09 June 2012

hati yang perlu di rawat.



بسم الله الرحمن الرحيم

sejak kebelakangan ini hati aku tak berapa nak sihat.kenapa agaknya ? aku rasa macham kosong.macham kehilangan sesuatu yang amat besar dan ianya perlu dicari semula.menggunakan saki baki kekuatan yang tinggal aku pergi tetapi aku sentiasa terhenti kerana sering tertarik dengan perkara-perkara lagha iaitu perkara yang kita tak patut buad pun.dekat situ aku dah buang tenaga dan masa yang terlalu banyak.penyesalan muncul kemudian tapi tidak sehabat mana kerana kesalahan yang sama akan berulang kembali.

kadang kala aku ingin jadi seperti orang lain yang bahagia dengan hidup mereka walapun nyatanya tiada seorang pun yang bole hidup senang lenang di muka bumi ALLAH yang sangat luas ini.kita khalifah yang telah diciptakan oleh ALLAH untuk memakmurkan bumi.kita diciptakan oleh ALLAH adalah untuk menyembahNYA.

kita manusia yang sering alpa bila dikaburi dengan kesenangan dan kemewahan dunia yang terang-terangan ianya hanya sementara tetapi kita masih mengejarnya untuk mencapai impian kita.akhirat kita biarkan,kita lupakan tapi apabila kesusahan datang menjengah,kita akan cari semula pencipta yang kita lupakan ketika senang itu.kamu tidak layak sebenarnya untuk meminta kepada ALLAH setelah kamu menyombongkan diri atas segala nikmat yang diberikan kepada kamu.tanya diri kamu,kenapa ianya jadi begitu ? jawapan yang tiada pertikaian lagi adalah disebabkan hati kamu.

sebagai manusia kamu memerlukan makanan untuk hidup jadi kamu jangan lupa bahawasanya hati juga memerlukan makanan untuk tidak mati.apa makanan hati ? istighfar,zikir dan membaa al-quran.disebabkan perkara inilah hati kamu akan jadi tenang.jika hati kamu resah gelisah inilah yang kamu telah singkirkan dari hati kamu.

terlalu banyak perkara yang berlaku dalam masa terdekat ini menyebabkan banyak amalan yang biasanya aku lakukan tergantung begitu sahaja.melihat mereka bahagia,aku juga ingin.melihat mereka tertawa,aku juga ingin.melihat mereka menangis,aku juga ingin berkongsi kesedihan itu.apabila mereka dikurniakan mereka yang terpilih untuk membawa ke syurga yang telah dijanjikan oleh ALLAH,aku juga mahu begitu.untuk mendapat sesuatu yang baik,diri kita sendiri perlu menjadi baik terlebih dahulu.jodoh itu rahsia ALLAH.walaubagaimana sekalipun hati ini menyukai dia,jika dia buka jodoh kau.maku tidak perlulah kau bersedih kerana jodoh itu telah ditetapkan olehNYA.la tahzan~

hati aku juga sering menafikan banyak benda yang aku lakukan.pada mulanya di mana ianya berniat positif dengan adanya sifat ikhlas dan tanggugjawab tapi dikemudiannya ianya bole jadi negatif dengan adanya takbur dan riak yang akan datang singgah pada bila-bila masa.YA ALLAH,betapa rapuhnya iman di dalam diriku ini.

aku ingin mencari jalan keluar dengan segara kerna suda terlalu lama aku tersadai di jalan yang membelenggu ini sehingga akal dan hati juga tidak tahu ke mana harus di tuju.aku ingin mencari sahabat yang bole mendengar rintihan aku tapi aku lupa yang mereka juga punya hidup dan masalah mereka tersendiri.la tahzan,duhai hati kamu masih ada DIA yang MAHA mendengar lagi MAHA melihat.

DIA sedang melihat setiap pergerakan kamu,setiap doa kamu.kamu hanya perlu terus mencari cahaya yang hampir padam dalam diri kamu itu dengan semangat juang yang tinggi.semoga kamu dipermudahkan olehNYA dalam mencari semula diri ini.bila kau terlalu anyak pendam akan ada satu saat kau akan rasa sangat lega bila kau sudah luahkan semuanya pada yang menciptakan engakau :)

            
"semakin hari apabila kau sudah dewasa dan bekerja sehingga kau sampai ke fasa tua,duit itu bukan segala-galanya.mungkin sekarang duit itu memang penting tapi akan sampai satu masa di mana kau akan fikirkan apa yang engkau telah lakukan di atas muka bumi ALLAH yang sangat luas ini ? "


 tepuk dada tanya iman.hati dan akal amat diperlukan pada ketika dan saat itu.


semoga hidup kita semua berada di dalam lindungan ALLAH selal0o ! :)

.amin.



terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

No comments: