Showing posts with label me. Show all posts
Showing posts with label me. Show all posts

16 August 2015

gagal


salam everyone.

lama tak update sini sebab tak ada benda yang rasa nak di rambling kan.
tapi sekarang aku tengah ada benda nak tulis.
so, hye everyone ! what's up ?
hope all of you in good condition di samping yang tersayang.

since emak pergi aku rasa aku dah hilangkan diri aku. hilang dalam erti aku pun tak tau aku siapa sekarang dan mana diri aku pergi hilang. aku selalu rasa hilang dan tipu kalau aku cakap aku tak cuba cari tapi nak cari sesuatu yang hilang kena ambil masa tambah dengan emosi turun naik dan faktor sekeliling benar-benar mempengaruhi.

 aku jugak suka lepak dan rileks , cepat penat, kuat merungut, banyak berfikir, ego, tak nak dengar benda yang aku tak nak dengar, masih lagi dengan konsep pergi mampus la dengan hidup kau saat aku sentap, buat bodoh, lemah tengok orang yang tersayang bahagia bukan kita di sisi, mengingati setiap orang yang aku sayang tapi diorang tak pernah peduli, layan orang macam sampah dan kadang-kadang aku lah sampah tu orang buat, buat tak nampak, walhal hati aku terus berdarah. aku masih okay.

alhamdulillah . masih di sini .
berdiri semampu anugerah yang di beri.

masih kental cuba neutralkan sekeliling. mungkin jugak sebab aku berfikiran negatif tambahan dengan tiada orang di sisi yang aku percaya sebab semuanya dah bersepai ke tanah. mereka campak lencana yang aku berikan bagai tak guna. jadi aku rasa aku perlu fokus pada diri sambil kecilkan bulatan kesayang yang aku dah bina.

aku tak kisah orang cakap aku gagal sebab aku tahu walau hati aku memberontak nak terima tapi lantaklah kau nak cakap apa. kita manusai memang cakap berdasarkan apa yang kita nampak mula bukan apa yang kita rasa, kita fikir atau kita lalui. jadi aku biarkan mereka muntahkan sebanyak mana kenyataan pada mata yang mengutip bukti tanpa saksi lain.

cuma isu yang aku paling tak suka ialah kenapa perlu salahkan mak abah dalam hal kegagalan diri seseorang. kesalahan bukan berlaku untuk kita tunding siapa salah. kesalahan berlaku untuk kita tengok diri masing-masing bukan kau tengok aku, aku tengok diri kau. itu bukan kesalahn. itu pergaduhan.

pandang diri. kita boleh jumpa salah kita dari diri orang lain. perlu luakan mata bukak hati. mana ada manusia bagus serba serbi. aku selalu rasa pengalaman hidup bukan sahaja boleh dapat dari fasa melalui tapi lebih kepada pemerhatian hari-hari. 

jangan sebab kita ada certificate kita pandang yang tiada certificate rendah. mereka yang dah ada kerja pandang mereka yang menganggur pemalas tiada usaha cari kerja. usaha sesorang memang kita tak nampak sebab kita lebih memilih untuk lihat potensi berjaya lebih dari segala. nasib kau mungkin baik. buat masa ini. masa depan kita tak tau lagi.

kita di beri didikan dari pelbagai sumber manusia,keliling dan banyak lagi. ilmu tu datang dalam kehidupan seharian. kadangkala tak perlu cari orang bagi tapi kalau nak lebih kena gali cari. ilmu sekarang susah nak dapat percuma. semua berbayar. yang percuma semua dah tak nak hargai. orang sekarang bukan nak ilmu sangat. mereka lagi suka nama. nama yang menyebabkan kau hidup di kenali dan di sanjungi.

well, entry ni nampak macam aku seorang yang malas berusaha tapi pandai mengeji penat lelah orang. so what ? ini tempat aku meluah sisi yang aku nampak, rasa dan fikir.

orang yang tengah gagal tak bermakna terus gagal. kalau rasa tak nak bantu mulut kau tu jadikan bisu. orang gagal tak perlu peluru yang keluar dari mulut sebab kami yang gagal memang banyak peluru kami sendiri. kami perlukan sokongan bukan cerca hinaan dari mereka yang sempurna lagi sopan.

apa rasa bagi cercaan ? buat kau nampak lagi hebat sedangkan hidup orang lain terus di tekan. memang salah diri mereka yang gagal sebab mereka tak nak bangun tapi yang kau melebih dah kenapa ? tak nak bantu pergi berambus sana. menempel di sini buat apa ?

pergi sana terus bina empayar dan cari lagi ramai manusia kau bole cerca sebab memang tu modal kau semata. ada masa cercaan memang bole buat mereka bangkit tapi hari-hari kena boleh bingit sampai sakit.

perlu melalui untuk merasai setiap titis perjalanan dan perjuangan.
bukan sedap mulut sembur bagai tiada peganggan.

allah tu kalau nak bagai teguran.
kejap je dia boleh putar kedudukan kita.
dah lupa ke ?

cakap bukan sebab bagus,
sebab aku rasa semua orang ada rencah hidup.
kawal diri sendiri punya dahulu.
tak payah sibuk orang lain punya.

bahagia allah bagi masing-masing punya.
dah tu nak takut apa ?


terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

21 July 2013

re-open

bismillah.

hye.

aku dah bukak balik belog.

sebab ?

aku rasa blog aku macam ada ilmu sikit yang bole di kongsi dengan yang lain.

jadi, kenapa perlu kedekut.

kan ?

Em,selamat kembali !

*senyum lelebar*

tapi, maybe no update.

sebab aku dah ada belog baru.

hee . okbai !

jaga diri,

jaga iman,

semoga kita sentiasa di dalam lindungan ALLAH selaluuuuu-- :)))))



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

23 May 2013

belated--

.bismillahirahmannirahim.

salam alaik !

selamat hari mengenang jasa.
ibu.
guru.

terima kasih.
rindu.

atas jasa.
atas ilmu.
atas kesabaran.
atas perkongsian.
atas segala-segalanya.

hari yang tiap tahun
akan jadi hari paling di ingati
selepas-selepas ini.

hari yang tak bole..
melihat
mendengar
semua cerita .

hari yang air mata 
akan menderu-deru
tanpa bole di kawal.

biar--
lama-lama nanti kering la.
harapan.

walau aku tau akhirnya,
air mata itu tetap tidak mahu berkompromi.

tipu.
diri sudah biasa di tipu.

kecoh
tak perlu

tak kuat 
masih mampu bertahan

masih bisa senyum lebar.
alhamdulillah
di panjatkan.

akhir kalam,
selamat hari guru dan selamat hari ibu kepada seluruh guru dan ibu di seluruh duniaaaaaa :)





terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

03 May 2013

attention yaww--


Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah

Salam semuaaaaaaa !

Akaun muka buku telah selamat di kuburkan dengan jayanya ! Yeay ! Untuk kengkawan yang tidak tahu *bajet ramai kawan yang baca belog.hikhik*untuk memansuhkan akaun muka buku hanya memerlukan masa  selama 2 minggu,cepat,okay ! Tahniah ke MARK ZUKERBERG kerana buat kerja dengan pantas dan cekap.gituu --

Jadiknya maryam azis atau khairul fatehah tiada akaun muka buku lagi. sedih ? tidak . aku masih dalam keadaan menyesuaikan diri. masa ambil masa . aku suka kerana itu pilihan paling tepat untuk masa ke diri sendiri. Aku sedang membina ruang ke diri sendiri.

Yup ! aku ada dua akaun muka buku *aku bukan retis okay* semua membahan aku retis sebab ada dua akaun muka buku.ceyh ! Kalau ada nama dua itu bukan aku punya.harap maklum.Fake akaun ? hanya untuk orang femes.jadi tak perlu kot aku ada . HAHAHAHA *tetibe*

Kenapa perlu di kuburkan akaun itu ? kenapa,kenapa oh kenapa ? soklan yang tiada jawapan untuk semua.cukup hanya aku nyatakan ianya untuk ‘improving’ hidup aku.nak cakap aku poyo latew.haha.tape.aku rasa tak perlu canang ke semua apa aku sedang lakukan.eberibadi ada hidup tersendiri dan tak perlu menyemak ke hidup orang lain *tarik diri ke belakang perlahan-lahan*

Memang entri merepek ini untuk luahan hati tentang ‘social’ life aku . ya ! entry ini bosan. Sila berhenti sekarang kalau tak nak menyesal menghabiskan perkara tak berpaedah di belog beta pacal yang hina *sadis okay*

Jadi tak perlu mengerah diri memasing cari aku di muka buku tauuuu,sayang-sayang sekalian.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXxxxxxxxxx

Mari bercerita tentang akaun burung biru pula . mari,mari,mari..
Ehem,ehem,ehem…..(test suara 1 2 3)

Akaun twitter maryanne_azis selamat di kuburkan jua dengan penat payahnye.eh,payahnyeeee…hahahahaha (tak lawak okay tapi aku nak gelak jugak.izinkan.sila sila) akaun burung biru memerlukan masa 30 hari untuk di ‘delete’ lama okay ! tangan aku dah la gatal asyik nak bukak je -.-

Akaun kedua khairul_fatehah sedang dalam proses gitu juga.yup ! *again* aku ada dua akaun twitter *senyum kambing lelebar*sekali lagi jawapan aku untuk soklan mereka yang bertanya kenapa ? sukati aku lahh ( buat muka ) hewhew.sebenarnya,jawapan ke kamu tiada sayangku sekalian.akaun ni aku still “open close” ikut mood men-gedik aku yang nyata tidak seimbang.maafkan saudaramu yang kureng perhatian ke diri sendirik ini . hehe…

Ha ! dah rasa buang masa belum ? masih ada kesempatan untuk berhenti atau dalam kata jawanya ‘stop’ baca entri ini.kuikuikui…

Nak tahu kenapa aku tutup kesemua akaun tuuuuu ? nak ? mai duk dekat sikit. Mana bole cite ke orang . bak telinga ang…

Aku rasa penat.
Sangat penat.

Aku seorang ‘stalker’.
Dulu.
Harapan cukup hanya dulu.

Perati  hidup orang
nampak kepincangan hidup sendirik.
Sadis.
Aku tahu.

Mula persoal.
Padahal..
Tak layak.
Aku tahu.

Aku tak mampu buat ke apa-apa.
Masih rutin yang sama.

Tiap kali bukak akaun ‘social’
lepas tu menyesal ke diri sendiri.
Buat kerja sia-sia.
Nangis
hati itu rapuh.
Air itu deras turun.
Dalam hati berbisik.
perlahan.

..sakit..

Kembali ke DIA.
hanya DIA tahu.
aku tahu.

Ada masa aku rasa hidup di alam sosial terlalu di kaburi dengan kebaikan dari segi status + tweet terutamanya.menulis sesuatu yang baik tak salah.pahala dapat cuma aku kurang suka perspektif mereka terhadap status dan tweet aku.setakat tulis,amal kan tak ? *tanya ke diri sendiri* sirius,aku tak suka + tak selesa. Aku manusia biasa bukan aku tapi kau malah kita semua manusia.kesedaran kita beza.waktu ketika tidak di ketahui.

kekadang aku rasa hipokrit.

Status + tweet habis baik untuk apa ?

puji ?

like ?

retweet ?

kena sedas ke aku di situ !

terlupa sehingga ke dunia luar atau dunia realiti.lama tak berpijak di bumi yang nyata.aku tak tahu tapi dari dulu sampai sekarang aku sangat suka ‘handphone’ bercerita atau meluahkan paling ‘perfect’ bagi aku . selesa . selamat . sebab aku tak suka semua orang tahu apa yang aku bualkan.apa yang aku mahu kongsi dan pelbagai rasa yang aku tak suka.itu nyatanya !

atleast , kalau diorang tak nampak aku dekat muka buku atau burung biru ada yang perasan dan cari aku . terharu hoi ! *itu namanya mimpi di siang hari* tade punn kawan aku carik.hahahahaha.kau bajet retis ke hape sekarang ni ? *gelakkan sila ikut suka rasa*

cukup tak entri tak berpaedah kau baca ni ? ada rasa menyesal tak ? kehkehkeh..

owh,aku baru ‘re-open’ semula belog *kalau perasan tak perasan sudah* cerita pasal belog ni pun ada jugak sedihnyeee.heee.aku rasa macam nak tutup sepenuhnya belog ni tapi sayang aku ke khairul fatehah yang sorang ni kuat kau jadiknya aku ambil masa fikir nak tutup ke terus bukak untuk orang baca.belog aku bukan belog ilmiah.belog aku tempat aku curahkan perasaan yang bergalau-galau *kekonon*

aku masih harap ada satu dua entri aku bagi aku pahala dekat sana nanti.aku sedang mengkaji semula diri dan mencari kepincangan serta cuba sedaya boleh membaiki diri dan kongsi ke mereka yang sudi.

Achik *kazen* marah sebab aku suka “open close” muka buku atau burung biru.kesian ke yang keje ‘maintanance’ katenyee.kata aku..sape suruh keje ‘maintanance’ bwahahahahahahaha --

Sekian sahaja repek-kan yang mampu aku tulis ke semua.benda baik datang dari DIA yang buruk dari aku *tunjuk ke diri sendirik* kepada semua yang berjaya baca entri tak berpaedah tapi yang pentingnya  untuk aku explain ke semuanya . tahniah *tepuk tangan ke diri sendirik*

Have a blessed day,lovely people !

Sekarang,aku sedang mem-bz-kan diri di instagram.

Sila carik kalau sudi.

Maryanne_azis

‘Promote’ diri ?

*sesuka hatilah belog aku*

miahahahahaha

Chio --



P/s : Bedeway,header baru aku lawo idak ? *perasan kekelip mata bentar*

*tulisan merah
– ayat aku reka cipta.
 Jangan ikut kalau kau nak lulus ‘paper’ bahasa melayu,okay ?! *senyum lebar*

terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

05 April 2013

la tahzan~

بسم الله الرحمن الرحيم


Bunga setaman
Letaknya di hati.

Terus di sepahkan ke semua.
Kot la ada yang sudi ambil.

Bole di buat kawan.
Mendapat pahala juga.

Yang indah itu semua mahu.
Tapi menjaga indah tak semua mampu.

Bukan cakap..
Kau atau aku baik.

Sepatutnya,
Mari menjadi baik-baik bersama.
Baru ada percaya.

Walau bukan sepenuhnya,
Paling tidak ada harapan.

Kenyataannya harapan itu..
Di jumpai nanti-nanti
Bila waktunya tiba.

Bukan maksud tunggu sampai lebam.
Usaha usaha usaha.

Doa jangan lupa
Tawakal seterusnya.

Berjaya tidak kerja DIA
DIA lihat semua.

Perlu di persoal apa tentang hidup ?
Layak apa kau punya ?

Orang islam itu punya senjata.
Doa.

Aku percaya tentang..
Ampuhnya doa seorang ibu
Keatas anaknya.

Aku percaya bahawa...
Baca al-mathurat bole lindungi diri
Dari pg ke petang dan dari petang ke pagi.

Aku percaya yang..
Baca surah al-mulk bisa menyelamatkan
Diri dari seksaan kubur.

Aku percaya..
Baca surah al-kahfi bisa terlindung
Dari fitnah ad-dajjal.

Aku juga percaya..
Solat malam itu bisa memberi ketenangan
Kepada diri.

Pokoknya,percaya dan mahu lakukan.
Tak perlu banyak tapi tak di amalkan.

Biar sikit-sikit,
Janji ada istiqamah.

Di setiap kesusahan ada kemudahan
.surah al-insyirah.

Pesan beliau..
Mahu di mudahkan urusan
Perlu kerapkan diri baca surah al-insyirah.

Mahu di murahkan rezeki
Banyakkan solat dhuha.
Banyakkan baca surah al-waqi'ah.

Hidup tak selalu indah.
Mana mungkin kau dapat apa yang kau suka hari-hari
Mana mungkin.

Kenapa...
Perlunya luka.
Perlunya kecewa.
Perlunya jatuh bangun.

Agar di ketahui hidup punya had.
Bukan sepanjang masa di atas.
Makanya di suruh intai mereka yang di bawah.

Siap siaga perlu ada.
Di setiap langkah mendatang.
Kerna tak taunya kita apa dia berlaku esok.

*mari.
mari kita sama-sama berpimpinan tangan menuju ke syurgaNYA :) 
#insyallah



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

01 April 2013

Itu aku.

Cakap.
Luah.
Keluarkan semua.

Mereka tanya aku punya masalah ?
Jawapan femes aku tak.

Rasa mau di rakam dan di ulang cetak.
Biar di tanya ribu-raban atau juta-lemen kali.
Itu tetap jadi jawapan akhir aku.

Senyum lebarnye aku ke semua
Mana mungkin muka sebegitu punya masalah.

Pendam.
Aku masih mencari.

Kau yang boleh di percaya.
Walaupun aku tau mustahil.
Aku masih berharap.
Hingga ke hujung nyawa.

Memang tak semua mahu dengar.
Memang tak semua mahu merasai.
Memang tak semua.

Itu manusia.

Zahirnya mereka ada di situ.
Tapi jika di lihat sebenar-benarnya.
Kau akan tahu nanti.

Pendapat kita berbeda.
Kerana apa ?

Kau tak lalui hidup dia.
Dia juga tak lalui hidup kau.

Mereka berkata aku terlalu jujur.
Aku cakap..
Aku tak nak rasa sakit di tipu.

Mereka gelak.
Aku tak tahu apa yang lawak.

Kalaupun nak tumpahkan sesuatu.
Cari yang punya tempat kau di tumpahkan.
Jadi adil--

Bukan kau tahu cerita dia
Walhal dia tak tahu pun cerita kau.
Change.
Be fair.

Eh,itu paksa.
Bukanlah.
Itu paksa rela gelornyee.

Kau tak suka ?
Jadi aku pun tak suka kau.

Adilkan aku ?
Kbai--


terima kasih sudi singgah dan baca ^^,