بسم الله الرحمن الرحيم
Setiap orang akan ada seorang lelaki yang akan menjadi tempat dia berlindung dan bergantung harap dalam hidupnya,aku juga tidak ketinggalan mempunyai seorang seperti itu J
Dia adalah orang yang terharu di saat aku dilahirkan.suara azan dia yang aku dengar ketika aku mula-mula melihat dunia.mak mengalami pendarahan ketika melahirkan aku.aku juga menghidap penyakit kuning yang agak teruk selepas dilahirkan.
Dia orang yang merotan aku ketika aku tidak mendengar kata.dia orang yang selalu belikan air ribena,tembikai dan sayur lobak putih kegemaran aku ketika kecil tanpa jemu.
Dia orang yang sangat garang dan tegas dalam mendidik aku.ketika aku dan along kecil dia adalah orang yang selalu memukul kami sedangkan ketika alang dengan adik,mereka tidak kena seperti mana kami.
Dia adalah orang yang tidak jemu dalam mengenal erti susah dalam mencari rezeki untuk kami sekeluarga.keluar ketika fajar baru mahu menunjukkan cahayanya dan pulang ketika matahari sudah mula terbenam.
Dia akan menghadirkan diri ke sekolahkami ketika tandatangan repord card walaupun result kami tidak la sechantek mana tapi dia tetap akan sedaya upaya hadir.
Dia orang yang membasuhkan kasut sekola aku dan along,dan dia jugak yang mengkapurkan kasut kami.walaupun penat dia tetap akan buad.
Dia yang mengahantar dan mengambil kami semasa sekola rendah.belikan dan ajar kami tunggang besikal.pengalam yang takkan di lupa.
Dia sentiasa mengajar kami untuk menjadi seorang yang berguna di masa hadapan.dia juga yang sentiasa cuba sedaya upaya melindungi keluarga kami tanpa mengeluh walaupun lelah.
Ye ! dia abah kami.
AZIS BIN MD YUNAN
Angah sayang abah infinity <3
Walau apepun orang cakap tentang abah,kami adik beradik akan sentiasa di sisi abah.sentiasa J
Walau abah hanya tahu bawak moto tapi abah tetap cuba yang terbaik untuk hantar dan ambil kami sejak mak sakit.
Terima kasih.
Since mak sakit,angah Nampak abah banyak berubah.kami yang dulunya terlalu bergantung kepada emak terpaksa bergantung harap pada abah pula sekarang dan kami percaya abah mampu melakukannya.
Setiap hari sejak emak duduk dekat hospital,pagi abah pergi kerja,petang abah kena cari orang untuk bawak kami adik beradik jumpa emak dan malam sudah tentu abah penat kan ? kesian abah.maafkan kami kerna selalu sahaja tak buad yang terbaek untuk abah.
Masa angah abah cium mak,angah nangis sebab first time dalam hidup angah dapat tengok abah cium mak.bila angah cakap dengan nenek,nenek cakap abah pun cium mak depan orang ramai time angah lahir.terharu :’)
Maaf atas segala ketelanjuran kata dan perangai yang tak tentu hala.terima kasih yang tidak terhingga untuk segalannya.angah owe abah a lot ! J
Bukan senang nak buad seseorang berubah.terkadang ALLAH beri sesuatu untuk kita sentiasa mengingatiNYA.mungkin ketika itu kita terlalu alpa dengan segala nikmatnya dan terlupa pula kepada ujianNYA yang sentiasa ada menanti kita.
Semoga keluarga kami dan keluarga kamu-kamu sentiasa di dalam lindunga rahmat ALLAH selal0o.
.amin.
No comments:
Post a Comment