30 March 2013

Ada satu masa nanti.

Rimas.
Belengas.

Aku cepat bosan.
Aku rasa semua salah

Tapi aku tak mampu nak salahkan yang lain--
Aku letak salah itu pada aku akhirnya.

Biar yang lain nak cakap apa.
Yang aku tahu hanya aku tahu siapa aku.

Teman karib aku TAK NAK punya
Sebab aku mudah terasa.

Bila aku buat kau jadi kesayangan.
Aku nampak kepincangan.

Kau makin jauh.
Aku tak dapat nak capai.
Kau tak toleh sejenak pun ke aku.
Aku diam
Kecewa
Tapi aku masih tunggu.
Tunggu kau.
Itu kebodohan aku paling nyata.

Kau datang dan tanya...
Ke mana menghilang ?

Aku jawab..
Masih di sini.
Melangut tengok gelagat manusia.

Dalam hati aku berbisik..
Aku lihat.
Aku tak buta.
Aku tak tuli
Kau pilih mereka yang lain depan aku.
Pilihan apa yang aku ada ?
Pergi jauh dari kau sikit-sikit.

Satu hari nanti..
Bila kau perasaan aku hilang.
Masa tu akan aku pastikan.
Kau tak mampu langsung nak capai aku.
Akan aku lenyap terus dari hidup kau.

Jangan cari aku.
Aku dah tak nak tunggu kau.
Mahupun tengok kau dari jauh.

"The moment i don't want to find you,that will be the time you'll find me"

Why ? *ask*

ALLAH sedang uji aku.
Kesimpulan paling senang.

Akan ada.
Satu hari nanti.

Aku tak berdendam.
Aku tahu DIA lihat semua sakit aku.
DIA tahu mana yang terbaik.
Aku percaya pada DIA.

*senyum*


 
terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

29 March 2013

The truth.

Sakit.
Luka itu parah.

Aku biar.
Letak ubat nanti-nanti.
Kalau ingat.

Banyak lagi kena fikir.
Aku pilih abaikan tentang luka.

Biar--
Lama-lama nanti sembuh la ia.

Bukan harapan kosong.
Aku doa untuk kesembuhan.

Tipu kalau cakap usaha aku tiada.
Tipu.

Mungkin limit sakit tu dah tiba.
Jadinya aku tidak perlu gampangkan rasa itu.

Sakit itu ajar cara senyum palsu.
Semua mereka percaya itu tawa gembira.

"Tak nak mereka sakitkan hati kita,jangan sesekali sakitkan hati mereka"
-Emak-

Tangisan itu hanya di hamburkan...
Di atas sejadah.
Berseorangan hanya ada dia dan pencipta.

Mengeluh itu pilihan.
Sakit juga pilihan.

Cara kita tentukan pilihan kita.
Mereka juga punya masalah sendirik.

Kita punya jalan tak sama
Tapi tak mustahil rasa kita sama.

Mereka tak ?
Jangan cerita pada mereka
Cuba cari mereka yang ada sama rasa.
Baru ada rasa--

Speak the truth to people who want speak the truth to you.be fair and square,okay ?



 

terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

Spilt out #2

March.
Ia datang lagi.

Aku seru
semua kenangan itu datang.

Setelah 3 tahun.
Aku cuba lupakan kejutan itu.

Kejutan itu datang kembali.
Beza situasinya.

Dulu dari adik
aku berlari ke along
Nangis
Cakap.
Duduk.
Nangis.
Lari balik kelas.
Kemas barang.
Pegi ke abah.

Kini.
Aku dengar dari alang
Diam.
Nangis.
Fikir.
Nangis
Nak ke emak.
Tak mampu.
Takut meraung.
Tak dapat terima kenyataan.

Balik kolej.
Aku tafakur.
Atas sejadah.
Fikir.
Nangis lagi.
Aku takut pikir akhirnya.
Takut jadi apa aku fikir.
Nangis.
Tak dapat terima kenyataan.
Nangis lagi.

Dalam solat
Selepas-selepas itu aku nangis.
Bezanya kali ini aku doa.
Bersungguh-sungguh.
Agar jangan di ambil beliau.
Aku belum bersedia.

Kawan 'kepit'
Ketika itu hilang.
Rasa itu aku pendam sendiri.
Luah juga sikit pada sekeliling yang sudi.

Ramai tanya..
Kenapa tak bagi tauuuuu ?

Aku jawab..
Kau harap apa ?

Kalau kau jadi aku,
Kau buat apa ?

Canangkan pada semua ?
Biar simpati itu melimpah ruah ?

Bukan berlagak.
Tapi setakat simpati.
Buat apa ?
Aku tak perlu.
Sikit pun aku tak nak--

Aku tak nak kau ada 24/7 dengan aku.
Aku cuma nak doa dari saudara seislam.
Tak lebih dari itu.

Bukan pertanyaan
Atau persoalan
Yang menyesakkan minda.

*mac 2012 aku dengar mak sakit di mana memerlukan operation.sepanjang hampir 20 aku hidup,aku tak pernah dengar pasal ahli keluarga terdekat kena operate.waima ketika emak nak lahirkan alang dan adik.aku kecik lagi.diri sendiri masih tak tau beza baik buruk.perasaan berkecai.mutiara jernih jadi peneman pipi bahkan jadi sahabat karib sehingga perginya beliau buat selama-lamanya dari sisi.

al-fatihah buat bonda tercinta...sabiah binti sulong...

rindu angah untukmu tak pernah berpenghujung.moga tenang di sana :')



 

terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

27 March 2013

Wordless wednesday~




Life is short. Do whatever you want. Don't miss even a single things but if you late .they will say good bye ! Grab it before you don't had any chance left *smile*



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

26 March 2013

masa sedar.


Diam.
Bisu.
Aku mahu jadi begitu buat sementera.

Gembira dan sakit.
Di rasa sendirik.

Ditelan pahit.
Di luah tak mampu.

Bukan tidak mahu menggembirakan
Cuma gembira itu bukan untuk selamanya.

Ada saat sakit di perlukan
Agar masih beringat sentiasa.

Hidup ini singkat.
Mungkin hari ini..
Mungkin esok..
Nyawa di ambil DIA

Sekelip mata.
Rahsia itu tiada yang tahu.
Melain DIA yang di atas.

Dia mengetahui segalanya.
Dia harus di percaya sampai bila-bila.

Kita manusia.
Hak DIA.

Semua terletak pada DIA :)




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

24 March 2013

hak suara punya aku.

memang faktanya..
islam dan siasah tidak boleh di pisahkan.
semua tahu itu

kamu !
kuasa itu bukan harta.

jika tidak mampu di galas.
lepaskan--

pecahkan ego.
hempaskan dengan keras.

tanggungjawab itu bukan percubaan.
ramai yang merana nanti.

kata maaf itu bukan hina
bahkan ianya mulia.

kesalahan itu bukan bole di tutup lama.
busuk--

memang tak semua bole terima.
tapi manusia itu memang tidak sempurna.

tiada siapa bole hukum mereka yang lain.
hak itu tiada melainkan DIA yang di atas.

kesalahan diri memang tak di sedari.
ada masa biar sekeliling luahkan.

tak perlu buat banyak.
hanya dengar dan fikir.

terlalu lama di pegang
walhal mereka yang lain sudah nampak jelas--

mahu di tutup guna apa ?
kuasa itu tak selama-lamanya ada.

bila waktu itu tiba.
mungkin akan jatuh..
atau lagi sadis di jatuhkan.

kenapa ? *fikir*

kepercayaan itu sudah jadi zero.
tanpa pamitan.

yes !
mungkin sekelip mata.
tanpa di sedari diri

bagaimana ianya berlaku ?
kelalaian.
mata di tutup.
telinga di 'budekkan'

biar--
masa itu tak lama.

kita cuma perlu 'follow'
limitasi itu bakal tiba tidak lama lagi.

maaf.
sekiranya kasar--

itu luahan buku..
hati yang paling dalam :)

ikhlas *senyum*


"jangan keterlaluan pertahankan ahli-ahli politik, seperti mereka tu tak pernah dan tak akan berdosa. mereka itu manusia.hina lah seorang pendosa, dan seandainya suatu hari nanti beliau bertaubat dari dosanya, apa dosa anda terhapus seperti dosa taubatnya juga ?"
-fydh-

cakap macam perfect memasing.
Wasatiyah la sikit.

Kau hina dia.
dia hina kau.
bagus.
Dedua dapat dosa--

Aku malas nak canang pasal politik sebab kang emosi aku tak dapat kawal abis semua kena persoal.

satu je,bila nak bubar parlimen ? Aha #PRU13




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

20 March 2013

hye !


I don’t have anything to write when I sit infront of my lappy so I just want to share my status in facebook for showing that I always write something even not in this blog ;)

-mar 12,2013-

Bukan dah  tak suka cuma dah tak nak sakit.
cuba meng-ignore kan perasaan yang tak bawa ke mana.

cukup-cukuplah bertepuk sebelah tangan.
lenguh dah tangan ini kerana terlalu lama menghulur kepada yang tak sudi.

Engatkan selama ini tangan ini di genggam
rupanya ianya tak pernah bersambut.

Terlalu tinggi mungkin angan-angan atau
masih belum bangun lagi dari mimpi semalam.

Did you awake ? now,wake up and
make the rest be prefect


*dear zauj,I had a big mistake in my life before I meet you and I really damn sory for that.hope you will accept me what I am now not what I am doing in the past.i want make wonderful future with you.i will wait for you until you find me.insyaALLAH.moga ALLAH redha.

Hello world,maryam is back ! J


-mar 13,2013-

Ada masa aku mahu jerit pada dunia aku penat.
jangan hampiri aku.

aku kotor.
dosa aku banyak.

aku sering alpa pada nikmat dunia.
aku tergoda pada kelalaian sementara.

sadisnyee,
jadi aku *sigh

melakukan kesalahan yang sama tanpa lelah.
apa jadi pada akhirnya ?

tak siapa tahu melainkan DIA--

pintu taubat sentiasa terbuka.
siapa kita untuk menafikan hak mereka.

menegur itu bukan beerti diri itu hebat
hingga bisa mendabik dada.

kenapa perlu sedemikian ?
walhal fakta nyatanya semua tahu…

“manusia itu tidak sempurna”

tapi seringkali di lupa.
kenyataan yang satu itu.

“walaupun dosa kamu sebesar gunung uhud dan apabila kamu bertaubat maka ianya akan bertukar menjadi pahalamu”
-ustaz luthfi-

bertudung labuh atau berkopiah.
bukan bermakna tiada dosa dan khilaf.

sentiasa menulis kata-kata yang membawa kepada kebaikan
tak bererti mereka baik sempurna.

khilaf mereka juga ada Cuma bezanya
kita dengan sikap dan pemikiran.

tak perlu di cerita tentang jatuh bangun.
semua orang punya cerita.
yang berbeza pastinya.

aku manusia biasa.
bukan hanya aku tapi kamu juga.
kita semua manusia.

di mana akhirnya kita kembali pada DIA.


*salam muhasabah saudaraku J


terima kasih sudi singgah dan baca ^^,