Seringkali
melihat kelakuan mereka.
Ingin
ditegur tidak mampu .
Hanya mampu
melihat
Berdoa
untuk mereka.
Moga
diterangkan hati mereka.
Sudah di
tunjuk caranya
Tapi buat
buta tuli.
Bukan putus
asa
Cuma ada
batasan.
Kita belajar
perkara dan benda yang sama.
Mereka
menjaga penampilan
Untuk ke
dunia luar
Tapi bila
bertemu DIA
Ambil lewa
sahaja.
Mungkin
definisi kita berbeda
Tapi niat
kita sama.
Ingin
menjaga apa yang bole di jaga.
Cuma cara
bagaimana kita zahirkan itu tak sama.
Mungkin aku
tak suka cara kau
Begitu juga
kau tak suka cara aku.
Islam itu
mudah
Tapi jangan
ambil mudah.
Islam itu
agama yang mendidik
Bukan
menghukum melulu.
Apa yang di
ajar kena praktik
Bukan
dipendam buat perkasam.
Perlu
dikongsi bersama yang lain
Bukan hanya
untuk sendiri.
Bagi pahala
itu mengalir.
Jangan
sesekali ‘limit’ kan pahala itu.
Jangan
kedekut.
Berkongsi
itu seronok.
Hati itu
akan tenang.
Satu amanah
terlaksana suda.
Ilmu itu
luas.
Terdapat
dalam pelbagai bentuk.
Setiap
pergerakan.
Setiap
percakapan.
Itu bole
dikira ilmu kalau kena pada tempatnya.
Bukan
terhad kepada pelajar sekola agama sahaja
Ianya
tanggugjawab kepada setiap manusia.
Apa yang
penting.
Ilmu itu
perlu di sebar
Tak kira
cara dan ketika
Ilmu belum
cukup ?
Bila nak
tunggu ianya cukup.
Nyawa kita
juga tak bole ditangguh
Untuk
diambil bila sampai waktunya.
Belum
bersedia ?
Berilah
banyak mana masa.
Persediaan
itu tak akan pernah ada dan cukup.
ianya perlu
di tempuh sehabis cara.
Mencari
kesempurnaan yang tak pernah wujud
Itu penat.
Membawa
kepada leka.
Terlupa
pada niat yang asal.
Sentiasa
luruskan niat.
Lillahita’ala.
Kena cari
dan ubah.
Berdikit-dikit.
Hati itu
bukan senang untuk di ubah rasanya.
Perangai
itu bukan mudah di baik pulih fizikalnya.
Tabiat itu
bukan mudah di carik gayanya.
Masa itu
perlu ada.
Lama mana
diperlukan terserah.
Jangan
pernah berhenti sehingga kamu sampai
Apa yang
kamu rasa perlu ada
Untuk bantu
yang lain.
Bersama-sama
menuju redhaNYA.
Moga
diberkati langkahnya
Dilindungi
sentiasa niatnya.
Dipermudah
segala keinginanya.
Diberi
istiqamah dalam melaksanakanya.
Diusung
kekuatan bersamanya.
insyaALLAH.
.amin.
People prefer to look what are you
doing not just what are you said. show them not through your mouth but with
your attitude. that exactly in islam.
-khairul fatehah 2012-
No comments:
Post a Comment