26 August 2012

it's limit


sesetengah..
mereka tidak mahu menjadi sebahagian dari kau
tapi kau sering memaksa mereka
untuk berada di sisi kau.
dengan keterpaksaan yang ada
mereka sentiasa ada untuk kau.
diam.
kaku.
hanya bercakap bila perlu.
sentiasa menyokong tindak tanduk kau.
membantah secara senyap dalam masa yang sama.
ianya di bawah kesedaran kau sebagai manusia biasa.
kau lupa.
mereka juga manusia.
punya masalah sendiri.
punya jalan hidup yang perlu di jalani.
punya mereka yang perlu di perhati.
umpama matahari mereka jadi untuk kau.
seringkali melihat kejengkelan yang lain.
dari segi apa pun tidak diketahui.
sakit hati pastinya.
mereka juga punya ruang dalam hidup kau.
cuma bezanya adalah kebenaran dari kau.
buka mata hati sikit.
*mengeluh.
acapkali aku mengingatkan diri.
mereka punya cerita mereka.
baru mula membina satu garisan.
maaf.
suda tiba masanya.
perlu aku kecikkan ruang.
yang aku bina untuk mereka.
aku perlu faham diri aku.
selesaikan masalah itu sendiri.
bukan tidak perlukan pertolongan.
tapi jiwa aku sakit.
sesak.
sensitif.
manusia perlu sentiasa sedar diri.
aku tidak kuat rupanya.
masih mencuba ke tahap maksima aku.
mencari erti kehidupan tanpa mereka.
memulakan sesuatu semampu aku.
tanpa ada campur tangan orang lain.
aku bahagia.
bahagia dalam definisi aku.
ruang baru hanya untuk aku.
cukup untuk aku sahaja.
untuk mereka
yang aku pernah "kongsi" kisah.
hebat kau.
diam membisu di sisi aku.
sudah sampai masanya.
kau dan aku jalani kehidupan berbeza.
pastinya ucapan tulus dan kudus itu
di sulami senyuman terima kasih.

I don't need a fake people to my friend.If you don't like me.Don't come near me.Just go away silently
-khairul fatehah 2012-


terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

No comments: