19 October 2012

. . . . . la tahzan~ . . . . .


Sem baru bermula bermakna hidup baru sahaja bermula untuk diri sendiri.setelah kehilangan emak pada akhir sem lepas.diri itu rasa hilang sebentar.masih tercari-cari diri yang kelam dikelilingi mereka yang lain.

Itu emak.orang penting dalam hidup telah di jemput ilahi.sentiasa cuba redha dan pasrah atas ketentuan DIA.perancangan kita dan perancangan DIA tidak setanding.kena selalu didik hati,mengingatkan otak bahawasanya barang pinjaman perlu di pulang semula.teringat perenggan yang di baca beberapa hari lalu:

Ketika seorang anak kehilangan ibunya (sebab kematian),sesungguhnya ALLAH telah mengambil hambaNYA dan DIA lebih berhak atasnya.jika seorang anak berkata : “emakku”

ALLAH yang Maha Pencipta berfirman : “hambaku ! Aku lebih berhak atasnya daripada yang selain Aku .ibumu adalah pinjaman.tiada lain harta dan keluarga itu hanyalah amanah belaka dan sesuatu waktu amanah itu pasti harus dikembalikan (kepada si empunya)

pembelajaran semakin susah.hidup itu misteri.perlu persediaan untuk menerokainya.semakin hari pelbagai perkara baru,orang dan ragam yang bakal di jumpa dan diri sendiri tak tahu mahuk buat persediaan yang bagaimana.hanya tempuh sehabis daya upaya.

Tiap kali naik bas untuk ke kampung halaman, ke kampus mahupun ke kolej,hati itu sayu apabila kenangan berlayar di tubir mata.air itu mengalir  turun.itu air mata rindu,peluk,cium yang hanya mampu di zahirkan melalui air mata kerana tiada jasad yang bole di peluk dan di cium macam dahulu.cukup melalu cara itu buad hati itu rasa lega dan bersemangat.

Bila bersendirian,ingatan itu akan terus sampai pada masa lalu.masa yang wujud cukup untuk hidup di dalamnya dalam tawa dan tangis.babak ketawa yang banyak sedikit terlupus tapi bahagian tangis itu kerap kali di ulang oleh minda.impian yang pernah di cipta bersama.tersingkapnya banyak rahsia dari bahagian itu.istighfar untuk cari semula sedikit kekuatan.

Diam,pendam dan simpan sekemas yang mampu.bercerita tak bermakna tiada rahsia yang tinggal untuk diri kita.kena ada sikit rahsia untuk diri sendiri.bercerita lebih kepada perkongsian untuk yang lain.jalan hidup ini berbeza tapi pengakhiran kita semua tetap sama di mana akhirnya akan di jemput kembali oleh DIA Cuma bagaimana keadaanya itu berbeza.

“dunia dicipta oleh DIA untuk manusia manakala manusia di cipta untuk menyembah DIA”

Hikmah itu akan Nampak selepas ujian.ujian itu buad diri rasa lebih kuat.tiada ujian maka tiada hikmah.bukan hanya tahu erti senang tapi ianya juga kena tahu erti susah.sakit,derita itu teguran dari kelalaian yang telah di lakukan.suka,gembira perlu juga ingat pada DIA agar waktu hati itu sakit DIA sentiasa ada.alhamdulillah.jangan berharap pada manusia kelak akan rasa kecewa dan sakit.

Minta pada DIA.DIA pasti akan beri.doa itu perlu ada disertai dengan usaha semampu diri.kena paksa diri untuk gapai apa yang di fikirkan bukan hanya jadikan ia sebagai impian yang tak kesampaian.DIA Maha Mendengar dan memakbulkan segala permintaan,kena sentiasa percaya pada DIA.

Cinta itu fitrah.semua manusia punya hati dan rasa cinta itu di hembuskan di situ.kena cari cara bagaimana mahu di zahirkan.perlu sentiasa dijaga kesuciannya.takdir itu sudah tertulis.jangan sesekali takut.DIA sudah beri satu untuk setiap makhluk Cuma masanya itu akan menentukan .DIA tahu bila masanya diri itu tahu erti tanggungjawab dan benar-benar bersedia.

Kena sentiasa jaga ikhtilat.ALLAH hantar mereka untuk menguji keutuhan dan keluhuran hati itu.jangan mudah goyah dan terpedaya.sentiasa cari penyelesaian bagaimana caranya untuk abaikan perasaan itu kerana ianya bukan pada tempatnya.dosa itu sudah ada janagn ditambah dengan perkara yang bole dikurangkan dosanya.

Kasih sayang sesama manusia itu perlu ada dan di zahirkan kepada yang lain tapi ianya ada batasan.jangan sampai buad hati mereka tersalah tafsir.manusia itu mudah tertarik dengan mereka yang sentiasa menghulurkan kebaikan tanpa di pinta dan kepada mereka yang sentiasa ada bila diperlukan.hati itu jangan mudah di tipu dengan tipu helah mereka.kena arif tentang apa ertinya jarak dan batasan dalam perhubungan.

Kelemahan diri itu kena cari cara atasi supaya tekanan dapat di kurangkan.peduli mereka yang mengeji kerana kelebihan yang mereka ada tidak sama dan selamanya akan kekal.manusia itu DIA cipta berbeza-beza supaya adanya warna dalam kehidupan bukan jurang.bukan hanya ada satu warna tapi punya pelbagai ciri dan kesan.cari mana yang diterima dan sesuai untuk diri.jangan mudah penat dan putus asa kerana belum masanya untuk berehat.

“waktu berehat yang sebenarnya adalah ketika mana nadi dan pergerakan diri itu menjadi kaku”

Berfikir dengan sedalam-dalamnya sebelum mengambil Sesuatu langkah.walaupun mereka gelar diri itu paranoid.takut akan perkara yang belum berlaku.itu bukan takut tapi ianya lebih kepada bersiap siaga dengan banyak kemungkinan.kisahkan mereka.yang ditanggung dan apa yang di  lalui itu jalannya beza.senang susah itu adat tambah perisa supaya senyuman ikhlas yang di sebar itu dapat di zahirkan oleh mulut tidak di salah tafsir dan terus masuk dengan mudahnya ke dalam hati mereka.

“Senyuman itu adalah sedekah yang paling murah”

Duit itu perlu dalam hidup tapi jangan sampai jadi hamba duit.dahulukan barang-barang yang penting.untuk tambahan keseronokan hidup itu bataskan.jangan biarkan nafsu dalam diri itu melampau batas.ramai lagi yang perlu di bantu.salurkan duit itu pada mereka yang lebih memerlukannya.pahala itu akan mengalirnya sebagaimana mengalirnya duit itu.

Menjaga mereka yang disayangi sebaik menjaga diri.yang telah tiada bukan di lupa perlu sentiasa di ingati agar diri itu sentiasa ingat betapa dekatnya mati.masa itu akan tiba dalam diri setiap makhluk.bersiap siaga itu perlu ada.yang hidup itu perlu di jaga sebaik agar tiada penyesalan berlaku kelak.tiada yang dapat kembali kepada masa lalu.mungkin bila kembali kepada masa lalu tiada apa yang mampu dilakukan.harus masa yang ada di guna sebaiknya dengan menghargai mereka yang di sayangi di sekeliling kita.

Kena sering cari cara untuk sentiasa ‘keep in touch’ dengan DIA.jangan lupa baca surat cinta DIA tiap hari.menghayati setiap bait ayat-ayat cinta membuatkan hati itu hilang gundah gulana.kena cari masa untuk berzikir dan bertahmid kepada DIA tidak kira masa tempat dan ketika.mari amalkan zikir yang ringan di mulut namun berat di mizan (timbangan) :

سبحان الله وبحمده,سبحان الله العظيم

bersyukur perlu ada pada setiap kejadian yang berlaku di dalam kehidupan seharian agar hati itu tenang dan damai.setiap kejadian yang berlaku itu perlu dikaji definisi syukur dan perlukan muhasabah diri.cari sedikit masa untuk kita panjatkan rasa syukur itu,sebentar Cuma.alhamdulillah.

“manusia seringkali mempersoalkan apa yang berlaku di sekeliling mereka sedangkan nikmat banyak yang di beri tidak langsung di syukuri”

*Notes ini untuk tuan empunya diri kerana sifat manusia itu sendiri mudah lupa.diri ini dengan rendah diri ingin berkongsi dengan yang lain agar kita sentiasa berada di dalam lindungan DIA selalu.amin.insyaALLAH J



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

No comments: