10 May 2014

jangan percaya.

بسم الله الرحمن الرحيم

lama dah tak tulis dekat sini. rindu. terima kasih yang masih sudi menjenguk blog yang hampir setahun tak ber-update ni. harapanya masih ada pahala yang mengalir untuk aku.

hari ni semangat nak tumpah balik di sini. harap ada yang sudi baca.

seperti yang sedia maklum,tak lama lagi hari ibu. mungkin sebab terlalu rindu mak buat aku nak curah sikit dekat sini.

well,kita semua mesti punya seorang ibu,yang sudi mengandungkan,yang sudi melahirkan,yang sudi mendidik kita tanpa jemu dengan susah payahnya hanya ALLAH yang tahu.

pembaca di sini sedia maklum yang aku telah kehilangan emak dua tahun lepas,jadinya sudilah kalian membaca sedikit coretan dari hati aku yang paling dalam. ini sekadar perkongsian.

aku bukan seorang anak yang baik. aku selalu melawan cakap emak. begar. degil. begik sampai mak pernah cakap aku anak derhaka tapi mak tak pernah kecewakan aku. buktinya ? walau marah mana pun, dia masih cuba memenuhi setiap permintaan semampunya dia.

dewasa sikit,ada lah sedikit perubahan dalam diri. mungkin kesan dari berjauhan sebab tinggal di asrama. aku jadi baik sikit dari sebelumnya. mungkin baru mula menghargai erti rumah. emak dah tak gelar aku anak derhaka. alhamdulillah. Maha Puji bagi ALLAH. lapang rasanya waktu itu.

dalam meningkat remaja kita mudah memberontak. ada masa bole kawal,ada masa tidak. satu kekurangan aku adalah cepat rindu rumah dan terlalu suka menangis. bayangkan masa F1 tiap pagi lepas baca asma'ul husna aku dah bertenggek dekat public phone telefon mak. bagi aku dia orang yang paling faham aku. tiap hari aku telefon. ada masa dengan keadaan gembira dan keadaan duka yang sama bagi keduanya adalah banyak cerita. paling selamat agaknya untuk meluahkan.

manusia itu mudah lupa. sedangkan mencari ALLAH saja pada waktu duka inikan pula manusia. ALLAH. kalau bole putar masa kita mahu perbaiki segala cumanya adakah itu hanya impian atau sememangnya nyata kalau di izinkan DIA ?

zaman matrik,antara paling mencabar. rumah jauh tapi masih balik dua minggu sekali,sanggup berpanas naik ktm dari kuala pilah ke shah alam. kenkadang naik bas dari seremban ke klang sentral. aku takkan lupa jasa emak yang kenkadang melawat. masa mak hantar aku punya air mata macam bocor. aku tak nak nangis tapi empangan yang pecah dah tak bole nak tutup. berderai-derai air mata jatuh. aku salam emak dan emak tak toleh sejenak ke aku sampai kereta hilang dari pandangan. pergghh,time tu lagi sedih. aku tau yang emak tahu betapa lemahnya aku. aku tau yang emak tahu aku sangat cengeng.

masuk universiti,dah semakin okay sikit. mak hantar pun dah tak nangis. bole senyum sambil lelambai. waktu ni jadi manja balik. tiap kali balik nilai emak hantar,walau saat-saat mula beliau sakit masih mahu hantar. sedihnya ingat balik. ALLAH. waktu universiti tahun pertama,masih budak mentah aku cuba  jadi matang. start mak dapat tahu sakit ada batu dalam hempedu dan memerluka operation hati aku dah menangis sayu. hiba. waktu tu aku hanya harap bagi kuat kaki aku supaya tak terjelupuk lemah. aku tak tahu nak menangis ke siapa. ALLAH. dalam solat aku nangis. doa bersungguh supaya jangan diambil beliau. belum bersedia. belum 20 tahun untuk hilang tempat bermanja.

mak start masuk wad 4 april,jangka bedah 6 april tapi tak jadi sebab kuning tinggi sangat. kami diam. tak tahu apa-apa. kita dengar aje apa kata doktor. mereka pakar. sejak tu,operation mak di tunda dan di tunda lagi sampai kalau tak silap tiga kali tunda. mak kelihatan okay walau mata dah kuning,jalan dah lemah,pegi toilet kena pimpin.muka pasrah kena cucuk,kena tebuk, dia sentiasa lapang mendengar hujah doktor tapi tidak kami. kami rasa di tipu. rasa di bodoh. berdiri di sisi tapi tiada yang perhati. sedih sungguh ingat waktu itu.

bermula hidup kami adik beradik balik tiap minggu. gilir-gilir jaga emak dekat hospital. adik sampai ponteng sekola. abah datang tiap petang. tak pernah miss walau sehari. aku paling tak bole tahan air mata. budak peleceh. lama mana bole tahan air mata. kalau nak menangis aku pergi surau atau jauhkan diri sikit sampai tenang. lepas tu datang balik buat muka ceria dengan mulut yang penuh cerita. tiap minggu mak makin lemah terutama lepas operation. kami memberontak dalam diam. tiap kali doc datang mereka tanya emak sikit lepastu bincang antara mereka dalam bahasa inggeris. kami macam tak wujud. tak pernah sekali doc panggil satu antara kami. beberapa jam sebelum emak kembali,tika itulah kali pertama doc cakap dengan abah depan kami semua. ALLAHUALLAH. masa tu kuat aku ada lagi sikit tapi depan emak masih cuba okay walau aku tau gagal. mak tahu rasanya yang dia akan kembali kepada pencipta sebab tiba-tiba dia lihat ramai saudara yang datang melawat .

kami adik-beradik tak sempat minta maaf tapi aku masih bersyukur. ALLAH bagi aku kesempatan untuk jaga emak,solat dan mengaji bersama,membuat luahan bersama,tidur bersama. kuat bersama,nangis bersama,gurau bersama,ketawa bersama.masa doc cakap nak bedah aku ada di situ. di saat-saat akhir emak juga aku di sisi. alhamdulillah. terima kasih untuk semuanya.

tahu tak macam mana rasa hilang emak ?

kau takkan dapat bayang. walau kau tak suka emak kau. kau tak pernah bayang dia akan pergi walhal kau tahu kita semua akan pergi satu hari nanti.

kau takkan dapat bayang macam mana kau akan bangun tiap pagi tanpa emak di sisi.
kau takkan dapat bayang macam mana kau rasa bila kau perlukan seseorang untuk spill.
kau takkan dapat bayang siapa kau akan percaya masa akan datang.
kau tak dapat bayang cemana hidup kau.
kau takkan dapat bayang. 
takkan.

waktu itu,

kau paling rindu bebelan beliau,
kau paling rindu pukulan beliau.
kau paling rindu gurauan beliau,
kau paling rindu senyum beliau,
kau paling rindu ketawa beliau,
kau paling rindu marah beliau,
kau paling rindu semua tentang beliau.
kau paling rindu.

takkan ada satu benda yang kau akan lupa tentang beliau. semua kau akan kumpul,dari yang sekecil hama sampai sebesarnya. aku mula dengar orang keliling berkata tentang beliau. masa itu mata kau terbuka luas. kau mula menyesal. kau mula belajar menghargai tapi maaf. kelewatan yang satu ini kau tak dapat putar balik.

jadinya, hargai penat lelah beliau. kena selalu percaya beliau. cuba buat yang terbaik untuk beliau. jasa beliau tidak dapat di balas dengan seisi dunia.

hilang yang satu ini. kau tak mampu nak hadapi bila kau tengok mereka yang keliling tersenyum bahagia di samping ibu memasing. aku cuma ada senyum yang di lekat di muka dan sekeping hati yang sedang menangis.

konklusinya, jangan percaya kalau kau nak rasa menyesal sebagaimana yang aku rasa.

jangan.
percaya.

last but not least,

selamat hari ibu.
kepada semuanya.

terima kasih.
atas segala-galanya.

*senyum*

terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

No comments: