05 April 2013

la tahzan~

بسم الله الرحمن الرحيم


Bunga setaman
Letaknya di hati.

Terus di sepahkan ke semua.
Kot la ada yang sudi ambil.

Bole di buat kawan.
Mendapat pahala juga.

Yang indah itu semua mahu.
Tapi menjaga indah tak semua mampu.

Bukan cakap..
Kau atau aku baik.

Sepatutnya,
Mari menjadi baik-baik bersama.
Baru ada percaya.

Walau bukan sepenuhnya,
Paling tidak ada harapan.

Kenyataannya harapan itu..
Di jumpai nanti-nanti
Bila waktunya tiba.

Bukan maksud tunggu sampai lebam.
Usaha usaha usaha.

Doa jangan lupa
Tawakal seterusnya.

Berjaya tidak kerja DIA
DIA lihat semua.

Perlu di persoal apa tentang hidup ?
Layak apa kau punya ?

Orang islam itu punya senjata.
Doa.

Aku percaya tentang..
Ampuhnya doa seorang ibu
Keatas anaknya.

Aku percaya bahawa...
Baca al-mathurat bole lindungi diri
Dari pg ke petang dan dari petang ke pagi.

Aku percaya yang..
Baca surah al-mulk bisa menyelamatkan
Diri dari seksaan kubur.

Aku percaya..
Baca surah al-kahfi bisa terlindung
Dari fitnah ad-dajjal.

Aku juga percaya..
Solat malam itu bisa memberi ketenangan
Kepada diri.

Pokoknya,percaya dan mahu lakukan.
Tak perlu banyak tapi tak di amalkan.

Biar sikit-sikit,
Janji ada istiqamah.

Di setiap kesusahan ada kemudahan
.surah al-insyirah.

Pesan beliau..
Mahu di mudahkan urusan
Perlu kerapkan diri baca surah al-insyirah.

Mahu di murahkan rezeki
Banyakkan solat dhuha.
Banyakkan baca surah al-waqi'ah.

Hidup tak selalu indah.
Mana mungkin kau dapat apa yang kau suka hari-hari
Mana mungkin.

Kenapa...
Perlunya luka.
Perlunya kecewa.
Perlunya jatuh bangun.

Agar di ketahui hidup punya had.
Bukan sepanjang masa di atas.
Makanya di suruh intai mereka yang di bawah.

Siap siaga perlu ada.
Di setiap langkah mendatang.
Kerna tak taunya kita apa dia berlaku esok.

*mari.
mari kita sama-sama berpimpinan tangan menuju ke syurgaNYA :) 
#insyallah



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

No comments: