31 March 2012

budi yang tak terbalas :)



بسم الله الرحمن الرحيم 


angah sayang mak ! sangat sayang ! sayang yang infinity untuk mak !

dulu mak cakap kami-kami tak bole kongsi barang dengan mak sebab mak cakap mak ada hepetitis C tapi kami redah je guna barang mak.kita satu keluarga kan ? kenapa perlu ada diskriminasi

mak punn tahu yang kami ni degil + begik orangnya tapi mak tak jemu-jemu tegur dan bebel dekat kami walaupun kekadang kami tak dengar punn apa yang mak cakap.maaf untuk itu dan terima kasih sebab sudi tegur kami tanpa rasa jemu.

kami selalu lalai.setiap kali balik hujung minggu kami sentiasa harapkan mak untuk kejut kami bangun solat subuh walaupun dekat asrama kami boleh pulak bangun sendiri.mak tetap sabau kejut kami sampai bangun.maaf di atas kelalaian itu dan terima kasih atas usaha yang tidak jemu mengejutkan kami .

kerja rumah pulak mak kena hengatkan walaupun sebenarnya kami semua dah ada tugas memasing tapi kami nak jugak mak cakap baru kami nak buad.malas sungguh anak -anak dara mak ini kan . maaf untuk itu .


bila kami sakit mak tetap akan bawak kami pergi klinik dan pastikan kami makan ubat sebelum tido.kalau tyme tido tu kami terjaga mak yang akan bawak ubat dan tukar kain atas dahi kami ketika kami demam.terima kasih untuk itu .

mak tetap belikan barang keperluan untuk kami walaupun tyme tu kami tak buad punn kerja yang mak suruh tapi mak tetap buad yang terbaik untuk kami.terima kasih untuk itu.


terima kasih ajar kami menjadi orang yang berjimat cermat.mak sentiasa beli barang mengikut keperluan tapi kami selalo beli barang mengikut kehendak.terima kasih untuk kesabaran mak dalam mengikut segala kemahuan dan kehendak kami.terima kadih sekali lagi .

mak tetap belikan vitamin,susu,kismis serta barangan kesihatan lain yang sudah tentu mahal harganya untuk kami bawak pulang ke asrama walaupun mak tahu yang kami susah bebenau nak makan semua itu.bila kami cakap mahal dan tak nak makan,mak akan cakap.benda baik mesti orang tak suka nak buad.tenang je mak jawab.mak tak marah kami punn.maaf untuk ketelanjuran kami itu dan terima kasih untuk semua barangan itu.


mak tetap hantar dan ambil kami dari asrama walaupun kami selal0o sakitkan hati mak.walaupun kami belajau jauh mak tetap nak ambil dan antar kami.mak memang selalu lakukan yang terbaik untuk kami walaupun kekadang kami buad tak nampak je.maaf untuk itu dan terima kasih atas usaha berterusan itu.

mak tetap ada di sebelah kami bila kami perlukan pertolongan walaupun ketika mak perlukan kami,kami jarang ada di sisi mak.maaf atas perbuatan kami itu.

mak sentiasa dengar masalah kami dan tak pernah marah atas keputusan kami.apa yang penting mak mesti ada bila kami perlukan orang untuk dengar masalah kami.terima kasih yang tak terhingga untuk itu .

mak sentiasa menasihati kami walaupun mak ulang benda yang sama tapi kami tetap lupa.mak still ada bila kami perlukan nasihat dan mak tak marah pun ulang balik nasihat yang kami dengar tak dengar itu dulu.terima kasih atas nasihat itu.

kami marah bila mak ungkit tentang perkara lama.mungkin ketika itu kami lupa yang mak jugak manusia yang mempunyai hati dan perasaan,yang punya rasa sakit bila disakiti dan terasa bila tak dihargai.maaf atas ketelanjuran kami yang ini.

kami sentiasa melawan cakap mak.kami mengaku yang kami bukan anak yang baik tapi percayalah tiada anak yang mahu menyakiti hati kedua ibu bapa mereka.kami selalu berusaha untuk buad yang terbaik untuk mak dan kami seringkali gagal untuk itu.maaf atas kata-kata yang merobek hati mak itu.

kami sering kata yang mak tak tahu masak macham orang lain tapi kami lupa bahawasanya selama kami hidup mak selalu masak untuk kami tanpa jemu dan minta balasan.bila kami besar kami jarang nampak mak masuk dapur.kami selalu kata mak kami malas masak tak macham mak orang lain yang selalu ada masak untuk keluarga mereka tapi kami lupa yang sudah sampai masanya mak berehat dan merasa air tangan anak-anak dara mak pulakk.maaf atas sikap buruk sangka itu.

mak still ada untuk kami walaupun ramai cakap yang kami anak dara yang pemalas,tak tahu memasak,tak tahu kemas rumah,tahu makan dan tido sahaja.merka boleh cakap apa yang mereka mahu kerana hakikatnya yang tahu hanya kami-kami yang ada didalam rumah itu.maaf untuk kata-kata mereka.

