050512
a memory day for our family.
.operation.
emak.
pagi subuh bangun semua
abah paling awal
hati dia tak tenang.
along,aku adik.
alang di sana menemani emak
siap-siap
pergi zass ke selayang.
masuk dewan bedah 6 pagi
tak jumpa aku .
abah telefon ke mak
sebelum masuk.
nangis.
risau
takut.
sudah pastinya.
depan aku dan yang lain
tiada mimik muka
abah pamerkan.
tapi aku tahu
risau abah.
kenapa ?
sebab aku rasa.
itu emak.
orang yang ngandungkan kau.
lahirkan kau.
besarkan kau.
ajar kau.
permintaan kau terdahulu.
keinginannya terkebelakang sekali
tak cukup ?
kau nak apa lagi ?
*tanya*
paling banyak aku ulang baca yasin
hari tu lah.
ketika yang lain lelap
aku baca di sertai tangisan
kenangan
aku cari kuat dari situ.
aku mohon.
bersungguh-sungguh
dalam setiap ayat
aku titipkan doa
sejahtera selamat semuanya.
makan lalu
supaya yang lain tak risau.
simpati yang aku tak mahu rempat dari mereka
sukar
aku masih mahu cuba.
senyum
nampak cacat
aku tahu mereka tahu
senyum paksa kami anak beranak
pukul 5 petang keluar
dari bilik bedah
masuk wad HDW
panggil tiap dua orang masuk untuk lawat.
aku ?
dari luar,
takut.
aku bukan kental depan emak.
paling lemahnya aku.
adalah depan emak
ketika mulanya aku hargai
erti hargai rumah.
nangis,
mereka nampak.
aku kaburkan mata mereka.
aku cuba tahan.
masuk wad,
emak masih mamai
kesan ubat bius.
air mata tak bole kompromi.
setitis-setitis jatuh.
syukur mak tak nampak.
anak dia yang 'peleceh' ni teriak.
hari sebelum,
aku di sisi emak.
doktor datang tanya
tentang opertion.
mak teghuja.
aku cakap.
jangan.
ini bukan harapan kali pertama.
kali kedua juga bukan.
petang itu,
ct scan,
jumpa doktor bius,
periksa tekanan nadi,
masuk darah.
aku saksi semua.
hati aku doa.
moga baik-baik segala.
sebelum pulang,
macam raya.
maaf keluar lancar
dari setiap bibir antara kami.
aku masih terkawal
sebelum
lihat antara emak dan abah
bermaafan.
ribut hati aku melanda.
ALLAH tahu.
aku yakin
pertama kali sepanjang
emak 'chek in' selayang hospital
tiada satu antara kami teman.
tidak di benarkan
satu pun.
hari itu lah.
sendiri emak
di temani jururawat.
terkilan.
tapi masih diam.
kami turut.
kami bukan pakar.
kami tahu ALLAH dah atur segala.
aku tak lupa
satu inci kejadian hari itu.
sehingga kini.
masih ada.
kenangan itu.
aku pegang erat.
No comments:
Post a Comment