بسم الله الرحمن الرحيم
semua orang mempunyai ibu abah tentunya.aku pun tidak terkecuali :)
bila dapat duduk sesama ramai-ramai mesti seronok bukan ?
meluahkan dan berbincang apa yang perlu.
mendengar dan menerima nasihat dari yang tua.
kitaran hidup ini telah ditentukan sejak azali lagi di mana akan ada satu masa di mana semua manusia akan menjadi tua dan meninggal dunia.it's fact !
masih terngiang bebelan emak tentang perangai kami adik beradik.bila menjadi semakin dewasa kegoaan itu semakin menjadi-jadi bajet macham bole berdiri atas kaki sendiri padahal duit pun masih lagi emak dan abah yang bagi.hmm..
masih terasa pukulan emak ketika kami buad salah semasa kami kecil.cubitan yang paling kami tidak akan lupa sakitnya tapi bila nak buad kesalahan tak engat,bila da buad baru terhengat sakitnya.awww~
masih terdengar rungutan emak tentang kelakuan kami adik beradik yang tak pernah berubah walaupun suda ditegur dan dimarah beberapa kali.degil benau hati kami.maaf mak ! :(
masih terbayang barang-barang yang emak belikan untuk kami,barang-barang yang kami adik-beradik sangat susah untuk makan padahal bukan susah pun sebenarnya.barang mana ada orang suka makan benda baik kan ? aku makan cuma tak selalu.adik-beradik yang lain ada yang tinggal dekat umah dan sorokkan tak nak bagi mak tau dan bising.
masih terngiang pesanan yang dititpkan kepada diri kami.solat fardu jangn tinggal.kalau ada masa buad solat sunat.banyakkan membaca al-quran.banyakkan buad perkara-perkara sunnah.kalau gelisah baca surah ini . . terlalu banyak pesanan yang emak tinggalkan untuk kami.terlalu banyak :')
ketika beliau sakit,beliau masih mahu solat.masih mahu mengaji,masih mahu solat sunat,masih mahu membaca al-ma'thurat,masih lagi mahu bezikir,masih lagi mahu mendoakan kebahagiann keluarganya,suami dan anak-anaknya,masih memikirkan tentang ibunya yang tak berapa sehat dan beliau mempunyai semangat yang sangat tinggi untuk hidup.
mungkin sepanjang mak sakit kami adik beradik ada menyakiti mak tanpa kami sedar maupun sedar.kami minta ampun dan maaf sebanyak-banyaknya :')
mak terlalu tabah.kami pun tak setabah emak.kami yang melihat emak hari-hari pun tak sanggup melihat emak di cucuk dan di tebuk tapi emak masih bole sabar.YA ALLAH betapa kuatnya hambuMU yang seorang ini.aku kagum melihatnya.kami kuat sebab lihat emak kuat.kekuatan yang ALLAH pinjamkan untuk keluarga kami sehingga ke saat ini.terima kasih YA ALLAH :)
.alhamdulillah.
ada beberapa perkara yang mak mahu tapi tak dapat ditunaikan.emm,aku punya kesal tak terungkap.kekesalan sahaja yang mampu aku luahkan.aku terlalu banyak membuang waktu dengan melakukan perkara sia-sia.terlalu ;(
angah bukan anak yang baik untuk emak tapi angah rasa sebelum emak pegi,apa yang angah lakukan itulah yang paling terbaik angah bole lakukan ketika dan saat itu.maafkan di atas segala kekurangan dan ketelanjuran yang angah telah lakukan.angah bukan anak yang baik mak,maafkan angah ye . angah suka melawan cakap mak,tak buad apa yang mak suruh.abaikan segala yang emak pesan.emm,maafkanlah angah mak.terlalu banyak dosa angah pada emak.angah gagal jadi anak,adik dan kakak yang baek untuk mereka.segala yang emak telah beri dan lakukan tidak terbalas.angah gagal dalam membuat segala-galanya.keberkatan itu tiada untuk angah.tiada apapun yang angah lakukan dapat tebus balik apa yang emak telah korbankan untuk angah.emak..angah perlukan emak sangat.sangat perlukan emak..angah akan cuba ikut segala ajaran yang emak telah ajar dekat angah.dari segi agama,pakaian,tutur kata...emm,angah akan cuba semampu angah.angah akan cuba sehabis daya untuk jadi anak yang baik untuk abah dan cucu yang baik untuk nenek.emak jangan risau,angah akan jaga diri,abah,nenek dan keluarga kita semampu angah.walaupun emak suda tiada tapi angah tau yang doa emak selalu ada untuk kami.angah sangat sayang emak.sangat sayang,kau berkatilah roh emakku YA ALLAH dan kau tempatkanlah beliau ditempat orang yang beriman.
.amin.
emak kami meninggal dunia pada 27 jun 2012 setelah hampir 3 bulan bertarung nyawa.ditebuk sana sini,dicucuk dan pelbagai lagi.dugaan untuknya terlalu hebat.di mata aku tiada orang yang sehebat beliau.beliau merupakan anugerah yang paling hebat yang telah ALLAH kurniakan dalam hidupku.
pertama kali menyambut ramadhan tanpanya aku rasakan satu kehilangan yang akan aku engat sampai ke akhir hayatku.perasaan di mana orang yang senantiasa ada untuk kau tak kira waktu,tempat dan ketika sudah tiada.bila kau pandang sebelah kau ianya kosong.kosong.tempat di mana ada seseorang yang akan support segala apa yang kau buad,dengar setiap apa yang akan kau luahkan,memberi nasihat kini sudah tiada.zapp ! ianya hilang begitu sahaja.secepat itu.bayangkan bagaimana rasanya.astaghfirullah Al-Azim YA ALLAH.aku terlalu merindui beliau.bila kau sudah tidak mampu nak pegang dan cium beliau macham yang kau selalu buad.ianya sakit.sangat sakit.YA ALLAH,kuatkan hati aku agar aku mampu untuk terus melangkah.apabila di putar kembali waktu ketika emak di saat akhir,aku rasa terkilan bila terfikir tiada satu pun kejayaan yang aku telah lakukan di mana bole membuatkan beliau bangga.
terlalu banyak kenangan yang telah kami lalui bersama.bila hati resah aku akan telefon dan minta nasihat,dapat kau bayangkan bagaimana rasanya bila teman kau berbual dengan ibu mereka melalu telefon di mana itulah yang aku sering lakukan dahulu.aku selalu telefon mak ble aku susah dan senang,aku akan tanya khabar emak,abah dan nenek tapi itu semua dulu ianya tidak akan berulang kembali.aku tau itu.
bukan aku tidak redha cuma aku belum cukup kuat untuk adapt semua ini dalam masa terdekat.tipu kalau aku cakap yang aku tak cuba untuk cekalkan hati aku dan cuba teruskan melangkah menghadapi hari mendatang tapi aku belum mampu untuk lakukan semua itu.aku perlukan masa.masa yang banyak pastinya.cukup untuk aku berdiri,senyum dan teruskan melangkah segagah aku.
"ALLAH menguji kita tanda DIA sayang kita".
emak kami pergi dengan perasaan yang terkilan terhadap kami adik beradik.maaf emak :')
kami juga tidak sempat memohon kemaafan kepada beliau.hmm..
"tiada yang kekal di dalam dunia ini.mereka akan pergi cuma bezanya cepat atau lambat.bila tiba masanya,aku harap aku kuat"
kepada yang masih mempunyai ibu,emak,mama hargailah mereka kerana akan ada satu masa beliau akan pergi cuma waktu,ketika dan saatnya kita tidak tahu bila.bersedialah dengan segala kemungkinan.mohon dipinjamkan kekuatan dariNYA agar segalanya dipermudahkan.
kedua ibu bapa adalah anugerah yang paling berharga yang telah ALLAH kurniakan buad kita.hargainya.jangan bila mereka suda tiada baru nak menangis bagai.engatlah dengan tangisan kaum tidak akan mengubah apa-apa.sedekahkan al-fatihah selalu.bacakan surah yaasin bila rindu.YA ALLAH,kau sampaikanlah titipan rindu ini kepada mereka yang telah pergi terlebih dahulu meninggalkan kami.
segala-gala urusan pemergian mak dari emak meninggal sehingga dikebumikan .alhamdulillah ianya dipermudahkan segalanya oleh ALLAH. kehadiran keluarga,sahabat handai,pelajar-pelajar dapat membayangkan betapa mereka sayangkan emak kami.terima kasih atas kehadiran dan doa kalian yang tidak pernah putus-putus untuk emak kami.moga segalanya diber ganjaran oleh ALLAH kelak.
.amin.
insyaALLAH.
mohon jasa baik kalian sedekahkan . . .
.al-fatihah.
sabiah binti sulong
12 jun 1964 - 27 jun 2012
kenangan itu tidak akan lupus,ianya tetap ada di dalam hati kita.selamanya :)
.wassalam.
4 comments:
too touching(T_____T)
*crying**
maryam...sgt menyentuh hati apa yang awak tulis..
maafkan kita sebab xda kat sebelah awak saat awk memerlukan..
i mean the least thing i can do is lending u my shoulder to cry on..
maafkan kite ye maryam..
kalau ada apa2 bgtau kite ye..
i'll help if i can..insyaAllah
mar doakan awak sekeluarga tabah selalu..
kite tau awak kuat..lg kuat dr kite..
jangan pernah putus harapan ye yam(:
innallaha ma'assobirin<3
emm,awak jangan risau.
kte kuat awak kan tau tu :)
nnt kalau de pape kte rojer tau.
awak syg kita.
selamanya akan jadi sayang kita.
rindu nk beborak dengan awak.
awak da tolong banyak da,awak selalu ada untuk kita.
tu pun da cukup.
terima kasih,awak.
terima kasih sebanyak-banyaknyee.
*hugs and kissesss :D
moge yam sentiasa tabah..la takhof innaallahamaana
insyaALLAH.terima kasih,kak :')
Post a Comment