assalamualaikum.
Di sebuah kampung yang permai lagi indah ada sebuah sekolah dan di sekolah sebuah kelas yang menempatkan hanya 40 orang murid kesemuanya.berkawan,bermain,bergaduh,bertumbuk,berdiri,berlari,dan belajau bersama-sama walau dalam keadaan susah dan senang.itu kami.kami adik beradik riang ria selalu.
waktu itu kami bergaduh sehingga kakak,abang,ibu bapa dan keluarga datang ke sekolah,ada yang ibu bapa tunggu hingga waktu abis sekolah kerana anak mereka menangis,ponteng kelas secara berjemaah,membuat bising,merosakkan barang di bilik sains,dimana kebanyakan aktiviti yang kami jalankan banyak secara berjemaah.cakap adik beradik :)
waktu di mana kami bermain rounders sampai conquer satu padang di tiap kali kelas jasmani.bermain bola sepak bersama,bermain ragbi bersama atas ihsan bola yang kawan bawak ke sekolah agama,main gasing sesama,main entah pape kad entah,main getah,main seremban,pokoknya sume kami main bersama.kena marah pun sesama.walaupun kena panggil dengan ustazah bedah,kami tetap riang ria selagi kami ada sesama kami.
waktu di mana setiap hari senin kami akan berdiri untuk perhimpunan dengan rela hati + keterpaksaan berdiri hingga lengguh kaki untuk dengan guru berucap serta menyanyikan lagu sekolah,lagu negeri selangor,dan lagu negaraku.melihat pengawas berdiri membuntuti guru kerna ingin menaikkan bendera.kami pengawas library membuat persediaan menyusun kerusi untuk guru-guru duduk.baik kan kami :)
tyme ibu bapa datang tandatangan repord card kami mengpasang-pasangkan rakan sekelas kami.gelak tawa,senda gurau tidak pernah kering di antara kami.ada sahaja bahan yang bole di kenakan kepada orang lain.cubit peha kiri,peha kanan yang terasa.
bakat-bakat kreatif kengkawan sampai ada yang buad komik dan bagi kawan yang lain baca.ada kawan lelaki yang takut kucing,kawan yang pandai bantu yang lemah.kawan yang lemah,tidak ketinggalan kawan yang paling nakal suka menyakat orang tak kira tempat dan waktu.wohaa,bestkan kami !
waktu di mana kami di marah sehingga ada guru menyatakan kami yang bakal memburukkan nama sekola bila upsr menjelang tapi kami tetap tidak ambil pusing,kami tetapa dengan cara kami.kedegilan dan kegilaan kami tiada tandingan.itulah kami.kami yang awesome :)
kami still melepak di belakang bangunan sekola tyme kelas kajian tempatan yang diajar oleh cikgu rosli,kami berbual bersama,bermain besikal bersama,mengumpat bersama sehingga abis waktu kelas kajian tempatan baru kami bergerak masuk semula ke kelas.nampak kan betapa tenangnye kami.berani buad,berani tanggung.
masih terbayang aktiviti sukan tahunan sekola di mana kami membawa bendera sekola.membuat perarakan,tidak dinafikan kami jadi senior yang comel lagi baik untuk adik-adik.hewhew~
aktiviti last kami adalah hari kecermelangan di mana,tahun itu batch kami adalah antara yang terbaik di mana 3 orang dapat 5A.7 orang 4A dan 3 orang 3A.tidak ku lupa saat itu betapa kami dapat mematahkan kata-kata guru yang menyatakan kami adalah batch paling teruk upsr.
itu kami.
murid-murid sekolah kebangsaan bukit belimbing
(1999-2004)
waktu berganjak pantas hingga tidak sedar waktu itu berlalu sekencang mungkin.kini tahun 2012 menunjukkan betapa kami yang dulunya comot dan selekeh menjadi salah seorang yang suda bole berdiri dengan riang tawanya.memasing suda punya kerja sendiri.mempunyai life sendiri.
setiap yang bernyawa pasti akan merasa kematian.sedar tidak sedar suda dua orang teman kami pergi meninggalkan kami.meninggalkan memori yang penuh di ingatan.walaupun mereka suda tiada kami tau yang mereka sebenarnya masih ada bersama-sama dengan kami.
sahabat kami azmeer meninggal akibat kemalangan jalan raya setahun lepas dan kini kami baru mendengar berita sahabat kami nazrin merupakan mangsa terakhir dalam nahas kebakaran kapal MISC di labuan baru-baru ini.
disini aku dengan rasa rendah diri ingin meminta agar kalian mendoakan sahabat kami yang telah kembali ke rahmatullah.tidak sampai setahun kami hilang dua sahabat.moga kamu tenang di sana sahabat.kami merinduimu.doa kami sentiasa ada untukmu :')
.al-fatihah.
Azmeer Omar .
Muhammad Nazrin Khamsani .
2 comments:
cik yam...
kwan awk ni awk pnh cerita dulu kan?
innalillahi wainna ilaihi raajiuun..
moga dia tenang di sana..
takziah atas pemergian seorang rakan..
semoga Allah mengurniakan ketabahan kepada keluarganya dan juga awak sbg seorg sahabat~~
emm,tyme kt matrik dy baru contact kte balek.since abis sek rendah ktorang tak tegur pun.ble tegur blek tyme kt matrik macham ta caya je tu dia.dia baik.orang baik ALLAH pinjamkan sekejap.doakan kita tabah,kehilangan emak tak smpi 40 ari,kte da ilang seorang sahabat pulak :')
Post a Comment