بسم الله الرحمن الرحيم
rasa bersalah tersangat kepada hati sebab selal0o abaikan dia.
maaf
:'(
terlalu banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini tapi macham biasa la muka buad-buad kental walaupun hati aku dah remuk teruk.
penat suda aku latih dan tumbuk hati aku supaya ianya menjadi kuat dan kental tapi gagal.
dalam pada itu,aku still bangun dan buad muka gembira tanpa menunjukkan sakit yang aku rasa.
mereka tidak perlu tahu,biar mereka dengan dunia mereka.aku harap mereka tidak rasa seperti apa yang aku rasa sekarang.
kawan
semakin aku melangkah ke arah remaja semakin aku tidak faham sifat dan perangai kawan-kawan aku.pergaduhan dan membenci suda tidak asing lagi dalam diri ini.anehnya,aku masih bole mengharap pada mereka walaupun aku sendiri tidak pasti tentang mereka.
perkara remeh menjadi sensitif secara drastik dalam diri ini.aku menjadi lebih pendendam dan pemendam dalam suatu masa yang singkat.aku menjadi lebih berhati-hati untuk berchegite tentang apa yang berlaku kebelakangan ini dalam hidup aku kepada kawan-kawan aku.
aku tidak tahu pandangan mereka terhadap aku.benci ? marah ? aku punn tidak tahu bagaimana mahu diluahkan melalui kata.aku cakap pada diri aku "maybe itu fasa untuk menjadi lebih matang barangkali" senyum semampu bole dan angguk sambil menyimpan niat.
cinta
aku penat menjadi hamba kamu.berharap pada yang yang tidak pasti.memikirkan dimana ianya akan berakhir,tidak sabar rasanya menunggu saat itu.bagaimana caranya berakhir ? dan dengan siapa ? aku tidak tahu tentang itu tapi jangan risau...insyaALLAH semuanya telah diaturkan.
melihat mereka yang dicintai oleh pasangan memasing membuadkan aku jeles melihat kebahagiaan mereka dan tidak ketinggalan melihat mereka yang berada di persekitaran aku terseksa.nauzubillah..itu bahagian mereka,bahagian kita..tiada siapa yang tahu.
f0kus pada apa yang aku ada.cuba mengubati dan melupakan luka lama yang tidak pernah sembuh.manusia sering terlupa yang setiap luka akan meninggalkan parut pada mereka walaupun sekecil kuman ianya tetap akan diingati.jangan kau berani lukakan hati kau lagi dengan mencipta kisah baru sebab aku suda tidak larat.
family
seperti yang diketahui,mak kami sakit dan perlu membuad pembedahan untuk membuang ketumbuhan yang berada didalam hatinya.masuk kali ini suda 2 kali pembedahan itu ditunda atas alasan kuning mak kami terlalu tinggi.ketumbuhan itu mungkin kanser tapi belum dapat dikenal pasti sehingga pembedahan itu dijalankan.kami harap itu bukan kanser.YA ALLAH,kuatkanlah hati-hati kami didalam menerima ujianMU ini.
apa aku patut rasa ?
aku rasa marah sampai bila diberitahu tentang pembatalan operation kali kedua pagi semalam aku jadi bengang.mengapa perlu ditangguhkan lagi ?! "maaf mak atas ketelanjuran owg berkata sedemikian dekat mak " owg tidak terniat nk berkata begitu kepada emak.
kalau kau dapat lihat bagaimana dan berapa kali doktor dan jururawat mencucuk tangan emak,kalau kau dapat lihat bagaimana emak ditebuk dan membawa air yang dikeluarkan dari hati yang terpaksa di usung ke sana kemari,kalau kau dapat lihat muka pucat dan kuning emak,kalau kau dapat lihat bagaimana emak bersusah payah berjalan dan exercise sepanjang masa agar tak di marahi doktor yang tahu cakap sahaja,pasti kau akan tau bagaimana perasaan aku sekarang.
sakit tak sakit,bengang tak bengang la kau agak ?
:'(
dan dengan tidak semena-mena mata aku pun boc0r dengan baiknya sehingga aku tidak tahu bagaimana caranya untuk aku menutup kembali lubang yang sedia ada.mengingati setiap satu peristiwa yang berlaku dalam hidup aku kebelakangan ini membuadkan aku sedih dan berfikir "kerdilnya aku"
maka menangis lah aku dengan penuh perasaan.tanpa mempedulikan mereka yang berada disekeliling aku di dalam KTM yang membawa kami ke tempat hala tuju yang berbeza walaupun matlamat yang sama.jangan ditanya tangisan itu untuk apa kerna aku sendiri tidak dapat menafsirkan apa yang berlaku dalam hidup aku sekarang.
semoga berjumpa dengan hati kamu dan apa yang telah kamu hilang dan tinggalkan suatu masa dahulu.
.amin.
.insyaALLAH.

2 comments:
yam..remember (6:64)...fighting sis!fighting!!!!!!sorry for not being by your side for this crucial moments..:'(
i miss u
tengs,awak.takpe.setiap org ada life dan masalah mereka tersendiri.i miss u too,babe ! :)
Post a Comment