingga bila di fikirkan saat ini.baru aku tahu kenapa beliau berkata sedemikian.
seterusnya....
beliau merupakan pesakit yang paling lama tinggal di wad HDW tu.seminggu lebih.ketika itu aku suda balik nilai tapi selalu jugak aku telefon adik bertanya khabar beliau.adik adalah orang yang paling lama duduk di sisi beliau selepas operation adik ambil cuti untuk jaga beliau.budimu tidak terbalas,dik.bila sudah hampir seminggu beliau tidak masuk wad biasa.air mata aku tidak dapat di bendung.aku takut.aku punya fikiran terhengat pelbagai kenangan lalu dengan beliau.beliau banyak sangat luahan yang aku sendiri tak sedar sehingga bila di fikirkan saat ini.baru aku tahu kenapa beliau berkata sedemikian.
seterusnya....
16 August 2012
spontaneous thursday #24 | bila rindu~
setiap kali rindu dekat beliau,
jangan hanya menangis kerana ianya tidak membawa papepun,
sedekahkah surah yasin.
jangan di lupa surah al-fatihah di setiap peghabisan solat.
itu rindu yang sebaiknya :')
- along & alang -
02 August 2012
spontaneous thursday #23 | cerita aku~
beberapa hari lepas ucu cerita perrkara yang aku sendiri tak hengat.
aku : mak bila kita nak ada kereta ?
mak : yam,doa la banyak-banyak.
aku : yam,dah doa da,penat dah orang doa.
*sumber : emak
"wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar." {Al-Baqarah, 153}
budak-budak.
comel tak aku dulu?
comel tak aku dulu?
aku sendiri punn tak tau entah berapa tahun aku tyme tu.
mak aku beli kerete tyme aku 9 tahun
hewhew~ (=
mak aku beli kerete tyme aku 9 tahun
hewhew~ (=
.
31 July 2012
kenangan yang terindah :')
assalamualaikum.
Di sebuah kampung yang permai lagi indah ada sebuah sekolah dan di sekolah sebuah kelas yang menempatkan hanya 40 orang murid kesemuanya.berkawan,bermain,bergaduh,bertumbuk,berdiri,berlari,dan belajau bersama-sama walau dalam keadaan susah dan senang.itu kami.kami adik beradik riang ria selalu.
waktu itu kami bergaduh sehingga kakak,abang,ibu bapa dan keluarga datang ke sekolah,ada yang ibu bapa tunggu hingga waktu abis sekolah kerana anak mereka menangis,ponteng kelas secara berjemaah,membuat bising,merosakkan barang di bilik sains,dimana kebanyakan aktiviti yang kami jalankan banyak secara berjemaah.cakap adik beradik :)
waktu di mana kami bermain rounders sampai conquer satu padang di tiap kali kelas jasmani.bermain bola sepak bersama,bermain ragbi bersama atas ihsan bola yang kawan bawak ke sekolah agama,main gasing sesama,main entah pape kad entah,main getah,main seremban,pokoknya sume kami main bersama.kena marah pun sesama.walaupun kena panggil dengan ustazah bedah,kami tetap riang ria selagi kami ada sesama kami.
waktu di mana setiap hari senin kami akan berdiri untuk perhimpunan dengan rela hati + keterpaksaan berdiri hingga lengguh kaki untuk dengan guru berucap serta menyanyikan lagu sekolah,lagu negeri selangor,dan lagu negaraku.melihat pengawas berdiri membuntuti guru kerna ingin menaikkan bendera.kami pengawas library membuat persediaan menyusun kerusi untuk guru-guru duduk.baik kan kami :)
tyme ibu bapa datang tandatangan repord card kami mengpasang-pasangkan rakan sekelas kami.gelak tawa,senda gurau tidak pernah kering di antara kami.ada sahaja bahan yang bole di kenakan kepada orang lain.cubit peha kiri,peha kanan yang terasa.
bakat-bakat kreatif kengkawan sampai ada yang buad komik dan bagi kawan yang lain baca.ada kawan lelaki yang takut kucing,kawan yang pandai bantu yang lemah.kawan yang lemah,tidak ketinggalan kawan yang paling nakal suka menyakat orang tak kira tempat dan waktu.wohaa,bestkan kami !
waktu di mana kami di marah sehingga ada guru menyatakan kami yang bakal memburukkan nama sekola bila upsr menjelang tapi kami tetap tidak ambil pusing,kami tetapa dengan cara kami.kedegilan dan kegilaan kami tiada tandingan.itulah kami.kami yang awesome :)
kami still melepak di belakang bangunan sekola tyme kelas kajian tempatan yang diajar oleh cikgu rosli,kami berbual bersama,bermain besikal bersama,mengumpat bersama sehingga abis waktu kelas kajian tempatan baru kami bergerak masuk semula ke kelas.nampak kan betapa tenangnye kami.berani buad,berani tanggung.
masih terbayang aktiviti sukan tahunan sekola di mana kami membawa bendera sekola.membuat perarakan,tidak dinafikan kami jadi senior yang comel lagi baik untuk adik-adik.hewhew~
aktiviti last kami adalah hari kecermelangan di mana,tahun itu batch kami adalah antara yang terbaik di mana 3 orang dapat 5A.7 orang 4A dan 3 orang 3A.tidak ku lupa saat itu betapa kami dapat mematahkan kata-kata guru yang menyatakan kami adalah batch paling teruk upsr.
itu kami.
murid-murid sekolah kebangsaan bukit belimbing
(1999-2004)
waktu berganjak pantas hingga tidak sedar waktu itu berlalu sekencang mungkin.kini tahun 2012 menunjukkan betapa kami yang dulunya comot dan selekeh menjadi salah seorang yang suda bole berdiri dengan riang tawanya.memasing suda punya kerja sendiri.mempunyai life sendiri.
setiap yang bernyawa pasti akan merasa kematian.sedar tidak sedar suda dua orang teman kami pergi meninggalkan kami.meninggalkan memori yang penuh di ingatan.walaupun mereka suda tiada kami tau yang mereka sebenarnya masih ada bersama-sama dengan kami.
sahabat kami azmeer meninggal akibat kemalangan jalan raya setahun lepas dan kini kami baru mendengar berita sahabat kami nazrin merupakan mangsa terakhir dalam nahas kebakaran kapal MISC di labuan baru-baru ini.
disini aku dengan rasa rendah diri ingin meminta agar kalian mendoakan sahabat kami yang telah kembali ke rahmatullah.tidak sampai setahun kami hilang dua sahabat.moga kamu tenang di sana sahabat.kami merinduimu.doa kami sentiasa ada untukmu :')
.al-fatihah.
Azmeer Omar .
Muhammad Nazrin Khamsani .
label :
beronok-ronok,
best,
kenangan kita,
rindu
21 July 2012
she's the best gift I ever had :')
بسم الله الرحمن الرحيم
semua orang mempunyai ibu abah tentunya.aku pun tidak terkecuali :)
bila dapat duduk sesama ramai-ramai mesti seronok bukan ?
meluahkan dan berbincang apa yang perlu.
mendengar dan menerima nasihat dari yang tua.
kitaran hidup ini telah ditentukan sejak azali lagi di mana akan ada satu masa di mana semua manusia akan menjadi tua dan meninggal dunia.it's fact !
masih terngiang bebelan emak tentang perangai kami adik beradik.bila menjadi semakin dewasa kegoaan itu semakin menjadi-jadi bajet macham bole berdiri atas kaki sendiri padahal duit pun masih lagi emak dan abah yang bagi.hmm..
masih terasa pukulan emak ketika kami buad salah semasa kami kecil.cubitan yang paling kami tidak akan lupa sakitnya tapi bila nak buad kesalahan tak engat,bila da buad baru terhengat sakitnya.awww~
masih terdengar rungutan emak tentang kelakuan kami adik beradik yang tak pernah berubah walaupun suda ditegur dan dimarah beberapa kali.degil benau hati kami.maaf mak ! :(
masih terbayang barang-barang yang emak belikan untuk kami,barang-barang yang kami adik-beradik sangat susah untuk makan padahal bukan susah pun sebenarnya.barang mana ada orang suka makan benda baik kan ? aku makan cuma tak selalu.adik-beradik yang lain ada yang tinggal dekat umah dan sorokkan tak nak bagi mak tau dan bising.
masih terngiang pesanan yang dititpkan kepada diri kami.solat fardu jangn tinggal.kalau ada masa buad solat sunat.banyakkan membaca al-quran.banyakkan buad perkara-perkara sunnah.kalau gelisah baca surah ini . . terlalu banyak pesanan yang emak tinggalkan untuk kami.terlalu banyak :')
ketika beliau sakit,beliau masih mahu solat.masih mahu mengaji,masih mahu solat sunat,masih mahu membaca al-ma'thurat,masih lagi mahu bezikir,masih lagi mahu mendoakan kebahagiann keluarganya,suami dan anak-anaknya,masih memikirkan tentang ibunya yang tak berapa sehat dan beliau mempunyai semangat yang sangat tinggi untuk hidup.
mungkin sepanjang mak sakit kami adik beradik ada menyakiti mak tanpa kami sedar maupun sedar.kami minta ampun dan maaf sebanyak-banyaknya :')
mak terlalu tabah.kami pun tak setabah emak.kami yang melihat emak hari-hari pun tak sanggup melihat emak di cucuk dan di tebuk tapi emak masih bole sabar.YA ALLAH betapa kuatnya hambuMU yang seorang ini.aku kagum melihatnya.kami kuat sebab lihat emak kuat.kekuatan yang ALLAH pinjamkan untuk keluarga kami sehingga ke saat ini.terima kasih YA ALLAH :)
.alhamdulillah.
ada beberapa perkara yang mak mahu tapi tak dapat ditunaikan.emm,aku punya kesal tak terungkap.kekesalan sahaja yang mampu aku luahkan.aku terlalu banyak membuang waktu dengan melakukan perkara sia-sia.terlalu ;(
angah bukan anak yang baik untuk emak tapi angah rasa sebelum emak pegi,apa yang angah lakukan itulah yang paling terbaik angah bole lakukan ketika dan saat itu.maafkan di atas segala kekurangan dan ketelanjuran yang angah telah lakukan.angah bukan anak yang baik mak,maafkan angah ye . angah suka melawan cakap mak,tak buad apa yang mak suruh.abaikan segala yang emak pesan.emm,maafkanlah angah mak.terlalu banyak dosa angah pada emak.angah gagal jadi anak,adik dan kakak yang baek untuk mereka.segala yang emak telah beri dan lakukan tidak terbalas.angah gagal dalam membuat segala-galanya.keberkatan itu tiada untuk angah.tiada apapun yang angah lakukan dapat tebus balik apa yang emak telah korbankan untuk angah.emak..angah perlukan emak sangat.sangat perlukan emak..angah akan cuba ikut segala ajaran yang emak telah ajar dekat angah.dari segi agama,pakaian,tutur kata...emm,angah akan cuba semampu angah.angah akan cuba sehabis daya untuk jadi anak yang baik untuk abah dan cucu yang baik untuk nenek.emak jangan risau,angah akan jaga diri,abah,nenek dan keluarga kita semampu angah.walaupun emak suda tiada tapi angah tau yang doa emak selalu ada untuk kami.angah sangat sayang emak.sangat sayang,kau berkatilah roh emakku YA ALLAH dan kau tempatkanlah beliau ditempat orang yang beriman.
.amin.
emak kami meninggal dunia pada 27 jun 2012 setelah hampir 3 bulan bertarung nyawa.ditebuk sana sini,dicucuk dan pelbagai lagi.dugaan untuknya terlalu hebat.di mata aku tiada orang yang sehebat beliau.beliau merupakan anugerah yang paling hebat yang telah ALLAH kurniakan dalam hidupku.
pertama kali menyambut ramadhan tanpanya aku rasakan satu kehilangan yang akan aku engat sampai ke akhir hayatku.perasaan di mana orang yang senantiasa ada untuk kau tak kira waktu,tempat dan ketika sudah tiada.bila kau pandang sebelah kau ianya kosong.kosong.tempat di mana ada seseorang yang akan support segala apa yang kau buad,dengar setiap apa yang akan kau luahkan,memberi nasihat kini sudah tiada.zapp ! ianya hilang begitu sahaja.secepat itu.bayangkan bagaimana rasanya.astaghfirullah Al-Azim YA ALLAH.aku terlalu merindui beliau.bila kau sudah tidak mampu nak pegang dan cium beliau macham yang kau selalu buad.ianya sakit.sangat sakit.YA ALLAH,kuatkan hati aku agar aku mampu untuk terus melangkah.apabila di putar kembali waktu ketika emak di saat akhir,aku rasa terkilan bila terfikir tiada satu pun kejayaan yang aku telah lakukan di mana bole membuatkan beliau bangga.
terlalu banyak kenangan yang telah kami lalui bersama.bila hati resah aku akan telefon dan minta nasihat,dapat kau bayangkan bagaimana rasanya bila teman kau berbual dengan ibu mereka melalu telefon di mana itulah yang aku sering lakukan dahulu.aku selalu telefon mak ble aku susah dan senang,aku akan tanya khabar emak,abah dan nenek tapi itu semua dulu ianya tidak akan berulang kembali.aku tau itu.
bukan aku tidak redha cuma aku belum cukup kuat untuk adapt semua ini dalam masa terdekat.tipu kalau aku cakap yang aku tak cuba untuk cekalkan hati aku dan cuba teruskan melangkah menghadapi hari mendatang tapi aku belum mampu untuk lakukan semua itu.aku perlukan masa.masa yang banyak pastinya.cukup untuk aku berdiri,senyum dan teruskan melangkah segagah aku.
"ALLAH menguji kita tanda DIA sayang kita".
emak kami pergi dengan perasaan yang terkilan terhadap kami adik beradik.maaf emak :')
kami juga tidak sempat memohon kemaafan kepada beliau.hmm..
"tiada yang kekal di dalam dunia ini.mereka akan pergi cuma bezanya cepat atau lambat.bila tiba masanya,aku harap aku kuat"
kepada yang masih mempunyai ibu,emak,mama hargailah mereka kerana akan ada satu masa beliau akan pergi cuma waktu,ketika dan saatnya kita tidak tahu bila.bersedialah dengan segala kemungkinan.mohon dipinjamkan kekuatan dariNYA agar segalanya dipermudahkan.
kedua ibu bapa adalah anugerah yang paling berharga yang telah ALLAH kurniakan buad kita.hargainya.jangan bila mereka suda tiada baru nak menangis bagai.engatlah dengan tangisan kaum tidak akan mengubah apa-apa.sedekahkan al-fatihah selalu.bacakan surah yaasin bila rindu.YA ALLAH,kau sampaikanlah titipan rindu ini kepada mereka yang telah pergi terlebih dahulu meninggalkan kami.
segala-gala urusan pemergian mak dari emak meninggal sehingga dikebumikan .alhamdulillah ianya dipermudahkan segalanya oleh ALLAH. kehadiran keluarga,sahabat handai,pelajar-pelajar dapat membayangkan betapa mereka sayangkan emak kami.terima kasih atas kehadiran dan doa kalian yang tidak pernah putus-putus untuk emak kami.moga segalanya diber ganjaran oleh ALLAH kelak.
.amin.
insyaALLAH.
mohon jasa baik kalian sedekahkan . . .
.al-fatihah.
sabiah binti sulong
12 jun 1964 - 27 jun 2012
kenangan itu tidak akan lupus,ianya tetap ada di dalam hati kita.selamanya :)
.wassalam.
20 December 2011
.kawan.
assalamualaikum
Hari ni aku nak tulis tentang Kawan Baik pulak,
dah tentu semua rakan-rakan yang sedang
membaca entri ni ramai Kawan Baik kan ?..
So hargailah Kawan Baik anda tak kira la sama
ada senang atau susah yer.
Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .
Kawan yang baik tidak pernah mengumpat
di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tidak pernah cemburu
dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu
kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk
membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya
untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari
bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang
tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk
sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk
berkawan dengan kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika
kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik,
kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik
untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan
kebahagiaan kawan baiknya
di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa
kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik
kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika
kita tidak menghargai Kawan Baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu
perkara yang baik kepada kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan selalu
menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.
Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini
kepada kawan-kawannya,
bukan kerana terpaksa,
bukan kerana suka-suka,
tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya
supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.
Dan kalau kita hendak mendapat kawan baik yang baik,
kita mestilah terlebih dahulu menjadi
seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik!
Kita kawan kan?
wassalam
label :
indah kurnian-MU,
kawan,
rindu
18 December 2011
lupa sudah
assalamualaikum..
bila kau dah jumpa kawan baru . . .
kau akan lupa siapa kawan kau yang lama
.normal.
mmg normal tp ianya bukan sesuatu yang baek :)
semua orang pernah rasa perasaan nie
lagi-lagi bila kawan rapat kau buad cmghetu kat kau !
kau kena engat yang . . .
"what goes comes around "
tak yah buad orang cm tue la sebab
nnt kau akan lalui juga frasa ni
cuma cepat atau lambat .
bila kau dah sampai tang tue
baru la kau tau cmne sakitnya
so,kau tak yah nk dok dalam kenangan sangat la kan :P
sedangkan kengkawan kau dah mara ke depan
dan tinggalkan kau jauh kt belakang sensorang !
blueekkkk~
kepada kawan aku yang aku marah tadi.sory !
aku tengah tacink ngn kau.
pastu kau bole buad-buad enciem + tak bersalah lak tegur aku
maybe sebab aku mula rasa yang major kengkawan aku dah ada kawan baru.
aku je yang dok terhengat kat korang. . .
korang engat entah idak kat aku.
hukhuk~
:: it's normal ::
again
hidup tak yah nak b'fikiran -ve sangat la
nnt hati kau sendiri yang sakit kan :P
habis dah luahan ati aku !
kbai !
wassalam
15 December 2011
spontaneous thursday # 14 | pesan ~
cik mazlina said :
apa yang ada sekarang . . .
itulah yang terbaek untuk kita buad masa sekarang
p/s : sila belajau bersyukur !
terima kasih :)
label :
rindu
03 December 2011
kadet bomba : 1st tyme pergi camping
assalamualaikum
tyme f1 dan f2 aku puteri islam.mmg ayu sangat aku tyme tu -___-' * ayat mintak penampau* ari nie aku nak ceghita tentang pengalaman pertama aku ikut camping kadet bomba.tyme uh aku br f3.yup ! mmg muda belia remaja lagi tyme uh -___-' sekarang aku dah kearah matang pulak.keh3 :P
tyme first aku follow camping banyak benda aku belajau tau.aku paling engat tyme nie sb aku dah buad sesuatu yang membuatkan orang "terkujat" dengan aku ! <------ apakah yang telah aku lakukan ?
jeng3 !!! aku buad pidato tentang 'masalah disiplin pelajar' <----- tajuk nie cikgu bomba yg bagi.aku dengan berani 'slumbernyer' menawarkan diri utk mewakili team aku.bangun dan pergi dpn.tau tak aku cakap pe ?
"orang merokok nie sebenarnya orang bodoh"
okay ! aku tau statement aku bole buad budhak llaki yang ramai tue baling barang + kata-kat kesat kt aku ! tp tyme uh aku tak dpt nk fikir apa yang aku dah buad.pas aku ckp ayat kt atas.aku trus 'blank' -.-' sambil doa "tolong larh nie semua mimpi" .haila....daa lah 2 pupu lelaki aku d0k dpn aku tyme uh -___-
*statement diatas aku buad sebab tyme uh pak cik aku baru meninggal sebab sakit jantung.pakcik aku merokok kot dan terhasil larh statement diatas :)
amik kau mulut takde insurans lagi.dah la tyme uh br malam pertama camping bermakna aku kne tempuh 2 malam lg kat ctue dan aku pergi buad statement berani 'mati' cmghitue ? pe kejadahnya kau ? @__@
maunya tak budhak llaki kt ctu nganjing aku tiap kali aku lalu lalang dpn dyorng kan.terima je lah spe s0h mulut kau cunn sgt smpai mengeluarkan kata-kata yang indah itu..dush3 *tumbuk mke sendiri
orang s0h aku angkat hos,aku buad derk je.maklumla aku baru 1st tyme jumpa hos tyme uh.cuak aku nengok begulung-gulung bagai.tue tak ceghite cmn0 dyorng bentang hos smpai tergolek-golek aih --,
cikgu ckp spe angkat hos bole pergi negeri.spe pulak tak nak pergi negeri kan ? aku nak kot org bawak aku pergi jenjalan secara percuma ^___^ tp aku tak angkat gak hos tue lastnye sb malu kot klu jatuh.dah ah ramai orang nengok.lelaki lagi ramai dari perempuan kot pergi camping tyme uh !
memula aku tak panggil cikgu kt ctu cikgu tau.aku panggil dyorng pak cik -____- dan klu nak tahu cikgu yang aku panggil pak cik tue,ktorng sepatutnya panggil dy tuan.mmg aku berani mati tyme nie + tanpa rasa bersalah ! sory cikgu ! *klu nak tau sampai aku abis sekolah aku ttp panggil cikgu nie "cikgu" bukan tuan.muahahahaha~
kenapa aku ceghite tentang camping aku kat cnie -___-'
simple : aku mmg rindu sangattt kadet bomba haku !
to my junior.hargailah zaman anda ketika jadi kadet sebab bnyk yg
korang akan belajau tau ! :)
p/s : syabas ! spe yang abis bce ceghite aku yg merepek meghaban nieh ! phewphew
wassalam
label :
beronok-ronok,
best,
kenangan kita,
rindu
Subscribe to:
Posts (Atom)




