ada masa ketika kita berusaha untuk menutup kesalahan tapi kita tidak sedar yang tiap langah kita diperhati DIA .
bukan berkata bajet aku sempurna cumanya ada masa bila fikiran aku di pengaruhi dengan keinsafan akan ku lihat kesalahan lalu milik aku yang di lakukan oleh orang lain . bunyik macam pelik bukan ? dalam hidup kesalahan diri sendiri adalah paling susah untuk di temui tetapi kesalahan orang lain seringkali di lihat tanpa sedar kita sebenarnya melakukan kesalahan yang sama kerana itulah kita di suruh melihat diri kita sebelum kita melihat diri orang lain .
kenapa kita perlu mengaku apa yang telah kita lakukan atau dalam erti kata lain jujur . tiada penipuan yang bole di tutup lama . cepat atau lambat pastinya kebenaran itu bakal muncul juga . baik di beritahu supaya ada sedikit persediaan bukan kejutan yang di nantikan .
jangan sesekali di kusutkan perkara yang bole di leraikan
-khairul fatehah january 2013-
emak said ..
kalau tak nak orang buat dekat kita,kita jangan buat dekat orang perkara yang kita tak suka
mungkin sebab aku pernah berkata bohong atau dalam kata lain putar belit fakta supaya kesalahan aku tidak terlihat . rasanya macam bersalahnyee T.T
aku tak rasa jadi jujur itu beban sebab berkata jujur itu buad kita jadi lapang .hati la maksudnyee . tade nak rasa bersalah atau takut rahsia terbongkar . jeng jeng jeng . bila rahsia terbongkar . sakitkan hati orang lain . terus tak suka orang tu . manusia itu punya lumrah yang sama cuma cara tangani kita berbeza .
sejak pemergian beliau, aku cuba untuk berfikir se-positif yang aku mampu . ada kala aku rasa hidup aku tidak panjang di atas bumi ini . adakah aku sudah bersedia untuk berjumpa dengan DIA ?
maafkan kekhilafan yang telah aku lakukan terhadapmu wahai saudara seislamku sama ada yang sedar atau tidak . aku cuma manusia biasa yang tidak lari dar melakukan dosa.
aku rasa ramai mereka yang pernah terasa dengan aku .
maafkan aku , saudaraku .
aku sedang cuba menjadi matang dalam menangani masalah . aku sedang berada di dalam dilema . dilema yang aku ciptakan .
aku mula mempersoalkan , apa yang aku mahu sebenarnya dalam hidup ?
aku sedang terasa dengan mereka tapi apa hak yang aku punya untuk terasa dengan mereka ? jawapannya tiada . aku tak layak . sedikit pun tidak . aku perlu lari sebentar dari semua untuk tenangkan diri .
aku sering lihat kembali diri aku dan fikir . apakah aku kuat untuk menempuh ujian ini . hati aku sedang sakit dan aku perlu merawatnya secermat mampu kerana hati itu sedang rapuh takut nanti ianya jatuh dan berkecai . penyesalan yang tidak berbaloi di akhirnya mungkin .
kini aku sedang melihat apa yang aku perlu lakukan . langkah mana yang perlu aku ambil . aku perlu pergi untuk mencari kekuatan sampai masa nanti aku akan kembali untuk berkongsi kekuatan dengan kamu semua .
doakan aku wahai saudaraku ^^,
No comments:
Post a Comment