15 February 2018

Another lost.

salam everyone.

lepas dua tahun tak update anything here, saya kembali ! wehuuuu--

datang sini sebab rindu dan rasa, aku patut tulis tentang abah juga dekat sini.

setelah 5 tahun emak kembali bertemu kekasih abadi. 19/02 akan genap 6 bulan abah pula kembali pada illahi dan hidup masih terus berdiri bersama derap langkah kaki yang berat sekali. hala tuju yang masih tidak di ketahui. masih menanggung sarat kata-kata nasihat dari keliling yang mereka tak tahu guna saat mereka tiba nanti.

setelah 5 tahun jaga diri sendiri. makan ubat sendiri lepas emak pergi. 5 tahun berjuang dengan sakit jantung 35% dan kencing manis. lepas abah heart attack  9 tahun lepas. emak pesan jangan buat abah risau atau terkejut sebab jantung abah lemah. kuatnya seorang abah menggalas tanggunjawab yang emak kendali sepenuhnya satu ketika dulu.

terima kasih abah untuk tak kahwin lain dan buktikan cinta abah masih milik bonda sepenuhnya. tenaga sehabis daya yang abah pancarkan untuk kami tidak terperi kesyukuran kami panjatkan pada illahi. tidak tergambar rasa bersyukur dan terharu atas pinjaman yang allah titipkan keduanya emak abah pada kami. terima kasih tuhan untuk keduanya.

abah pergi dengan tenang walau aku tahu betapa gundah hati abah untuk tinggalkan kami dengan anak yang masih tiada pekerjaan. risau dengan tangan-tangan yang akan mara ke hadapan bersama tanggungjawab dan untuk ambil kesempatan.

hilang mak dulu rusuh hati tuhan tahu tapi masih cuba kuat kembali dengan abah di sisi. takut juga sebab terlalu merindui emak sehingga melupa abah.

tak banyak rasa ralat masa hilang abah sebab aku rasa aku dah cuba yang terbaik untuk ada semampua aku, tiap kali rasa marah ke abah aku pujuk diri; inilah satunya abah yang usaha habis daya setelah mak tiada. usaha habis kudrat untuk memahami walau jarang jumpa titik persefahaman antara kami. muka, suara, pipi ini yang akan aku rindu saat tiada nanti. bayangan sayu yang aku peluk untuk tiap persefahaman yang gagal aku kendali.

aku sayu sebab tak dapat cari kerja untuk buat abah rasa lega untuk lepas tanggungjawab. pasti abah rasa sebu dengan tingkah laku aku. takut untuk jauh dari abah. takut untuk kalau apa-apa jadi aku tiada di sisi.

bila bersuara bersama nasihat kita jarang nak dengar apa yang mereka lalui, kita cuma mahu mereka mendengar tanpa kita mendengar kembali. walhal mereka begini paling perlu telinga dari mulut berapi.

aku hilang abah 4 hari lepas hari jadi. hari jadi paling sunyi tapi masih gembira saat sambutan abah ada sekali makan kek dan berbual sekali.

masa terakhir banyak  menunggu di hospital, perbualan terakhir dalam kereta masa perjalan pulang dari hospital, masa mandikan abah masa abah tak larat nak pergi toilet. masa duduk dalam bilik doktor bagi penerangan tentang sakit abah. inilah satu-satunya rakaman suara perbualan abah yang aku simpan. hari paling sayu masa doc cakap abah pekak dan doc pun tak tahu kenapa sebab nampak dalam telingan semua normal. masa tunggu ubat nangis. masa balik bagi tau along nangis. nangis sebab takut dengan bayang yang abah akan pergi.

abah memang pergi hari kemudiannya. dalam pelukan angah abah longlai. dalam pelukan angah abah tak balas sahutan angah. abah cuma diam. angah panggil banyak kali tapi abah tetap diam. masa sampai hospital sebelum medik letak abah dalam strecher. angah cium abah sambil cakap; jangan pergi lagi abah. angah sayang abah.

setengah jam lepas tu doc panggil  bagi tau abah dah tiada. angah blank. angah nak buat apa lepas ni ? siapa nak protect kami adik beradik ? pada siapa kami nak minta tolong, minta pendapat ?

masa ni kawan angah bisik; allah ambil abah pada masa yang tepat dan angah cuma perlu percaya itu.

masa ni mula ajar diri kena percaya diri dan percaya perjalan tuhan itu cantik sekali. telah Dia rancang rapi dan angah cuma perlu jalan dengan hati-hati. perlu gandakan usaha dan doa semahunya. berpaut erat sesama along, alang dan adik.

mula belajar untuk pertahan diri dari segala sisi. mereka yang kekal terbang menjauh lagi. yang dekat juga tidak mara rapat. tiap kedatangan perlu di tentang sebelum di tanya kenapa datang ? persediaan kena sentiasa ada.

doakanlah kami sentiasa di lindungi dari mereka datang hanya cuma untuk menyakitkan hati. di murahkan rezeki untuk cari prkrjaan yang dapat mendekatkan diri pada illahi, membantu mereka yang memerlukan. jumpa pasangan yang memahami kondisi diri serta dapat menjadi pelindung kepada golongan-golongan yang lemah seperti kami.

moga tiap doa yang di titip kembali kepada tiap empunya diri dan di berkati hidup berkali ganda di dunia atau di akhirat sana. amin.

take care !
terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

No comments: