16 August 2015

gagal


salam everyone.

lama tak update sini sebab tak ada benda yang rasa nak di rambling kan.
tapi sekarang aku tengah ada benda nak tulis.
so, hye everyone ! what's up ?
hope all of you in good condition di samping yang tersayang.

since emak pergi aku rasa aku dah hilangkan diri aku. hilang dalam erti aku pun tak tau aku siapa sekarang dan mana diri aku pergi hilang. aku selalu rasa hilang dan tipu kalau aku cakap aku tak cuba cari tapi nak cari sesuatu yang hilang kena ambil masa tambah dengan emosi turun naik dan faktor sekeliling benar-benar mempengaruhi.

 aku jugak suka lepak dan rileks , cepat penat, kuat merungut, banyak berfikir, ego, tak nak dengar benda yang aku tak nak dengar, masih lagi dengan konsep pergi mampus la dengan hidup kau saat aku sentap, buat bodoh, lemah tengok orang yang tersayang bahagia bukan kita di sisi, mengingati setiap orang yang aku sayang tapi diorang tak pernah peduli, layan orang macam sampah dan kadang-kadang aku lah sampah tu orang buat, buat tak nampak, walhal hati aku terus berdarah. aku masih okay.

alhamdulillah . masih di sini .
berdiri semampu anugerah yang di beri.

masih kental cuba neutralkan sekeliling. mungkin jugak sebab aku berfikiran negatif tambahan dengan tiada orang di sisi yang aku percaya sebab semuanya dah bersepai ke tanah. mereka campak lencana yang aku berikan bagai tak guna. jadi aku rasa aku perlu fokus pada diri sambil kecilkan bulatan kesayang yang aku dah bina.

aku tak kisah orang cakap aku gagal sebab aku tahu walau hati aku memberontak nak terima tapi lantaklah kau nak cakap apa. kita manusai memang cakap berdasarkan apa yang kita nampak mula bukan apa yang kita rasa, kita fikir atau kita lalui. jadi aku biarkan mereka muntahkan sebanyak mana kenyataan pada mata yang mengutip bukti tanpa saksi lain.

cuma isu yang aku paling tak suka ialah kenapa perlu salahkan mak abah dalam hal kegagalan diri seseorang. kesalahan bukan berlaku untuk kita tunding siapa salah. kesalahan berlaku untuk kita tengok diri masing-masing bukan kau tengok aku, aku tengok diri kau. itu bukan kesalahn. itu pergaduhan.

pandang diri. kita boleh jumpa salah kita dari diri orang lain. perlu luakan mata bukak hati. mana ada manusia bagus serba serbi. aku selalu rasa pengalaman hidup bukan sahaja boleh dapat dari fasa melalui tapi lebih kepada pemerhatian hari-hari. 

jangan sebab kita ada certificate kita pandang yang tiada certificate rendah. mereka yang dah ada kerja pandang mereka yang menganggur pemalas tiada usaha cari kerja. usaha sesorang memang kita tak nampak sebab kita lebih memilih untuk lihat potensi berjaya lebih dari segala. nasib kau mungkin baik. buat masa ini. masa depan kita tak tau lagi.

kita di beri didikan dari pelbagai sumber manusia,keliling dan banyak lagi. ilmu tu datang dalam kehidupan seharian. kadangkala tak perlu cari orang bagi tapi kalau nak lebih kena gali cari. ilmu sekarang susah nak dapat percuma. semua berbayar. yang percuma semua dah tak nak hargai. orang sekarang bukan nak ilmu sangat. mereka lagi suka nama. nama yang menyebabkan kau hidup di kenali dan di sanjungi.

well, entry ni nampak macam aku seorang yang malas berusaha tapi pandai mengeji penat lelah orang. so what ? ini tempat aku meluah sisi yang aku nampak, rasa dan fikir.

orang yang tengah gagal tak bermakna terus gagal. kalau rasa tak nak bantu mulut kau tu jadikan bisu. orang gagal tak perlu peluru yang keluar dari mulut sebab kami yang gagal memang banyak peluru kami sendiri. kami perlukan sokongan bukan cerca hinaan dari mereka yang sempurna lagi sopan.

apa rasa bagi cercaan ? buat kau nampak lagi hebat sedangkan hidup orang lain terus di tekan. memang salah diri mereka yang gagal sebab mereka tak nak bangun tapi yang kau melebih dah kenapa ? tak nak bantu pergi berambus sana. menempel di sini buat apa ?

pergi sana terus bina empayar dan cari lagi ramai manusia kau bole cerca sebab memang tu modal kau semata. ada masa cercaan memang bole buat mereka bangkit tapi hari-hari kena boleh bingit sampai sakit.

perlu melalui untuk merasai setiap titis perjalanan dan perjuangan.
bukan sedap mulut sembur bagai tiada peganggan.

allah tu kalau nak bagai teguran.
kejap je dia boleh putar kedudukan kita.
dah lupa ke ?

cakap bukan sebab bagus,
sebab aku rasa semua orang ada rencah hidup.
kawal diri sendiri punya dahulu.
tak payah sibuk orang lain punya.

bahagia allah bagi masing-masing punya.
dah tu nak takut apa ?


terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

No comments: