بسم الله الرحمن الرحيم
alhamdulillah.
hari jumaat yang terakhir di bulan ramadhan.
hati aku semakin rindu beliau.maaf YA ALLAH.hati aku belum cukup kuat.masih menangisi pemergian beliau hingga saat ini.bukan aku tidak redha pemergian beliau cuma aku masih perlukan waktu.yang lama pastinya.
ketika aku menjaga beliau sakit dihospital.masih terhengat bagaimana aku menemani beliau mandi.berbual dengan beliau.aku rindu untuk bercerita dgn beliau.beliau tempat aku meluahkan perasaan.kini aku tidak tahu kepada siapa harus aku bercerita.aku manusia.aku lupa.ALLAH kan ada.
setiap kali aku mengambilkan beliau wuduk dan memakaikan telekung untuk beliau.ALLAH.rindunya saat itu.saat di mana beliau meminta aku untuk solat berjemaah.beliau yang banyak memberi galakan untuk aku mendirikan solat jemaah.alhamdulillah.terima kasih ALLAH kerana memberi kesempatan untuk aku menunaikan solat bersama beliau.
di saat beliau datang ke hospital untuk melakukan pembedahan ianya tidak berlaku kerana penyakit kuning beliau terlalu tinggi.pembedahan terpaksa di tangguhkan.risaunya kami tidak terkata.perasaan di mana kau lihat seluruh badan orang yang kau sayang itu kuning sehingga mata beliau pun kuning.sakitnya aku ketika tidak dapat menandingi ketenagan beliau.kekuatan yang hanya beliau punya bukan kami yang melihatnya.
pertama kali doc menyatakan akan membuat pembedahan ke atas beliau.muka beliau riang,beliau rasa teruja kerana sudah lama bersedia tapi pembedahan itu tidak jadi akhirnya kerana tiada ruang kosong.aku tahu ianya bakal terjadi kerana itu bukan kali pertama doc membuat janji.aku marah tapi aku diam.beliau terima keputusan itu kenapa aku tidak.
sehat sedikit doc menyarankan beliau pulang bersama sebuah beg yang di jijing ke sana ke mari.beliau ditebuk di perut untuk mengurangkan kuning kata doc.aku tak tahu nak buad apa.aku diam.beliau masih bole senyum dan berbual dengan riang.aku bersyukur.
di saat beliau kembali semula ke hospital untuk melakukan pembedahan,sekali lagi ianya di tangguhkan,atas alasan yang sama.aku marah dan mereka doc,aku bukan jadi aku diam.beliau terlalu percaya dengan mereka.siapa aku nak meghalang.orang punya badan bole terima kenapa aku tidak.
pembedahan bakal di lakukan,aku eksaited nak pulang untuk melihat keadaan beliau.belum pun aku bergerak pulang,aku dapat mesej dari adik yang beliau tak jadi operate kerana kuning masih tinggi.aku ? marah ? sangat marah.aku sedih.kenapa mereka menangguhkan lagi sedangkan mereka menjangkakan yang beliau ada kemungkinan untuk mendapat kanser.aku menangis dengan baiknya.YA ALLAH,ujian ini terlalu berat untuk aku menerimanya.ketika itu aku fikir betapa jahatnya kami sehingga ALLAH menguji beliau sedemikian.adakah atuk mahu menjemput beliau dari kami ? adakah atuk terlalu merindukan beliau ? aku tersedu sedan di tengah org ramai.aku pasrah.
lepas naik cuti sem aku amik cuti seminggu jaga beliau di hospital.ketika itu,kami banyak berkongsi cerita.beliau nangis memikirkan keadaan nenek yang bakal di tinggalkan.di saat aku bercerita tentang kawan aku,air mata beliau gugur lagi.aku ? tipu kalau cakap aku tak sedih.di saat aku perlukan kawan ketika itu,mereka tiada.aku tahu memasing mempunyai life tersendiri.maaf atas kekhilafan aku terhadap mereka.aku ajak beliau tengok cerita di lappy.kami solat bersama,mengaji bersama.alhamdulillah.
suatu petang,selepas asar.doc datang cakap nak buat ct scan kalau bole meraka akan operate kalau tidak,meraka akan suruh beliau pulang.aku rasa nak maki hamun sahaja mereka tapi kau diam sebab mak aku bole terima keadaan itu dan kenapa aku tidak ? aku perlu tunjuk kuat di hadapan beliau.kata-kata doc itu bagai batu menghempap kepala aku dan aku teringin untuk melemparkan semula batu itu kepada doc yang berada di situ.
nk buat ct scan kena puasa dari pagi.the problem is doc ta janji yang mak akan buat ct scan hari itu atau tidak.beliau ada gastrik tapi beliau tidak mengadu kelaparan walaupun aku bertanya.beliau tidur untuk mengilangkan rasa lapar.akhamdulillah pukul 3 nama beliau baru di panggil.aku ikut beliau turun.aku teman beliau minum sambil tunggu giliran.kami berbual dan bergurau senda.rindunya saat itu.
petang selepas asar mereka datang dan menyatakan operate dijangkakan bole di buat cume perlu tunggu orang atasan yang membuat keputusan.esoknya,hanya seorang doc yang datang menjengah beliau dan doc menyatakan esok mahu menjalankan pembedahan.mak punya gembira tidak terluah.kesyukuran ke atas yang Esa dipanjatkan.aku ? sedih melebihi gembira keran itu bukan kali pertama doc membuat janji.tidak lama kemudian mereka panggil mak untuk pergi x-tray.aku tak ikut.petang itu juga jururawat amik tekanan nadi beliau.di mata aku,itulah seorang sahaja jururawat yang benar-benar ingin bekerja kerana hanya beliau sahaja yang melayan beliau dengan baik.doc bius panggil beliau,aku sekali lagi berada di sisi beliau mendengar penerangan doc.
petang itu aku pulang kerana alang mengambil alih tugas aku.hari itu juga seluruh keluarga sakinah kami berkumpul.sebelum pulang kami bermaafan.beliau dan abah sudah menangis.aku ? perasaan ketika itu sehingga sekarang aku rasa sayunya.beliau banyak memberi pesan kepada kami.terlau banyak.
seawal pagi kami adik beradik datang di temani abah dan di bawa oleh satu-satunya abang sedara yang sanggup membawa kami melawat emak di hospital saban hari.aku sampai mak da masuk dewan pembedahan.mak masuk pukul 6.30 pagi kata alang.doc cakap 5 jam.tapi mak keluar dari bilik itu tepat pukul 5 dan dibawa terus ke wad high density ward (HDW) kami di benarkan masuk tapi hanya 2 orang sekali masuk.aku takut nk masuk.aku tak kuat tapi aku rindu mak.aku kuatkan hati dan aku masuk.beliau mamai kesan dari ubat bius.keadaan beliau cukup buad aku sayu.air mata ? mana pernah berhenti mengalir since beliau masuk bilik bedah.
beliau merupakan pesakit yang paling lama tinggal di wad HDW tu.seminggu lebih.ketika itu aku suda balik nilai tapi selalu jugak aku telefon adik bertanya khabar beliau.adik adalah orang yang paling lama duduk di sisi beliau selepas operation adik ambil cuti untuk jaga beliau.budimu tidak terbalas,dik.bila sudah hampir seminggu beliau tidak masuk wad biasa.air mata aku tidak dapat di bendung.aku takut.aku punya fikiran terhengat pelbagai kenangan lalu dengan beliau.beliau banyak sangat luahan yang aku sendiri tak sedar sehingga bila di fikirkan saat ini.baru aku tahu kenapa beliau berkata sedemikian.
seterusnya....
beliau merupakan pesakit yang paling lama tinggal di wad HDW tu.seminggu lebih.ketika itu aku suda balik nilai tapi selalu jugak aku telefon adik bertanya khabar beliau.adik adalah orang yang paling lama duduk di sisi beliau selepas operation adik ambil cuti untuk jaga beliau.budimu tidak terbalas,dik.bila sudah hampir seminggu beliau tidak masuk wad biasa.air mata aku tidak dapat di bendung.aku takut.aku punya fikiran terhengat pelbagai kenangan lalu dengan beliau.beliau banyak sangat luahan yang aku sendiri tak sedar sehingga bila di fikirkan saat ini.baru aku tahu kenapa beliau berkata sedemikian.
seterusnya....
No comments:
Post a Comment