20 January 2013

asked and answer :)


بسم الله الرحمن الرحيم


Asked : kenapa pakai sweater tu tiap kali nak solat ?
answer : pakai lengan pendek kena lahh cover aurat

Hujahnya : kain berwarna putih sememangnya jarang  dan telekung yang di pakai kita kaum hawa itu sebenarnya jarang.

* pernah bertanya bagaimana definisi jarang ? nampak warna kulit.pendapat aku memang akan nampak warna kulit kalau kita pakai kain warna putih jadinya daripada was-was bukankah lebih baik kita tidak mengambil risiko.tak susah pun nak sarung lengan dengan baju yang bole menutup aurat.kita solat pun bukannya lama.


Asked : kenapa pakai kain batik bersih sebelum pakai telekung ?
answer : tadi ada masuk toilet tak ? mesti ada kan ?

Hujahnya : percikan air itu mungkin ada terkena seluar  jadinya  seluar itu perlu di tanggal dan digantikan dengan kain batik atau kain lain sebelum memaki kain telekung

*kain telekung adalah jarang nanti nampak ‘tiang’ ibarat memakai baju kurung tanpa kain dalam.bukankah tak berapa nak cantik pemandanganya dekat situ jadinya ambil yang kau rasa mampu.


Asked : kenapa solat pakai tudung dalam ?
answer : telekung warna putih kan ?

Hujahnya : leher itu aurat.rambut lagilah aurat.bagaimana kalau memakai telekung tanpa anak tudung.bukankah nampak rambut dan batang leher.

*lebih gemar memakai tudung dalam tetapi memadai jika memakai anak tudung.atleast ada yang berjaya di tutup bukan dua-dua terbuka.


dalam erti kata lain . kalau kita bole berhias ketika hendak keluar rumah,kenapa kita tak berhias bila mahu menemui ALLAH . ramai yang cakap aku selekeh tapi mereka sebenar tak tahu definisi sebenar itu apa ? aku selekeh sebab cara aku pakai tudung macam pelik . pelik di mata orang . tapi okay di mata aku . it's still okay . masih mengikut piawaian wajib bertudung . aku tak kisah apa yang orang nak cakap . biar kita dipandang jengkel di mata manusia tapi di mata ALLAH hanya DIA yang Maha Mengetahui . 

banyak sangat perkara dalam hidup ini kita bole top up untuk pahala . jadinya jangan mudah rasa terbeban . dalam hidup dan persekitaran sekarang aku mula merasa sedikit kejengkelan di mana orang yang ingin berubah menjadi lebih baik itu diperlekehkan . memang tidak di nafikan bahawasanya kita akan menyoal kembali "kenapa dia berubah sedemikain rupa " adakalanya untuk berubah kita tidak memerlukan sebab kerana apa ? kerana kita memang sepatutnya sudah sedar dari dulu lagi cuma kita lambat untuk berfikir dan bertindak .

hidayah ALLAH itu kita kena cari mana bole tunggu .jodoh nak pulak kamu carik tapi hidayah ? mahu di tunggu ? bila mau ketemu agaknya ? *think*

ada ustaz cakap kalau seseorang itu sudah menutup aurat tapi dia still mahu memakai telekung maknanya dia ada masalah . bagi aku ..em , kita tak tahu apa yang kita pijak . memang lah kita pijak tanah tapi yang selain itu tanpa kita sedar pastinya .

islam itu mudah tapi jangan ambil mudah . masalahnya sekarang ramai sangat mereka yang sedang cuba menyukarkan keadaan menyebabkan mereka takut untuk menjadi lebih baik . jangan takut untuk berubah , sahabatku . di setiap jalan hijrah ke arah kebaikan itu sentiasa di iringi oleh DIA . jangan sesekali gentar !

ini hanya pendapat aku.
maaf sekiranya tersalah bahasa
 *peace*


akhir kata 
buad perkara semampu kamu :)



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

No comments: