بسم الله الرحمن الرحيم
Khaizaran
adalah seorang hamba wanita yang di beli oleh Khalifah Al-Mahadi dari suku kaum nukhas.lalu khalifah
memerdekakan,menikahi,memuliakannya dan memperkenalkan untuk kedua orang tuanya
dengan gelaran terhormat.namun ketika dia marah,dia berkata kepada khalifah :
“aku tidak pernah menyaksikan kebaikan sedikitpun daripadamu”.
Memang
merupakan tabiat wanita kecuali sebahagian kecil dari mereka-melupakan segala
kebaikan,ketika suami atau orang lain melakukan kelalaian dan kesalahan
kepadanya.Dalam hadis rasulullah s.a.w menyebutkan :
“wahai kaum wanita,bersedekahlah kamu,kerana sesungguhnya aku melihat kamu
adalah majoriti penghuni neraka.” Mereka bertanya:”mengapa demikian,wahai
Rasullulah ? “Rasulullah s.a.w menjawab:”kerana kamu cepat mengutuk,banyak mencela
dan selalu mengingkari kebaikan suami”
Cerita ini
menyedarkan aku bahawasanya aku sangatlah tidak bersyukur apabila ALLAH telah mengurniakan mereka di
sekeliling aku.aku cepat sangat terasa.mereka buat kesalahan hanya sedikit
sudah benci itu ada sekelumit,jika di pelihara benci itu mampu membiak dengan
baiknya dalam masa yang singkat.
Dari dulu
setelah sekian lama aku merasakan semakin dewasa masalah yang berat untuk di
kawal bagi aku adalah perasaan dan kawan.aku gagal dalam dua perkara itu.aku kecewa
dengan mereka dan salahnya aku sepatutnya
meletakkan kecewa itu pada diri sendiri.
Sejak aku
bertemu dengan cerita di atas,aku sedar yang aku mereka yang aku terasa itu
pernah buad aku tersenyum dan sentiasa ada si sisi bila aku perlukan suatu
ketika dahulu cuma ada ketika masanya mereka tiada dan aku terluka dengan janji
yang mereka taburkan pada aku dahulu.maaf untuk itu wahai saudaraku,itu khilaf
aku.
Buat masa
ini cukup untuk aku khabarkan yang aku
sedang belajar dan akan terus belajar untuk hargai mereka yang ada di
sekeliling aku.bukan hanya mereka yang jauh tapi mereka yang sentiasa ada di
depan mata.
Di sini aku
ingin kongsikan yang kamu tidak bole jangka mereka yang jauh itu sentiasa
ada dengan kamu bukan tidak percaya mereka cuma harapan itu perlu di kecikkan
semampu kamu.hargai mereka yang ada di depan mata.mereka yang ada di depan mata
itu bole kamu percaya pada ketika dan saat itu.sungguh,itu yang berlaku pada
aku sekarang.aku sedar dan mula belajar menghargai mereka.
bukan aku tidak menghargai mereka sebaiknya cuma hati yang sensitif ini jadi lebih teruk apabila keadaan itu berlaku.aku manusia biasa.manusia yang paling takut rasa kehilangan atau di pinggir oleh mereka.aku sayang mereka sehingga aku lupa untuk berfikir secara matang.
sepositif yang mampu aku fikir adalah :
Sensitif dengan mereka yang pernah jadi yang paling rapat adalah tak patut.ianya ada kerana 'gap' di antara itu tiada dan hilangannya dari sisi ketika mereka di perlukan kita itulah menghasilkan sensitif yang ta berpenghujung dan merosakkan persahabatan di akhirnya
sepositif yang mampu aku fikir adalah :
Sensitif dengan mereka yang pernah jadi yang paling rapat adalah tak patut.ianya ada kerana 'gap' di antara itu tiada dan hilangannya dari sisi ketika mereka di perlukan kita itulah menghasilkan sensitif yang ta berpenghujung dan merosakkan persahabatan di akhirnya

No comments:
Post a Comment