24 May 2012

zer0


bila kau dah melalui terlalu jauh perjalanan barulah kau akan tanya,kemana harus aku pergi sebenarnya ? apakah tujuan aku yang sebenar dalam hidup ini ? 

bila sampai satu hentian,aku duduk termenung mengenang kenangan silam yang jelas-jelas tiada apa yang bole diperbetulkan cuma ada peyesalan di setiap babak.kemudian kau akan tanya,kenapa aku lakukan sedemikian ? bila hati mengawal otak,memang akan ada banyak sesalan diakhrnya kelak.

setelah hilang penat lelah dan mahu meneruskan perjalanan,jangan pernah kau ulangi benda atau perkara yang akan buad kau sesali.penyesalan tidak dapat merubah apapun dalm hidup kau sebenarnya tapi ianya bole menjadi panduan untuk kehidupan kau pada masa akan datang.

apabila kau masih gagah,kau lupa mereka dan perkara yang berlaku di sekeliling kau tapi pabila kau kelelahan kau baru sedar yang kau cuma insan biasa.rasa riang ria bila kegembiraan dan punya rasa sakit bila disakiti.jangan pernah kau lupa tentang itu.

rintangan di hadapan kau itu hendaklah kau tempuh dengan segala kekuatan yang berbaki.senyumlah pada mentari yang tidak jemu memberi dorongan dan ucapkanlah terima kasih atak kegelapan yang datang singgah untuk membuat kamu tahu erti rasa bersyukur.

aku mula cuba untuk patah balik dan pulihkan apa yang tidak sempurna semampu aku,sesuatu yang cukup hanya sempurna mengikut kemampuan aku.belajar erti bersyukur dengan apa adanya aku perolehi sekarang.hikmahnya ada cuma aku belum mampu lihat.aku tahu itu.

mungkin dengan adanya mereka banyak perkara yang aku belajar cuma aku susah untuk terima terlalu banyak sangat perubahan tapi jangan risau aku sedang cuba dengan susah payahnya untuk mengikut rentak yang mereka tunjukkan.

aku dapat lihat perubahan yang tidak terlalu agresif  dalam diri cuma aku tidak tahu paras perubahannya takat mana yang aku tahu dan pastinya ianya bukan zer0.

out~



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

No comments: