Ia datang lagi.
Aku seru
semua kenangan itu datang.
Setelah 3 tahun.
Aku cuba lupakan kejutan itu.
Kejutan itu datang kembali.
Beza situasinya.
Dulu dari adik
aku berlari ke along
Nangis
Cakap.
Duduk.
Nangis.
Lari balik kelas.
Kemas barang.
Pegi ke abah.
Kini.
Aku dengar dari alang
Diam.
Nangis.
Fikir.
Nangis
Nak ke emak.
Tak mampu.
Takut meraung.
Tak dapat terima kenyataan.
Balik kolej.
Aku tafakur.
Atas sejadah.
Fikir.
Nangis lagi.
Aku takut pikir akhirnya.
Takut jadi apa aku fikir.
Nangis.
Tak dapat terima kenyataan.
Nangis lagi.
Dalam solat
Selepas-selepas itu aku nangis.
Bezanya kali ini aku doa.
Bersungguh-sungguh.
Agar jangan di ambil beliau.
Aku belum bersedia.
Kawan 'kepit'
Ketika itu hilang.
Rasa itu aku pendam sendiri.
Luah juga sikit pada sekeliling yang sudi.
Ramai tanya..
Kenapa tak bagi tauuuuu ?
Aku jawab..
Kau harap apa ?
Kalau kau jadi aku,
Kau buat apa ?
Canangkan pada semua ?
Biar simpati itu melimpah ruah ?
Bukan berlagak.
Tapi setakat simpati.
Buat apa ?
Aku tak perlu.
Sikit pun aku tak nak--
Aku tak nak kau ada 24/7 dengan aku.
Aku cuma nak doa dari saudara seislam.
Tak lebih dari itu.
Bukan pertanyaan
Atau persoalan
Yang menyesakkan minda.
*mac 2012 aku dengar mak sakit di mana memerlukan operation.sepanjang hampir 20 aku hidup,aku tak pernah dengar pasal ahli keluarga terdekat kena operate.waima ketika emak nak lahirkan alang dan adik.aku kecik lagi.diri sendiri masih tak tau beza baik buruk.perasaan berkecai.mutiara jernih jadi peneman pipi bahkan jadi sahabat karib sehingga perginya beliau buat selama-lamanya dari sisi.
al-fatihah buat bonda tercinta...sabiah binti sulong...
rindu angah untukmu tak pernah berpenghujung.moga tenang di sana :')
No comments:
Post a Comment