بسم الله الرحمن الرحيم
entry ini untuk merka yang paling aku sayang dalam dunia ini.mereka yang banyak memberi dan mencurahkan segala usaha untuk aku dan adik beradik yang lain.
aku terlalu menyayangi mereka berdua dan aku juga tahu yang kesemua adik beradik aku menyayangi mereka kerana tanpa mereka kami berempat tidak akan ada di dunia ini.
kesabaran mereka dalam menjaga dan mendidik kami tidak akan dapat terbalas walau apapunn yang kami cuba lakukan.
kekuatan mereka dalam mencari rezeki sehingga kami tidak dapat merasa erti kekurangan seperti keluarga lain
segala nikmat yang mereka berdua berikan kepada kami adik beradik tiada bandingan.
mungkin kami selalu mempertikai tapi memang manusia tidak pernah puas atau dalam bahasa kasarnya,manusia memang tidak pernah tau erti syukur.
adat manusia juga akan menghargai sesuatu bila kita sudah hampir untuk kehilangannya atau kita memang sudah kehilangannya.
aku la salah seorang manusia yang tidak lari dari realiti sebegitu.
maaf diatas segala ketelanjuran yang telah dilakukan oleh kami sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.maaf sebanyak-banyaknya di atas segala kata-kata orang sekeliling terhadap kami yang bole menguris hati mak dan abah.
terima kasih yang tidak terhingga diatas segala kasih sayang,kata-kata perangsang,pukulan,teguran,usaha,penat lelah dan segala-gala yang telah abah dan emak curahkan kepada along,angah,alang dan adik.
selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-22 untuk emak dan abah.semoga kasih sayang yang ALLAH kurniakan kepada abah dan emak sentiasa diberkati olehNYA.semoga seluruh keluarga kita sentiasa berada di dalam lindunganNYA.
walaupun abah dan emak berkahwin bukan dasar cinta pada mulanya tapi alhamdulillah mak dan abah masih ada bersama berdua di dalam menempuh segala pahit manis,dugaan dan cabaran yang ALLAH berikan kepada keluarga kita.
kekuatan yang kami punya sekarang adalah dari emak dan abah tunjukkan hasil dari pinjaman ALLAH.
" ALLAH menguji kita kerana DIA sayang kita "
itulah tanda mahabbah DIA terhadap hamba-hambanya :)
kami tahu emak kami kuat.
kami akan selal0o ada untuk emak sama seperti emak sentiasa ada untuk kami bila kami perlukan emak.
be strong,mak !
innallah ha ma'ana ^^,
your lovely daughter,
angah
kalau kau bole cakap kau sayang dekat pakwe kau,nape kau tak bole chakap yang kau sayang mak dan abah kau,ye idak ;p
No comments:
Post a Comment