terkadang kami selalo cakap yang kami sayang nenek lebih dari mak ataupun kami sayang abah lebih dari mak.kami hanya fikir tentang diri kami sehingga kami lupa semua usaha budi  dan penat lelah yang telah mak curahkan dalam mengandung,melahirkan dan mendidik kami supaya menjadi insan yang berguna kelak.

terima kasih sebab sentiasa percaya pada setiap keputusan yang diambil oleh kami.walaupun kami tak pandai dan berjaya macham anak kawan-kawan mak yang lain.merka pergi belajau sampai ke luar negarasedangkan kami masih belajau di sini,sekurang-kurangnya kami ada tahap pendidikan kami sendiri dimana ianya cukup cerah untuk masa depan kami.insyaALLAH.terima kasih untuk itu.

percayalah ! mak tak pernah gagal didik kami cuma kami yang gagal untuk berikan yang terbaik kepada mak dan abah.

maaf atas semua kesalahan,ketelanjuran,kekhilafan,ketidaksedaran,kekurangan ajar, dan setiap kata yang pernah mengores atau merobek hati mak.kami minta maaf sebanyak-banyaknya.

terima kasih atas semua usaha,budi,penat lelah,kekuatan,kesabaran,keimanan, dan segala yang mak dan abah telah curahkan kepada kami.terima kasih yang tidah terhingga.

terima kasih jugak atas doa-doa yang tidak pernah putus untuk kami !

doakan kami mejadi anak dan insan yang berguna kelak.

.amin.

hati anak mana yang tak takut bila merka dapat tahu yang mak mereka perlu menjalani pembedahan hati.mak kami ada ketumbuhan dekat hati.pada mulanya,mak kami pelu menjalani pembedahan untuk batu dalam hempedu tetapi doktor menasihati mak kami untuk merujuk kepada doktor pakar apabila melihat ada sesuatu dekat hati.doktor pakar mengatakan ianya ketumbuhan dan perlu di bedah dalam keadaa segera.insyaALLH sekiranya tiada halangan 6 april 2012 akan menjadi saksi dimana mak kami merupakan orang pertama yang akan dibedah dalam keluarga kami.kami sentiasa meminta kekuatan dari ALLAH untuk itu.

"ALLAH  tidak akan membebankan sesuatu yang kamu mampu untuk mengatasinya"

jangan kamu lihat betapa besarnya ujian yang diberikan kepada kamu tapi lihatlah hikmah yang akan kamu dapat dari ujian itu.insyaALLAH kamu akan redha dan kuat .


"mak adalah orang yang sentiasa berada di samping aku ketika aku susah mahupun senang.mak yang akan mendengar tangisan dan cerita aku tidak kira waktu dan dalam keadaan apa sekalipun.mak akan ada untuk dengar dan nasihat dekat aku di setiap kali aku tersalah langkah di mana ketika itu semua menunding jari atas kesalahan aku dan tiada seorang pun yang mahu memberi dorongan dan kata semangat.mak jugak sentiasa mengajar dan mengingatkan tentang agama tanpa jemu.mak jugak yang akan ambil dan hantar aku ketika aku di asrama sehingga sekarang tidak pernah merungut walau sedikit punn.mak sentiasa melakukan yang terbaik untuk aku.aku suka tulisan mak aku sebab tu tulisan mak ada di semua barang-barang aku .walaupun aku semendang sakitkan hati mak tapi mak sentiasa cuba sedaya upaya untuk buad sesuatu yang menceriakan hati aku.ya ! itulah mak aku !



kepada puan SABIAH BINTI SULONG . .

SITI MARYAM BINTI AZIS sayang kamu ketat-ketat !

angah tahu mak kuat .

semoga cepat sembuh,

mak cakap nak tengok angah sambung master dekat  UPM.

thanks for everything that mak have done for me :)

                 
                                                                           sincerly,
                                                                           angah 


ini kisah aku,cerita aku.hargai mak dan abah kam0o itu kerna kita tidah tahu selama mana kita akan hidup.aku hanya perlukan doa kamu semua untuk kami semua kuat untuk menepuh dugaan ini.terima kasih untuk doa kamu itu.semoga kamu dan keluarga kamu sentiasa berada di dalam lindungan ALLAH selal0o.amin.

"mereka akan pergi cuma bezanya cepat atau lambat"

aku tau itu .cuma aku harap bila masanya tiba aku akan kuat.

.insyaALLAH.



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

4 comments:

baizura bahari said...

Assalamualaikum, maryam azis syg..
sabar ea. InsyaAllah, everythings gonna be ok.. doa bnyk2 ea. kuatkan semangat ok ! syg kamu.

Unknown said...

waalaikumusalam...
cik bai sygss :)
insyaALLAH.amin.
tengs.syg kam0o jugak !

marshaPetrelli said...

:')
Aku merasainya juga syg.
Mak kte pun sakit so i know how it hurts.
Hope awk tabah ye.
Jaga org sakit mmg kne tabah.
InsyaAllah dipermudahkan ujian ni...

marshaPetrelli said...

:')
Aku merasainya juga syg.
Mak kte pun sakit so i know how it hurts.
Hope awk tabah ye.
Jaga org sakit mmg kne tabah.
InsyaAllah dipermudahkan ujian ni...