Showing posts with label blur. Show all posts
Showing posts with label blur. Show all posts

25 May 2013

random reflect


bismillahirahmanirahim

salam alaik,

aku tunggu kau.
lama.

tapi kau tak  kunjung tiba.

aku masih tunggu.
bukan sebab tak faham bahasa.

sebab aku tahu ..
kau akan datang jugak ke aku semula.

cuma..
cepat atau lambat.

bila kau kunjung aku merungut.

sakit.
pastu nangis dengan baiknya.

*peleceh*

aku bukan kuat mana punn.
bukan aku je
semua rasa yang sama.

bila ujian tiba..
semua persediaan jadi zero.

sekelip mata.

walau,
kita ada rasa yakin untuk lakukan itu.
sampai tengah kita mengah.
nak patah balik tak mampu.

merungut.

hanya itu yang boleh lakukan.
dalam masa yang sama.

keliling main peranan sama ada..
kau dapat maki atau puji.

ikut bertuah kau dapat mana.
ke siapa kau lari.

dalam masa yang sama,
hati kau sebut

ALLAH.
bantulah aku.

masa susah,
baru ingat.
itu manusia.

kau tidak ? 
terpulanglah.
ikut atas kau.

luaskan mata
capangkan telinga

mampu ?

itu sudah cukup.
untuk buat kau nampak syukur.

jangan bergantung pada manusia.
mereka tiada apa-apa.

before said,
" I understand you "
asked yourself
"Did I understand myself"

don't give hope on something you can't bear.

it can be silence perish.
deeply.
slowly.
without realize anything.

until nothing left.
gone.

pilihan kau.
hak kau.

aku bagi tahu,
aku bahagia bila kau ada di sisi aku.

walau sekejap cuma 
kau singgah.
sungguh.

*alhamdulillah*

"ALLAH sedang berbicara denganmu dan ALLAH sedang mengingatkanmu supaya tidak bongkak dan sombong.ALLAH sedang berbicara tentang sabar dan ikhlas "

p/s : tulisan ini bukan untuk manusia.sekian



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

08 April 2013

spilt out #3




Kau tanya aku.. 
Kenapa makin jauh ?

 Aku jawab.. 
Itu permintaan dulu.
 Hormat ke kau mungkin.

 Kita janji siapa jumpa dia punya suka.
 Satu lagi kena terima terbuka.

 Aku nak tunggu kau cakap 
Tapi tak tau bila.

 Apa yang aku nampak 
Apa yang aku rasa 
Aku telan dalam-dalam 
Akan di kisar nanti-nanti Kalau ingat.

 Isu itu banyak nak bangkitkan.
 Itu pun kalau nak la.

Tapi kau pilih diam.
 Aku ? 
Aku ikut rentak kau.

 Dulu mungkin aku peluah 
Paling tegar ke kau.
 Dulu lah aku cakap tadi. 

Kini aku jumpa yang lagi better.
 Tempat yang tak pernah gagal dengar apa aku luah--

 Sejadah. 
Bunyik macam poyo bukan ? 
Tape.
 Itulah serba sedikit aku yang baru. 

Aku mahu curang. 
Kenapa ? 

Sebab aku bosan. 
Jadinya aku pilih untuk curang. 

Kenapa mesti curang ?
 Kenapa tak setia ?
 Sebab aku dah tak nak jadi tolol. 

Sejujurnya,
 Aku penat.
 Realiti masih panjang 

Tapinya aku
 Macam masih berada di awangan.

 Aku nak berjalan di atas realiti 
Bukan berlari di atas awanan. 

Jadinya aku pilih untuk cari curang lebih dari setia untuk meminimumkan sakit sebab kebodohan diri. 

Kenangan aku tak marah kau Cumanya jika kau menyinggah hanya kerana luka semalam.

 Sila jangan di hampiri tuan punya diri ini.



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

25 January 2013

sensitif .


ada masa ketika kita berusaha untuk menutup kesalahan tapi kita tidak sedar yang tiap langah kita diperhati DIA .

bukan berkata bajet aku sempurna cumanya ada masa bila fikiran aku di pengaruhi dengan keinsafan akan ku lihat kesalahan lalu milik aku yang di lakukan oleh orang lain . bunyik macam pelik bukan ? dalam hidup kesalahan diri sendiri adalah paling susah untuk di temui tetapi kesalahan orang lain seringkali di lihat tanpa sedar kita sebenarnya melakukan kesalahan yang sama kerana itulah kita di suruh melihat diri kita sebelum kita melihat diri orang lain .

kenapa kita perlu mengaku apa yang telah kita lakukan atau dalam erti kata lain jujur . tiada penipuan yang bole di tutup lama . cepat atau lambat pastinya kebenaran itu bakal muncul juga . baik di beritahu supaya ada sedikit persediaan bukan kejutan yang di nantikan .

jangan sesekali di kusutkan perkara yang bole di leraikan
-khairul fatehah january 2013-

aku bukan terlalu jujur orangnya tapi ada masa aku cuba untuk berkata benar . aku takut bila ada mereka berkata tidak jujur dengan aku . rasanya sakit . aku tak mahu rasa sakit .

emak said ..
kalau tak nak orang buat dekat kita,kita jangan buat dekat orang perkara yang kita tak suka

mungkin sebab aku pernah berkata bohong atau dalam kata lain putar belit fakta supaya kesalahan aku tidak terlihat . rasanya macam bersalahnyee T.T

aku tak rasa jadi jujur itu beban sebab berkata jujur itu buad kita jadi lapang .hati la maksudnyee . tade nak rasa bersalah atau takut rahsia terbongkar . jeng jeng jeng . bila rahsia terbongkar . sakitkan hati orang lain . terus tak suka orang tu . manusia itu punya lumrah yang sama cuma cara tangani kita berbeza .

sejak pemergian beliau, aku cuba untuk berfikir se-positif yang aku mampu . ada kala aku rasa hidup aku tidak panjang di atas bumi ini . adakah aku sudah bersedia untuk berjumpa dengan DIA ?

maafkan kekhilafan yang telah aku lakukan terhadapmu wahai saudara seislamku sama ada yang sedar atau tidak . aku cuma manusia biasa yang tidak lari dar melakukan dosa.

aku rasa ramai mereka yang pernah terasa dengan aku . 
maafkan aku , saudaraku .

aku sedang cuba menjadi matang dalam menangani masalah . aku sedang berada di dalam dilema . dilema yang aku ciptakan .

aku mula mempersoalkan , apa yang aku mahu sebenarnya dalam hidup ?

aku sedang terasa dengan mereka tapi apa hak yang aku punya untuk terasa dengan mereka ? jawapannya tiada . aku tak layak . sedikit pun tidak . aku perlu lari sebentar dari semua untuk tenangkan diri .

aku sering lihat kembali diri aku dan fikir . apakah aku kuat untuk menempuh ujian ini . hati aku sedang sakit dan aku perlu merawatnya secermat mampu kerana hati itu sedang rapuh takut nanti ianya jatuh dan berkecai . penyesalan yang tidak berbaloi di akhirnya mungkin .

kini aku sedang melihat apa yang aku perlu lakukan . langkah mana yang perlu aku ambil . aku perlu pergi untuk mencari kekuatan sampai masa nanti aku akan kembali untuk berkongsi kekuatan dengan kamu semua .


doakan aku wahai saudaraku ^^,




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

19 January 2013

bear in mind .


mereka itu mahu berkawan.jangan di salah anggap dia.perangai dia memang bole di salah ertikan tapi sudah di beritahu kamu tentang yang lain jadinya jangan sesekali kau tersalah anggapan nanti yang sakitnya diri kamu.

dear maryam azis sayang,
yang kental jiwanya
yang bukan mudah di perkotak-katikkan
yang lurus niatnya
yang sentiasa ada bersama yang lain
yang sentiasa mencuba semaksima mampu
yang tidak pernah tahu erti putus asa.
dia bukan bagus
mahupun hebat
tapi dia sedang cuba memperbaiki dirinya semampu dia.
Bukan mudah untuk menjadi baik.
Kemustahilan itu tiada.
DIA lagi Maha Mengetahui mana yang lagi baik untukmu.
Jangan di berhentikan pergantungan pada DIA.
Jangan berharap pada manusia
Manusia yang alpa
lumrah dunia
Itu tiada jaminan apa-apa
Bukan sekali kau jatuh
Terduduk,tertiarap,terguling
semuanya sudah
Cumanya kesedaran itu belum ke tahap maksima.
Hati itu tidak mahu mengalah.
masih degil mahu mengikut kehendaknya
tidak penat barangkali
masih terus ingin mencuba
walaupun sakit itu sudah beberapa kali menjengah
Sedangkan akal sudah menghulurkan persahabatan
Untuk kekal bersama
Tapi tetap di tolak
Tidak serik benar ia
Bila terngadah baru di cari
Di mana akal ?
Mahu di luahkan pada siapa sakit ini.
tidak diketahui hujungnya bagaimana.
kerana pertengahannya selalu di kecewakan.
ianya sedang di kawal dengan sehabis daya.
percaya pada DIA
sentiasa ingat ..

'magic words'

DIA Maha Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui
bukan tanda berserah
cuma usaha itu ada limit.

take note,ya sadiqqi :)


terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

26 August 2012

it's limit


sesetengah..
mereka tidak mahu menjadi sebahagian dari kau
tapi kau sering memaksa mereka
untuk berada di sisi kau.
dengan keterpaksaan yang ada
mereka sentiasa ada untuk kau.
diam.
kaku.
hanya bercakap bila perlu.
sentiasa menyokong tindak tanduk kau.
membantah secara senyap dalam masa yang sama.
ianya di bawah kesedaran kau sebagai manusia biasa.
kau lupa.
mereka juga manusia.
punya masalah sendiri.
punya jalan hidup yang perlu di jalani.
punya mereka yang perlu di perhati.
umpama matahari mereka jadi untuk kau.
seringkali melihat kejengkelan yang lain.
dari segi apa pun tidak diketahui.
sakit hati pastinya.
mereka juga punya ruang dalam hidup kau.
cuma bezanya adalah kebenaran dari kau.
buka mata hati sikit.
*mengeluh.
acapkali aku mengingatkan diri.
mereka punya cerita mereka.
baru mula membina satu garisan.
maaf.
suda tiba masanya.
perlu aku kecikkan ruang.
yang aku bina untuk mereka.
aku perlu faham diri aku.
selesaikan masalah itu sendiri.
bukan tidak perlukan pertolongan.
tapi jiwa aku sakit.
sesak.
sensitif.
manusia perlu sentiasa sedar diri.
aku tidak kuat rupanya.
masih mencuba ke tahap maksima aku.
mencari erti kehidupan tanpa mereka.
memulakan sesuatu semampu aku.
tanpa ada campur tangan orang lain.
aku bahagia.
bahagia dalam definisi aku.
ruang baru hanya untuk aku.
cukup untuk aku sahaja.
untuk mereka
yang aku pernah "kongsi" kisah.
hebat kau.
diam membisu di sisi aku.
sudah sampai masanya.
kau dan aku jalani kehidupan berbeza.
pastinya ucapan tulus dan kudus itu
di sulami senyuman terima kasih.

I don't need a fake people to my friend.If you don't like me.Don't come near me.Just go away silently
-khairul fatehah 2012-


terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

22 May 2012

Jangan melihat terlalu tinggi ;p



dear heart,
jangan beri dia ruang terlalu besar.
aku tak janji yang aku akan jadi kuat macham dahulu.
aku suda sediakan dinding seteguh konkrit untuk permulaan ini.
cuma aku tak tahu sejauh mana ianya bole menjadi.

dear heart,
jangan pandang terlalu tinggi kerna pabila jatuh yang sakitnya engkau nanti.
biar pandang jauh kedepan,sekurang-kurangnya bila tersalah arah
kau tak sakit cuma kau perlu kembali ketempat asal semula.
hidup kau ini,kau yang pilih
dan kau juga yang tentukan.

dear heart,
setahun lalu jika kau engat pasti kau tahu
bagaimana rasa sakitnya engkau kerana dia,
tapi kau manusia yang sering teralpa bila diberi kegembiraan yang sama
dimana akan buad kau sakit pada akhirnya,
kau tahu yang itu cuma kau tak pernah serik.

dear heart,
kau perlu kuat kerna banyak perkara yang datang dalam masa terdekat ni.
aku sangat perlukan kekuatan untuk aku meneruskan baki kehidupan yang ada.
aku sentiasa meminta kekuatan itu dariNYA cuma aku tak tahu
sehingga bila dan takat mana ianya mampu bertahan.
aku sentiasa berdoa untuk itu.

dear heart,
kau sebenarnya tak pernah serik dengan kesilapan lalu.
walaupun kau tahu ianya akan buad kau rasa down tahap dewa kelak,
kau tetap lakukan ianya mengikut rentak kau.
kadangkala kau kena bekerjasama dengan akal
agar kau tidak buad perkara yang akan buad kau kesal nanti.

dear heart,
biarlah hati kau dilenyek oleh mereka,
yang tahu hati kau hanyalah kau dan DIA.
kau buad apa yang kau rasa perlu.
biar mereka berkata,sampai masanya mereka akan senyap.
kau kena engat tu.

dear heart,
please be strong !
always :)

kekuatan yang aku ada adalah pinjaman dari DIA.jangan kau permainkan hati aku kerna bila tiba masanya aku takut tidak akan ada tempat langsung untuk kau.mungkin ini kali akhirnya aku beri peluang ini.jadi belajar untuk hargainya atau kau tak akan dapat papepunn dari aku kelak.take note,babe  ;p


esok 1 Rejab.
jom puasa sesama :D

out~



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

04 March 2012

bengang tak agak-agak ?




aku tak tau aku patut rasa apa..

penat + sedih + marah + bengang + menyampah + nk tumbuk orang.

hmm..

situasi :

aku risau dengan mak punya sakit

dan hari nie kat uni aku..

ada program

"jom rancang kerjaya"

aku tak nk cite pasal program tu

yang aku nak cite ialah tentang

.pendaftaran.

pendaftaran memang penting kan kan kan ?

dan di zaman yang serba serbi moden nie . .

semuanya di hujung jari

maklumla . .

dunia tanpa sempadan suda~

cikgu aku cakap klu kte masuk rumah orang

dan orang tu marah kte cakap dengan dia cmnie . .

"heyp,dunia tanpa sempadan la"

*sila lempang guna kaki -.-

back to my story.

tyme aku "sign" borang kehadiran 

tetibe *jeng jeng jeng . .

nama aku takde.

rupa-rupanya nama aku sensorang kt belakang .

awatnya lagu tu ?

mana cheq tau !

"yang nama kt belakang tu jumpa saya sekejap"

dia tanya..

"awak daftar tak kos ari tu ?"

cnfirm la aku daftar walaupun pada mulanya aku nk beghenti je rasanya.

"nama awak takde dalam sistem kami"

dah kenapa pulak ?!

"awak daftar tak ? "

dua kali kot.

"dia tulis apa"

sistem kami telah terima data anda

"sistem kehadiran awak tak diambil sepanjang 2 minggu ni"

memang saya datang kelas sesaja je utk 2 minggu nie 

-__________-'

"bole bukak ewadi ?"

bole la,sume jadual bole tgk.kuliah.tutor.

"ari isnin jumpa saya kat pejabat"

isnin jadual aku pack.

terima kasih.

elok aku duduk tetibe nama aku kne panggil lagi sekali.

dekat dewan kuliah okay !

besar + ramai orang.

aku turun dan cakap .

SITI MARYAM BINTI AZIS

"awak ke tadi ? "

saya la.

baju sama kan ?

*dlm hati,panas uh !

dah ah tak mintak maaf.

selamat tak kena maki tadi.

dah sume kengkawan aku dok tanya nape dia panggil nama aku ?

jawapan aku.

dah dia suka aku.

haiiisshhhh..

sabau la hati oii :)



kalau korang pe korang rasa ?




terima kasih sudi singgah dan baca ^^,