22 November 2012

sponteneous thursday #31 | emosi


Emosi tu aku.
Mencari sedikit kematangan dalam setiap langkah
Masih mencari ke tahap maksima.
Maaf jika terasa.
Mahu lari di dunia ini tidak mampu.
Kena hadapi sehabis cara.
Cara yang mampu.
Aku bukan kuat seperti dicanangakan.
Aku masih cuba meng’hipokrit’kan diri.
Eh,itu tak salah.
Itu salah satu usaha aku.
Nampak sedikit kesyukuran sudah di panjatkan.
Biar sedikit asalkan ada hasil.
Emosi itu bukan bole diteka coraknya.
Kena sentiasa ada persediaan.
Tak perlu berpencak silat di gelanggang
Kalau emosi sendiri masih belum mampu kawal.
Semakin hari aku semakin berhati-hati dalam mengambil langkah.
Langkah sumbang itu perkara biasa.
Janji ada langkah.
Nampak macam aku cepat berpuas hati kan ?
Sebenarnya tak.
Aku sedang cuba sedapkan hati aku
Agar aku dapat lena kembali.
Bukan itu tujuan utama aku mencoretkan semua tulisan di sini
Tujuan aku menulis semua perkara yang aku fikir,rasa dan lihat
Bukan sebab aku nak suruh kau baca.
Ini kotak aku.
Buku untuk aku engatkan diri sendirik.
Dan berkongsi apa yang aku mahu
Untuk mereka yang mahu menerima.
Tempat aku mencurahkan segala-galanya.
Pada manusia juga ada
Cumanya had itu sudah di bina.
Mereka ada hal sendiri
Mereka juga akan datang dan pergi
 pengakhirannya aku luahkan jugak di sini.
Pada ALLAH itu yang utama.
Tidak pernah di lupa tempat letaknya.
Tulisan aku bukan untuk buad orang terasa.
Jika ada sekelumit rasa bersalah dalam diri itu.
Mungkin kamu perlu ‘refresh’ balik hidup kamu terdahulu.
Kesedaran ketika menulis itu sangat aku suka.
Positif.
Bukan bajet aku baik sempurna
Tapi aku dalam proses tau.
Lagha dengan perkara itu kerap menjengah.
Jangan risau.
Aku masih tau jalan mana aku nak tuju.
Untuk sampai bukan mudah.
Perlu berlari,berjalan,merangkak dan mendaki.
Aku mahu rasa susah.
Bila susah nanti hati itu cepat pulang kepada DIA
Aku suka.
Konklusinya,
Selalu kena muhasabah diri.
Untuk menjadi baik sempurna itu cukup hanya di mata aku.
Mata kamu tidak.
Tak mengapa.
Janji aku tau apa aku rancang dan buad. 

itu aku.

pendirian aku.

percubaan aku.

perubahan aku.

kearah yang lebih baik.

insyaALLAH :)

ada masanya kita harus lari dari dunia maya untuk cari semula realiti yang hilang :')


terima kasih sudi singgah dan baca ^^,

No comments: